Selasa, 22 November 2011

Sedikit Waktu (babak 1)

Izati duduk berteleku di birai katil.Air matanya jatuh berjuraian dari tadi tidak henti.Pakaian pengantinya masih belum ditanggalkan.Seketika kemudian kedengaran bunyi pintu dikuak. Izati menoleh sekali imbas dan kembali menghalakan pandangannya ke hadapan.Izal masuk dan memerhati sahaja Izati dari pintu.Pintu kembali di tutup. Izal bergerak mendapatkan beg pakaiannya.Segera bajunya ditukar.Izati masih seperti tadi.Kaku menghadap dinding.Selesai menukar baju, Izal duduk dibirai katil membelakangi izati.Masing-masing membisu seketika.Hanya bunyi pusingan kipas yang kedengaran.

“saya minta maaf…” Izal mula berbicara.

Izati masih mendiamkan diri.

“bukan niat saya untuk heret awak masuk dalam masalah ni.”

“bukan niat?! Habis tu kenapa awak kahwin dengan saya?”tempelak Izati.

“saya buat semua ni hanya untuk membahagiakan kedua orang tua saya.Hanya itu yang mampu saya lakukan.”

“membahagiakan kedua orang tua awak dengan menghancurkan kebahagian saya?! Macam tu?!”Izati sedikit meninggikan suara.

Izal menarik nafas panjang.“percayalah.ini semua tak lama.Bila tiba masanya nanti, awak bebas buat apa yang awak suka.Percaya cakap saya.”ujar Izal perlahan.

Izati lantas menoleh kearahnya.

Izal mengambil sebiji bantal dan dicampaknya ke lantai.Kemudian dia menuju kembali ke beg pakaiannya.Sehelai kain pelekat diambil dan dibentangkan di lantai. Izal duduk diatas kain pelekat itu.“dalam tempoh waktu yang tersisa ini, saya berjanji akan membahagiakan awak.Awak tak perlu risau.Saya tak akan sentuh awak.”ujar Izal lagi sebelum merebahkan badannya.

Izati termangu memikirkan kata-kata dari izal tadi.Apa maksudnya?

_____________________________________________________________________

Izati berlari-lari anak masuk ke biliknya.Air matanya turun laju.Hancur hatinya bila mendengar kata-kata ayahnya tadi.Ibunya datang menyusur dari belakang dan duduk disebelah Izati.

Puan Amani membelai lembut belakang badan Izati untuk menenangkannya.

“Izati tak nak kahwin dengan dia bu.Izati dah ada pilihan Izati sendiri.”ujar Izati dalam esak tangisnya.

“Izati, dengar cakap ibu.Tak rugi kamu kahwin dengan izal tu.Orangnya berpelajaran tinggi, gaji besar, kacak lagi.Dah lima tahun dia kerja kat Amerika.Simpanan dia mesti banyak.Tak rugi Izati, kamu kahwin dengan dia.Cerah masa depan kamu nanti.”

“Ibu, Izati tak nak kahwin dengan dia.Izati tak kenal pun dia.Lagipun Shafrin macam mana nanti?”

“Izati, Kamu tak perlu risau.Ibu dengan Abah kenal dengan Izal tu.Kami tahu dia baik orangnya.Tentang Shafrin, biarkanlah dia cari orang lain.Ramai lagi gadis kat luar sana.”

“Abah tak peduli.!Abah dah kenal Haji Amin tu lama.Abah dah janji dengan dia.Mahu tak mahu, suka tak suka kamu tetap kena kahwin dengan Izal.Muktamat”Ujar Encik Syafie lantang yang dari tadi berdiri tegak dipintu.

Izati terdiam seribu bahasa.Dia kenal benar dengan abahnya itu.Kalau putih, putihlah jawapannya.











Perlahan Izal membuka pintu rumahnya. Izal mempelawa Izati masuk.Dia kembali kekereta.Seketika kemudian dia kembali ke dalam rumah sambil membawa bersamanya dua buah beg besar. “maaflah, rumah ni taklah besar mana.Berselerak sikit.Maklumlah rumah bujang.Jom, saya tunjukan bilik.”ujar Izal sambil menjinjing beg mendaki tangga.

‘rumah besar macam ni dia kata kecil?’ Izati bertanya pada dirinya sendiri sambil langkah diatur membontoti suaminya naik ke tingkat atas.

Izal berhenti dihadapan sebuah bilik .“Izati, ini bilik awak.Awak buatlah bilik ni dan rumah ni seperti kepunyaan awak sendiri.Bilik saya yang itu.Kalau ada apa-apa cari saja saya di situ.”ujar Izal sambil menunjukan biliknya.Sempat dia menghadiahkan senyuman untuk isterinya itu.

Izati masuk ke dalam bilik tersebut dan meninjau keadaan sekeliling.Baru dia ingin bertanya dimana arah kiblat, Izal telah menghilangkan diri.Izati tersenyum sendiri.Benar kata ibunya. Izal seorang yang baik.Dia juga telah meradhai perkahwinan ini, namun hatinya masih belum boleh menerima Izal sebagai seorang suami.







“Zati!, apa ni?! Awak kata awak cintakan saya.Kenapa awak buat saya macam ni?”bentak Shafrin.

“Shaf, bukan saya yang nak semua ni.Saya terpaksa.”ujar Izati perlahan.

“terpaksa! Awak boleh tolak kan?”

“awak tak kenal abah saya.Tak ada siapa yang boleh ubah keputusan yang dia buat.”Izati menahan tangis.

Shafrin meraup wajahnya.“Siapa lelaki tu?”Soal Shafrin lembut.

“Izal.Anak kawan abah saya.”

“awak kenal dia”soal Shafrin lagi.

Izati menggeleng perlahan.Masing masing terdiam buat seketika.

Shafrin duduk semula di kerusinya.Matanya di pejam rapat untuk meraih semula semangat.“Zati….saya dah tak Nampak jalan lain, kita terpaksa tamatkan hubungan ini disini.”Ujar Shafrin perlahan.

“tapi Shaf…..saya masih sayangkan awak.”

“habis tu awak nak saya buat apa? Bawak awak lari kahwin kat siam? Macam tu? Awak nak jadi anak derhaka?!”tempelak Shafrin.

Izati tertunduk.Airmatanya mengalir laju.

“sudahlah……mungkin bukan ditakdirkan untuk kita bersama.Awak percaya pada qada’ dan qadar kan? Kita redhakan sahaja atas segalanya.mungkin lelaki itu mampu membahagiakan awak lebih lagi dari saya.”Shafrin memandang sayu wajah Izati. “Selamat tinggal zati.Saya doakan awak bahagia disamping lelaki yang bertuah tu.Assalamualaikum.”ucap Shafrin perlahan dan terus meninggalkan Izati.Airmata lelakinya turut menitis tanpa dapat ditahan.

Izal menyidai sejadah di ampaian.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib.Dia menuju ke almari pakaian.Dia mahu bersiap untuk keluar makan malam.Baru sahaja songkoknya ditanggalkan dia terbau sesuatu dari luar.Perlahan pintu bilik dibuka.Ya benar , memang ada bau dari arah dapur. Izal meninggalkan biliknya dan menuju ke dapur.Sebaik sampai, dia terpaku seketika.Kelihatan Izati sibuk menyiapkan hidangan makan malam.Dia tersenyum sendiri.

“eh…awak dah habis solat.Duduklah dulu.Saya hidangkan makanan sekejap.”ujar Izati lembut.

Izal duduk di meja makan. “awak tak perlu buat semua ni.Saya boleh makan kat luar.”ujar Izal lembut.

Izati datang lalu menghidangkan nasi. “walaupun saya berkahwin dengan awak bukan dengan kerelaan hati.Tak bermakna saya terkecuali dari tanggungjawab saya sebagai seorang isteri.Saya dah diberikan pendidikan yang cukup.Saya tahu tanggungjawab saya.”ujar Izati.

Izal tersenyum senang.

Selesai menyenduk nasi, Izati meninggalkan Izal disitu.

“tak makan sekali?soal Izal.

“saya nak solat dulu.”ujar Izati ringkas dan terus mendaki tangga naik ke bilik.



Izal berjalan perlahan menuju ke balkoni dibiliknya.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Izal merenung langit.Kosong langit malam ni.Pandangannya teralih ke bawah.Terlihat Izati berada di wakaf yang dibina di hadapan rumah banglo dua tingkat itu. Izal tersenyum memandang Izati.Lalu pandangannya kembali teralih ke hadapan.





___________________________________________________________________________________

“kau gila?! Kau sedar tak apa kau cakap ni?! Come on. Izal wake up!!”Fazlan sedikit meninggikan suara.

“aku sedar Lan.Aku tahu apa yang aku buat.”Jawab Izal perlahan.

“habis tu, kenapa kau setuju nak kahwin?”selar Fazlan.

“Lan.Kau kawan baik aku.Tolonglah faham keadaan aku.I have to do it Lan, I have to…”tegas Izal.

Fazlan membisu seketika.Begitu juga dengan Izal. “tapi, kau akan menganiaya gadis tu.Kasihan dia.”

“kau ingat aku suka buat semua ni? Kau tak ada ditempat aku.Kau tak faham perasaan aku.Ini sahaja yang mampu aku buat untuk Umi dan Abah aku.Mereka berharap sangat aku dapat kahwin dengan anak kawan Abah aku tu.Aku tak ada pilihan.Dan aku pun dah tak ada masa.Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan.”

Fazlan terdiam. ada benarnya kata-kata Izal itu. “ok, kalau itu sahaja jalan yang ada.Aku akan sentiasa menyokong kau dari belakang.Tapi kau tahukan apa yang patut dan tak patut kau buat?”

Izal mengangguk perlahan.

Fazlan datang duduk disebelah Izal. “Izal, ingat.Kau dah terpaksa heret gadis tu masuk dalam masalah kau.So, tolong jangan buat hidup dia bermasalah.Layan dia sebaik mungkin.Aku sebagai kawan baik kau akan sentiasa menyokong kau dari belakang.”ujar Fazlan lembut sambil menepuk belakang Izal





Izati masuk semula ke dapur selepas selesai menyidai baju di ampaian.Dia meletak semula bakul pakaian di dalam bilik air.Perlahan dia menuju ke peti ais.Pintu peti ais dibuka dan Izati membelek isinya yang semakin berkurang. “apa aku nak masak ni?...barang semua dah habis.”ujar Izati sendirian.Izati menutup semula pintu peti ais dan duduk di meja makan.Dia memandang keluar dan ternampak kereta BMW milik Izal berada diluar.Dia mengalihkan pula pandangannya ketingkat atas. “terlupa pulak aku Izal ada kat rumah.Nak ajak dia keluar ke?”Izati bertanya pada dirinya sendiri. “ajak ajelah….”Izati nekad.Perlahan tangga didaki dan dia terus menuju kebilik Izal.Teragak-agak tangannya untuk mengetukpintu.Namun dikuatkan semangatnya.

“tuk…tuk…tuk..”Izati mengetuk pintu.

“masuk, pintu tak kunci.”kedengaran suara Izal dari dalam.

Perlahan Izati membuka pintu.Ini pertama kali dia masuk ke bilik ini ketika Izal ada di dalam.

Izal memandang Izati lalu menghadiahkan sebuah senyuman. Izal sedang sibuk meyiapkan pelan bangunan untuk projek terbarunya.

Izati masih tegak di pintu.Tak Berganjak.

Sekali lagi Izal menoleh memandang Izati. “marilah masuk buat apa duduk tercegat kat pintu tu.”ajak Izal.

Izati masuk dan duduk di sofa yang terlatak bersebelahan dengan meja lukis Izal.Dia terpaku disitu. Izal yang memakai baju T putih tanpa kolar dan ber seluar trek biru tua kelihatan ringkas tapi tak tahu kenapa Izati merasa Izal begitu menawan hari ini.

“zati?....zati…” Izal memanggil Izati sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Izati.Izati tersedar dari lamunannya. “awak ok tak? Kenapa ni?”soal Izal.

“tak….tak ada apa-apa, saya ok.”

“kenapa awak datang bilik saya ni?”soal Izal lagi.

“ba..barang dapur dah habis.Dah tak ada apa yang nak dimasak.”ujar Izati sedikit gementar.

Lantas Izal bangun menuju ke almari bajunya.Seketika kemudian dia kembali dan menyerahkan wang tunai RM 100 dan kunci kereta.

Izati mengambil wang dan Kunci kereta itu.

Izal kembali duduk di meja lukisnya dan menyambung lukisannya. “kat sini susah nak dapat bas dan teksi, so…awak bawaklah kereta saya tu.”ujar Izal.

Izati masih duduk tak berganjak dari situ sambil terus memandang Izal.

Izal memandang semula Izati.Lama dia memandang Izati. “awak….awak…..ada…lesen kan?”soal Izal.Perlahan Izati menggeleng. Izal tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan