Kami berhenti di sebuah rumah teres yang berpagarkan warna hitam.Aku pandang sekilas Ren.
“Jom masuk”ajaknya.Namun kaki aku masih lagi tidak bergerak.
“Ini rumah gua”.
Aku diam.Masih ragu-ragu untuk masuk lagi.
“Gua tak tinggal dengan kawan-kawan”.
“Ohh..”perkataan tersebut terkeluar.Adakah ini bermakna yang dia hanya tinggal seorang diri?Dan dia nak kasi hint dekat aku yang aku akan selamat bila tinggal dengan dia cuma berdua?
“Lu kenapa?Mak gua ada dekat dalamlah”.
Aku tersengih.Barulah hati aku terasa lega sedikit.Muka Ren yang tersenyum sinis memandang aku,aku jeling.
“Apa?”soalku.
“Lu takut kan?”soalnya.
Aku mencebik.
“Bukan aku takut..cuma aku seram aje.Bukannya aku kenal kau sangat”.
“Eleh..lu ingat orang yang dah lu kenal lama tu,baik ke?”.
Aku terdiam.Pintu pagar dibukanya.
“Masuklah..”ucapnya.Diberi laluan kepada aku ketika pintu rumahnya sudah dibuka.
“Assalamualaikum…”jeritnya kuat.Aku kerutkan dahi!Wallawei..mamat yang macam ni pun reti bagi salam juga?Bagus…ada sikit sifat baik dalam diri dia.
“Mana mak gua ni?Lu duduk kejap okey.Gua pergi check dalam bilik”.Aku angguk kepala.Sofa yang terletak di ruang tamu aku pandang sekilas sebelum melabuhkan punggung.
Tidak lama selepas itu,Ren muncul kembali.Dia melabuhkan punggung berhadapan dengan aku.
“Mak gua tengah solatlah.Lu tunggu kejap okey”ucapnya sambil meraup rambut.
Aku hanya mampu menanggukkan kepala.Rasa berdebar-debar sudah mula menyelebungi didalam diri.Mintak-mintak,mak Ren ni okey orangnya.
***************************
“Mari makan Salha…”ajak Mak Ati ketika aku baru keluar daripada bilik.Aku tersenyum manis.Kerusi makan aku tarik perlahan.
“Maaflah mak cik.Salha tak tolong apa pun”ucap aku serba-salah.Mak Ati tersenyum.
“Tak apa.Mak cik tak kisah.Salha tentu penat kan,mak cik faham.Makan banyak-banyak Salha.Cuma lauk ni aje yang ada”.
Aku perhatikan lauk di atas meja.Nampak menyelerakan.
“Ren mana mak cik?”soal aku ketika menyedari yang lelaki itu tidak ada bersama.
“Dia keluar jumpa kawan.Kejap lagi baliklah tu.Kita makanlah dulu.Tak payah tunggu dia.Nasib baik Salha ada temankan mak cik.Kalau tak,mak cik makan sorang-soranglah jawabnya.Selalu macam tu”.
Aku tersenyum hambar.Tidak tahu hendak memberikan reakreasi yang bagaimana.Muka Mak Ati kelihatan murung.Lauk ikan goreng terus aku capai dan aku bubuh seekor dipinggannya.
“Makan yea mak cik.Tak elok sedih-sedih depan rezeki.Ikan tu pun dah tak sabar nak masuk dalam perut mak cik”ujar aku bergurau walaupun aku tahu benda itu tidak melawakkan.Mak Ati ketawa kecil,sebelum kembali menyuap nasinya.
*****************************
Aku pusingkan tubuh ke kiri.Terkebil-kebil aku merenung daun pintu.Kemudian,aku kalihkan pula tubuh aku ke kanan.Mata aku merenung dinding yang kaku.Aku mendengus sebelum kembali membalikkan badan aku menatap siling.Akhirnya,aku bangun lalu duduk di atas katil sambil meraup kasar rambut.
Pintu bilik aku buka perlahan dan aku melangkah keluar daripada bilik.Aku melangkah lalu duduk di atas sofa diruang tamu yang kelihatan gelap,dan hanya disinari oleh cahaya lampu dapur.
Tersentak aku apabila mendapati lampu di ruang tamu menyala terang.Aku pandang Ren yang baru muncul daripada dapur.
“Tak boleh tidur?”soal Ren perlahan.Aku hanya mendiamkan diri.Melihat langkahnya yang datang menghampiri aku sambil memegang gelas.
“Lu kenapa?”soal Ren sekali lagi.
“Tak boleh tidur”jawab aku.
Ren ketawa kecil.
“Gua tahu lu tak boleh tidur,tapi kenapa lu tak boleh tidur?Lu ada masalah?”.
Aku mendiamkan diri.Dia yang sedang meneguk minuman aku pandang.Sekali pandang,aku ras Ren ni kacak orangnya.Meskipun penampilannya agak pelik,namun dia masih ada aura yang tersendiri.Entahlah..mungkin disebabkan aku tak boleh nak tidur,menyebabkan aku mula berfikiran yang bukan-bukan.
“Lu ni sebenarnya asal mana?”.
Aku tersentak.Bibir aku ketap perlahan.
“Johor”ucap aku.
Ren angguk kepala.
“Kenapa lu lari dari rumah?”soalnya lagi.
Aku mendiamkan diri.Kali ini,memang sengaja aku mendiamkan diri.
“Kau memang dah lama dah yea buat kerja macam tu?”soal aku pula.Menukar terus topik perbualan.
“Umur lu ni berapa?”.
Aku mendengus.
“Mak kau tahu tak kau buat kerja yang macam tu?”.
Kali ini,Ren pula mendengus.
“Gua tanya lu,lu tanya gua balik yea”.
Aku diam.Membiarkan suasana sepi menyelebungi kami selama beberapa saat.
“Esok kau pergi merompak lagi ke?”soal aku.
Ren ketawa.
“Kenapa?Lu nak ajak gua pergi mana-mana ke?”.
“A`ah!Aku nak ajak kau”.
“Dating?”soalnya sambil tersengih.
“Banyak kau punya dating.Aku nak cari kerjalah esok.Ingat nak mintak kau temankan.Aku tak berapa mahir lagi soal jalan dekat KL ni”.
“Lu nak kerja apa?”.
“Aku tak kisah.Asalkan halal”.Sengaja perkataan halal itu aku tekankan.Namun,Ren hanya buat muka biasa.
“Pukul 10.00”ucapnya lalu terus bangun,dan masuk ke dalam bilik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan