Selasa, 22 November 2011

Lafaz Cinta 1....

“Hoi!! tengok apa tu?”sergah Farouqy.

“eh…abang, tak ada apalah.”

“ohh…kamu tengok awek ek.”soal Farouqy sebaik melihat kearah yang dilihat oleh Iman tadi.Iman lantas meninggalkan tempat itu.Farouqy membontotinya.

“Pergilah mengorat budak tu, apa nama dia?”

“Mirza, tapi orang kawan-kawan dia panggil Mieja je.”jawab Iman malas.

“ohh.. Mieja? pergilah ngorat dia, kalau kamu tak tahu, abang boleh ajar, ini Megat Farouqy Megat Al-Bakri, Romeo universiti ni.”ujar Farouqy dengan megahnya.

“ceh…romeo!! awek seorang pun tak ada!”Iman mencebik.

“janganlah cakap kuat-kuat, nanti orang dengar rosaklah reputasi abang.Lagipun abang yang tak naklah, kalau abang nak dah penuh dah keliling pinggang ni.”Farouqy bermegah lagi.

“nak tak abang ajar macam mana nak mengorat budak Mieja tu?”

“tak naklah bang, siapalah saya ni nak mengorat Mieja tu? Rupa pun tak berapa nak ada, harta jauh sekali, pendidikan pun cukup-cukup makan je.”Iman merendah diri.

“Man, kamu ni merendah diri sangat, dah tentulah kamu kalah dengan abang, abang kan keturunan Megat termacho dan terkacak seantero dunia, tapi kamu ni masih dalam katogori lelaki idaman wanita.Abang rasa, perempuan macam Mieja tu tak kisah harta benda ni semua, lagi satu kalau kamu tak pandai, tak adanya kamu kat universiti ni.”pujuk Farouqy, namun masih sempat dia bermegah.

“tak naklah bang, buat apa pun ngorat dia.”

“buat apa? kalau dia terlepas kat orang lain macam mana?”

“biarlah.”

“biarlah? kamu suka kat dia kan?”Farouqy semakin keliru.Iman mengangguk perlahan.

“habis tu?”

“Biarlah bang, Saya tak nampak kenapa saya perlu ngorat dia.Lagipun saya datang sini nak belajar, bukan bercinta.”ujar Iman selamba.

“peliklah kau ni!!”Iman tertawa kecil.

“yang abang ikut saya ni, abang tak ada kelas ke?”soal Iman sambil memberhentikan langkah.

“astaghfirullah al-azim.”Farouqy mengucap panjang sambil menepuk dahi.

“kamulah punya pasal ni.Dahlah abang pergi dulu.”Farouqy pantas memecut menuju ke dewan kuliah.Iman ketawa geli hati dengan gelagat seniornya yang juga teman sebiliknya itu.Kelakar betul.



“Eh… Mieja, kau perasan tak?”soal Aisyah.

“Perasan apa?”soal Mieja kembali.

“Mamat tadi tu asyik perhatikan kau je.”ujar Aisyah teruja.

“siapa?”

“yang tadi tu.Yang dengan Abang Aqi tadi tu.”

“ohh…Iman?”Soal Mieja kembali.

“Iman nama dia?”

“Muhammad Iman Danial.”

“Nama penuh pun kau tahu?”Aisyah seakan tidak percaya. Mieja hanya sekadar tersenyum.

“ dia tu ke orang yang kau cerita kat aku tu?” Mieja mengangguk perlahan.

“betul ni? wah, kacak juga orangnya.Pernah bercakap dengan dia?”Aisyah teruja. Mieja menggelang.

“kau biar betul..”

“betul.Dia ambil course lain.Kelas pun lain-lain.Tak ada peluang langsung nak bercakap.”

“habis tu, dia tak pernah tegur kau? aku tengok dia macam suka kat kau je.”

“itulah masalahnya, dia just pandang aku je.Paling-paling pun dia senyum.Tujelah yang dia buat.”

“ohh…habis tu, kau tak nak tegur dia?”soal Aisyah lagi.

“kau gila!! takkan perigi nak cari timba.Aku ni perempuan, dia lelaki, patutnya dia yang mulakan dulu, bukan aku.”

“betul juga tu..”Aisyah bersetuju.

“Dahlah tu, jangan cakap lagi.Jom cepat.Nanti balik pulak Prof Mustamam tu.”

Farouqy dan Iman berjalan beriringan menuju ke asrama.Sekali sekala terdengar gelak tawa dari mereka.Mereka berdua memang rapat.Farouqy telah menganggap Iman seperti adiknya sendiri memandangkan dia sendiri tiada adik.Iman juga begitu.Dia hanya ada seorang kakak dan adik perempuan, Farouqy telah dianggap sebagai abangya sendiri.Tiba-tiba Iman terdiam dan tertunduk.Farouqy kehairanan.

“kamu ni kenapa?”Farouqy kemudian ternampak Mieja Dan Aisyah berada di hadapan mereka.

“ohh…Man, tu gadis pujaan kau tu..”usik Farouqy.

“Assalamualaikum..”Farouqy memberi salam pada Mieja dan Aisyah apabila mereka berselisih.

“Waalaikummussalam..”Jawab mereka berdua serentak sambil tersenyum.Iman seakan tersentak.Ini pertama kali dia berada begitu dekat dengan Mieja.Suaranya juga begitu merdu dirasakan.Farouqy memandang wajah Iman sambil tersenyum nakal.

“amboi..merah padam muka, malulah tu..”usik Farouqy.Iman menolak badan Farouqy.Hampir sahaja Farouqy melanggar pokok disebabkan tolakan dari Iman itu.

“huih…kau..agak-agaklah, abang langgar pokok tu nanti habis kemik hidung, jatuh lah saham abang.!!”protes Farouqy.

“padan muka….”

“alah…malulah tu, tak payah berlakaon lah, abang tahu kamu suka kan..kan..kan..kan?”Iman tersenyum juga akhirnya.Farouqy ketawa berdeka-dekah geli hati.

Sekali-sekala Iman memandang jam didinding.Pukul 12.30 malam.Iman mengiring memandang Farouqy di katil sebelah. ‘Dah lena dah.’bisik hati Iman.

‘apahallah susuh sangat aku nak tidur ni?!’ rungut Iman perlahan.Iman memerhati Farouqy tidur sesekali Farouqy tersenyum.Iman ketawa kecil.

‘apalah yang dimimpinya tu.Jumpa Stacy kot.’ujar Iman.Teringat dia ketika Farouqy memberitahunya yang artis pujaannya adalah Stacy, Iman ketawa terbahak-bahak.Kata Romeo tapi suka kat Stacy.Iman menelentangkan badannya dan memandang siling.Seakan tergambar wajah Mieja disitu.Teringat pula peristiwa petang tadi.Walaupaun cuma tak sampai seminit, tapi saat itu cukup bahagia.Iman tersenyum sendiri. ‘Mieja, saya suka kat awak.’Iman berbicara sendiri.Jauh dilubuk hatinya teringin sekali dia mahu mengungkapkan kata-kata itu dihadapan Mieja.Tetapi apa boleh buat, dia segan.Segan sangat.

Iman menyarung baju ke badan.Dan dengan malasnya dia menyisir rambut.Matanya masih kuyu, masih mengantuk.Malam tadi lewat tidur sebab berangankan Mieja.Farouqy yang baru selesai mandi masuk ke dalam bilik.Dia memerhati gelagat Iman dengan pandangan yang pelik.Selesai menyisir rambut Iman mencapai begnya dan menuju ke pintu.

“eh..eh..Man, kejap.”panggil Farouqy.Iman memberhentikan langkah dan memandang Farouqy.

“kamu nak pergi mana ni?”soal Farouqy sambil menghenyakkan punggungnya di atas katil.

“nak..nak pergi kelaslah, kenapa?”soal Iman pula kehairanan.

“nak..nak pergi kelas macam tu? bertuala je?”Tersentak Iman mendengar kata-kata Farouqy itu, lantas dia memerhatikan pula dirinya.

“astahgfirullah al-Azim…Subhanallah.”Iman mengucap panjang sambil bersandar pada dinding.Farouqy sudah ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut.Iman kembali pada almari pakaiannya dan mencari seluar.

“kamu ni kenapa Man? tak sihat ke?”soal Farouqy dalam tawanya.

“dahlah tu janganlah gelak.!!”bentak Iman sambil menyarung seluar di kaki.

“heh…marah pulak.Patutnya kau berterima kasih tau kat abang sebab abang tegur kau sekarang, kalau kau dah lepas ke kelas tadi macam mana?”

“yelah..yelah terima kasih…!!”bentak Iman sebelum berlalu keluar.

“macam tak Ikhlas je..”laung Farouqy sebelum menyambung tawanya.

‘apa kenalah budak tu, dah buang tabiat agaknya.’ujar Farouqy sendiri.

Aisyah masuk ke kafetaria dan mencari Mieja.Mereka telah berjanji untuk bertemu di situ.Selepas puas meninjau-ninjau baru Aisyah ternampak kelibat Mieja. Mieja menghadiahkan senyuman.Aisyah membalasnya dan segera mendapatkan Mieja.

“dah lama tunggu? sorry lambat.”soal Aisyah sambil menghenyakan punggungnya pada kerusi di hadapan Mieja.

“tak apa.”ujar Mieja sambil tersenyum.Seketika kemudian Aisyah terperasan sesuatu dan dia tersenyum.

“Mieja, tu..”ujar Aisyah sambil memanjangkan muncungnya menunjuk kepada Iman yang duduk bersama kawan-kawannya di meja yang tidak jauh dari situ. Mieja melihat kearah yang ditunjukan Aisyah. Mieja tersenyum.Aisyah juga turut tersenyum melihat riaksi Mieja itu.

“Sukalah tu..”Usik Aisyah. Mieja tersipu malu.

“makin handsome pulak Iman tu aku tengok.”puji Aisyah. Mieja hanya tersenyum.

“dia masih tak tegur kau ke?”soal Aisyah. Mieja mencebik.

“Kalau macam nilah gayanya, sampai grad nanti pun korang masih macam ni juga.”

“kalau dah ditakdirkan kami macam tu je, tak apalah.”

“macam orang dah putus asa je.”

“apa yang boleh aku buat? semua nya terpulang pada dia.”Aisyah mencebik.



Farouqy berlari-lari anak untuk mendaptkan Aisyah.Ada Sesuatu yang dia ingin katakan.

“Hai Chah.”ujar Farouqy selamba selepas dapat memintas Aisyah.

“eh..Abang Aqi.Assalamualaikum.”sindir Aisyah.

“Waalaikummussalam..”jawab Farouqy sambil tersipu malu kerna tersindir.Aisyah tersenyum melihat riaksi Farouqy itu.

“Chah nak pergi mana ni?”soal Farouqy.

“Nak pergi library.Ni apa ‘Chah’ pulak, Aisyah lah.”bentak Aisyah.

“Ala, nama Chah tu kan comel sikit bunyinya.”

“hish..Abang ni kenapa ni? ada apa sebenarnya.Saya nak Cepat ni.Kawan saya dah tunggu dah tu.”

“alah, nantilah dulu abang ada benda nak cakap ni.”

“apa dia?”

“meh kita duduk dulu.”ajak Farouqy.Aisyah membontoti Farouqy duduk di kerusi yang disedikan di koridor itu.

“cakaplah apa dia?”soal Aisyah lagi.

“macam ni, sejak belakangan ni, abang tengok, si Iman tu, dah macam orang tak betul, apa sahaja dia buat tak kena.Selalu tak cukup tidur.”Farouqy memulakan bicara.

“apa pulak kaitannya dengan saya?”Aisyah keliru.

“Chah nak tahu kenapa dia jadi macam tu?”

“dia sebenarnya dah jatuh cinta.”tambah Farouqy lagi.Aisyah mengangkat kening. ‘Iman dah jatuh cinta? tak ada harapanlah untuk Mieja.’bisik hatinya.

“nak tahu dia jatuh cinta dengan siapa?”soal Farouqy lagi.Aisyah mengangguk laju.

“Mieja.”

“Mieja?”Aisyah seakan tak percaya.Farouqy mengangguk perlahan.Aisyah tersenyum. ‘suka sama suka rupanya diorang ni.’bisik Hati Aisyah lagi.

“Oklah abang nak cakap tu je.OK, abang pergi dulu , assalamualikum.”Farouqy memberi salam dan terus beredar.

“Waalaikummussalam.”jawab Aisyah.



Iman membelek buku-buku di rak buku.Matanya membelek buku, tetapi hatinya asyik terfikirkan Mieja.Iman mengambil beberapa buah buku dan terus mencari tempat duduk.Tidak lama selepas itu, Farouqy menyertainya.Farouqy memerhati Iman dengan pandangan yang pelik.Iman termenung.

“Man…Man!!”panggil Farouqy tetapi dalam nada suara yang rendah kerana risau mereka akan di halau keluar dari perpustakaan itu.

“ya…”jawab Iman malas.

“kamu ambil kursus seni bina kan?”Soal Farouqy.Iman hanya mengangguk.

“habis tu, kau ambil buku ‘Nursing’ tu buat apa?”Iman memandang buku yang diambilnya tadi.Bulat biji matanya.

“astaghfirullah al-azim.”Iman mengucap panjang dan terus meletakan kepalanya di atas meja.Farouqy menekup mulut menahan tawa.Kalau bukan dia berada di perpustakaan sudah lama dia ketawa terbahak-bahak.Kemudian Farouqy mendapat idea nakal.

“Man.!!..Man!!”panggil Farouqy.

“…apa..!!”

“Mieja … Mieja …”

“Ha?! Mana? Mana?”Laju Iman mengangkat kepala dan terus meninjau sekeling mencari kelibat Mieja.Tapi tiada.Farouqy kembali menekup mulutnya.Terhenjut-henjut badannya menahan tawa.Iman memandang Farouqy dengan mata yang mencerun.

‘dia kenakan aku rupanya!’bentak hati Iman.

“sudahlah!!”bentak Iman lantas bangun semula untuk menukar buku.Farouqy masih ketawa.



Iman khusyuk mengulang kaji pelajaran di meja tulisnya.Walupun dia cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian namun didalam fikirannya masih tak lekang dari memikirkan Mieja.Hairan betul dia tentang diri dia.Iman menggaru-garu kepalanya.Runsing!!Runsing!!Farouqy hanya memerhati dari katilnya.Kadang-kadang dia tersenyum melihat gelagat Iman. ‘Ini agaknya rupa orang yang tidak pernah bercinta tiba-tiba jatuh cinta.’bisik hatinya.

“Man, kamu mesti tengah fikir tentang Mieja kan?”Farouqy meneka.Iman tersentak lantas dia berpaling memandang Farouqy. ‘hai!! abang Aqi ni boleh baca fikiran orang ke?!’

“Man,abang rasa kamu ni tengah angau tau! tengah dilamun cinta.Tulah pasal kamu jadi macam orang tak betul sejak kebelakangan ni.”ujar Farouqy selamba.

“merepeklah abang ni.”Iman mencebik dan kembali menghadap bukunya.Farouqy lantas menarik kerusi dari meja tulisnya dan dibawa kesebelah Iman dan dia duduk di situ.

“Man, abang rasakan, kamu kena juga cakap kat budak Mieja tu yang kau suka kat dia.”Iman hanya buat endah tak endah dengan kata-kata Farouqy itu.

“Man, dengar sini.”ujar Farouqy sambil meletakan lengannya di bahu Iman.Iman memandang wajah Farouqy sekilas dan kembali memandang bukunya.

“selagi kamu tak cakap, selagi tulah kamu akan terus macam ni.Kamu tau apa akibatnya kalau kamu terus macam ni?”Iman memandang wajah Farouqy lagi.

“akibatnya nanti kamu asyik terfikirkan tentang Mieja.Kau makan ingatkan Mieja, kau tidur mimpikan Mieja dan kau tengah belajar pun kau terfikirkan Mieja.Nanti tak dapat fokus dalam kelas, bila exam dah tak tahu nak jawab, lepas tu gagal, akhirnya kena buang dari universiti, terus gelap masa depan.”ujar Farouqy bersungguh-sungguh.Bulat biji mata Iman mendengar kata-kata dari Farouqy itu.

“takkanlah sampai macam tu sekali?”Iman seakan tak percaya.Farouqy tersenyum. ‘lurus betul budak ni.’

“tak adalah sampai macam tu, tapi tak mustahil boleh jadi macam tu.”ujar Farouqy lagi sambil berjalan kembali ke katilnya.Iman juga turut berpaling memandang Farouqy.

“belum ada yang mati lagi sebab luahkan perasaan.Tak salah kalau berterus terang kat dia.Kau tak perlu ajak dia bercinta pun cukup kamu lafazkan sahaja cinta kamu tu.”Ujar Farouqy lagi sambil merapikan katilnya.Iman termangu seketika.

“dahlah , abang nak tidur dulu.Jangan lupa tutup lampu.Selamat malam, Assalamualikum.”

“Waalaikumusslam.”jawab Iman sambil otaknya ligat memikirkan kata-kata Farouqy tadi. ‘perlu ke aku cakap.?’Iman menyoal dirinya sendiri.

Mieja termenung di koridor asrama.Matanya memandang ke langit, tetapi fikirannya terbang entah kemana.

“Mieja!!”Aisyah datang dan menyergah Mieja. Mieja tersentak dari lamunannya.

“Kau ni!! terkejutlah aku!!”bentak Mieja.Aisyah ketawa kecil lalu menyandarkan badannya ke tembok koridor tersebut.

“kau ni kenapa Mieja.Sejak kebelakangan ni aku tengok kau asyik termenung sana, termenung sini macam orang tengah angau.Kau tengah dilamun cinta ek?”Soal Aisyah teruja.

“hish…kau ni merepek je..”

“alah terus terang ajelah, kau dah jatuh cintakan? dengan Iman kan?”

“malaslah nak layan kau.”bentak Mieja dan terus masuk ke biliknya.Aisyah mengekorinya.

“Mieja, semalam Abang Aqi jumpa aku.”cerita Aisyah sambil duduk di atas katil.

“kenapa,dia ngorat kau ek?”usik Mieja sambil melipat baju-baju yang baru diangkatnya tadi.

“tak adalah , tapi kalau dia ngorat pun aku suka, yelah diakan handsome.”

“gatalnya kau!!”selar Mieja.Aisyah ketawa.

“tak adalah, bukan tu.Dia jumpa aku dan dia cakap…”

“cakap apa?” Mieja sedikit teruja.

“dia cakap yang Iman dah jatuh cinta.”

“Iman…?”perlahan sahaja nada suara Mieja.

“kau tau dia jatuh cinta pada siapa?”Soal Aisyah. Mieja hanya diam.

“dia dah jatuh cinta pada Cik Mirza binti Haji Fazlan.Pelajar Tahun satu bidang Fesyen.”ujar Aisyah sambil tersenyum memandang Mieja. Mieja mengangkat semula wajahnya memandang Aisyah sambil tersenyum malu.

“alah..alah..alah..malulah tu.Merah padam muka.!!!”usik Aisyah.

“aku peliklah, kalau dah suka apasal dia tak nak luahkan je perasaan dia kat kau?”soal Aisyah lagi sambil memeluk lutut. Mieja mencebik.

“entah, dia segan kot.Yelah aku ni kan dulu sekolah kat sekolah agama, anak ustaz.”

“dia tahu ke? mana dia tahu?”Aisyah kehairanan.

“dia tahu rasanya.Kau tahu tak sebenarnya, aku dah kenal dia sejak zaman sekolah lagi.” Mieja membuka cerita.Aisyah bangun dari katilnya dan duduk di sebelah Mieja.

“dia satu sekolah dengan kau ke?”

“taklah, dia sekolah lain.asrama juga.Tapi sekolah kami dekat-dekat.”cerita Mieja.

“ohh…habis macam mana boleh jumpa?”soal Aisyah lagi.

“Dulu setiap kali aku balik dari asrama, aku selalu nampak dia kat stesen bas.Aku perasan dia selalu pandang aku.Mula-mula tu rasa tak selesa juga tapi lama-lama dah jadi tak kisah.Lagiun akupun suka tengok muka dia.Rasa sejuk hati bila tengok muka dia.Bila dah tamat sekolah, rindu pulak kat dia.Tapi masa pendaftaran hari tu, aku nampak dia lagi, kat sini.”

“ohh…habis tu, dari dulu sampai sekarang korang asyik pandang memandang jelah ek? langsung tak pernah bercakap?”soal Aisyah lagi.

“pernah, tapi sekali tujelah.Masa tu Outing, aku keluar pergi bandar.Dia pun sama.Waktu tu, pas pelajar aku tercicir, dia yang jumpa dan di pulangkan balik kat aku.Waktu tu lah aku tahu nama dia, aku ternampak tag nama kat uniform dia.Waktu tu juga dia tahu nama aku dari pas pelajar aku tu.”cerita Mieja lagi.

“ohh…lepas tu dia tak pernah bercakap dengan kau lagi?”soal Aisyah. Mieja menggeleng.

“kalau susah-susah sangat, kau je yang mula tegur dia dulu.Mungkin Iman tu tergolong dalam kumpulan lelaki yang pemalu tahap gaban kot.”ujar Aisyah.

“seganlah aku, nanti dia ingat aku ni desperate sangat.”sanggah Mieja.

“tak adalah.Kau ni negative thinkinglah.Tak bermakna, seorang wanita yang mulakan sesuatu hubungan tu desperate.Ingat tak, masa Rasulullah berkahwin dengan Saiyidatina Khadijah dulu, bukankah Saiyidatina Khadijah yang mulakan dulu.Saiyidatina Khadijah bukannya desperate sangat kan?”ujar Aisyah. Mieja terdiam seketika. ‘betul juga tu.’

“atau pun macam ni.Kalau kau segan nak cakap, apa kata kita biarkan dia yang cakap.”cadang Aisyah.

“dia tak akan cakap.Kalau dia nak cakap dari dulu dia dah cakap.”

“kalau macam tu, kita bagi dia sedikit perangsang.”cadang Aisyah lagi dengan mata membulat.

“perangsang?!”

Aisyah memandang sekeliling mencari kelibat Farouqy. ‘mana pulak Abang Aqy ni, selalu ada je muka dia.Ni tak ada pulak.’rungut Aisyah.Dia beralih semula ke blok sebelah. ‘hah..ada pun.’Aisyah berlari-lari anak mendapatkan Farouqy.

“Abang Aqy!!”laung Aiysah.Farouqy menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.Dia tersenyum apabila melihat Aisyah yang memanggilnya tadi.

“hai Chah..kenapa cari abang ni? nak ajak abang pergi makan ek? jom, abang tengah free ni.Chah nak belanja?”Farouqy mula merepek.Aisyah mengerutkan dahi.

“apa bang merepek ni, lagi pun buat apa saya nek pergi makan dengan abang?”

“alah, malu-malu pulak, ok tak pea bang yang belanja, jom.”

“heh…ni yang malas nak cakap dengan abang nit au, merepek je, balik lah macam ni!!”ugut Aisyah.

“ok..ok..ok..alah Chah ni , abang gurau je lah.Itupun nak nak merajuk.”

“tau pun.!!”Aisyah mencebik.

“ok, Chah ada apa nak cakap dengan Abang ni?”Farouqy bersura manja.

“Saya nak cakap sikit ni, pasal Iman dan Mieja.”Farouqy mengangkat kening seakan Ziana Zain.

“Iman dan Mieja ??!!”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan