Tiga Bulan Kemudian.
Fazlan menutup pintu biliknyanya perlahan.Langkah diatur menuju ke pintu Utama pejabat tersebut.Namun langkahnya terhenti.Dia memandang bilik Izal.Masih berlampu.Fazlan melangkah perlahan menuju kebilik tersebut.Pelahan pintu diketuk.Tiada respon.Sekali lagi pintu diketuk.Masih senyap.
“ada orang ke tak ni?”soal Fazlan sendirian.
“Izal …!!”sekali lagi pintu diketuk diikuti dengan panggilan dari Fazlan.Masih sunyi seperti tadi.Fazlan cuba memulas tombol pintu.Tak berkunci.Perlahan pintu dibuka.Fazlan memerhati segenap ruang bilik.Tiada sesiapa.
“Izal … Izal …kalau nak balik tu tutuplah lampu…”rungut Fazlan sambil menggelengkan kepala.
“aku tak balik lagilah…”sergah Izal dari belakang.
“masyaallah..!!!!”Fazlan terkejut. Izal ketawa kecil melihat riaksi kawan karibnya itu.
“engkau ni.!!! Nak gugur jantung aku ni tau tak…!!!”ujar Fazlan sambil mengurut dadanya. Izal selamba masuk ke dalam bilik itu dan duduk semula ditempatnya.Fazlan turut masuk dan duduk dihadapannya.
“kau pergi mana tadi?”soal Fazlan pula.
“aku pergi toilet jap..”ujar Izal selamba sambil memandang Fazlan sekilas.
“dah pukul sebelas ni, kenapa tak balik lagi?”soal Fazlan lagi. Izal memandang Fazlan lagi.
“Yang kau tu, kenapa tak balik lagi?”soal Izal pula.
“aku nak siapkan lakaran pelan banglo baru Tan Sri Hasyim tu.Malas aku nak bawak balik.”jawab Fazlan bersahaja. Izal hanya tersenyum kecil dengan jawapan kawannya yang juga majikannya itu.
“kau kenapa tak balik lagi?.Kasihan Izati tu kau tinggalkan sorang-sorang kat rumah.”Soal Fazlan lagi masih tak berpuas hati. Izal hanya diam sambil menghadap komputer ribanya.
“Izal, aku cakap dengan kau ni!!”Fazlan sedikit berang. Izal masih seperti tadi , menumpukan perhatian pada komputer ribanya.
“ai…. ‘meja’ kenapa kau tak balik lagi ‘meja’.”Fazlan berlagak seakan-akan bercakap dengan meja tersebut. Izal menoleh ke arah Fazlan dan tergelak kecil.
“hah…gelak pulak kau, dengar pulak aku cakap.Aku ingatkan aku bercakap dengan meja ni tadi.”ujar Fazlan bersahaja.
“aku dengarlah, aku belum pekak lagi.”balas Izal.
“dah tu?!” Izal mendiamkan diri lagi.Tak tahu samada dia ingin cakap atau tak.Dia memang merancang untuk pulang lambat.Dia tidak mahu terserempak dengan Izati.Fazlan merenung temannya itu lama.
“kau……kau ada masalah dengan Izati ek?”duga Fazlan.
“Dugaan Fazlan itu membuatkan Izal tersenyum.Tepat sungguh dugaannya.
“kenapa ni? Ceritalah dekat aku.”pujuk Fazlan. Izal berhenti dari menaip.Dipandang muka temannya itu sejenak.Lantas dia menyandar pada kerusi sambil meraup wajahnya yang kelihatan pucat.Fazlan masih setia menunggu mulut kawannya itu terbuka untuk mula berbicara.
“entahlah Lan.Aku sebenarnya malas nak balik.Aku takut nak jumpa Izati.”ujar Izal lemah.
“kenapa?”
“beberapa hari lepas, Izati dah mula panggil aku ‘Abang’, dia kata dia dah bersedia untuk menerima aku sebagai suami dia dan bersedia untuk menjalankan tanggunngjawabnya sebagai isteri kepada aku sepenuhnya.” Izal mula menceritakan masalahnya.
“….kau…jawab apa kat dia?”soal Fazlan lagi.
“aku cakap…..baguslah.”
“itu je?”Fazlan mencari kepastian. Izal mengangguk.
“yang parahnya, aku rasa…….aku dah mula jatuh cinta pada dia.”bulat mata Fazlan mendengar kata-kata dari Izal itu.
“kau biar betul?! Kau jangan tambah masalah.Kau taukan, kau tak boleh jatuh cinta pada dia dan bukan setakat pada dia, kau tak boleh jatuh cinta pada sesiapaupun.”Fazlan mengingatkan Izal.
“aku tau Lan, aku tau tulah sebab aku masih ada kat pejabat ni pada waktu ni,aku nak elakan diri dari dia, mungkin dengan cara ni ,aku dapat lupakan perasaan aku pada dia.”Fazlan mengeluh lembut mendengar kata-kata dari Izal itu.Dia begitu bersimpati dengan Izal, orang lain begitu seronok dan bahagia bila dilamun cinta, tapi tidak untuk Izal.Hanya dulu dia bahagia bila dilamun cinta, kini, jatuh cinta adalah sesuatu yang amat perit untuknya.
“dah lah….sabarlah Izal.Aku sentiasa ada dibelakang kau.Aku tau kau mampu lalui semua ni.”Fazlan memberikan semangat. Izal hanya tersenyum dengan kata-kata Fazlan itu.Fazlan adala satu-satunya orang yang tahu tentang masalahnya.Fazlan sentiasa bersamanya sejak dia mengetahui tentang berita itu.Kalau bukan kerana Fazlan juga, dia tak mungkin akan dapat pekerjaannya sekarang ni.Tiada siapa yang mahu mangambil orang sepertinya sebagai pekerja.
“kau ni dah makan ubat ke belum.Makin pucat aku tengok muka kau ni.”soal Fazlan lagi.
“dah…kau janganlah risau sangat.Lagi pun aku makan ke, tak makan ke, sama jugak.tak ada bezanya.”ujar Izal bersahaja.
“kau janganlah cakap macam tu, ajal maut ditangan tuhan.”kata-kata Fazlan itu disambut senyuman hambar dari Izal.
“oklah, kau nak duduk kat sini sampa bila? Tak nak balik?aku nak balik ni.”
“aku nak siapkan ni sikit,dah siap nanti aku baliklah.”jawab Izal.Fazlan bangun dari duduknya dan mengambil semula beg yang diletak di lantai sebentar tadi.
“oklah aku balik dululah.”ujar Fazlan sambil bersalaman dengan Izal.
“elok-elok jalan.”balas Izal.Fazlan memulas tombol pintu dan berlalu keluar namun, beberapa saat kemudian pintu itu kembali terkuak. Izal memandang ke arah pintu.Kelihatan Fazlan sedang berdiri tegak dipintu.
“apa lagi?”soal Izal.Fazlan tersenyum.
“jangan balik lambat sangat, aku dengar cerita, office ni berhantu.Jaga-jaga.”ujar Fazlan sambil tersenyum.
“ada-ada je kau ni.Dah pergi balik!!”ujar Izal seakan menghalau.Kedengaran tawa Fazlan memecah kesunyian pejabat tersebut.Fazlan kembali menutup pintu bilik Izal dan berlalu pergi dengan tawa yang masih tersisa. Izal tersenyum lebar sambil menggelengkan kepala.Kelakar betul Fazlan ni.Ada saja modal nak buat Izal ketawa. Izal tahu Fazlan sedang cuba menghiburkan hatinya supaya di tidak terlalu tertekan dengan masalahnya.
Perlahan Izal membuka pintu rumahnya, jam tepat menunjukan pukul satu pagi.Pintu kembali ditutup dan dikunci.Niatnya mahu terus naik biliknya.Namun niatnya mati.Dia ternampak sekujur tubuh terbaring diatas sofa.Sayu Izal memandang tubuh itu. Izal memandang pula meja makan,kelihatan makanan sudah siap terhidang. Izal duduk disisi sekujur tubuh itu. Izal memandang wajah isteri yang sudah dinikahinya enam bulan dulu.Perlahan Izal menyentuh pipi hitam manis milik Izati.Rambut lurus yang berjuraian di wajah Izati diselak perlahan.
‘cantik sungguh awak Izati, bertuah siapa yang dapat memiliki awak.Kalaulah saya mampu membahagiakan awak..’ujar Izal perlahan sambil membelai lembut rambut Izati.
“abang dah balik..”Izati terjaga.Teguran Izati itu mengejutkan Izal sehingga dia jatuh terduduk dilantai.
“aduh….!!” Izal mendengus perlahan.
“abang buat apa duduk kat bawah tu?”soal Izati Hairan.
“tak…tak..ada apa-apa.”ujar Izal sambil berdiri.Izati turut bangun.Perlahan tangan Izal diraih dan disalami.Beg dan blazer milik Izal dicapai.Penuh sopan santun. Izal terdiam.Dia benar-benar sudah jatuh hati dengan isterinya itu.
“abang dah makan? Izati dah siapkan makanan tu.Ujar Izati sambil menarik tangan Izal menuju ke meja makan.
“alamak bang, dah sejuklah, sekejap ek, Izati panaskan.Abang duduklah dulu”Ujar Izati lembut.Izati meletakan blazer dan beg Izal diletak di kerusi.
“ Izati..”panggil Izal.Izati berpaling ke arahnya. Izal mengambil semula blazer dan begnya.izati hanya memerhati gerak geri Izal.
“awak tak payah susah-susah.Saya dah makan dah.Awak simpan je semua ni.”ujar Izal perlahan.
“ta…tapi….”
“Esok awak dah tak perlu siapkan makanan.Tak payah tunggu saya.Saya akan selalu balik lambat selepas ni.”ujar Izal lembut memintas kata-kata izati. Lantas terus meninggalkan Izati dan naik ke atas.Izati memerhati langkah suaminya sehingga hilang dari pandangan.
Izati duduk termenung diatas wakaf yang terletak di halaman rumah banglo itu.Fikirannya ligat memikirkan tentang perangai Izal yang banyak berubah sejak kebelakangan ini.Wajah Izal juga kian pucat.Begitu juga susuk tubuhnya yang jelas semakin susut. ‘kenapa dengan abang Izal.’Izati teringat di saat dia memberitahu Izal yang dia sudah bersedia menjadi seorang isteri untuk suaminya, Izal seakan tidak mengendahkannya.Bilik tidur masih berasingan.Lantas dia teringatkan peristiwa semalam.Dia sebenarnya sedar disaat Izal membelai rambutnya.Dia dengar dengan jelas semua yang dikatakan oleh Izal ketika itu.
‘cantik sungguh awak Izati, bertuah siapa yang dapat memiliki awak.Kalaulah saya mampu membahagiakan awak..’ bergema kata-kata Izal semalam didalam kotak fikirannya.
“apa maksud abang dengan semua ni?’Izati menyoal dirinya sendiri.
“percayalah.ini semua tak lama.Bila tiba masanya nanti, awak bebas buat apa yang awak suka.Percaya cakap saya.”
“dalam tempoh waktu yang tersisa ini, saya berjanji akan membahagiakan awak.Awak tak perlu risau.Saya tak akan sentuh awak.” Ligat Izati mengingatkan kata-kata Izal di malam pertama perkahwinan mereka dulu.Kata-kata yang jelas dapat diingat sehingga sekarang.
‘semua ini tak akan lama? Tempoh yang masih tersisa?’ Izati mengulang semula ayat-ayat yang pernah diutarakan oleh Izal dulu.
“awak tak perlu campak dia jauh-jauh dari hati awak.Bila tiba masanya nanti awak awak akan dapat bersama dengan dia semula.”
‘bila tiba masnya nanti?’Izati mengulang ayat yang selalu diucap oleh Izal.
‘apa maksudnya?’Izati mula rasa tak sedap hati.Dia dapat rasa seakan ada sesuatu yang akan terjadi pada rumah tangganya.
“ha!!!”tiba-tiba Izati disergah seseorang.
“astaghfirullah al- azim….”hampir menjerit Izatidengan sergahan itu.Kedengaran suara tawa dari orang yang menyergahnya itu.
“Iriz!! Terkejut akak!!”protes Izati.
“Akak tulah, termenung jauh sangat, apa yang difikirnya tu.”ujar Iriz bersahaja sambil duduk disebelah Izati.
“bagilah salam dulu lain kali…..”ujar Izati lagi sambil membetulkan tudungnya.
“dah puas dah Iriz bagi salam.Dari luar tadi.Akak tu je yang tak sedar.Nasib baik pagar tu tak kunci, bolehlah riz masuk.”cerita Iriz panjang lebar.
“yeke? Tak perasanlah akak.”
“macam mana nak perasan, termenung jauh sangat.Akak termenungkan apa tu?”
“tak ada apalah, jom masuk dalam.”ajak Izati sambil bangun dari duduknya.Lantas kaki diatur masuk kedalam.Iriz mengekorinya.
“Riz duduklah dulu, akak ke dapur buat air sekejap.”ujar Izati, lantas langkah kakinya diatur terus ke dapur.Iriz memerhati gelagat kakak iparnya itu.Jelas kelihatan ada masalah yang menyelubungi kakak iparnya itu.Iriz mengekori Izati ke dapur.Iriz memerhati Izati dari pintu dapur.
“Riz buat apa berdiri kat situ, kan akak suruh duduk kat depan tadi.Ujar Izati sebaik perasaan keberadaan Iriz dimuka pintu.Iriz tersenyum memandang Izati.Lantas Iriz mendekati Izati yang sedang membancuh air sirap didalam jag.
“Abang Izal tak balik ke kak, dah pukul dua belas ni.Soal Iriz yang bersandar pada cabinet dapur.
“abang…abang Izal…memang tak balik makan tengah hari.”jawab Izati sedikit gugup. “dah, jom pergi minum kat depan.” Ajak Izati sambil membawa dulang ke ruang tamu.Iriz mengekorinya.Perlahan Dulang yang berisa sejag air itu diletak di atas meja.Cermat Air sirap itu dituang kedalam gelas.
“Umi dengan Abah sihat?”soal Izati
“mereka sihat Alhamdulillah.”jawab Iriz ringkas.Kedua-dua mereka termati kata seketika.
“Abang Zal selalu balik pukul berapa?”soal Iriz lagi. Izati terkelu lidah tiba-tiba.Dia tak tahu nak jawab apa.Takut tersalah jawab , Iriz dapat menghidu masalahnya.
“dia selalu balik lewat.Banyak kerja.Pejabat dia ada projek baru sekarang ni..”
“lambat tu pukul berapa?”soal Iriz lagi.Sekarng Izati benar-benar tersepit.Tak akan dia mahu menipu.
“pukul….pukul…..”
“pukul satu pagi?”duga Iriz. Izati tersentak.Macam mana Iriz boleh tahu? Izati menoleh ke arah Iriz.
“Iriz ada kawan yang kerja di syarikat Abang Fazlan tu.Dia bagi tahu, dia selalu Nampak Abang Zal balik lambat.Pernah sekali dia tertinggal barang kat Office, bila dia sampai Office dalam pukul 12.30 malam, dia Nampak Abang Zal masih belum balik.”cerita Iriz. Izati kembali menoleh kehadapan. “Akak dengan Abang Zal ada masalah ya?”soal Iriz tiba-tiba. Izati tersentak lagi.Dia termati kata.
“tak…tak adalah.”dalih Izati.
“akak tau tak sebenarnya, Syarikat tu belum ada projek besar pun sekarang ni.Cuma projek-projek biasa je.Tak ada sebab kenapa abang Zal perlu balik selewat itu.” Izati terdiam mendengar kata-kata Iriz itu.Dia sendiri tahu mengenai perkara itu.Dia yang sengaja mereka cerita tentang ‘projek baru’ itu.
“lagi satu Iriz nak tanya.”Iriz bangun dan duduk semula disebelah Izati. “betul ke Abang Zal sakit?”soal Iriz. Izati tersentak lagi dengan soalan itu.
“Abang Zal sakit?” Izati mengulang semula soalan Iriz.
“dia sakit apa?”soal Izati kembali.
“entah, Riz tak tahu, kawan Riz tu yang cakap.Dia Kata abang Zal dah makin kurus , muka nya pucat…Akak tak perasan apa-apa perubahan pada abang Zal ke?”
“ada….dia memang dah semakin kurus, mukanya makin pucat….dia selalu batuk-batuk.Selalu jugak akak Nampak dia jalan terhoyong-hayang macam nak pitam.risau akak tengok dia.”
“akak ada tanya dia?”soal Iriz.Izati terdiam.Dia belum berkesempatan nak tanya.Pagi-pagi lagi Izal telah keluar dan pulang lewat malam.Perlahan Izati menggeleng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan