"Susah payah Iz bantu Ika tapi Ika -" Izzad takboleh melanjut bicara. Hatinya masih sakit dengan tindakan Ika. Mudahmemaafkkan orang lain."Maafkan Ika,Iz. Sebenarnya Iz salah paham!" Ika agak gementar.Izzad tidak sedikitpun memandang ke arah Ika. Matanya memandang ke hadapantanpa mempedulikan Ika yang berada di sebelahnya."Ika tahu dia bersalah. Bukannya Ika sengaja nak menyelamatkan Wan tapiIka dapat rasakan dia tak bermaksud hendak melakukan semua itu. Ika yakin diaakan menyesal selepas ni. Berilah dia peluang memperbaiki dirinya, Iz. Orangseperti Wan tak harus meringkuk dalampenjara." suara Ika lembut memujuk.Puntung rokok dilontarkan jauh. Izzad berpaling dan menatap wajah Ika. Darisinar matanya,jelas api kemarahan Izzad telah lenyap ditelan limpahankata-kataIka yang sejuk bagaikan salju."Iz tak sangka Ika akan berfikiran jauh camni. Iz cuma takut dendamnya keatas Ika tak berkesudahan." Izzad masih menyimpan rasa curiga." Iz tak perlu risau..Ika yakin dia takkan menyimpan dendam. Dia cumasalah sangka...ada ke dia kata kita ni pasangan kekasih!" Ika ketawakecil."Tak betul ke?" Izzad pandang dengan seribu harapan agar hati gadisini akan cair."Iz...please!" redup sinar mata Ika mengharap pengertian. Dia belumbersedia untuk membicarakan soal hati dan perasaan."Okey, okey! Iz mintak maaf...we won't talk bout this anymore!" Izzadmemberi jaminan. DAn Izzad sudah tekad, Ika bukan miliknya."Emm...Ika nak tanya satu perkara,boleh?""Apa dia?""Macam mana Iz tahu Ika ada di pejabat Zam?"Izzad cuma tersenyum. Tak menjawab pertanyaan Ika. Langkah diatur menyusuripasir pantai yang memutih. Difikirannya tergambar kembali tentang peristiwasemalam hingga membawa dia ke tempat petaka itu terjadi.
Izzad bergegas mendaki anak tangga ke bilik. Ada beberapa buah buku rujukanperlu diambil. Langkah Izzad terhenti di hadapan pintu bilik. izzad melekaptelinga ke pintu. Kedengaran bunyi bising di dalam biliknya. Izzad terpikirseketika siapakah yang mungkin berada di dalam biliknya tapi tak menemuijawapan. Mungkin Nisha...begitulah tekanya dalam hati. Izzad menerpa masuk kedalam biliknya dan terperanjat melihat Ezwan berada di situ."Wan ,apa kau buat ni. kenapa kau selongkar barang-barang aku!" Izzadberang melihat buku-bukunya bersepah di sekitar bilik.Ezwan yang sedang membongkok membaca diari Ezwan berpaling dan terus melontardiari di tangan. Izzad sempat mengelak dan diari terpelanting di dinding.Kuat!"Eh,kenapa ni..marah tak tentu pasal!" izzad mengutip diari yanghampir terburai isinya."Kau tak ada hak untuk baca diari aku!" Izzad menjeling tajam."Kenapa rahsiakan hubungan kau dengan Ika ha! Kau sengaja nak sakitkanhati aku. Kau..kau pengkhianat!" Ezwan mengetap bibir menahan marah."Memang aku ada hati kat dia tapi aku cuma bertepuk sebelah tangan. Ikabelum bersedia untuk serius dengan sesiapa pun.Kami cuma berkawan -""Ah,sudahlah!" Ezwan menepis kata-kata Izzad dengan api kemarahanyang meluap-luap.Izzad cuma mampu memerhati tanpa membantah."Ingat,aku akan pastikan Ika menjadi milik aku!" Ezwan sempatbersuara di muka pintu sebelum menghempasnya dengan kuat.
Izzad mula merasa tidak sedap hati tapi ditolak kemungkinan buruk yang akanterjadi. Balik dari discussion,Izzad terus telefon Ika tapi masih belum pulang.Izzad terus mengikut kata hatinya dan menuju ke stesen bas. Resahnya makinmenjadi kerana Ika tiada di situ dan dia kehilangan arah untuk mencari. Mujurdia teringat sesuatu dan bertawakal krpada Allah, Izzad meluru ke pejabat Ezwan.Nyata nasib menyebelahinya...Izzad datang tepat pada waktunya.
Ika menyinggung lengan Izzad hingga jejaka itu tersentak dari lamunanpendeknya."Iz ni..Ika tanya tak jawab pun!" Ika mencebik bibrnya,marah."Ika tanya apa tadi?" Izzad mengulang soalan."Macam mana Iz tahu Ika ada di tempat Ezwan!"Izzad menyorongkan kepalanya dan mendekatkan bibirnya ke telinga Ika laluberbisik, "Iz pasang spy!"Ika terus menolak badan Izzad."Ika tanya betul-betul,dia main-main pulak!""Bagaimana keadaan Wan sekarang?" topik perbualan beralih arah."Beransur baik. Mujur doktor sampai cepat...baik hati Ika ye,tolongpanggilkan doktor!" nada suara Izzad mengandungi makna tersirat."Entahlah,Ika kesian tengok Wan ari tu!""Ooo...Iz yang lebam-lebam muka, Ika tak nak panggil doktor!""Buat apa panggil doktor,Ika kan boleh tolong ubatkan Iz!""Betul?"Ika angguk."Ubatkanlah Iz!" Iz berdiri menghadap Ika dan memejam mata.Izzad menyeringa. Cubitan kuat Ika terasa meresap hingga ke urat nadi. Izzadmembuka mata."Hoiii...itu bukannya nak mengubat,nak membunuh tu!" Izzad terjerit.Ika sudah jauh meninggalkan Izzad sambil ketawa.
~ bersambung....sikit je lgik! sabo yeee.. ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan