"Mari Wan hantar Ika balik!" Ezwan mengajak."Tak apalah. Ika boleh balik sendiri!" Ika terus memandang ke arahbas yang membawa Nisha semakin hilang dari pandangan."Janganlah macam tu..marilah!" Ezwan beriya-iya hingga Ika tak mampumenolak.Perjalanan mereka sepi tanpa bicara, hanya ditemani lagu-lagu putaran Hot FM .Ika berpaling memandang Ezwan tetapijejaka itu tekun memandu. Hajat Ika untuk berbual dimatikan. Dia tak mahumengganggu Ezwan. Lagu Enggan nyanyian Fauziah Latiff begitu mendayu-dayuhingga membuatkan Ika terlelap. Ezwan di sisi tesenyum dan membelok kereta,menyimpang dari laluan rumah Ika.
Ika membuka mata denganpantas kerana terkejut mendengar bunyi pintu dihempasdengan kuat. Ika membuka mata besar-besar untuk mengenalpasti tempat dia beradakini namun gagal. Tempat ini terlalu asing.Krek! Pintu kereta dibuka. Ezwan menarik Ika keluar."Wan,kenapa ni? Kenapa bawak Ika kat sini?" Ika semakin cemas."Jangan cakap banyak, ikut saja!" Ezwan menarik tangan Ika kasar.Ika cuba melawan tetapi gagal. Sebaliknya lengan Ika pula tambah sakit keranacengkaman ksar dari tangan sasa Ezwan. Ika menurut langkah Ezwan hingga tiba kesebuah bilik. Ezwan menolak tubuh Ika ke sofa."Wan..Wan nak buat apa ni?"
badan Ika seram sejukdan suaranya terketar-ketar melihat Ezwan membuka kemejanya."Aku hanya ingin memilikimu!""Apa maksud Wan?" Ika seperti hendak menangis.Pantas Ika menolak badan Ezwan dan berlari ke pintu. Digoncang-goncang tombolpintu tapi tidakterbuka."Kenapa Ika...kau takut?" Ezwan bersuara lantang.Ika tergamam. Peluh mula memercik di dahi dan badan. Ika takut mengenangkemungkinan yang akan Ezwan lakukan padanya. Musnahlah hidupnya andai perkarayang amat ditakuti itu terjadi. Ika hanya berserah kepada Allah...Zap! Tangan Ika direntap dari belakang. Ika kini berada dalam dakapan Ezwan."Tolonglah Wan..lepaskan aku!" Ika meminta simpati Ezwan"Tolonglah!!!" esak tangis Ika makin jelas kedengaran. Airmata tumpahtanpa dapat ditahan lagi."Diam!!!" Ezwan bertempik. Dengan kuat Ezwan menolak tubuh Ika hinggaterjatuh ke lantai. Kepala Ika terhantuk pada bangku kecil yang ada di situ.Serta merta kepala Ika terasa berpinar-pinar.Ezwan memandang Ika dengan bengis."Kau tolak cinta aku kerana kau dah jatuh cinta pada Izzad. Kononnya kautak mahu bercinta lagi tapi dalam diam-diam kau berkawan dengan dia!!!""Ika tak tahu Izzad sepupu Wan. Lagipun ka..ka..kami cuma berkawan. Ikajumpa Izzad semata-mata kerana berbincang tentang pelajaran!"Ezwan tersenyum sinis."Berbincang? Sampai pergi kampung? Jauhnya...." Ezwan trus terusanmenyindir."Please Wan..kau salah faham. Ika tak ada apa-apa hunbungan denganIzzad!" Ika cuba meredakan suasana."Cukup Ika. Kau tahu aku cintakan kau tapi kau persiakan aku..Hanya dengancara ini aku akan dapat apa yang aku hajati..Jangan salahkan aku Ika,kau yangpilih cara ini. Kalau dari dulu lagi kau beritahu kau sudah berpunya,semua nitakkan terjadi. Aku rasa dipermainkan,kau tahu tak!!!" Ezwan membentakkuat melepaskan dendam yang mula bersarang.
Dam!!! Satu tendangan tepat mengena perut Ezwan."Argghh!!!" Ezwan bangun dan merenung anak mata Izzad."Wan,lebih baik kau lepaskan Ika!" Izzad membentak kuat."Buat apa kau datang sini?" Ezwan kelihatan tercabar dengan kehadiranIzzad yang mengganggu."Ini bukan caranya. Wanita tak suka pada kekerasan!" Izzad cubamenasihati Ezwan."Hah,tak payah nak ajar aku! Kau tu...kau yang jadi penghalangnya!!" Ezwanmenuding jari ke arah Izzad.Ezwan menjerit kuat lalu meluru ke arah Izzad. Izzad tergamam dan tidak dapatberbuat apa-apa. Satu tendangan tepat mengena perut izzad hingga dia jatuhtersungkur. Ezwan yang semakin ganas cuba menyerang lagi tapi izzad sempatmengelak. Izzad bingkas bangun dan terjadi pergelutan antara dua lelaki itu.Ezwan dan Izzad tersandar lemah untuk mengambil nafas. izzad mengesat darahyang mengalir di bibirnya. Keadaan Ezwan lebih teruk lagi. Darah mengalirkeluar dari bibir dan hidung Ezwan Seketika,rasa marah Ezwan menyelinap semula.Ezwan mara ke hadapan. Izzad mengelak dan membalas semula dengan tumbukan yangkuat. Ezwan tidak dapat mengawal badannya lalu rebah. Izzad bersedia untukmemijak perut Ezwan tetapi dihalang."Izzad,jangan!" Ika berteriak.
Izzad membatalkan niatnya dan beralih ke meja telefon. Izzad mencapai gagangdan mula mendial. Dengan pantas Ika mencabut wayar telefon. izzad tersentak."kenapa ni Ika?"Ika hanya menggelengkan kepalanya melarang Izzad menghubungi pihak polis."Kita tak patot biarkan dia, Ika. Cubaan merogol kesalahan yangberat!" Izzad melahir kekesalan terhadap Ika."Tapi dia sepupu Iz,kan?""Yang bersalah harus menerima hukuman...tak kira walau dia saudarasendiri. Undang-undang tak mengira siapa yan bersalah!" izzad masih inginmenegakkan keputusannya."Ika tahu dia bersalah tapi berilah kesempatan untuk Ezwan mengenalidirnya dan kembali ke pangkal jalan. Ika yakin dia tak bermaksud begitu..diamungkin keliru dan terlalu mengikut perasaan. Maafkanlah dia,Iz...Ika pasti Wantakkan ulangi perkara ni lagi!" Ika melahir simpati.Izzad melepaskan keluhan berat mendengar ungkapan Ika. Dia tidak mengertimengapa Ika begitu menyebelahi Ezwan sedangkan baru tadi Ezwan cubamembinasakan dirinya."Suka hati kaulah!" Izzad tidak berpaling lagi lalu meninggalkanbilik itu."Izzad! Tunggu!" Ika menjerit dan cuba bangun. Dalam kepayahan Ikamengenakan semula wayar telefon dan mula mendial. Seketika,terdengar diaberbual dengan seseorang.Dari jauh Ika bersuara."Wan...Ika telah berikan peluang untuk Wan kembali ke pangkal jalan. Ikayakin bukan niat Wan untuk melakukan perkara tu ke atas Ika. Tak mungkinseorang yang berpendidikan seperti n akan bertindak menurut nafsu. Fikirlahsecara waras. kau harus terima kenyataan walau sepahit manapun!"Sebaik Ika habis berkata-kata, Ezwan memandang tepat ke wajahnya. Wajah Ezwanjelas menunjukkan kekesalan. Ezwan ingin bersuara tapi tak berdaya keranakecederaan di mulut membuatkan Ezwan berasa sakit ketika ingin bercaakap.Ika merenung Ezwan."Ika dah panggilkan doktor..sekejap lagi dia datang.Ika balik dulu!"Ezwan menghantar dengan ekor mata. Terima kasih Ika kerana tidak mendendamiaku.Aku berjanji tidak akan mengganggu kau lagi. Ezwan memejam mata, inginmelupakan segala yang terjadi.
~ sabar taw hehehe?? ~ tinggal cikit jew lg nk hbs ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan