" Lia.....aku...aku-""Aku apa?" Lia jadi tak sabar."Aku dah jatuh cinta!" Ika tunduk malu selepas meluah apa yang terpendam."What? Kau jatuh cinta? Wow...ini berita hebat ni...jangan bagitau orangnya..akuboleh agak.. Izzad kan?""Mmmm..." Ika tersipu-sipu."Izzad tahu?"Ika geleng."Aku tak tahu macam mana nak bagitau dia. Bila diingat-ingat,rasa segan pulak.Dulu masa dia nak, bukan main lagi aku menolak!""Kita orang perempuan ni mestilah jual mahal,tak boleh nak terus terimaaje.Lagi-""Asyik dengar kau membebel jer,sampai bila pun masalah aku tak settle. Bagilahidea!" Ika mencelah kerana tidak mahu mendengar Lia mencecah lebih panjang." Senang jer...kan next week kita ada party meraikan pelajar-pelajar yang akantamat pengajian tahun ni. Kau ambillah peluang ni untuk berjumpa dengan Izzaddan luahkan apa yang terbuku di hati kau!""Em..aku malulah!""Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih,Ika. Kalau kau malu,aku takutjejaka idaman kau melepas ke tangan orang lain. Masa tu menyesal tak guna dah!"Lia menimbulkan cemburu di hati Ika."Tapi macam mana?""Mmm..macam nilah. Kalau kau malu,kau tuliskan di atas sekeping kertas. Luahkansegala isi hati kau,bagi dia baca..habis cerita!""Okey jugak tu...I'll try that!" Ika senyum.Berderai ketawa mereka bila kata putus sudah dicapai. Ika merasakan impiannyauntuk memiliki Izzad hamper tercapai.
Pap! Selesai sudah novel cinta yang Ika telah baca. Setitis mutiara berlarimenuruni pipi. Tersayat hatinya membaca novel itu yang berakhir dengan kematiansi gadis yang lebih sanggup nyawanya diambil daripada diseksa dirinya keranacinta yang terhalang."Pemergian aku buat selama-lamanya adalah kerana cinta.Aku tidak ingin dipisahkan dari kau dan disatukan dengan orang lain.Demi cinta,aku rela mengorbankan diriku!"Ika tak mungkin dapat melupakan kata-kata terakhir si gadis sebelummenghembuskan nafasnya yang terakhir.Ika mengerling jam di kepala katil. Bingkas bangun dan ke bilik air. Selesaimandi dan solat Maghrib,dia berhias diri. Ika anggun dengan gaun labuh parasbuku lali. Gaun dari baldu hitam itu diserikan manik dan labuci yangberkilauan. Warkah biru bertulis tangan dilipat kemas dan dimasukkan ke dalamtas tangan. Ika menutup suis dan bergegas keluar.Langkah Ika terhenti. Dia terpaku melihat mama dan papanya menunggu di ruangtamu."Ika nak ke mana ni?" Datin Shaza memula bicara."Err...err...Ika ada dinner di kolej!" Ika memberitahu dengan suara teragak-agak.Takut dia tidak dibenarkan pergi."Okey,enjoy your day!" Datuk Affan membuah senyum."Cantik anak mama!" Datin Shaza mencium dahi Ika."Thanks mama,papa!" Ika tidak dapat menahan perasaan. Air mata mengalir lajukerana terharu dengan perhatian yang tidak dialami sekian lama. Ika dapatmerasakan sinar kebahagiaan kini memancarkan cahaya ke dalam keluarganya.Datuk Affan dan Datin Shaza menghantar dengan senyuman yang tidak lekang daribibir.
Sport merah yang dipandu baru seratus meter meninggalkan rumah. Secaratiba-tiba sebuah motosikal memintas kereta Ika dan beriring di sebelahnya. Ikabetul-betul terperanjat hingga sukar mengawal keretanya. Mujur Ika tidakterbabas. Pemandu motosikal tersebut member isyarat supaya Ika berhenti. Ikakeluar dari kereta dengan perasaan marah yang meluap-luap."Hei! Are you out of your mind? I hampir accident,you tahu tak!" Ika bertempikkuat macam nak keluar anak tekak."I..I'm sorry ,Ika. I cuma nak jumpa you!" Amran tertunduk malu."Untuk apa? I tak pernah mengimpikan pertemuan dengan you dan I tak perlukanpertemuan ni!" Ika melepas geram. Kenangan lampau mengimbau ingatannya. Ikamelangkah untuk pergi tapi dihalang."Ika,at least give me a chance!" Amran terus merayu.Ika membatukan diri sambil berpeluk tubuh. Kepalanya tertunduk,tak teringin nakpandang muka Amran."I masih sayangkan you. Percayalah! I mahu you kembali ke pangkuan I. I...I missyou so much!" Amran rapat ke tempat Ika berdiri.Ika menolak tubuh Amran."Go to hell! You ingat I ni apa? Oh...bila you suka,you layan I. Bila dah adaorang lain...you campak I. You langsung tak paham perasaan I masa tu. Dansekarang,dengan mudah you nak I kembali! Maaf Am...you salah orang.Dulu memang Igentar tapi sekarang you bukan berhadapan dengan Ika yang dulu. I bukanpengemis cinta...I ada maruah diri!" Ika membela diri,tegas."Tapi Ika, I masih menyintai you!" Amran bagaikan tak reti bahasa."Give me a break! Takkanlah gadis secantik, selincah dan seseksi Sara tak mampumengubah you pada I!" Ika menyindir tajam."Ika, please understand! I menyesal dengan perbuatan I yang lepas. I sedarkasih sayang I hanya untuk you. Sara tak macam you...besides you're my firstlove. I janji lepas ni you're the only girl in my life!" bersungguh-sungguhAmran merayu.Ika terdiam mencari kata-kata lanjut agar jejaka di hadapannya mengerti pintuhatinya sudah tertutup rapat."Masa tu dah berlalu,Am. I dah beri you kesempatan itu tapi you sia-siakannya!Tolonglah jangan ganggu I dan lupakanlah I..kita tak mungkin akan bersamalagi!" Ika menarik nafas, lega. Cepat-cepat Ika meninggalkan Amran yangtermangu-mangu . Ika tak mahu mendengar Amran mengungkit kisah lalu mereka. Danyang pastinya, Ika takut dia akan berubah hati. Menerima Amran sedangkanhatinya sudah diberikan kepada Izzad. Malam ini akan terhurai semuanya.Amran tidak dapat menghalang lagi. Pergilah jika itu boleh membahagiakandirimu. Namun dengarlah...dengan keikhlasan dan ketulusan hatiku ini,kau tetap kucinta. Mulut Amran terasa berat dengan ungkapan hatinya sendiri.
~ bersambung ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan