Selasa, 22 November 2011

Di Sana Pasti (babak 16) finale

Izzad,Maafkan Ika sekiranya mata pena ini mengukir luahan perasaan ini. Ika telahcuba mengawal emosi ini agar tidak membinna cinta di hati. Namun apakan daya,Ika hanya manusia biasa yang ingin mencintai dan dicintai. Sudah puas Ikamembohongi diri tapi akhirnya Ika terpaksa baralah. Sudikah kiranya kaumendengar...Izzad, aku terlalu menyayangi dirimu!Syafika

Izzad menggenggam surat yang sudah berulang kali dibacanya. Malam tadi tidurIzzad terganggu. Hingga ke subuh, Izzad tidak dapat melelapkan mata. Ingatannyahanya pada Ika. Sebaik membaca warkah itu,Izzad bergegas mencari Ika tapi gadisitu telah pulang. Izzad batalkan hasrat untuk menghubungi Ika. Dia tidak mahumenganggu gadis itu selagi keputusan belum dibuat. Izzad perlu berbincangsebelum memilih gadis yang layak di sampingnya.Ingatan pada permintaan ibu bersilih ganti.

"Umi...kenapa umi nak Zad khawin sekarang?" Izzad serba salah denganpermintaan yang dikemukakan ibunya."Umi dah tua. Umi takut tak sempat trengok Zad naik pelamin nanti!""Umi ni...ke situ pulak!"Hajah Majildha menyentuh mesra tangan Izzad."Zad,Umi nak tukarkan wasiat ayah kau bila kau sudah berumahtanggananti!" Hajah Majildha penuh mengharap.Izzad tidak sampai hati ingin menghampakan harapan ibunya yang bersusah payahmembesarkannya sejak ketiadaan ayah."Nantilah Zad fikirkan!""Jangan lama sangat...gadis tu sedang menunggu!"Izzad pelik mendengar kata-kata ibunya. Gadis yang mana satu yang dimaksudkan?Ibu sudah tahu tentang Ika? Ezwan sudah ceritakan segala-galanya ataua Nisha..."Zad, umi sudah ada pilihan untuk Zad. Umi pasti Zad suka kerana pilihanorang tua adalah yang terbaik untuk anaknya!" Hajah Majildha menutupbicara dengan harapan berbunga.Kata-kata terakhir itulah yang telah diberitahu pada Ika. Izzad tiada pilihanlain. Dia tidak mahu mengharap pada yang tak sudi. Biarlah dia mengikutkemahuan ibunya daripada berputih mata menunggu buah yang tak akan gugr. Tikatekadnya sampai ke kemuncak, Ika mampir menghulurkan cinta.

"Kenapa ni?" Hajah Majildha menghampiri Izzad yang sedang termenungdi jendela rumah."Zad ada hal nak bincang dengan umi!"Hajah Majildha menarik anak bujangnya ke sofa kerana pasti ada sesuatu yangsedang mengganggu fikirannya."Zad harap umi tak marah!"Hajah Majildha semakin pelik."Cakaplah kalau ada perkara yang merunsingkan Zad. Umi tak marah!"dengan penuh kasih sayang,Hajah Majildha membelai rambut Izzad."Zad....Zad-""Kenapa ni...terus teranglah dengan umi!" Hajah Majildha lembutmemujuk.Izzad telan air liur."Zad dah jumpa gadis yang benar-beanr berjaya menakluki hati Zad. Pleaseumi...jangan biarkan anak umi ni menderita!" Izzad menggenggam kuatkedua-dua tangan ibunya.Tersentuh hati keibuan Hajah Majildha mendengar pengakuan anaknya. Hajah Majildha menarik Izzad ke dalam dakapannya."Suka hati Zadlah kalau ini boleh membahagiakan Zad. Umi tumpangbahagia!""Terima kasih umi!" Izzad merangkul kemas ibunya.

Izzad memecut motor dengan laju. Ika, akan ku sunting dikau menjadi permaisurihatiku. Akan ku bina mahligai indah buat kau,sayangku. Sabarlah Ika,aku akansegara menemuimu. Motor membelok ke kawasan perumahan ika. Hatinyatertanya-tanya apabila melihat orang ramai berkeliaran di luar kediaman Ika.Izzad cuma mengagak ada majlis dan satu jawapan yang merimaskan diri menerpa.Mungkin Ika bersetuju menerima lelaki kerana kecewa dengan aku. Dan majlis tuberlangsung hari ni.Ika,tunggu dulu apa yang nak Iz katakan. Jangan ambil tindakan melulu ini.Izzad jadi kelam kabut dan berlari turn dari motor."Anak ni siapa?" Datuk Affan menegur apabila melihat muka Izzad yangdibasahi peluh."Saya Izzad...kawan Ika. Boleh saya jumpa dia,pak cik? Saya ada halpenting nak bagitahu dia!""Ika....-" lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-kata. Air matanya bercucran laju. Tanpa segan silu dia menangis di hadapan Izzad.Di waktu yang sama hidung Izzad dapat mencium bau kemenyan dan telinganya dapatmenangkap suara orang membaca yassin."Tak.....tak mungkin...tak mungkin Ika...."Izzad berundur beberapa tapak ke belakang."Benar Izzad! Ika kemalangan sewaktu balik dari jamuan malam tadi. Ikadimasukkan ke ICU dan pagi tadi Ika menghembuskan nafas terakhir!" Datuk Affanmelarikan matanya yang mula merah. Hatinya sebak kerana langsung tidakberkesempatan mendengar kata-kata terakhir anak gadisnya. Kecederaan Ikaterlalu parah hingga tiada harapan untuknya hidup lagi. Biarlah Ika pergikerana pasti Allah tahu itulah yang terbaik untuk Ika.Allahmenyayanngimu,nak..."Kalau nak menatap wajah Ika buat kali teraakhir,masuklahnak..."pelawa Datuk Affan pada Izzad yang langsung tidak berganjak.Izzad mengangguk tapi tidak terus masuk ke dalam rumah. Dia mencari sudut yangsunyi dan terjelepuk duduk. Tubuh yang mulai lesu disandarkan ke dinding.Maafkan aku Ika.Maafkan keterlewatan aku mengucapkan kata cinta buatmu...Aku tidak bermaksud melukai hatimu.Aku tahu kau kecewa dengan pengakuanku.Tapi apakan daya,Ika..kau sering menolak cintaku.Maafkan aku kerana tidak dapat membaca isi hartimu malam tadi. Aku tahu akulahpunca segala-galanya. Jika aku tidak memberitahumu pasti aku dapat melihatsenyuman manismu hari iin.Maafkan aku....maafkan aku!Izzad memejam mata. Dialah punca kematian Ika! Dia yang timbulkan keresahan dihati gadis itu semalam!Ya Allah...bagaimana harus ku tebus kesalahan ini!

Ika disana pasti kita bersama...Dia merintih,tapi sayang...rintihannya langsung tidak bermakna bagi sekujurtubuh yang sudah kaku dan beku.

========== TAMAT ===========

Tiada ulasan:

Catat Ulasan