Selasa, 22 November 2011

LU ATAU GUA...( BAHAGIAN 1)

Aku menyusuri jalan di sebuah lorong yang sunyi dengan linangan air mata.Air mata yang mengalir di pipi aku kesat kasar.Aku benci akan air mata yang sedang mengalir tanpa henti.Beg pakaian yang aku bawa,aku alihkan pula ke tangan sebelah kanan.Rasa lenguh yang sudah mula mencengkam tangan kiri membuatkan aku mengeluh.Dihambat pula dengan rasa penat,beserta dengan rasa keliru untuk memikirkan di mana aku hendak tidur pada malam ini.



“Kalau lu nak selamat,serahkan semua barang-barang lu..”jerkah satu suara lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapan aku sambil memegang sebilah pisau lipat.Aku tercenggang seketika.



“Hoi!Lu tak dengar ke apa gua cakap.Gua cakap..kalau lu nak selamat,lu serahkan semua barang-barang lu..”.



Aku gigit bibir.Rasa bengang sudah mula aku rasai.Kalau selalu adengan itu aku lihat dalam drama di televisyen,kini aku sendiri sudah mengalaminya.Bravo!Tahniah pada diri aku yang memang bijak sebab lalu di lorong jalan.



Beg sandang yang tersangkut elok di tubuh aku,aku tanggalkan dan aku lemparkan tepat di hadapan lelaki tersebut.



“Kurang ajar betul lu.Main lempar-lempar pula.Mak bapak lu tak ajar hormat orang ke?”runggut lelaki tersebut.Dia membongkak mengutip beg sandang aku yang berwarna hitam itu.



Aku hanya perhatikan sahaja tingkah-laku lelaki yang sedang menyelongkar beg sandang aku.Sedikit pun aku tidak halang ataupun berbuat apa-apa.Lelaki tersebut memandang aku.



“Lu jangan jerit.Kalau lu jerit..siap lu”ugut lelaki tersebut.



“Kau ada dengar ke aku menjerit?”soal aku pula.Kali ini,aku betul-betul bengang dengan ugutan lelaki tersebut.Dahlah merompak..lepas tu nak main ugut-ugut aku pula.Sekali aku jerit betul-betul karang.



“Gua kasi ingatan aje.Itu pun lu nak marah ke?”.



Aku buat muka.Lelaki yang berada di hadapan aku ni,aku agak usianya baru dalam lingkungan 20-an.Mungkin sama dengan aku.Mungkin juga nak menghampiri ke usia 30-an.Dengan seluar jeansnya yang terkoyak di bahagian lutut,dan baju t-shirt hitamnya yang memaparkan gambar tengkorak di hadapan.Oh ya..dengan kesan telinganya yang bertindik,dan juga dengan rambutnya yang sekerat hitam dan sekerat perang.Dengan rambut yang terpacak yang mengalahkan duri landak.Dan juga,dengan chewing gum yang daripada tadi aku lihat asyik dikunyahnya.Mungkin dia nak tiru cara artis Barat tapi tak jadi.Aksesori gelengnya yang berwarna hitam di kedua-dua belah tangan,dan cincin tengkorak yang aku lihat terdapat di jari hantunya.



“Apa ni?Seringgit aje yang lu ada?”soal dia sambil menayangkan not seringgit.Aku tersentak dan kembali memandang dia.



“Ambiklah..itu pun duit juga,bukannya daun pisang”ucap aku selamba.



Tersentak aku apabila melihat dia mendekati aku.Air liur aku teguk perlahan.Ahh..nilah padahnya kalau mulut bau macam longkang.



Lelaki tersebut berdiri berhadapan dengan aku,dan merenung aku tajam.



“Eh!Gua ni perompak lu tahu.Perompak!Bukannya bai jual karpet.Lu tak takut sama gua ke hah?Boleh lu buat muka selamba badak macam ni depan gua”.



Kus semangat..aku ingat tadi dia nak toreh pisau belit tu kat muka aku.



“Takut?Buat apa aku nak takut sama kau?Sebelum kau rompak aku,aku dah terlebih dahulu kena rompak dengan orang lain.Setakat muka kau yang macam penjual air cendol depan rumah aku ni,aku tak hairanlah..”



Yap!Itu kebenarannya.Sebelum aku berjumpa dengan lelaki ni,aku sudah pun dirompak oleh hamba Allah yang lain.Habis semua duit simpanan aku dikebas.Yang ditinggalkan,hanyalah not seringgit.Itu pun mungkin perompak itu tinggalkan sebab kesian tengok aku.Mungkin..



Lelaki tersebut membuntangkan biji matanya.Dia pandang aku,sebelum menjatuhkan pandangannya pada beg pakaian aku yang berada di tepi kaki.



“Lu dah kena rompak ke?”.



Aku angguk kepala.



“Bila?”.



“Setengah jam tadi.Sebelum aku lalu lorong ni”jelas aku.



“Itulah lu..Lu tahu tak?Ni KL.Kejahatan lelaki.Dekat sini memang banyak orang yang jahat-jahat”.



“Macam kaulah..?”soal aku sinis.



“Gua tak adalah jahat sangat macam diaorang tu.Nah!Lu ambik baliklah beg sandang lu ni.Harap beg sandang aje yang besar,duitnya cuma seringgit.Banyak lagi duit gua”.



“Kalau duit banyak pun,haram nak buat apa”perli aku selamba.Beg sandang yang dihulurkan aku capai.Huhuhu..ringan betul beg aku.



“Lu lari dari rumah yea?”soalnya lagi.Aku terdiam sejenak.



“Muka aku ada nampak macam muka lari dari rumah ke?”.



Dia pula terdiam.Kotak rokok dikeluarkan daripada poketnya.Rokok diambilnya sebatang,sebelum menyalakan dengan lighter.Aku memandang dengan penuh meluat.Meluat melihat ketenangan dirinya ketika menghembus asap rokok tersebut.



“Gua nampak muka lu macam lari dari rumah”.



“Memang aku lari dari rumah pun”ucap aku lalu terus mengangkat beg pakaian.



“Lu nak pergi mana ni?”jerit dia kuat,mematikan langkah aku.



“Kenapa?”soal aku.



“Yelah..gua saja tanya.Lu nampak muka macam budak kampung.Lepas tu,dahlah lari daripada rumah.Konfem pertama kali datang KL ni kan?Dengan duit seringgit,lu nak pergi mana?”.



Aku terdiam.Tidak tahu untuk berkata apa.Betul kata dia.Mana aku nak pergi?Aku bukannya ada sape-sape pun dekat KL ni.



Lelaki tersebut mengeluh.



“Jomlah!Lu ikut gua.Gua kasi perlindungan dekat lu.Lu nak merayau sorang-sorang dekat KL ni bahaya.Ikut gua okey”ajaknya.



Aku kerut dahi.Lelaki tersebut aku pandang ke atas dan ke bawah.Boleh percaya ke ni?



“Kenapa?Lu tak percaya sama gua?”soalnya.



Aku angguk kepala.Lelaki tersebut ketawa.



“Lu ni memang jujurlah.Gua tak buat apa-apa dekat lu.Gua cuma kesian aje.Lu nak ikut ke tak ni?”soalnya sekali lagi.



Aku berfikir-fikir.Nak ikut ke tak?Gaya lelaki ni NAMPAK macam baik.Mungkin dia boleh dipercayai.Mungkin juga tak.Apa-apa pun,tawakal sudahlah.



Aku angguk kepala.Lelaki tersebut tersengih.Beg pakaian aku dicapai dan dipegangnya.



“Jom!Ikut gua.Nama gua Azren.Tapi,lu boleh panggil gua Ren.Lu?”soalnya.



“Salha”jawab aku pendek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan