Aku menolak pintu Starbucks dengan senyuman yang terukir di bibir.Ren yang sedang bertinggung di tepi longkang sambil menghisap rokok terus bangun.
“Macam mana?”soalnya.
Aku sengih.
“Kau rasa?”soal aku pula.
“Gua rasa lu dapat”.
“Yap!Pandai pun kau.Memang aku dapat dan aku boleh mula kerja esok”.
Ren angguk beberapa kali.Asap rokok dihembusnya beberapa kali.Aku mendengus.
“Aku nak hidup lama okey..”.
Ren sengih.Rokok dicampak ke tanah.
“Nanti bila dah dapat gaji,aku janji aku keluar daripada rumah kau”.
“Gua tak suruh lu blah pun”.
“Yelah.Memanglah kau tak suruh aku keluar.Tapi,aku tak mahulah nak menyusahkan keluarga kau.Lagipun,aku seganlah duduk lama- lama rumah kau”.
“Lu jangan nak fikir yang bukan-bukan.Mak gua okey,gua pun okey aje.Gua tak kisah berapa lama lu nak duduk rumah gua.Rumah gua pun bukannya ada sapa-sapa.Mak gua dengan gua aje.Kalau lu ada,lu boleh temankan mak gua”.
Aku pula terdiam.Hanya mengikuti langkahnya yang berjalan di hadapan aku.
***************************
Aku mulakan perkerjaan di Starbucks dengan rasa senang hati.Walaupun agak kekok pada mulanya,lama-kelamaan rasa itu dapat aku atasi.Dengan rakan-rakan sekerja yang sanggup untuk membantu aku,sememangnya aku cukup merasa terhutang budi.Dan juga dengan Ren yang setia menunggu aku habis bekerja pada tiap-tiap hari.Bila aku melarang,hanya jawapan ini yang keluar daripada mulut dia.
“Alang-alang gua dah lalu sini,biarlah gua tunggu lu..”
Dan..aku tak mampu untuk berkata apa-apa lagi kerana kata-kata Ren memang susah hendak dibangkang.
“Aku dapat gaji hujung bulan ni”ucap aku memulakan perbualan ketika kami sedang berjalan beriringan.
“Jadi?”soalnya sambil memandang aku sekilas.
“Aku rasa,hujung bulan ni aku dah boleh keluar dari rumah kau.Kawan sekerja aku dah offer bilik untuk aku tinggal.Sewa boleh tahan”.
Langkah Ren terhenti.
“Lu betul-betul nak pindah dari rumah gua”.
Aku angguk kepala.
“Aku dah cukup menyusahkan kau dengan Mak Ati”. Ren mendengus.
“Gua tak tahu nak cakap apa.Ikut suka hati lu.Ini hidup lu kan?Gua tak ada hak nak masuk campur”ucapnya.
Aku perhatikan langkahnya yang berjalan meninggalkan aku di belakang.Walaupun ayat dia nampak tenang,entah kenapa,aku terasa bagai ada kepedihan di dalam hati aku.Bagaikan ditusuk dengan duri mendengar ayatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan