Assalamualaikum.
Izati apa khabar, sihat? Harap Izati sihat.Ibu dan Abah macam mana?
Sebenarnya, sejak awal perkahwinan kita dulu, abang telah dapat agak ini semua akan berlaku.Tapi, tak apa, abang sudah bersedia untuk semua tu.Maafkan abang.Kerana abang, Izati terpaksa berkahwin dengan seorang penghidap AIDS dan HIV positif.Seperti yang abang katakan dulu, abang terpaksa buat semua ni.Abang tak marah kalau Izati takut dengan abang selepas ni. Siapa yang tak takut dengan seorang penghidap penyakit kotor macam abang ni.Hidup abang memang sudah tidak lama lagi.Bila-bila masa saja abang akan dijemput tuhan.Tapi mungkin Izati tak sanggup menunggu sebegitu lama sehingga saat itu tiba, jadi bersama dengan surat ni, abang sertakan dengan surat cerai.Abang sudahpun menandatangani surat itu.Izati tandatangan surat tu dan serahkan pada Fazlan.Dia akan uruskan semuanya.Bila semua dah selesai Izati bebas untuk membuat apa sahaja.
Bersama dengan surat ini juga abang sertakan geran rumah, geran kereta dan buku bank simpanan abang.Semua tu abang dah tukarkan atas nama Izati.Ambillah semua tu.Kalau Izati tak mahu menganggap nya sebagai hadiah perkahwinan, Izati anggaplah itu pampasan kerana Izati terpaksa berkahwin dengan seorang penghidap AIDS.
Sekali lagi Abang mohon maaf sebab terpaksa buat Izati jadi begini.Percayalah, memang bukan niat abang.Abang ucapkan terima kasih sebab Izati telah jadi isteri yang baik untuk abang.Sampaikan salam maaf abang pada Umi, Abah, Ibu dan Abah Izati , cakap pada mereka abang minta maaf sebab tak boleh jadi anak dan menantu yang baik untuk mereka.Sampaikan pada Iriz, abang sayang sangat pada dia.
Akhir sekali, untuk Izati, mungkin abang tak berpeluang nak ucap semua ni dengan mulut abang sendiri.Izati, abang benar-benar cintakan Izati .Cinta sangat-sangat.Izati telah buat sisa hidup abang ni lebih bermakna walaupun kita tidak seperti pasangan suami isteri yang lain.Terima kasih atas segalanya.Izati tak perlu cari abang lagi.Biarlah abang pergi sendiri abang tak mahu menyusahkan orang lain.Izati, semoga kita dipertemukan lagi di syurga.Love you Izati.Assalamualaikum.
Dari suamimu yang jauh..
Mohd Norizaluddin Shah Mohd Amin
Kaki Izatilemah tiba-tiba.Dia terjelopok ke lantai.Air matanya menitis laju.Seakan tiada lagi harapan untuknya untuk bertemu kembali dengan Izal.
“abang…maafkan Izati bang….”Izati merintih sendiri.Perlahan Izati bangun semula dan mengatur langkah turun kebawah.Tiada apa yang boleh dibuatnya dirumah itu lagi.Dia perlu cari jalan untuk mencari Izal.Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.Lantas telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam tas tangan.Nombor didail dan diletakan telefon itu ditelinga.
“helo, Iriz…”
“Fazlan!! Tolong, tolong beritahu saya di mana Izal.Tolong Lan!”Izati merayu pada Fazlan.Fazlan terpaku.Dia termati kata.
“tolonglah abang Lan,Bagi tahu kami, mana abang Izal?”rayu Iriz pula.Izati sudah mula menitiskan air mata.Tadi Izati menelefon Iriz untuk meminta bantuannya mencari Izal.Lantas Iriz membawa Izati berjumpa dengan Fazlan kerana mereka tahu hanya Fazlan yang tahu tentang Izal.
“Izati, Iriz.Awak kena faham situasi saya, Izal tu satu-satunya kawan saya yang paling rapat dengan saya.Saya dah berjanji dengan dia untuk rahsiakan keberadaan dia.Maafkan saya, saya tak mungkin memungkiri janji saya.”ujar Fazlan pula.
“Lan..tolong Lan.Saya akan menyesal seumur hidup kalau terjadi apa-apa pada Izal.Tolong lan, tolong.”rayu Izati lagi.
“maafkan saya Izati.Saya tak boleh.Maafkan saya.”Ujar Fazlan sambil terus meninggalkan ruangan itu.
“Fazlan..!!! Lan!!!”laung Izati.Namun Fazlan hanya terus berjalan tanpa menghiraukan Izati.
“Kak, sabar kak.”Iriz menenangkan Izati.Izati menangis lagi.
“kak, Ris tahu siapa yang boleh tolong kita.”ujar Iriz.Izati menongak memandang wajah manis Iriz.
“Siapa?”
Pintu wad dikuak kuat. Izal lantas memandang ke arah pintu.Pandangannya mati disitu.Rindu benar dia dengan wajah yang sedang berdiri tepat dimuka pintu itu.Izati berlari anak mendapatkan Izal.Tangan Izal diraih dan disalami.
“maafkan Izati bang.Izati tak bermaksud nak lari macam tu.maafkan Izati bang.”ucap Izati dengan air mata yang membasahi pipi.
“mana Izati tahu abang ada disini?”soal Izal.Izati memandang ke pintu. Izal juga berbuat demikian.Kelihatan Ikram sedang berdiri tegak dipintu sambil tertunduk.jelas riak bersalah diwajahnya.
“maafkan saya bang.Saya…saya terpaksa.”ujar Ikram.Seketika kemudian muncul Iriz dari belakang. Izal tersenyum.
“patutlah…”ujar Izal perlahan.Dia tahu Ikram pasti kalah selepas didesak oleh Iriz.
“abang, maafkan Izati.”ujar Izati lagi. Izal kembali memandang wajah Izati.Air mata Izati dikesat dengan tangannya.
“Izati tak salah apa-apa pun.Abang yang patut minta maaf.Abang tak boleh jadi suami yang baik untuk Izati.”Izati lantas mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.
“Ini apa bang?”soal Intan sambil menghulurkan surat cerai yang ditinggalkan untuknya di rumah banglo mereka. Izal bungkam.Iriz dan Ikram hanya memerhati.
“abang nak ceraikan Izati ke?”soal Izati.
“tak Izati.Abang tak pernah terniat pun.”jawab Izal.
“Habis tu, surat ni untuk apa?”
“Abang takut kalau Izati yang tak boleh terima ada suami yang ada pe…”belum sempat Izal menghabiskan ayatnya Izati meletakan jari telunjuk di bibir Izal.
“Abang, memang pada asalnya Izati, marah dan kecewa.Tapi Izati dah tahu semuanya.Abang dapat penyakit tu secara tak sengaja.Izati sayangkan abang.Izati tak akan tinggalkan abang.”ujar Izati.Lantas surat cerai itu dikoyak oleh Izati.
“Abang, Izati nak dengar apa yang abang cakapdalam surat tu dari mulut abang sendiri.”ucap Izati sambil menggenggam tangan Izal. Izal tersenyum.
“Izati, Abang cintakan Izati.Cinta sangat-sangat.”lafaz Izal seikhlas hati.Izati tersenyum bahagia.Lantas dia memeluk tubuh kurus suaminya itu. Izal terpana seketika.Lantas dia menguntum senyum dan membalas pelukan itu.
“I love you Izati.Love you so much.”bisik Izal perlahan ditelinga Izati.Iriz dan Ikram tersenyum memandang pasangan suami isteri itu.
Izal membuka matanya perlahan-lahan.Dia memandang sekeliling.Hanya Izati yang berada disebelahnya.Setia menemani Izal.
“Izati, mana yang lain?”Soal Izal.
“Umi dengan Abah pergi makan sekejap dengan Iriz dan Ikram.Fazlan dia kata dia nak keluar sekejap.Tak tahulah mana dia pergi. Ibu dan Abah balik ke rumah kita sekejap.”cerita Izati lembut. Izal memandang tepat ke syiling.Dia merasakan yang fikirannya kosong.Tak ada apa yang dia fikirkan.Izati meraih tangan Izal lalu digenggam dan dikucup lembut.Keadaan Izal semakin memburuk.Dia sudah kurang bercakap.Haji Amin, Hajah Safiah, Encik Syafie dan Puan Amani sudah tahu tentang keberadaannya di hospital swasta itu dan sudah acap kali juga mereka datang melawat.
“Izati..”panggil Izal lembut.
“ya bang..”
“tolong bacakan Yasin untuk abang.”pinta Izal.Izati tersentak dengan permintaan Izal itu.
“Abang..!”Izati mengerutkan dahi. Izal memandang wajah Izati.Ditenung wajah isterinya itu lama.
“tolong Izati.”ujar Izal lagi.Izati akur.Dia mengeluarkan buku Yasin dari dalam beg tangannya.Perlahan Izati mula membaca Yasin tersebut.
“Sodaqallahul Azim.”Izati menamatkan bacaanya.Buku Yasin tersebut kembali diletak di dalam beg.Izati memandang semula suaminya.Izati tersentak.Mata Izal terpejam rapat.
“abang…”panggil Izati sambil menggerakan sedikit tubuh Izal.Tiada tindak balas.
“Abang.!!!”Izati bersuara sedikit kuat.Masih tiada tindak balas.Izati memegang tangan Izal.Sejuk.Izati lantas berlari ke pintu wad.
“Nurse…tolong Nurse.!!! Suami saya…”Izati panik.Izati meminta tolong dari seorang jururawat yang kebetulan berada disitu.
“kenapa Puan?”
“suami saya…”Izati sudah mula mengalirkan air mata.
“sebentar puan saya panggilkan doktor.”ujar Jururawat tersebut.Sebentar kemudian Jururawat itu kembali bersama seorang Doktor.
“Puan tunggu disini sebentar.”ujar Jururawat itu.Izati Akur.Dia menunggu diluar wad.Izati mundar-mandir dihadapan wad.Sekejap dia duduk di kerusi di luar wad, kemudian dia bangun dan bermundar-mandir semula. ‘Ya Allah, selamtkanlah suamiku.’Izati berdoa didalam hatinya.Lima minit kemudian, pintu wad dibuka.Izati meluru mendapatkan doktor tadi.
“macam mana suami saya doktor?”soal Izati kerisauan.
“maaf Puan…”itu sahaja yang mampu doktor itu katakana.Izati terkesima. ‘Ya Allah.’hatinya merintih.Dia melihat kedalam.Jururawat tadi sedang menutup muka Izal dengan selimut.Selesai menutup wajah Izal.Jururawat tadi bergerak ke arah Izati.
“sabar ya puan.”ujar jururawat itu lembut sambil mengusap bahu Izati sebelum pergi meninggalkan wad itu.Izati berasa kakinya sudah tidak kuat untuk berdiri.Dia rebah Izati terjelopok ke lantai.Air matanya mengalir laju.Baru sahaja dia ingin merasai kasih dari seorang suami namun kesempatan itu telah ditarik semula oleh yang Maha Berkuasa.Dalam pada masa yang sama, Fazlan sampai.Buah-buahan yang dibawanya terlepas dari pegangan.Dia memandang Izal yang telah terbaring kaku di atas katil.Air mata lelakinya jatuh lagi.Fazlan menghampiri tubuh Izal yang ditutupi selimut.Perlahan selimut tang menutupi wajah Izal itu dibuka.Makin laju air mat lelakinya jatuh.
“Innalillah Wainnalillah Hirrojiun.”ucapnya perlahan.
Izati duduk termenung di wakaf di hadapan rumah banglo yang telahpun menjadi miliknya sambil melihat jemaah-jemaah surau yang mula meninggalkan rumah itu beransur-ansur.Hari ini genap seratus hari pemergian Izal.Atas permintaan Izati sendiri, majlis tahlil tersebut diadakan dirumah ini.Izati tersenyum memandang Iriz yang berjalan menghampirinya.
“akak tak apa-apa? Akak buat apa duduk seorang-seorang kat sini?”soal Iriz sambil duduk disebelahnya.
“akak tak apa-apa, saja nak duduk-duduk di sini.Panaslah kat dalam.”jawab Izati perlahan.Seketika kemudian Ikram pula datang menghampiri mereka.
“boleh saya join sekali?”soal Ikram sambil tersenyum.Izati hanya tersenyum.
“kalau tak malu joinlah.”ujar Iriz mengusik.Izati memukul lembut bahu Iriz.Ikram hanya ketawa kecil.
“dulu Ris ada cerita yang Ris ada kawan di syarikat abang Fazlan tu, Ikram inilah orangnya?”soal Izati.Iriz menganguk perlahan.
“bukanlah kawan, buah hati rupanya.”Iriz ketawa kecil.Ikram hanya tersenyum.Merona merah wajahnya. “bila lagi?”soal Izati lagi.
“bila lagi?”soal Iriz kembali.
“Bila lagi nak kahwin.Umi dengan Abah tu dah tak sabar nak menimang cucu.”Bertambah merah wajah Ikram bila soal kahwin disebut.Iriz hanya tersenyum.
“Ikram?”Izati mengalihkan pula soalan itu pada Ikram.
“saya…..saya tak kisah kak.Iriz ni ha, dia kata nak kerja dulu.”jawab Ikram malu-malu.Ikram memang seorang yang pemalu.Itulah sebab kenapa Iriz boleh terpikat dengannya.
“ha’ah la kak, Ris baru je habis belajar, nak juga cari kerja dulu.”ujar Iriz.Izati hanya tersenyum.Izati berharap IRiz dan Ikram dapat memberikan Haji Amin dan Hajah Safiah cucu ang mereka inginkan yang tak dapat diberikan olehnya dan Izal dulu.
“assalamualaikum.”kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.
“waalaikumussalam.”jawab mereka bertiga serentak.
“Shaf?”Izati sedikit terkejut.Memang Shafrin dan ibunya dijemput ke majlis itu, tetapi dia ingat Shafrin sudah pulang.
“Zati, kenalkan , ini Ariana, tunang saya.”Shafrin memperkenalkan gadis yang bersamanya.Ariana bersalam dengan Izati dan Iriz.
“Yana, ini Zati, yang saya ceritakan tu.”Shafrin memperkenalkan Izati kepada Ariana.
“awak berdua dah makan ke belum?”soal Izati.
“dah…dah makan dah..”jawab Ariana mesra.
“Zati, boleh kita bercakap sekejap, bertiga, saya, awak dan Ariana.”ujar Shafrin.
“mengenai apa ya?”soal Izati pula.
“mengenai arwah suami awak, Izal.”ujar Shafrin.
“kalau begitu, kita cakap disini sahajalah.Lagipun, kalau mengenai Izal, mereka berdua ni kena dengar juga.Yang ini Iriz, adik Izal dan yang ini rakan sepejabatnya, Ikram yang tak lama lagi akan jadi tunang Iriz.”ujar Izati sambil memperkenalkan Iriz dan Ikram.
“apa awak cakap ni Izal?!”Shafrin terkejut dengan permintaan Izal.
“tolong Shafrin, ini harapan saya.Saya tahu ini semua kerja gila.Tapi hanya awak yang saya boleh percaya setakat ni.”rayu Izal.
“it doesn’t make sense.Awak cakap apa ni? Tak masuk akal langsung.Awak suruh saya kembali pada Zati? Awak gila ke? Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak suami dia tau.Zati tu isteri awak.!!”Shafrin sedikit berang.
“saya tak suruh awak kembali pada dia sekarang.Saya kata nanti, bila saya dah pergi.Saya perlukan orang yang betul-betul boleh bahagiakan dia untuk menjaga dia nanti.”
“bila awak dah pergi? What you mean by that?awak nak pergi mana?”soal Shafrin lagi yang masih keliru. Izal menarik nafas panjang.
“awak akan tahu bila dah tiba masanya nanti.”ujar Izal perlahan.
Shafrin merenung Izati, menunggu sebarang riaksi.
“dia jumpa awak dan dia cakap macam tu?”soal Izati perlahan.Shafrin mengangguk perlahan.Iriz, Ikram dan Ariana hanya mendengar.
“kalau tak silap saya, dua ke tiga minggu sebelum dia meninggal.Masa tu saya masih belum bertunang dengan Ariana.Dia datang cari saya dan dia bagi tahu permintaan dia tu.”
“awak tak bagi tahu dia yang awak dah ada Ariana?”soal Izati pula.Shafrin menggeleng.
“saya tak terfikir pun untuk bagitahu, sebab saya fikir semua tu mengarut.Saya fikir mungkin Izal ada sedikit masalah yang mengganggu fikiran dia sampai dia cakap macam tu….’
“awak nak kata yang abang saya tu dah gila?!”Iriz bersuara dalam nada sedikit marah.Shafrin tersentak.
“bukan…maksud saya….memang pada masa tu, saya fikir di dah gila.Tapi bila saya dapat berita yang dia sudah meninggal, saya mula faham apa yang dia katakan ketika itu.Dia memang maksudkan apa yang dia katakan.”ujar Shafrin lagi.
“tapi Shaf…”
“saya tak boleh nak ikut apa yang Izal cakap tu.”Shafrin memotong cakap Izati. “saya dah ada Ariana.Kalau saya kembali kepada awak, macam mana dengan Ariana? Tak kan saya nak tinggalkan dia semata-mata untuk….”
“untuk seorang janda?”sambung Iriz.Shafrin tersentak.
“Iriz!!!”tegur Ikram.Iriz mencebik.Tidak tahu kenapa dia merasa meluat melihat Shafrin dan Ariana.
“Shaf, kalau awak masih belum ada Ariana sekali pun, tak semestinya saya akan kembali pada awak.Saya mengaku, saya memang sayangkan awak, cintakan awak.Tapi itu setahun dulu.Waktu kita masih sepasang kekasih.Sekarang ni sudah tiada walau sedikit pun perasaan yang saya simpan untuk awak.Semua saya dah berikan pada Izal.Tak mungkin saya boleh menerima awak lagi Shafrin.”terang Izati.
Shafrin tersenyum mendengar kata-kata Izati itu.Rasa lega.Hilang semua semua beban persoalan yang ditanggungnya. “jadi macam mana?”soal Shafrin.
“tak ada apa-apa.Saya dengan hal saya dan awak dengan hal awak.Tak ada apa-apa yang berubah.”balas Izati.
Shafrin tersenyum lagi sebelum dia memberikan isyarat mata pada Ariana.Seakan faham dengan isyarat itu, Ariana mengeluarkan sesuatu dari dalam tas tangannya dan diberikan pada Izati.
Izati menyambut huluran kad dari Ariana.Izati membaca kad jemputan perkahwinan itu. “tahniah…ujarnya lembut.Iriz mencuri-curi tengok kad tersebut.
“datang ya, saya jemput semua.Awak berdua pun dijemput.”ujar Ariana lembut.
“terima kasih.”ucap Ikram.
Izati tersenyum bahagia melihat Shafrin dan Ariana.Kini sudah tiba masanya untuk membina hidup baru.Dia tetap perlu teruskan hidup.Kini semua persoalannya dulu terjawab.Apa yang Izal maksudkan dengan ‘bila tiba masanya nanti, awak kan tahu’ sudah terjawab. Izal memang sudah bersedia dari awal.Dia pulang ke Malaysia pun sebenarnya sebagai persediaan untuk meninggalkan dunia ni.Dia ingin sekali membahagiakan kedua orang tuanya selagi termampu.Itulah sebabnya dia menerima gadis pilihan keluarga dengan senang hati sebagai isteri.Nyata memang perkahwinan itu benar-benar menggembirakan kedua orang tuanya walaupun dia sendiri tersiksa.Sedaya upaya dia mengelak dari jatuh cinta dengan Izati, namun siapalah dia untuk menidakkan kuasa tuhan.Perasaan sayang itu datang juga walau telah dihalang.Izati tersenyum sendiri.Kini baru dia sedar betapa baiknya Izal. ‘Ya Allah, aku bersyukur kau telah mengurniakan insan yang sebegitu baik untuk menjadi suamiku walau untuk seketika.Ya Allah, tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman ya Allah, sesungguhnya dia seorang anak yang baik pada kedua ibu bapanya, abang yang baik kepada adiknya sahabat yang baik pada kawan-kawannya dan suami yang baik padaku.’Izati berdoa di dalam hatinya. ‘aku redha ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu walaupun hanya Sedikit Waktu.’
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan