Perlahan Izal membuka matanya.Sudah dua hari dia tidak sedarkan diri.Pandangannya bertukar terang perlahan-lahan. Izal memerhati wajah-wajah di sekelilingnya.
“Izal …”kedengaran suara Fazlan perlahan. Izal cuba mengukir senyuman. Izal memandang pula dua lagi wajah di sebelah kirinya.Iriz dan Ikram tersenyum memandangnya.
“abang kat mana Riz?”soal Izal perlahan.Sebaik melihat keadaan asing disekelilingnya.
“Abang kat Hospital.”ujar Iriz perlahan air matanya mula menitis.
“kau pengsan masa kau tidur.Izati yang bawa kau kesini.”sambung Fazlan.
“Izati? Mana Izati?”soal Izal sambil melihat sekelilingnya mencari kelibat Isterinya itu.Fazlan tertunduk.Begitu juga Iriz dan Ikram.
“Mana kak Izati , Riz?”soal Izal lagi.Iriz menggeleng perlahan.
“apa dah jadi ni?! Tolonglah bagitahu aku?!” Izal sedikit bengang.Dia benar-benar keliru dengan apa yang berlaku.Dia bingung.Perkara terakhir yang dia ingat adalah malam ketika dia mengangkat Izati kebilik.Kemudian dia tidur dan apabila sedar, dia disini.
“Izati dah tahu penyakit kau.Bila dia dapat tahu, dia….dia terus lari.Kami tak tahu dia dimana sekarang.Mungkin dia dekat rumah keluarganya.”cerita Fazlan.
“Izati dah tahu?”soal Izal seakan tak percaya.Pandangannya dialih pula pada Iriz.Seakan mengerti maksud pandangan Izal itu.Iriz mengangguk.
“Ris dah tahu bang.Umi dengan Abah pun dah tahu.”cerita Iriz perlahan.
“Ris ….tak marah dengan abang?”soal Izal perlahan.Iriz hanya terdiam.Ya, dia memang marah.dia memang kecewa.kecewa sangat.Dia tdak pernah menyangka Izal boleh dapat penyakit itu.Tapi dia juga tidak mampu menipu diri sendiri.Dia sayangkan Izal.Dia sayangkan satu-satumya abangnya itu. Izal baring kembali.Dia memejamkan mata, rapat.Mutiara jernih dari matanya mengalir keluar perlahan. Izal kembali membuka matanya.Dia merenung wajah-wajah di sekelilingnya.
“ris…”panggil Izal lembut.Iriz memandang Izal.
“boleh tolong ambilkan abang air?”Iriz memandang ke meja kecil di tepi katil.Tiada air disitu.
“Riz pergi beli kejap ya bang.”ujar Iriz lalu berlalu keluar dari wad VIP tersebut.
“Ikram..”panggil Izal lagi selepas Iriz pergi.
“ya , Encik Izal.”ujar Ikram sambil merapati Izal. Izal tersenyum mendengar panggilan itu.
“Tak payah panggil ‘Encik’ kita bukannya kat office, lagipun Bos kita ni dah pecat saya.”ujar Izal sambil menjeling pada Fazlan.
“bila pulak aku pecat kau.”bantah Fazlan. Izal ketawa kecil.Begitu juga Fazlan dan Ikram.
“Ikram, panggil abang je.Lagi pun, abang tahu, kamu suka kat Iriz kan?”duga Izal.Ikram tersentak.Merona merah wajahnya menahan malu. Izal tersenyum lagi.
“janji dengan abang, tolong jaga Iriz elok-elok.”ujar Izal.Ikram tersentak lagi.Kehadirannya disitu pada asalnya hanya untuk menziarahi seorang rakan sekerja.Tak sangka lain yang jadi.
“Iriz tu nakal sikit.Nak kena ada orang yang selalu nasihatkan dia dan kawal dia.Kalau tak, jauh tersasar budak tu.Apa yang abang Nampak, kamu orang yang paling sesuai untuk jaga dia lepas abang dah tak ada.”ujar Izal lagi.
“Izal, kan aku dah kata jangan cakap macam tu!!”pintas Fazlan.Dia memang tak suka kalau Izal menyebut tentang kematian. Izal tersenyum memandang Fazlan.Pandangannya kembali dialih pada Ikram.
“janji pada abang ya?”soal Ikram inginkan kepastian.Ikram bungkam.Dia tak tahu apa nak cakap.
“Ikram…”
“baiklah, saya janji…abang.” Ikram berjanji akhirnya. Izal tersenyum lega.Rasa terlepas bebannya. Izal memandang Fazlan pula.
“Lan….boleh tolong aku?”soal Izal.
“apa dia?”soal Fazlan pula. Izal kembali memandang Ikram.
“Ikram boleh tolong abang sekali lagi?”soal Izal lagi.Ikram hanya mengangguk.
Izal menoleh kebelakang apabila terdengar pintu dibuka.
“assalamualikum…”ucap Fazlan dimuka pintu. Izal tersenyum.
“waalaikumussalam..Dah masuk baru nak bagi salam.”sindir Izal.Fazlan tersenyum sambil menutup semula pintu. Izal kembali memandang ke luar dari balkoni kondonya.Fazlan bergerak ke dapur kondo itu dan menyimpan bekalan makanan yang dibawanya ke dalam peti ais.
“makanan ni semua aku letak dalam peti ais.”laung Fazlan dari dapur.
“ha…”jawab Izal acuh tak acuh.Fazlan menuang air kosong ke dalam gelas.Perlahan dia menghampiri Izal.
“nah…”Fazlan menyerahkan segelas air kepada Izal.
“terima kasih.”ucap Izal ringkas sambil menyambut huluran itu.Fazlan memandang Izal lama.Wajah teman karibnya itu makin pucat. ‘ kasihan Izal, tak pasal-pasal jadi mangsa kecuaian orang lain.’bisik Hati Fazlan.Seketika kemudian kedengaran keluhan kecil dari Izal.
“kenapa pulak ni?”soal Fazlan. Izal tersenyum mendengar soalan Fazlan itu.
“tak ada apalah.”
“Izal, aku tahu ada sesuatu dalam fikiran kau sekarang ni.Ceritalah kat aku.Mana tau aku dapat tolong kau.”ujar Fazlan pula.
“kau dah banyak sangat tolong aku Lan.Aku ucap terima kasih banyak-banyak.Dahlah, tak payahlah kau tolong aku lagi.Kau pun perlukan masa untuk diri kau.Tak kan 24 jam kau asyik nak tolong aku je.”
“Izal, aku tolong kau ni ikhlas tau.Aku tak pernah terfikir nak minta balasan ke apa.Aku pun tak rasa yang pertolongan aku ni membebankan aku.Kau kawan baik aku sejak kita sekolah lagi.Aku dah anggap kau macam ahli keluarga Aku sendiri.” Izal tersenyum mendengar pengakuan ikhklas dari Fazlan itu.Mereka berdua senyap seketika.Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“…aku rindu kat Izatilah…”beritahu Izal perlahan.Fazlan hanya mendengar.Sudah sebulan Izati melarikan diri dan sudah sebulan juga Izal menyembunyikan dirinya di kondomunium itu.Hanya Fazlan dan Ikram yang tahu keberadaannya disitu.
Puan Amani menghampiri anak tunggalnya yang sedang duduk termenung di beranda rumah.
“Izati.”tegur Puan Amani lembut sambil memegang bahu Izati.
“eh…Ibu.”Izati tersenyum.
“apa dimenungkan tu?”soal Puan Amani.Izati hanya tersenyum hambar.
“Izati, Ibu nak cakap sikit ni…”ujar Puan Amani.Izati memandang Ibunya itu.
“dah sebulan Izati, kamu tak nak balik ke?” Izati tersentak dengan soalan itu.
“Ibu, Izati belum boleh terima lagi bu. Izati tak sangka dia boleh dapat penyakit kotor macam tu.Entah apa yang di buat dekat Amerika tu sampai dia boleh dapat penyakit tu.Lepas tu balik sini berlagak alim.”ujar Izati lantang.
“astaghfirullah al-azim. Izati!! kamu sedar tak apa yang kau cakap ni? Izal tu suami kamu!!”Puan Amani sedikit meninggikan suara.
“Ibu, kalau dia tak buat perkara-perkara maksiat macam tu, macam mana dia dia boleh dapat penyakit tu?! Izati tak boleh teriam Bu, Izati tak boleh.”
“Sudah tu Ama, biarkan dia.Kita dah bagi dia Ilmu yang cukup.Macam dia tak tahu apa hukumnya seorang Isteri keluar rumah tanpa izin suami.Inikan pulak lari dari rumah.Sudah biarkan dia.Biar dia fikir sendiri.Dah mati laki dia tu nanti, baru dia tahu langit ti tinggi ke rendah.!!”marah Encik Syafie.Lantas dia melangkah ke motorsikalnya dan terus menghidupka enjinnya dan bergerak meninggalkan rumah kayu itu menuju ke surau untuk solat asar berjamaah.Encik Syafie memang kecewa apabila mendapat tahu penyakit Izal.Tapi dia lebih kecewa dan marah dengan tindakan Izati lari ke sini, meninggalkan Izal keseorangan. Izati terpana dengan kata-kata Encik Syafie tadi.Begitulah layanan Encik Syafie sejak dia balik ke rumah itu.Puan Amani mengusap-usap belakang Izati menenangkannya.Air mata Izati mengalir laju.
Fazlan membuka pintu kondo milik Izal.Dia memang diberikan kunci oleh Izal supaya dia bebas keluar masuk.Fazlan baru sahaja pulang dari rumah banglo milik Izal.Segala urusan tukar milik banglo tersebut dan kereta milik Izal telah pun selesai.Dia ke banglo tersebut untuk meletakan semula geran rumah dan geran kereta ditempat seperti yang diminta oleh Izal. “Assalamualaikum.”Fazlan memberi salam. Fazlan duduk disofa diruang tamu dan membuka televisyen. “Izal…”panggil Fazlan.Tiada sebarang sahutan.”Izal!!!”panggil Fazlan dengan suara sedikit meninggi. ‘kemana pulak Izal ni, keluar ke?’ soalnya sendiri. Fazlan melirik ke arah jam tangannya. ‘dah pukul 12.00, tak kan tidur lagi?’ ujar Fazlan lagi. Fazlan bangun dan menuju ke bilik Izal.Perlahan pintu di ketuk.Tiada tindak balas. “Izal..”panggil Fazlan lagi sambil mengetuk pintu.Masih tiada jawapan.Perlahan pintu bilik Izal dibuka.Mata Fazlan melilau mencari Izal .Tiada.Izal terpandang pintu bilik air didalam bilik itu terbuka dan terdengar juga bunyi air. Fazlan mengerutkan dahi. ‘tengah mandi ke? Tapi takan pintu dibiar terbuka kot.’ “Izal..”panggil Fazlan lagi sambil mendekati bilik air itu. “Izal!!” Fazlan terkejut.Izal terbaring lesu didalam bilik air. Izal pengsan lagi.
“Akak, Akak tahu kat mana abang Izal?”tersentak Izati mendengar soalan dari Iriz itu.Izati hanya menggeleng perlahan.
“Dia dah hilang kak.Dia keluar dari Hospital senyap-senyap dan terus menghilangkan diri.”cerita Iriz lagi.Izati masih bungkam seakan tidak mahu ambil tahu.
“Kak Izati! Kak Izati ni kenapa?! Abang Izal tu suami akak, akak boleh buat tak tahu je macam ni?”Iriz meninggikan suara.IzatiTersentak.
“Iriz!! Ris tahu tak betapa sakit hati akak bila tahu dia dapat penyakit tu?! Akak kecewa tahu tak? Akak tak boleh terima dia berperangai macam tu dulu?!”Izati sedikit berang.
“Berperangai macam mana?”
“Kalau dia tak buat benda-benda maksiat, dia tak akan dapat penyakit tu.Entah berapa ramai perempuan tidur dengan dia masa kat Amerika tu.Balik sini buat-buat alim.”selar Izati.
“Kakak!!!”Iriz sedikit bengang bila Izati berkata begitu pada abangnya.
“Iriz kenal Abang Izal lebih lagi dari kakak.Dia tahu hukum hakam agama, dia tak akan buat benda-benda macam tu.!!”Selar Iriz pula.
“Habis tu, macam mana dia boleh dapat penyakit kotor tu?!”Iriz lantas mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.Sampul surat bersaiz A4 itu dicampak ke atas meja.
“Abang Izal terlibat dalam satu kemalangan di Amerika dulu.Dia kehilangan banyak darah.Dan salah satu darah yang diterimanya ketika dirawat dihospital tercemar dengan virus tu.Itulah sebab kenapa dia boleh dapat penyakit ni.”Izati tersentak dengan kata-kata Iriz itu.
“Ini bil pembiayaan rawatan yang ditanggung oleh sebuah Hospital di San Francisco.”Bentak Iriz.Air matanya jatuh berlinangan.Dia sungguh kecewa dengan sikap Izati.Lantas Iriz bangun menuju ke tangga beranda rumah kayu itu.
“baliklah kak.Sebelum terlambat.”Iriz bersura lembut sebelum turun dari rumah tersebut.Perlahan pintu keretanya dibuka dan dia masuk ke dalam.Enjin kereta dihidupkan dan dia beredar meninggalkan rumah itu.Izati memerhati Iriz pergi.Sebaik Iriz hilang dari pandangan , Izati mengambil Sampul surat yang diberikan oleh Balqis tadi.Perlahan sampul surat itu dibuka dan dikelurkan isinya.Air mata Izati mula berlinangan. ‘ Ya Allah, apa aku dah buat ni?’
Fazlan melangkah perlahan masuk ke dalam wad yang menempatkan Izal. Izal masih tidur.Fazlan memandang temannya itu sayu.Dia tahu Izal sudah tidak punya banyak masa.Tapi dia tidak mahu memikirkan tentang itu.Dia takut untuk menghadapi kenyataan.Fazlan meletakan termos serta buah-buahan yang dibawanya di atas meja kecil disebelah katil Izal.Fazlan duduk disebelah Izal.Perlahan mata Izal terbuka.
“Lan….”ujar Izal perlahan.Fazlan hanya tersenyum.
“bila sampai?”soal Izal
“baru je.Ini, aku bawakan kau milo panas.Buah pun ada.”ujar Fazlan sambil menunjukan termos dan seplastik buah-buahan yang dibawanya.
“Terima kasih.”ucap Fazlan ikhlas. Izal bangun dari pembaringannya dan bersandar di kepala katil.Fazlan membantu Izal bangun.
“Izal, kau tak nak bagitahu family kau ke yang kau ada kat sini?”soal Fazlan. Izal tersenyum mendengarkan soalan itu.
“kenapa? Kau pun dah tak nak uruskan aku? Tak apalh, tinggalkan saja aku.Kau pergilah uruskan hal kau.”
“Izal!! Apa kau ni?! Aku tak berniatpun macam yang kau cakap tu.Aku cuma rasa, family kau ada hak nak tahu.Kau tahu tak keluarga kau tengah sibuk cari kau sekarang ni.”cerita Fazlan. Izal terdiam.
“Aku bukan tak nak bagi tahu.Aku cuma tak mahu mereka malu.Abah aku tu Imam kat taman perumahan tu.Apa orang sekeliling akan cakap kalau mereka tahu anak Haji Amin penghidap AIDS?”
“Abah kau tak akan kisah pasal semua tu.”pujuk Fazlan.
“ya, aku tahu.Abah aku memang tak akan pernah kisah pasal semua tu.Tapi aku kisah.Aku tak nak keluarga aku dapat malu sebab aku.”tegas Izal.Fazlan hanya mendengar.Ada benarnya kata-kata Izal itu.
“biarlah…..biarlah aku pergi seorang-seorang kat sini.Sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan sesiapa.”sambung Izal lagi yang berselang seli dengan batuk .
“Izal, janganlah cakap macam tu.”pujuk Fazlan.
“Lan…boleh aku mintak tolong kau satu je lagi.Ini kali terakhir aku akan mintak tolong dengan kau.”Fazlan mengangguk.
“aku mintak, lepas aku dah pergi nanti, kau tolong uruskan jenazah aku.”
“apa kau cakap ni Izal?!!”Fazlan sedikit meninggikan suara. Izal tidak terkejut dengan riaksi itu.Dia faham benar dengan Fazlan.Fazlan memang tidak suka bila dia bercakap tentang isu itu.
“Lan…kau kena terima kenyataan.Aku dah tak lama Lan.”ujar Izal perlahan dengan batuk yang dari tadi tidak menunjukan tanda akan berhenti.
“Izal …..”
“tolong Lan, ini harapan aku.Aku harap kau akan tolong tunaikan harapan terakhir aku ni.” Izal separuh merayu.
“Izal..”Fazlan tertunduk.Air mata yang ditahan sejak dulu supaya tidak tumpah dihadapan Izal akhirnya tumpah jua.Fazlan menangis buat pertama kalinya dihadapan orang lain sejak dia berusia 12 tahun.
“kau menangis Lan?”soal Izal sekan tak percaya dengan apa yang dilihat.Fazlan lantas berpaling ke tempat lain bagi menyembunyikan kesedihannya.
“Lan…”panggil Izal lembut.Fazlan mengesat air matanya dengan tangan dan kembali memandang Izal.
“boleh ya?” Izal masih mengharap harapan terakhirnya itu dapat ditunaikan.Fazlan mengangguk perlahan. Izal tersenyum lega.
Izati mengheret begnya keluar dari bilik.Dia tekad, dia perlu pulang kepada Izal.Tempatnya bukan disini, tempatnya bersama Izal.
“Nak ke mana ni Izati?”soal Puan Amani yang baru datang dari dapur.
“Ibu…”Izati berjalan perlahan mendapatkan ibunya.Perlahan tubuh Puan Amani dipeluk.Puan Amani hanya membalas pelukan itu.
“Ibu, Izati nak balik.Izati nak minta maaf kat Abang Izal.”ujar Izati.Puan Amani tersenyum.Akhirnya terbuka juga hati anaknya ini untuk pulang ke pangkuan suaminya.
“Yalah, pergilah nak, memang itu yang patut kamu buat dari dulu lagi.”ujar Puan Amani lembut sambil membelai lembut bahu Izati.
“Izati pergi dulu Ibu.”Izati meraih tangan Puan Amani lalu disalami.Izati mengambil semula begnya dan bergerak untuk pergi.Sampai di pintu, Izati termati langkah seketika.Encik Syafie muncul dipintu.Perlahan tangan encik Syafie juga diraih dan disalami.
“Izati nak balik Ayah.”ujar Izati perlahan.Usai bersalam.Izati berjalan perlahan ke beranda rumah.Baru sahaja kakinya menjejak ke anak tangga yang pertama Encik Syafie memnaggilnya.
“kamu nak keluar dengan apa?”soal Encik Syafie.Izati hanya terdiam.Niatnya hanya mahu berjalan kaki ke jalan besar sebelum mendapatkan bas.
“Jom, ayah hantar ke Bandar.Kamu naik bas dari sana ke KL.”ajak Encik Syafie sambil menuruni tangga dan masuk ke dalam keretanya yang diparkir dibawah rumah.Izati Memandang Puan Amani yang berdiri memerhati di pintu.Puan Amani tersenyum dan mangangguk.Izati membalas senyuman itu dan lantas mengatur langkah menuju ke kereta Encik Syafie.
Tergesa-gesa Izati keluar dari perut teksi.Kelihatan kereta milik Izal masih ada diluar.Segaris senyuman terukir diwajahnya.Air matanya dikesat.Pintu pagar ditolak, namun berkunci.Izati membuka mangga di pintu pagar itu.Jantungnya mula berdetak laju.Seaakan ada yang tak kena.Langkah diatur laju menuju ke pintu.Terkocoh-kocoh pintu besar itu di buka.
“abang…Abang Izal ….”panggil Izati sebaik melangkah masuk.Langkahnya diatur naik ke tingkat atas.
“Abang…”panggil Izati lagi.Air matanya jatuh semula.Hatinya yang sedikit tenang tadi kembali bergolak.
“tuk…tuk…tuk….”pintu bilik Izal diketuk.
“Abang, ini Izati Bang.Bukak pintu…”ujar Izati perlahan sambil mengetuk pintu bilik Izal.Namun tiada tindak balas.Izati memberanikan diri.Perlahan Pintu bilik Izal itu dibuka.Kosong. Izal tiada di dalam.Izati berjalan masuk memerhati bilik itu.Kemas.Seakan tiada orang yang tinggal tinggal disisni.Perlahan langsir balkoni di buka untuk membenarkan cahaya masuk.Lantas Izati terpandang sesuatu di atas meja lukis Izal.Tertera di atas sampul surat bersaiz A4 itu ‘Untuk Isteriku yang tercinta, Nor Izati Syafie.’Perlahan Izati mengambil sampul itu dan membukanya.Terdapat, buku bank, geran rumah dan geran kereta.Terdapat juga sepucuk surat di dalamnya.Izati meletakan semula kesemua itu, hanya surat itu sahaja yang diambil dan dibaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan