Selasa, 22 November 2011

Sedikit Waktu (babak 2)

“Izati, tolong tengok siapa yang call?”Ujar Izal sambil menghulurkan telefon bimbitnya pada Izati yang duduk di sebelah.

Izati menyambut telefon bimbit itu. “Umi..”jawab Izati selepas melihat nama yang tertera di skrin.

“tolong jawabkan boleh tak? Saya tengah memandu ni.”balas Izal pula.

Izati lantas menjawab panggilan itu.“Assalamualaikum Umi.”lembut Izati memberi salam.

“waalaikumussalam.Ini Izati ya?”kedengan suara Hajah Safiah di hujung talian.

“ya Umi, ini Izati.”

“Izati sihat?”soal Hajah Safiah.

“Sihat Alhamdulillah.Umi?”

“Umi sihat..”

“Umi nak cakap dengan….dengan…..”Izati memandang Izal seketika.

Izal hanya membalas pandangan itu dengan senyuman.

“….dengan Ab….Abang Izal ya….?”teragak-agak untuk dia menggunakan perkataan ‘Abang’ itu.

Izal tersenyum lebar melihat keadaan Izati ketika itu,

“a’ah…dia ada?”soal Hajah Safiah.

“ab…abang Izal tengah memandulah Umi.Nak saya sampaikan pesan?”

“oh…ya ke.Tak apalah, Umi cakap dengan Izati jelah,malam nanti datang rumah Umi ya,dah lama Umi tak makan dengan anak-anak Umi.Iriz pun ada kat sini.”

“oh ya…bila dia balik?”soal Izati kembali.

“baru semalam.Teringin sangat dia nak jumpa dengan kakak ipar dia.”

“oh…ya ke…nanti saya bagi tahu abang Izal.”

“datang ya.Kirim salam Umi dan Abah pada Izal.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”Izati menamatkan perbualan.

Izal memandang Izati menantikan khabar dari Uminya.

“Umi dan Abah kirim salam.”ujar Izati sambil menghulurkan semula telefon bimbit Izal.

“Waalaikumussalam.Tak apa, pegang dulu.Apa lagi Umi cakap?”

“Umi ajak makan malam kat rumah dia malam ni.Iriz dah balik.”

“oh ya?....so, Izati nak pergi tak?”soal Izal.

“saya ikut awak je.Awak pergi, saya pergilah.”jawab Izati ringkas.







Izatisibuk membelek barang yang dipamerkan di pasaraya besar itu. Izal membontoti dari belakang sambil menolak troli.Sedang asyik membelek tiba-tiba Izati terlanggar seseorang.

“maaf mak cik…..”ujar Izati lembut sambil membantu wanita yang berusia separuh abad itu mengutip semula buah tomato yang bertaburan.

“maaf mak cik, saya tak sengaja.Makcik tak apa-apa?”Izati berasa bersalah. Izal menghampiri Izati.

“Mak cik tak apa-apa.”ujar wanita itu lembut.

“kenapa ni?”soal Izal pula.Baru sahaja Izati ingin menjawab soalan Izal itu, matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka.

“mak tak apa-apa?”soal lelaki tadi pada wanita terbabit.

“mak tak apa-apa.sikit je tu.”ujar wanita itu kembali.

Lelaki tadi memandang pula Izati.Dia terpaku seketika. “…Zati…”ujar lelaki itu.Izati masih pegun.Matanya sedikit berkaca.Hampir tiga bulan dia tidak melihat wajah yang pernah mengisi hatinya dulu.

“kenal ke?”soal Izal.Soalan dari Izal itu menyedarkan Izati dari lamunannya.

“…ha….abang kenalkan, ini….ini Shafrin….Shaf, ini suami saya, Izal.” Izal bersalaman dengan Shafrin sambil tersenyum.

“oh ya.Zati, Izal ini mak saya.”Shafrin memperkenalkan ibunya.Giliran Izati bersalaman dengan ibu Shafrin.

“baiklah, Shaf, Mak cik, kami minta diri dulu.”ujar Izati ringkas sambil terus berlalu pergi. Izal membontotinya.

“pergi dulu.”sempat Izal meminta diri sambil tersenyum.Shafrin memandang Izati pergi sehingga susuk tubuk kecil itu hilang disebalik rak-rak besar di pasaraya itu.

“Siapa tu Shaf?”soal wanita tadi pada Shafrin.

“kawan.”ujar Shafrin ringkas.

Izati melangkah laju meninggalkan tempat pertemuannya dengan Shafrin tadi. Izal juga terpaksa berlari-lari anak untuk menyaingi Izati.

“jadi itulah Shafrin? Kacak orangnya.”ujar Izal.Izati memandang Izal. “saya tahu, Shafrin tu kekasih awak sebelum awak terpaksa kahwin dengan saya.kan?”Izati kembali mengalihkan pandangannya kehadapan. “awak tak perlu campak dia jauh-jauh dari hati awak.Bila tiba masanya nanti awak awak akan dapat bersama dengan dia semula.”ujar Izal selamba sambil tersenyum.Izati kembali memandang Izal.Dari awal perkahwianan mereka, Izal asyik menyebut ‘bila tiba masanya nanti’ apa maksud dia?itulah persoalan yang terukir dibenak Izati sejak hari pertama perkahwinan mereka.







Izal berjalan perlahan dari ruang makan menyertai bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Izal duduk di sofa bersebelahan bapanya.

“macam mana, dah tiga bulan dah..”ujar Haji Amin selepas mereka berdua diam seketika. Izal memandang Haji Amin sambil mengerutkan dahi.

“apa yang tiga bulan?”soal Izal.Haji Amin tergelak kecil dengan soalan Izal itu.

“dah tiga bulan kamu kahwin , tak ada apa berita lagi ke?”soal Haji Amin lagi.

“be…berita apa?” Izal semakin keliru.Izati datang ke arah mereka sambil membawa talam berisi seteko kopi panas dan cawan.

“yelah…dah tiga bulan, bila agaknye Abah dengan Umi nak menimang cucu.”terang Haji Amin.Hampir terlepas dulang yang dibawa oleh Izati sebaik terdengar kata-kata dari Haji Amin itu.Lantas Haji Amin dan Izal memandang Izati.Haji Amin tergelak kecil.Begitu juga dengan Izal.

“yelah Zal, Umi pun teringin benar nak menimang cucu.”celah Hajah Safiah pula.Merah padam wajah Izatiketika itu. Izal memandang Wajah bersih Izati seketika.

“tak ada rezeki lagi Umi, Abah.”ujar Izal. ‘macam mana nak ada rezeki, tidur pun bilik lain-lain.’bisik hati Izal.Izati hanya mendiamkan diri dari tadi.

“apalah abang ni, Iriz pun dah teringin nak jadi Mak Su.”celah Iriz Irza pula.

“nanti Iriz kahwin, beranak banyak-banyak.”ujar Izal.

“apa pulak Iriz, Riz ni belajar pun tak habis lagi.”Iriz membela diri.Hajah Safiah dan Haji Amin hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.

“Izati, kamu macam mana? Seronok duduk kat rumah tu?”soal Hajah Safiah pula.

“seronok Alhamdulillah.Cuma tulah, rumah tu besar, bila abang pergi kerja rasa sunyi pulak.”cerita Izati yang duduk di sebelah Iriz.

“tulah Zal, Umi dah kata rumah tu besar sangat untuk korang berdua.Tapi dia nak juga beli rumah tu.”

“alah Umi ni, Izati tak kisah pun.Kan Izati?”sampuk Izal.Izati mengangguk sambil tersenyum.

“Lagipun rumah tu, Zal beli untuk Izati.Senang dia nak ada anak ramai.”ujar Izal lagi.

“wah…untung Kak Izati dapat suami macam abang ni.Dapat hadiah rumah besar macam tu.Jealousnye…”ujar Iriz.

“nanti, Iriz carilah boyfriend yang macam abang Iriz ni.”ujar Izati.

“susah nak cari lelaki macam Abang Zal ni.Abang ni spesis yang hampir pupus.Susah nak jumpa.”Iriz mencebik.Kata-kata Iriz itu mengundang tawa yang lain. Izal turut ketawa.Dia memandang Hajah Safiah dan haji Amin.Mereka benar-benar bahagia dengan perkahwinannya dengan Izati.

“Iriz bila habis belajar, semester akhir kan sekarang ni?”soal Izal.

“Tiga bulan nanti habis la.Ha, nanti Abang dengan kakak ikutlah Umi dengan Abah ambil Iriz kat sana.”ujar Balqis ceria.”

“sana? Jordan?”soal Izal mencari kepastian.

“tak lah, kat Mesir.Apalah abang ni, kat Jordan lah, kat mana pulak lagi.”ujar Iriz Irza.

“kakak ikut ya, nanti Iriz bawa jalan-jalan kat Amman, dengan Kota Petra.”pujuk Iriz.

“Kota Petra? Ohh…yang bangunan yang diukir dekat gunung batu tu ya?”

“a’ah…Iriz pernah pergi sekali dulu dengan kawan-kawan.Nanti nak pergi lagi dengan Umi dan Abah.Kak Izati ikut ya..”

“Akak tak tahu, kena tanya abang.Akak ikut je.”ujar Izati

“dah pukul sebelas dah ni, kami balik dululah Umi, Abah.”ujar Izal sambil memandang jam dinding.Izati turut melirik ke arah jam tangannya.

“lah…nak balik ke?Tidurlah kat sini.”ujar Hajah Safiah.Izati mula panik.Kalau mereka tidur disitu.Itu bermakna dia terpaksa tidur sebilik dengan Izal.

“ha’ah, tidurlah dekat sini, apa nak dikejarkan, esok kan sabtu.”tambah Haji Amin. Izal lantas memandang Izati.Jelas terpancar keresahan diwajah Izati.

“tak apalah Abah, kami baliklah,esok, pagi-pagi Zal ada temujanji dengan pelanggan.” Izal memberi alasan.Lantas Izal bangun dan bersalaman dengan Hajah Safiah dan Haji Amin.Izati turut berbuat begitu.

“balik dulu ya Umi.”ujar Izati lembut sambil bersalaman dengan Hajah Safiah.

“nanti datang lagi ya.”ujar Hajah Safiah.

“Insyaallah.”jawab Izati.Izatidan Izal berjalan beriringan keluar dari rumah dan menuju kekereta mereka yang diparkir diluar kawasan rumah Haji Amin dan Hajah Safiah.Seketika kemudian mereka mula bergerak meninggalkan rumah pasangan itu dan pulang kerumah mereka.





bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan