Ika memberhentikan kereta betul-betul di hadapaan minimarket. Senarai barangan yang hendak dibeli digenggam erat. Ika mencapai bakulyang diletak di luar kedai dan mula memilih barangan."Ika!"Terhenjut bahu Ika yang baru hendak mencapai tin sardin. Ika menoleh dantersenyum."Banyaknya beli barang..nak buat kenduri ke?""Taklah! Hari ni Uncle Ery balik,so Ika dan auntie nak buat barbeku. KalauIka ajak Ezwan join,nak tak?""Mestilah...rezeki jangan ditolak!""Kalau gitu,kenalah tolong Ika angkat barang-barang ni..berat!""Pandai ya nak kenakan Wan!" Ezwan dengan senang hati membantu Ikamengangkat barangan ke kaunter.
Arang yang sedang dibakar sudah berbara. Kepak ayam, sosej dan daging burgerdiatur di atas zing besi. Ery dan Ezwan sama-sama membakar supaya tidak hangus.Satu pinggan besar sudah suku berisi daging yang telah masak. Syuhada dan Ikaberiringan keluar ke arah mereka. Masing-masing membawa pinggan dan tinminuman."Okey...our dinner is ready!" Ery bersuara."Kita nak makan kat mana ni?" Ika menuang sos cili ke dalampinggannya."Auntie Syuhada kurang sihat,so kami makan di dalam saja.Wan dan Ikamakanlah kat luar..tadi Ika kata nak makan dekat tepi pantai!" Erymemandang isterinya yang baru tadi bersin beberapa kali.Ika dan Wan ke tepi pantai menikmati daging yang dimasak garing."Errpp!!" Ezwan sendawa kekenyangan. Lima jari kanannya dijilat satupersatu."Sedap hingga menjilat jari!" Ika sengih lalu meletakkan pinggannya."Berselera betul makan dengan Ika!" Ezwan mengusik."Eleh..bukan sebab makan dengan Ika tapi sebab perut tu kebulur. Tambahlagi benda free!""Ikhlas ke ajak Wan makan ni?" Ezwan berpura-pura merajuk."Ikhlas tapi...jaa...uu..hhh!" Ika mengekek gelak. Seketika kemudiangelak tawa Ika terhenti. Dia jadi tak tentu arah bila Ezwan memandangnya tanpaberkelip."Hei,dah tersampuk hantu ke?" Ika memetik jarinya di depan muka Ezwan."Bukan nampak hantu,tapi nampak bidadari yang memikat hati!" Ezwantersenyum."Ada-ada jelah Wan ni!" Ika menarik tin coke dan meneguk sekali."Wan serius ni!" nada suara Ezwan tegas."Sorry..Ika tak paham!" Ika memandang hairan."Ika..sudikah kiranya kau mengisi kekosongan hatiku ini!" Ezwanibagaikan bermadah.Pecah tawa Ika."Pandai Wan bersastera. Di tepi laut, disinari bulan purnama!""Ika,Wan tak bergurau!" muka Ezwan tampak serius.Ika tergamam. Benarkah kata-kata itu keluar dari mulut Ezwan?"Wan,maafkan Ika. Ika tak dapat terima Wan-""Kenapa? Ika dah ada pilihan lain?" cepat Ezwan memintas."Bukan sebab tu, cuma Ika rasa masih terlalu awal untuk kita membicarakantentang hal ini. Kita baru kenal,mana mungkin kita akan jatuh cinta dalam waktuyang singkat ni!" Ika menolak lembut agar tidak mengguris perasaan Ezwan."Wan paham. Wan sanggup tunggu hingga tiba saatnya!" Ezwan membuahsenyum dengan seribu harapan akan tiba saatnya dia dan Ika disatukan. Biarseribu tahun sekalipun."Please don't wait for me! Terus terang Ika katakan,Ika hanya menganggap Wansebagai kawan dan tak lebih dari tu.Ika harap Wan mengerti..."
Ika mengeluh. Dia mengalih pandangan ke langit luas yang bertaburan bintang-bintang.Ketegasan Wan tidak seperti Izzad. Izzadtidak begitu bersungguh ketika mengucapkan hasratnya. Mungkinkah begitu jugadengan hati Izzad,tidak bersungguh mendampingiku.Ika sendiri lemas denganpersoalan itu. Serta merta sebab utama kehadirannya di sini menerjah benak- Nani!
Ketika melewati kafeteria, Izzad terlihat kelibat Lia. Mungkin Lia dapat bantuaku. Izzad mempercepatkan langkahnya. izzad berteriak memanggil nama Lia."Apasal ni?" Lia hairan melihat gelagat Izzad."Aku ada hal nak tanya kau. Jom kita ke sana!" Izzad menunjuk ke tepikafeteria. Lia menurut."Problem dengan Ika la ni. Kalau tidak takkan kau cari aku!" Liameneka.Wajah Izzad terus suram."Maafkan aku Lia kerana libatkan kau dalam hal ni. Aku dah tak tahu nakbuat macam mana lagi. Ika tiba-tiba menjauhkan diri dari aku!""Mesti ada sebabnya..cuba ingat balik,kau ada buat salah kat diatak?"Izzad menggeleng.Lia turut simpati tapi apalah dayanya hendak meredakan hati teman yang satu ni.Lia toleh jam tangan. Alamak!"Izzad, aku minta diri dulu..aku ada kelas!""Okeylah..thanks anyway!"
Ika merasa tenang berjalan-jalan di tepi tasik. Tempatnya tidak jauh dari rumahmembolehkan Ika sering ke sini. Sedang asyik Ika melayan perasaan, bunyi enjinmotor menderum-derum sampai ke telinganya. Sebaik terlihat Yamaha Verago 535ccberwarna hitam,Ika terus bingkas. Degupan jantungnya bertambah laju bila Izzadmembuka helmetnya. Ika berundur. Perasaan malu yang amat sangat menerpa dirikala itu. Rasanya dia tak sanggup nak bertentang mata dengan Izzad.Izzad capat-cepat mara."Ika, tolong jangan lari dari Iz..segalanya dah jelas kini. Iz mohon maafjika keterangan Nani telah menyusahkan Ika...""Lia dah ceritakan segalanya pada Iz?"Izzad angguk. Teringat kembali semasa Lia menceritakan hal yang sebenarnya."Kita kawan semula?"Tiada jawapan."Ika tak sudi berkawan dengan Iz lagi?""Bukan begitu maksud Ika,cuma..Ika rasa tak layak jadi teman Iz. Ikaikhlas berkawan dengan Iz tapi orang pandang hina pada Ika. Ika tidak sehinaitu hingga sanggup menjadi perampas!""Tak usahlah kita ingat perkara tu lagi Ika. We're friends, right?"Ika merenung ke dalam anak mata Izzad.Ada sinar ketulusan dan keikhlasan padakata-katanya dan harapan semoga persahabatan mereka akan kembali terjalin. Ikatelan air liur sebelum mengangguk setuju."Yeah! As a friend..why not?"Only friend......Izzad telan air liur.
~ ????? bersambung ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan