Selasa, 22 November 2011

lafaz cinta.... akhir

Farouqy mendaki tangga asrama lelaki untuk menuju kebiliknya sambil membaca surat yang diberikan oleh Aisyah tadi. ‘bagus juga puisi ni.’puji Farouqy didalam hati.Farouqy menyimpan semula surat yang mengandungi puisi yang ditulis sendiri oleh Mieja.Farouqy memandang keadaan sekeliling.Rasanya Iman belum balik lagi.Kebiasaannya memang Iman belum balik lagi sekarang ni.Perlahan Farouqy memulas tombol pintu biliknya.Masih berkunci.Sah Iman masih belum pulang.Farouqy mengeluarkan kunci dan membuka pintu.Farouqy masuk dan menutup semula pintu.Farouqy memerhati katil Iman dan meja tulis Iman. ‘aku nak letak kat mana surat ni?’soalnya sendiri.Menurut kata Aisyah tadi terpulanglah dia nak letak surat tu di mana asalkan Iman baca surat tu dan tak tahu yang surat tu datangnya dari Mieja Farouqy meletakan surat itu di atas meja tulis Iman.Dia pasti Iman pasti akan membaca surat tu.Farouqy tersenyum.Moga-moga suarat yang kononnya sebagai ‘perangsang’ kepada Iman ini berjay berfungsi seperti yang diharapkan.Farouqy keluar semula dari bilik dan kembali mengunci pintu sebelum meninggalkan bangunan asrama dengan hati yang tenang.



Iman membuka pintu biliknya dan masuk kedalam.Pintu dibiarkan terbuka.Iman meletakan begnya diatas katil.Dia menuju ke almarinya dan mengambil sabun dan syampu sebelum menarik tuala yang di sangkut di kepala katil.Iman berjalan semula ke ke pintu untuk ke bilik air.Sesampai di muka pintu Iman memberhentikan angkah.Iman berpatah balik melihat ke atas meja tulisnya.Benar , ada sesuatu di atas meja itu.Iman kembali ke meja tulisnya dan mengambil ketas berwarna hijau muda itu.Iman membukanya. ‘puisi..siapa punya ni? abang Aqi ke?’ soal hati Iman.

“takkan ‘mat romeo’ baca puisi kot?”katanya sendiri sambil tergelak kecil.Iman kemudian duduk di katil dan membaca puisi tersebut.





Cinta adalah suatu perasaan aneh,

Yang hadir di dalam hati dan bisa,

membuatkan kita tak tenteram,

tak senang duduk,

tak lalu makan,

tak lena tidur,

cukup menyusahkan.



Tetapi,



Cinta juga adalah suatu perasaan aneh,

yang hadir didalam hati dan bisa,

membuatkan kita gembira,

bersukaria,

riang ria,

dibuai mimpi indah,

dan seakan diawang-awangan,

cukup membahagiakan.



Tak salah untuk merasai cinta,

Kerana,

Cinta itu satu perasaan,

yang tulus, jujur dan murni,

lahir dari hati yang suci.



Kerna itu cinta sebenarnya tidak perlukan balasan,

cukup sekadar dilafazkan,

supaya tidak menjadi racun bila dipendamkan.

racun yang cukup membahayakan.

lafazkanlah cinta.





Iman baring sambil merenung siling biliknya.Fikirannya tak tenang.Ligat fikirannya memikirkan puisi yang dibacanya siang tadi.Sekali-sekala dia terinagt kembali kata-kata Farouqy kepadanya tempoh hari.



‘ Kerna itu, cinta sebenarnya tidak perlukan balasan,

cukup sekadar dilafazkan,

supaya tidak menjadi racun bila dipendamkan.

racun yang cukup membahayakan.

lafazkanlah cinta.’





“belum ada yang mati lagi sebab luahkan perasaan.Tak salah kalau berterus terang kat dia.Kau tak perlu ajak dia bercinta cukup kamu lafazkan sahaja cinta kamu tu.”



“Man, abang rasakan, kamu kena juga cakap kat budak Mieja tu yang kau suka kat dia.”



“akibatnya nanti kamu asyik terfikirkan tentang Mieja.Kau makan ingatkan Mieja, kau tidur mimpikan Mieja dan kau tengah belajar pun kau terfikirkan Mieja.Nanti tak dapat fokus dalam kelas, bila exam dah tak tahu nak jawab, lepas tu gagal, akhirnya kena buang dari universiti, terus gelap masa depan.”



Iman bangun dan duduk di birai katil.Dia menggagau kepalanya.Runsing betul!!IMan merenung Farouqy yang sedang nyenyak tidur diulik mimpi.

‘patut ke aku ikut cakap abang Aqy dan terus-terang saje pada Mieja?’

‘betul juga kata abang Aqy, belum pernah lagi ada yang mati sebab luahkan perasaan.’

‘tapi macam mana kalau dia tak suka?’

‘kalau dia tolak aku..aduh!!! malu gila.’

‘tapi kalu aku tak cuba, macam mana aku nak tahu dia suka ke tak?’Iman berdiolog dengan dirinya sendiri didalam hati.Iman bangun dari katil dan keluar untuk mengambil wuduk.Disaat ini hanya Allah yang mampu menolongnya.Seketika kemudian Iman kembali semula ke bilik.Dia mencapai sejadah dan dibentangkan sejadah itu di atas lantai.Lantas Iman berdiri di atas sejadah itu lalu mengangkat takbir.Iman mendirikan solat sunat Tahajjud, solat sunat Hajat dan diakhiri dengan solat sunat Istikharah.Di atas sejadah yang terbentang itu Iman menadah tangan berdoa kepada Allah supaya ditunjukan jalan yang benar padanya supaya dia tidak tersesat jauh.Iman juga berdoa agar Allah memberikannya petunjuk apakah yang harus dilakukannya.Meluahkan perasaan pada Mieja, atau cukup sekadar dipendam sahaja.Usai berdoa, Iman melipat semula sejadah dan menyidainya pada kerusi.Iman duduk semula di atas katil sebelum merebahkan badannya.Hatinya sudah sedikit tenang.Tidak disedari, Iman sudah melelapkan mata.



Iman berjalan sendirian di sebuah taman.Tidak jauh dari situ, Iman ternapak seseorang yang sedang duduk diatas sebuah bangku panjang.Iman menghampirinya. Mieja rupanya. ‘Cantik betul Mieja.’ Mieja tersenyum padanya.Iman mambalas senyuman itu.Iman menghampiri Mieja lagi.Kini Iman betul-betul berada dihadapannya. Mieja berdiri berhadapan dengan Iman.Senyuman manisnya masih menghias bibir.Iman merenung wajah Mieja sedalam-dalamnya.Terasa bahagia dihati.

“man..man..”kedengaran satu suara memanggilnya.

“Man!!”suara tadi semakin deras.Iman tersedar dari tidurnya.

“man bangun, dah subuh dah ni..”ujar Farouqy lagi.Terpisat-pisat Iman bangun dari pembaringan.

“dah..dah pergi cepat mandi, nanti habis pulak waktu subuh.”ujar Farouqy lagi.Iman bangun dan terus mencapai tuala dan menuju ke bilik air.





Iman duduk termenung memikirkan tentang mimpinya malam tadi.Sejak pagi tadi dia terfikirkan tentang perkara itu.

‘apa maksud mimipi tu?’

‘itukah hasil solat sunat Istikharah yang aku buat malam tadi.?’

‘tapi apa maksudnya?’

‘dalam mimpi tu, aku jumpa Mieja, dia senyum kat aku dan aku senyum kat dia.’

‘mungkin Allah memberi petunjuk supaya aku berterus terang sahaja pada Mieja.’

‘ya betul.Mungkin itulah maknanya.’

‘aku kena cakap pada Mieja.’

‘KENA CAKAP!!’

Iman menutup bukunya dan keluar dari perpustakaan tertsebut.Iman terus menuju ke stor sukan. ‘rasanya Abang Aqy ada cakap dia ada kerja kat situ.’

Iman meninjau-ninjau dalam stor tersebut mencari Farouqy.

“abang Lan, Abang Aqy ada?”soal Iman pada Azlan yang berada tak jauh dari situ.

“Abang Aqy?”Azlan masuk semula ke dalam dan memanggil Farouqy.

“Aqy!! ”laung Azlan.

“ye..!!”

“adik kau cari ni ha..”laung Azlan lagi.

“ye..kejap..”laung Farouqy kembali. ‘bila pulak aku ada adik?’ soal Farouqy sendiri.

“kejap lagi dia datang.”ujar Azlan dan terus berlalu pergi.

“lah..kamu rupanya, mati-mati abang ingat mak abang dah beranak seorang lagi.Ada apa ni?”Iman lantas menarik tangan Farouqy keluar dari stor tersebut.

“abang, saya dah buat keputusan.”

“keputusan apa?”

“saya dah nekad nak terus terang kat Mieja.”Iman membulatkan tekad.

“betul?”Farouqy teruja.Bulat matanya mendengar kata-kata Iman itu.Iman mengangguk. ‘menjadi juga ‘perangsang’ diorang ni.’ujar hati kecil Farouqy.

“kalau macam tu jom..”ajak Farouqy.

“pergi mana?”soal Iman pula.

“kata nak terus terang kat Mieja?”

“sekarang?!”

“tak nak tak pe, tiga tahun lagi pun boleh.”Farouqy berseloroh.

“kalau tiga tahun lagi, saya pun dah grad dah.”

“tau tak apa.dah jom.”Farouqy memaut leher Iman dan menariknya mengekorinya.





“APA saya nak buat ni bang!!”Iman cemas.

“nak tau? first sekali, kamu kena cari Mieja.Kamu tahu Mieja kat mana?”soal Farouqy.Iman menggeleng.

“kenapa tak tahu?”

“manalah saya tahu.”balas Iman.

“kau ni lembap betul lah.”

“Assalamualikum.”Farouqy menahan seorang pelajar perempuan yang melintasi mereka.

“Waalaikumussalam.”jawab gadis itu.

“pelajar tahun satu kan?”soal Farouqy.Gadis tadi mengangguk.

“kenal Mieja tak?”

“Mieja? Mieja yang mana satu?”soal gadis tadi kembali.

“Mirza binti Hj Fazlan.”celah Iman.

“ohh..kenal..kenal.Kenapa bang?”

“tau dia kat mana?”soal Farouqy lagi.

“kalau tak silap tadi nampak dia kat kafetaria.Tapi sekarang tak tahulah pulak.”

“ohh..ok.Terima kasih.”ucap Farouqy sambil tersenyum.

“Sama-sama.”jawab gadis tadi dan terus berlalu pergi.

“jom..pergi kafetaria.”Farouqy kembali memaut leher Iman.



Sesampai di kafetaria, mereka meninjau-ninjau mencari Mieja.

“ha..tu..”tunjuk Iman. Mieja dan aisyah sedang berjalan meninggalkan kafetaria menuju ke asrama.

“jom..cepat ikut diorang.”Farouqy menarik tangan Iman.

“saya nak cakap apa kat dia?!”Iman kembali cemas.Kau pergi kat dia, kau cakap kau nak cakap dengandia sekejap.”

“lepas tu?!”

“lepas tu kau cakaplah apa yang kau nak cakap.Takkan itupun abang nak ajar, dah cepat nanti tak sempat pulak.”Iman menguatkan semangat dan terus berjlan menghampiri Mieja.



“Mieja …”panggil Iman. Mieja dan Aisyah berpaling menghadap Iman.

“hem..boleh…saya cakap sekejap?”soal Iman. Mieja mengangguk perlahan.

“berdua…”ujar Iman lagi.

“ohh..okay… Mieja aku balik dulu ek..”ujar Aisyah dan terus berlalu pergi meninggalkan Mieja dan Iman.Tetapi belum jauh Aisyah pergi, dia menyorok di balik tiang dan memerhatikan Mieja dan Iman dari jauh.Farouqy juga begitu.

“boleh kita duduk sekejap?” Mieja mengangguk lagi dan terus menuju ke kerusi yang berada tidak jauh dari situ.Iman kemudian duduk dihadapannya.Iman menarik nafas panjang untuk menenangkan diri.

“apa yang awak nak cakapkan tu?”soal Mieja lembut.

“saya sebenarnya nak cakap yang saya……” Mieja memerhati terus wajah Iman.Iman tidaklah sekacak mana tetapi wajahnya yang tenang dan bersih itu boleh menarik perhatian sesiapa.Iman memandang sekeliling mencari semangat.Dia ternampak Farouqy yang tidak jauh dari situ sedang memberikan semangat padanya.Iman memejamkan mata dan menarik nafas panjang. Mieja hanya memerhatikan gelagat Iman itu.

“Saya…sebenarnya….dah lama..suka kat awak.” Mieja sedikit terkejut dengan pengakuan dari Iman.tetapi itulah yang diharapkan olehnya sejak dulu lagi.

“sejak zaman sekolah lagi, sejak kita selalu jumpa kat stesen bas, saya memang dah suka kat awak tapi, …saya segan nak bercakap dengan awak.Tapi hari ni saya cakap juga.”ujar Iman meluahkan segala perasaan yang disimpan sejak dulu lagi. Mieja sedikit tersenyum.

“ta..tapi..awak jangan salah sangka.Saya bukan nak ajak awak bercinta or bercouple…saya cuma nak lafazkan saja.”tambah Iman lagi.

“saya faham.Terima kasih..”ujar Mieja sambil tersenyum.

“betul ni, awak jangan marah kat saya pulak…sebab..sebab…saya….ha..itulah yang saya nak cakap….sa..saya pergi dulu.Terima kasih sebab sudi dengar.Assalamualikum.”ujar Iman dengan muka yang merah padam.Iman terus berlalu pergi.Lega rasa hatinya.Taklah susah sangat. Mieja tersenyum sendiri.Tak tahu kenapa, dia gembira mendengar kata-kata dari Iman itu.Tidak lama selepas iti Aisyah datang mendapatkannya.

“dia..dia cakap apa kat kau..? dia luahkan perasaan ek?”Aisyah teruja.

“bukan kau dah balik ke?”soal Mieja.

“ha…tak..belum lagi…cakaplah, dia cakap apa dengan kau tadi?”

“tak ada apa.”ujar Mieja selamba sambil bangun dan terus berjalan menuju ke asrama.

Iman berjaan menuju ke arah Farouqy.Farouqy memandangnya sambil tersenyum bangga.

“dah selesai?”soal Farouqy.Iman menangguk sambil tersenyum.

“dia kata apa?”soal Farouqy lagi.

“tak kata apa, dia cuma kata dia faham.”

“ye…kan betul cakap abang, tak matinya kamu se4bab luahkan perasaan.So macam mana sekarang?”

“rasa lega.Lega sangat-sangat.”ujar Iman.

“bagus..bagus..kau buat abang bangga.Dah jom pergi kafetaria.”ajak Farouqy.

“abang belanja?”

“oklah abang belanja, tapi bawah RM 5.”

“kedekut..!!”terdengar tawa mereka berdua selepas itu.Iman rasa sangat lega selepas luahkan perasaannya.Seakan satu beban besar yang sudah dilepaskan.

‘Syukur Alhamdulillah.

-Tamat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan