Selasa, 22 November 2011

LU ATAU GUA...BAHAGIAN 6

“Nah..”Ren hulurkan satu bungkusan kepada aku.Aku terkesima.



“Apa ni?”soal aku pelik.



“Ambik ajelah…”



Bungkusan tersebut tidak aku sambut.Ren mendengus.



“Lu ingat gua nak bagi lu bom ke?”soalnya.



“Manalah tahu…”sinis aku menjawab.



“Kalau lu tak nak,gua buang..”.Dia sudah menuju ke arah sebuah tong sampah yang berwarna hitam.Pantas aku menghalang.Bungkusan tersebut aku ambil.Ren senyum panjang.



“Good girl..”ucapnya.



Aku buka bungkusan tersebut.Bibir aku gigit perlahan.Beg sandang yang berwarna hitam aku keluarkan.Nampak cantik!Nampak elegan!Lagi cantik daripada beg sandang aku yang dulu.Aku kerling sekilas wajah Ren.Dapat aku lihat senyuman kepuasan terukir di bibirnya.



“Untuk aku?”.



“Bukan..untuk mak gua..”



Erk!Berubah raut muka aku.Ren ketawa.



“Untuk lu lah.Takkan mak gua nak pakai beg sandang macam ni.Mahu kena katok gua dengan senduk.Ambiklah..gua bagi dekat lu.Kesian lu dah tak ada beg sandang..”.



Aku cuba sedaya upaya menahan senyuman.Lelaki di hadapan aku ini benar-benar sudah berjaya menjentik sedikit pintu hati aku selepas aku kecewa kerana budak lelaki yang paling macho di dalam sekolah aku sewaktu aku tingkatan dua telah berpindah ke tempat lain.



“Lu suka tak?”soal Ren.



Aku angguk kepala perlahan.



“Terima kasih yea..”.



“Terima kasih aje?”.



Aku kerut dahi.



“Habis?Kau nak apa?”soal aku pelik.Ahh sudah!Takkan sebab beg sandang yang tidak seberapa ni,aku nak tergadai body pula.



Ren sengih gatal.Aku melangkah beberapa tapak ke belakang.Mulutnya dijuihkan ke arah dada aku.Terbuntang biji mata aku.Beg sandang tersebut aku pukul kuat di bahunya.Tindakan yang refleks!



“Kalau yang itu kau nak sebagai balasan,kau ambiklah balik beg sandang kau ni..”marah aku.



“Woi..woi..”Ren cuba elakkan diri daripada menjadi mangsa pukulan beg sandang tersebut.



“Apahal lu ni?Kena sampuk dengan mambang siang?”soalnya geram.Dia mendengus.



“Kau tu yang dah kena sampuk dengan syaitan apa?Gatal!Mintak yang bukan-bukan…”.



“Apa yang gua buat?”.



Apa yang gua buat?Aku meniru kembali ayatnya dengan mimik muka.



“Yang kau juih-juih bibir kau dekat dada aku tu apabenda?Apa lagi yang kau nak sebagai balasan kalau kau dah tunjuk dekat dada aku?”.



Ren yang pada mulanya nampak blurr,akhirnya meletuskan ketawa kuat.Aku terkejut.



“Lu fikir gua nak body lu..?”soalnya,masih lagi ketawa.Dia geleng kepala sambil meraup rambutnya.



“Lu ingat gua ni jahat sangat ke?Gua pun pergi sekolah agamalah.Takkan gua nak minta dekat lu benda yang bukan-bukan”.



Err…aku terkesima sebentar.Aku rasa macam nak jadi invisible aje ketika ini.Aku sudah salah faham rupanya.Aku pandang sekeliling.Nasib tak ada orang.



“Habis..yang kau..”Gagap aku untuk menuturkan ayat.Aku pandang ke bawah.Rasa macam lawa pula jalan raya ni.



“Gua maksudkan hati lu lah!Yang lu fikir lain ni kenapa?Otak kuning betullah lu ni..”runggut Ren.



Hati aku?Adakah dia kata yang dia nak hati aku?Aku pandang tidak berkelip wajah Ren.



“Maksud kau apa?”.



“Laaa..sejak bila lu jadi lambat pick-up ni.Gua nak hati lu lah.Takkan lu tak faham lagi?What I want is,your heart,your love..and your soul”.



Haa?Apa benda yang dia merepek ni?



“Apa kau ni?”soal aku.Muka aku sudah mula merona merah.Ohh..lagi sekali debaran datang tanpa diundang.



“Huh?Lu buat-buat tak faham lagi ya?Tak apa.Gua bagi lu masa.Gua bagi lu ruang.Bila lu rasa lu dah jatuh cinta dekat gua,come to papa..baby”.



Eeee..aku tunjuk muka geli.Ren ketawa.Terus aku melangkah.Meninggalkan Ren yang masih lagi ketawa.



**********************

Aku pandang sekeliling.Mungkin Ren tak datang jemput aku hari ni.Aku pandang lagi sekali.Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam.Akhirnya,selepas lima minit berlalu,aku ambik keputusan untuk pulang sendirian.



Aku lewati lorong dengan perasaan yang seram-sejuk.Yelah!Lalu tepi lorong,pada waktu malam.Cuma lorong itu ajelah satu-satunya jalan untuk cepat sampai ke perhentian bas.



Aku meneguk air liur apabila melihat sekumpulan pemuda sedang asyik bergelak-sakan.Dapat aku lihat mereka semua memandang aku.Suasana yang tadinya meriah menjadi sunyi seketika.Bunyi siulan nakal sudah kedengaran.Ketika aku melintasi mereka,tiba-tiba mereka bangun dan menghadang jalan aku.



“Hello adik manis..nak pergi mana ni malam-malam macam ni?Nak abang-abang yang hensem ni temankan?”soal satu pemuda. Aku mendengus.Adik diaorang panggil aku?Daripada gaya diaorang,aku rasa macam diaorang ni baru aje lepasan SPM.Takpun STPM.



“Eh..korang jangan nak kacau aku ek.Aku jerit karang..”



“Jerit?Alahai..dia nak jeritlah geng!Haa..jeritlah!Jerit kuat-kuat”sakat satu suara lain,diikuti dengan gelak ketawa yang kuat daripada mereka yang lain.



Aku tersentak apabila terasa yang lengan aku ditarik.



“Sinilah adik manis..kita seronok-seronok dulu.Nak balik lagi buat apa?Awal lagi ni”.



“Eh..janganlah!”jerit aku.Terus aku tendang kuat perut lelaki tersebut menyebabkan lelaki tersebut terjatuh tersungku ke jalan.Rakan-rakannya yang lain terkesima sebentar.



“Wallawei..dia main kasarlah geng!Ni yang aku tak boleh nak tahan ni”.



Tersentak aku lagi sekali apabila lengan aku dipegang di kedua-dua belah.Aku meronta sekuat hati sebelum tubuh aku ditolak kuat oleh salah seorang daripada mereka.Namun,belum sempat tubuh aku jatuh menyembam ke tanah,terasa tubuh aku ditahan seseorang.Aku kalihkan muka!Ren!



“Lu okey?”soal Ren perlahan.Dia memegang bahuku.Aku angguk kepala.



“Ni jantan mana pulak interframe ni?”soal mereka kuat.Ren melangkah ke hadapan.Dia menyuruh aku bersembunyi di belakang tubuhnya.



“Lu orang tak ada kerja lain ke haa bai?Tak habis-habis nak kacau orang.Sampah masyarakat betul lu orang ni”.



Aku gigit bibir apabila mendengar bicara Ren.



“Eh bro!Kau jangan nak over.Sekali aku hentak dengan dengan lutut aku ni,mahu ICU kau terus”.



Ren ketawa sinis.



“Lutut lu orang aje lu orang fikir?Habis?Lutut gua ni apa?Tempurung kelapa?Sekali gua hentak lu orang dengan lutut ni,mahu pecah berderai kepala lu orang.Setakat lu orang badan macam ikan bilis ni,gua tak heranlah.Dah!Lu pergi balik rumah.Baca buku!Jangan nak jahanamkan masa depan lu orang okey.Gua tengok lu orang ni muda lagi”.



Aku terasa lengan aku ditarik melewati kumpulan pemuda tersebut.Namun baru beberapa langkah kami menapak,aku ternampak yang seorang pemuda sudah mengangkat tinggi kayu yang entah di mana dikutipnya.Aku menjerit kuat apabila merasa yang bila-bila masa saja,kayu tersebut akan mendarat di muka aku.Namun,Ren tiba-tiba memusingkan badannya dan melindungi muka aku,menyebabkan aku terus tergamam dan hilang kata-kata.



Aku rasakan semuanya berlaku terlalu pantas.Sedar-sedar Ren sudah terbaring di atas jalan raya.Aku terkejut hingga menyebabkan aku langsung tidak dapat berkata apa-apa.Yang keluar pada waktu itu,hanyalah air mata.Air mata aku yang lebih memahami apa yang hati aku rasa. Aku pandang Ren yang terbaring di atas tanah.Pasti belakangnya sakit kerana pukulan kayu tersebut.Pukulan yang tidak disangka tersebut menyebabkan semua mereka terkejut,lalu terus melarikan diri.



“Ren..kau okey ke?”.



“Gua rasa..gua..”Tersekat-sekat suara Ren.



“Ren..kau jangan buat aku takut .Jom kita jumpa doktor..” Ren pegang tangan aku,menghalang aku daripada bangun.



“Gua rasa..gua dah tak…”



Aku geleng kepala.Air mata aku sudah berlinangan.



“Tak..kau jangan cakap macam tu.Kau takkan apa-apa.Kena hentak sikit aje kan”.



“Salha..kalau gua dah tak ada,lu jangan cari boyfriend lain tau”.



Aku yang masih kebingungan hanya mengangguk kepala laju,walaupun aku sendiri pun tidak tahu bila dia jadi boyfriend aku.



“Salha..”.



Jemari aku dia pegang erat.Aku dapat lihat dia menarik nafasnya secara perlahan-lahan.



“Gua..gua..”



“Ren..”Aku goyang jemarinya.



“Lu janji lu takkan cari boyfriend lain kan?”soalnya lagi sekali.Mata aku yang terasa kabur,aku kesat.



“Apa kau merepek ni.Kau akan okeylah..”



“Tapi gua rasa…macam gua..dah..”Ayatnya mati di situ.



“Gua rasa macam gua dah tak boleh nak tahan gelaklah..”Dan serentak dengan itu,ketawa meledak kuat daripada mulutnya.Aku terpingga-pingga melihat dia bangun lalu duduk bersila di hadapan aku.



“Lu nangis?Hahaha..lu sayang juga dekat gua rupanya”.



Tidak berkelip mata aku pandang wajah Ren yang masih ketawa.Kami yang sedang duduk di atas jalan merenung antara satu sama lain.



“Kau..kau..”Aku bengang.Muka Ren yang masih tersenyum sambil mendongkat dagu dengan tangan dan diletakkan di atas kakinya betul-betul membuat aku berasa bengang.



“Lu sayang gua kan?”soal Ren.



Huh!Aku mendengus.Kalau nak diikutkan rasa hati,nak aje aku panggil balik budak-budak pengacau tu,pukul dia sampai pengsan.Tangannya yang masih memegang jemari aku,aku rentap kasar.Aku terus bangun dan memandang dia dengan pandangan yang tajam.



“Ambik kesempatan!”marah aku.Geram aku dengan perangai dia yang menyakitkan hati aku.Pipi aku yang basah,aku kesat.Terus aku melangkah laju,membiarkan Ren masih duduk bersila di atas jalan raya.



“Laa..jawablah dulu soalan gua..”jerit Ren.



“Kau diam sebelum aku sendiri pukul kau dengan kayu”jerit aku kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan