Selasa, 22 November 2011

Di sana Pasti (babak 9)

Dan andainya ku pilihmu...Jadi kekasihkuBagaimana dengan diaYang terdahuluMenyintaimu...

Tap! Ika tak mampu mendengar lirik lagu yang mendayu-dayu itu.Segalanya-galanya mengingatkannya kepada izzad dan Nani. Nani terlebih dahulumenyintai Izzad dan Ika cumalah sandaran untuk Izzad melepaskan kerinduan. Ikamenekan minyak. Meter kereta bergerak ke angka 120.Sejam kemudian, Ika memperlahankan kereta lalu membelok ke satu lorong kecil.Akhirnya kereta sport merah itu berhenti di sebuah banglo. Ika melangkah keluardan beralih ke boot kereta. Beg pakaiannya dikeluarkan.Pintu rumah terbuka perlahan. Tersembul wajah seorang wanita awal 30an di mukapintu."Apa khabar auntie?" Ika mencium tangan Syuhada."Baik..How is your parents?""Sihat..Mama dan papa kirim salam!""Kenapa diorang tak ikut sekali?""Sibuk!" Sepatah Ika menjawab."Masuklah!"Ika mencecah kaki ke dalam banglo yang serba mewah itu. Ika kagum dengansusunan perabot yang begitu rapi dan penuh seni."Auntie, Ika nak pergi jalan-jalan dekat tepi pantai ye!" dia mintakebenaran."Ika kan baru sampai...tentu Ika letih. Berehatlah dulu!" Syuhada cubamenghalang."Bukannya Ika nak pergi buat kerja. Saja jalan-jalan kat sini sambilmenghirup udara petang!" Ika merengek manja."Bolehkan?"Akhirnya Syuhada mengangguk,membenarkan.

Apalagi,Ika terus keluar dan menyarung sandal. Laju langkahnya diatur di tepilaut dan berdiri seketika di situ.Mata Ika terpacak pada kulit siput pelbagaibentuk dan warna yang bertaburan di atas pasir. Ika seronok mengutip siput.Semakin lama,langkahnya semakin jauh.Ika yang sedang tunduk mengutip siput terasa titik-titik kasar menimpa tangan.Alamak....hujan!Ika membuang pandang ke arah banglo Syuhada. Jauhnya...mestibasah kalau aku lari balik. Ika jadi menggelabah. Bila-bila masa hujan lebatakan turun. Ika terpandang rumah kayu yang hampir dengan tempat dia berdiri.Ika tiada pilihan lain. Pantas Ika berlari ke situ.

Krekkk! Tiba-tiba pintu berkeriut. Bahu Ika terangkat kerana terkejut. Seorangpemuda yang sudah tercegat di pintu merenung wajah Ika."Err..err..maaf saudara. Saya tumpang berteduh di sini sekejap," Ikakelihatan serba salah."Sejuk duduk di luar tu..masuklah!" pemuda itu melebarkan daun pintu.Ika masih tidak berganjak.Wajahnya jelas tampak ragu-ragu. Sukar dia nakmenerima ajakan orang yang tidak dikenali."Tak apalah, saya tunggu di luar saja. Sekejap lagi tentu hujanberhenti!" Ika berdalih."Hujan macam ni...lambat berhentinya!" pemuda itu merenung ke langit."Kalau saudara betul-betul nak tolong saya...pinjamkan saya payung!""Bukan saya tak nak tolong. Dalam hujan lebat dan angin kuat macam niberpayung pun tak guna...tentu awak kebasahan juga." Si teruna lemebarsenyum, tanda keikhlasan.Ika masih ragu-ragu."Jangan takut..saya tak makan orang. Lagipun kilat ni....."Serentak itu bunyi petir di langit. Ika terus menerpa pintu dan hampirmelanggar pemuda itu.

"Saya Ezwan!" pemuda itu memperkenalkan diri sebaik melabuh duduk didalam."Saya Ika!" sahutnya perlahan.Ezwan dengan murah hati telah menghidangkan minuman panas untuk Ika. Sepiringbiskut berkrim coklat turut dijamu. Lahap Ika makan,tambahan dalam hujan-hujanbegini.Mereka berbual-bual sambil menceritakan tentang keindahan pantai disitu.Beberapa minit kemudian,hujan berhenti. Ika terus meminta dri keranamemikirkan Auntie yang pasti keresahan menunggunya.Ezwan ikut keluar dan menghantar Ika hingga ke muka pintu."Terima kasih Ezwan!""Senang-senang datanglah lagi!" Ezwan membalas lambaian Ika.Syuhada resah menunggu Ika di depan rumah."Ika ke mana ni...risau Auntie dibuatnya. Dahlah hujan lebat,angin kencangpulak tU!" Syuhada melahirkan rasa bimbang."Maafkan Ika,auntie! Masa hujan tadi Ika tak sempat nak lari balik!"Ika tertunduk."Auntie bukan apa..cuma risau. Ika tak biasa lagi dengan tempat ni. Auntietakut sesuatu terjadi pada Ika!""Auntie jangan risau. Orang di sini baik-baik!" Ika senyum penuhmakna dan menghilang ke dalam.

Ding dong! Ding dong! Tergesa-gesa Mak Odah ke pintu utama banglo mewah itu.Awal pulak datuk dan datin balik. Ish, tak mungkin! Mak Odah terus meneka-neka."Ika ada Mak Odah?" Wajah jernih izzad menyapu ruang pandang."Ika? Ika tak ada!" Mak Odah kehairanan."Tak ada?" Izzad pulak terlebih hairannya."Ika ke rumah mak saudaranya. Izzad tak tahu ke?""Tak tahu Mak Odah. Masa saya telefon semalam,entah kenapa Ika terus letaktelefon. Tak sempat saya nak cakap apa-apa. Agaknya telefon rosak sebab lepastu saya dial lagi,tak ada orang angkat!" Wajah Izzad murung.Mak Odah menggeleng. Mana nak dapat, wayarnya dah dicabut. Patotlah tiba-tibasaja ke rumah Syuhada. Pagi-pagi dah angkut kain baju. Rupanya ini orang gilayang ditempik semalam."Ika di mana sekarang Mak Odah?" Izzad bersuara kerana lamamenunggu,tiada jawapan."Izzad...Mak Odah tak tahu apa masalah kamu berdua. Jadi Mak Odah rasaeloklah Ika berehat dulu di sana..tenang-tenangkan fikiran!""Apa maksud Mak Odah?" Izzad mencerun mata, tidak dapat menangkapmaksud kata-kata Mak Odah."Sebenarnya telefon tak rosak.Ika sendiri yang letak gagang semalam, diatak mahu bercakap dengan Izzad. Sebabnya jangan ditanya, Mak Odah sendiri puntak tahu!""Saya sendiri tak tahu apa sebabnya Mak Odah. Jika benar saya yangbersalah, Ika tak perlu melarikan diri. Saya tahu Ika pernah dilukai,saya takmahu buat perkara sama. Tolonglah beritahu saya tempatnya Mak Odah!" Izzadterus merayu. Benar hatinya resah ketika Ika meletak telefon tanpa sepatahkata. Sebab itulah,sebaik habis kelas dia bergegas ke sini.Mak Odah membatukan diri. Dia gusar dengan keputusan yang perlu diambil.Beritahu atau mendiamkan diri? Dan sesungguhnya dia sentiasa inginkan yangterbaik untuk Ika. Dia tak mahu anak itu menderita lagi.

Besambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan