Selasa, 22 November 2011

Sedikit Waktu (babak 4)

“tuk…tuk…tuk…”kedengaran pintu diketuk.

“masuk.”ujar Izal.Seketika kemudian, pintu dikuak dan terjojol wajah Fazlan mengukir senyuman. Izal membalas senyuman itu.

“nah…ini projek terbaru kita.Ujar Fazlan sambil menyerahkan sebuah fail pada Izal. Izal menyambut fail tersebut dan membeleknya.

“rumah kedai?”Fazlan mengangguk.

“kalau nak ikutkan aku, aku nak bagi projek ni kat Ikram.Aku nak kau duduk rumah diam-diam.Rehat je.Tapi kau yang bereia-ia nak uruskan projek tu.”ujar Fazlan sambil membelek-belek pelan banglo yang telah disiapkan oleh Izal.

“kau ni, macam nak berhentikan aku kerja je..”Ujar Izal seakan merajuk.Fazlan tergelak kecil.

“tak adalah macam tu, aku Cuma risau tengok kau ni.Makin hari-makin tak bermaya.”

“aku masih mampu bekerja Lan.Aku ni ada tanggungan.Kalau aku tak kerja, siapa nak bagi Izati tu makan?”Ujar Izal pula.Fazlan tersenyum mendengar kata-kata dari Izal itu.Fazlan merenung Izal lama.Timbul perasaan kagum dalam dirinya. Izal begitu tabah mengharungi semua dugaan ini.

“kenapa kau tenung aku macam tu?”soal Izal kehairanan.Fazlan tersenyum lagi.

“tak ada apa, cuma, aku rasa kagum tengok kau.Kau boleh tenang hadapi semua ni.Kalau akulah, dah lama aku cari mana-mana pulau terpencil yang tak ada orang dan menyorok kat situ.”ujar Fazlan.Kini Izal pula ketawa kecil mendengar kata-kata Fazlan itu.

“kau ni, ada-ada je.Kalau macam tu, aku syorkan kau pergi Pulau Jerjak kat Pulau Pinang tu.Kat situ memang tak ada orang.” Izal berseloroh.Pecah tawa mereka berdua.

“tapi aku serius ni, memang aku kagum tengok kau.”Fazlan mengulang kata-katanya tadi. Izal tersenyum Hambar.Dia diam seketika.

“Allah tak akan datangkan sesorang itu dugaan melainkan dia menyayanginya.Allah pun tidak akan menadatangkan dugaan yang tidak mampu dihadapi oleh umatnya.Itu janji Allah Lan.Ini semua dugaan dan ujian yang Allah berikan pada aku.Nak tak nak aku kena lalui.Aku tiada pilihan.Kadangkala hidup kita ini disajikan dengan pelbagai pilihan.Ada yang baik dan ada yang buruk.Tapi , kadang kala Allah hanya memberikan kita satu pilihan.Baik atau buruk, mahu tidak mahu, kita kena lauinya dan yang pasti itulah jalan terbaik untuk kita.Aku yakin ada hikmah disebalik semua ni.”ujar Izal panjang lebar.Fazlan memandang Izal Sayu. Izal sudah pasrah dengan segalanya.

“lagipun, cuba kau fikir dari sudut positif, sekurang-kurangnya, aku berpeluang untuk bertaubat dan buat apa yang aku patut buat sebelum aku tinggalkan dunia ni.”tambah Izal.

“kau janganlah cakap macam tu, aku sedih tau setiap kali kau cakap macam tu.” Izal tersenyum mendengar kata-kata Fazlan itu.

“oklah, aku nak sambung balik kerja aku tu.Kau kalau tak mampu nak buat projek tu kau bagi tahu aku, aku boleh serahkan projek tu pada Ikram.”

“tak apa, aku masih mampu nak buat.”ujar Izal sambil tersenyum.





Izal memulas tombol pintu rumahnya perlahan.jam sudah menunjukan pukul 12.30 malam.Sengaja dia balik lebih awal sedikit dari kebiasaan.Hari ini dia terasa amat penat.Badannya lemah dan kepalanya sakit.Perlahan pintu ditutup kembali. Izal terdiam seketika.Dia ternampak Izati tertidur di sofa. ‘dia tunggu aku lagi.’ujar hati kecilnya. Izal mendekati Izati.Ditenung wajah isterinya itu lama. ‘maafkan saya Izati, saya tak mampu mengotakan janji saya dulu.Saya tak mampu membahagiakan awak.Saya tahu awak tak bahagia bersama saya.’Bisik hatinya. Izal mendekati Izati.Cermat tubuh Izati diangkat. Izal membawa Izati naik ke biliknya. Izal membaringkan Izati dikatil dan diselimutkan. Izal duduk sebentar dibirai katil.

‘maafkan saya Izati.’ujarnya perlahan. Izal bangun semula dan menuju ke pintu.

“Abang..”kedengaran suara Izati lemah. Izal memberhentikan langkah.Dia menoleh ke arah Izati.

“Abang baru balik?Nak Izati siapkan makan?”soal Izati sambil bangun dari pembaringanya. Izal hanya memandang Izati sayu. “kenapa Izati ada kat sini? Abang angkat Izati ya tadi?”soal Izati yang keliru.

“Izati, kan saya dah kata, tak payah tunggu saya.”ujar Izal lembut.Izati terdiam seketika. Izal berpaling dan berniat untuk meninggalkan bilik itu untuk balik kebiliknya.

“Abang, nanti!!”Izati besuara tegas. Izal termati langkah.

“Kenapa Abang buat saya macam ni?Saya Isteri Abang.Benar dulu saya yang menolak Abang sebagai suami.Tapi itu dulu, sekarang saya dah bersedia untuk menjadi Isteri abang secara mutlak.”

“awak tak faham Izati.Awak tak faham.”ujar Izal perlahan.

“kalau macam tu, buat saya faham.”

“awak tak akan faham.”balas Izal dan memulakn semula langkahnya.

“nanti..!!”tahan Izati.Izati memintas Izal dan berdiri dihadapannya.

“Abang sakit ke? Kenapa abang semakin kurus dan semakin pucat sekarang ni?”soal Izati perlahan.

“tak…saya tak sakit.”dalih Izal.

“Abang, saya isteri abang, saya perlu tahu, saya risau tau.”Izati menyurakan kebimbangannya.

“Izati…” Izal bersuara lembut.Tangan Izati diraih dan digenggam erat. Izal membawa kedua-dua tangan itu lalu dicium.Izati terkesima seketika.

“Abang sihat.Abang tak apa-apa.Izati tak perlu risau.Abang tak apa-apa.abang cuma letih je.Izati jangan risau ya.Dah lewat dah ni, pergi tidur.”ujar Izal lembut.Tangan Izati kembali dilepaskan dan Izal bergerak menuju kebiliknya.Izati terpaku disitu. ‘Abang?’seakan tak percaya Izal membahasakan dirinya Abang.Adakah itu tanda yang menunjukan Izal sudah mula menerimanya?







Izati menuruni tangga perlahan sambil mengikat rambutnya.Niatnya mahu kedapur terbantut apabila telefon berbunyi.Izati melihatat ke arah jam dinding.Jam menunjukan pukul 8.15 pagi.

“Siapa pulak yang telefon awal-awal pagi ni?”soalnya sendiri.Langkah diatur ketefon dan perlahan gagang cordless phone itu di angkat.

“assalamualaikum.”Izati memberi salam.

“Waalaikumussalam.Izati ya?”soal suara lelaki di hujung talian.

“ya, siapa ni?”soal Izati kembali.

“Fazlan, ingat lagikan?”

“ohh…Fazlan.Mestilah ingat.Kenapa ya?”

“Izal ada kat rumah?”soal Fazlan.Izati mengerutkan dahi.Kebiasaannya, awal-awal pagi lagi Izal sudah ke tempat kerja.

“Selalunya, awal-awal pagi lagi dia dah ke tempat kerja.Dia tak ada kat Office ke?”soal Izati pula.

“dia tak ada.Tu yang saya call ni.”balas Fazlan pula.Izati melirik ke luar rumah.Dia ternampak kereta Izal masih berada diluar.

“sekejap, saya periksa dulu.Nanti saya telefon balik.”ujar Izati lantas dia meletakan semula gagang telefon.Dia mula berasa tak sedap hati.Dia cemas.Lantas langkah diatur ke tingkat atas semula.Pintu bilik Izal diketuk.

“Abang…”panggil Izati.

“Abang…abang ada kat dalam ke?”soal Izati lagi sambil mengetuk pintu bilik Izal sedikit kuat dari tadi.Masih senyap.Izati lantas memulas tombol pintu bilik tersebut.Kelihatan Izal masih terbaring diatas katil.Izati menghampiri Izal.Wajah Izal ditenung lama.Pucat sungguh.Bibir merahnya menjadi putih seakan tiada langsung darah mengalir ke situ.Izati resah.

“Abang..”Izati menggoncang sedikit tubuh Izal.

“Abang..!!!” Izal masih diam.Kaku tubuhnya.

“Abang!!!”Izati menggoncang dengan lebih kuat.Masih tiada tindak balas. Izal tidak sedarkan diri.







Izati berlari-lari anak mendapatkan Doktor Syafiq.Fazlan, Iriz, Haji Amin dan Hajah Safiah mengekori dari belakang.

“suami saya macam mana Doktor.”Soal Izati dalam tangisnya.Doktor Syafiq merenung Izati lama.Izati semakin resah.

“Puan ni isteri Encik Izal”soal Doktor Syafiq.Izati Mengangguk laju.

“Puan tolong ikut saya sebentar.”ujar Doktor Syafiq.Izati akur dan mengekori Doktor tersebut.Ahli kelurga Izal yang lain masuk ke dalam wad untuk melawat Izal.





“Puan, saya terpaksa melakukan pemeriksaan keatas puan.”ujar Doktor Syafiq sebaik mereka sampai ke bilik Doktor Syafiq.

“Kenapa ni Doktor? Suami saya sakit apa?”soal Izati sediki panik.Namun dia akur dan mengikut semua jenos pemeriksaan yang dijalankan.

“Sampel darah ni saya akan bawa ke makmal dan tak lama lagi kita boleh tahu keputusannya.”ujar Doktor Syafiq lagi selepas mengambil sampel darah dari Izati.

“Puan ada anak?”soal Doktor itu lagi.Izati menggelang.

“kenapa ni Doktor?, tolonglah bagi tahu saya.Suami saya sakit apa? Kenapa pula saya kena buat semua ujian ni?”

“Puan, suami puan adalah penghidap AIDS dan HIV positive.Saya takut Puan akan dijangkiti oleh penyakit tu.Itulah sebab puan perlu menjalani semua ujian tadi supaya dapat dikesan dari awal.”terang Doktor Syafiq.Izati tergamam.Dia tersandar pada kerusi seakan tak percaya.

“Dok…Doktor cakap apa tadi? H…HIV?”Perlahan Doktor Syafiq mengangguk.Izati berasa seakan masa depannya gelap.Harapan untuk hidup bahagia dengan Izal punah.Hatinya hancur.Dia berasa tertipu.Rupanya Izal bukanlah sebaik yang disangka.Izati bangun dan terus keluar dari bilik Doktor Syafiq.Dia menyandar pada dinding.Air matanya jatuh laju.Dia benar-benar kecewa.Dia langsung tak pernah menyangka yang Izal adalah orang yang sebegitu.Langkah diatur laju.Izati berlari meninggalkan Hospital itu.



bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan