“Kenapa lu lari dari rumah”soal Ren ketika kami sedang menunggu bas.
“Aku kena jawab ke soalan kau?”.
“Gua tak paksa.Kalau lu nak cerita,lu cerita”.
Aku mendiamkan Ren.Dapat aku lihat dengan ekor mata muka Ren yang tidak puas hati.
“Lu ni memang kan?Suka sangat berahsia dengan gua”.
“Tadi kau juga yang cakap yang kau tak paksa kalau aku tak nak cerita”.
Ren mendengus.
“Ceritalah..gua nak tahu apasal lu lari dari rumah”.
“Sebab bapak aku..”jawab aku malas.
“Bapak lu?Apasal?Dia nak perkosa lu?”.
Aku menjeling wajah Ren yang tersengih.Selisih malaikat 44.
“Mulut kau dengan bau loji sama aje kan?”.
“Habis..dah lu cerita sekerat-sekerat.Gua tembak ajelah.Apasal dengan bapak lu?”.
“Dia paksa aku kahwin”.
“Kahwin?”Ren kerut dahi.
“Yap!Kahwin dengan kawan dia”.
“Kenapa lu tak nak?Kahwin syok apa”.Dan Ren terus ketawa kuat selepas dia menghabiskan ayatnya itu.Dia tersengih penuh gatal ke arah aku.
Aku mendengus.
“Kalau kau ingat kahwin hanya sebab itu aje,aku katok kepala kau dengan sandal aku ni.Gila kau!Kawan bapak aku tu sama usia dengan bapak aku.Macam tu aku nak kahwin.Sorry..aku tak minat.Aku ada cita-cita dan impian walaupun SPM aku hancur”. Ren ketawa.
“Lu umur berapa?”.
“25”.
“Owh..dua tahun lagi muda daripada gualah kalau macam tu”.
“Kau 27?”.
Ren angguk kepala.Aku senyum sinis.
“Umur dah lanjut pun masih lagi nak buat kerja haram”.
“Lu sindir gua?”soalnya sambil mengeluarkan rokok.Aku geleng kepala perlahan.Dalam sehari,agak-agak berapa kali dia ni hisap rokok.
“Bukan!Itu kenyataan.Sampai bila kau nak kerja dekat tengah jalan,ugut orang sana-sini.Daripada kau buat macam tu,lebih baik kau cari pekerjaan yang stabil sikit”.
Ren ketawa.
“Gua memang dah kerja apa”.
“Itu kerja yang haram..”
“Nope..gua serius.Gua dah memang ada kerja.Gua kerja mekanik”.
“Habis..kenapa kau buat kerja haram tu lagi?”.
“Itu first time gua cuba tu.Kawan gualah cakap,buat kerja macam tu seronok.Cepat kaya.Gua trylah..Last-last”Dia ketawa lagi.
Aku mendengus.
“Kau salah pilih mangsalah waktu tu”.
“Yap!Nasib gua jumpa lu.Tapi,gua tak kisah sangat.Gua buat kerja tu cuma suka-suka.Lu kiranya mangsa pertama dan mangsa terakhir gua”.
Rasa macam nak ketawa aje.Patutlah dia baik dengan aku.Pertama kali buat kerja macam ni rupanya.
“Kau ni memang betul sempit akal”kutuk aku.
Ren tersengih.Asap rokok dihembusnya.
“Gua nak tanya lu satu soalan”.
“Apa?”.
“Apasal bila tiap kali gua ushar lu,lu tentang mata sekejap aje dengan gua.Lepas tu lu mesti pandang tempat lain.Kenapa?”.
Aku terdiam.
“Rambut kau tu..buat mata aku sakit.Campur dengan kesan telinga kau yang bertindik”.
“Jadi..lu tak suka dengan penampilan gua?”soalnya.
Hmm.Aku terdiam.Tak suka ke aku dengan penampilan dia?Aku rasa,aku tak adalah benci sangat tengok penampilan dia.Aku rasa,aku dah boleh terima penampilan dia yang sebegitu.Juga dengan bahasanya yang lu gua tu.
***************************
Hari ni hari Sabtu.Aku habiskan masa dengan mengemas rumah.Ren awal pagi lagi sudah lesap.Katanya,dekat bengkel ada banyak kerja.Bingkai gambar yang berwarna coklat itu aku ambil dan aku renung.Gambar seorang perempuan berpelukan penuh mesra dengan seorang lelaki.Lelaki itu aku kenal.Itu Ren!Yang perempuan tu aku tak kenal.
“Itu Rissa..anak perempuan mak cik”.
Aku tersentak.Mak Ati melangkah ke arah aku perlahan.Dia tersenyum sambil memeluk mesra bahu aku.
“Rissa mak cik?Salha tak pernah nampak pun”.
Mak Ati mengeluh.Dia duduk di atas sofa sambil merenung aku.Pandangan matanya penuh kesedihan,kesayuan dan kedukaan.Dapat aku lihat itu daripada anak matanya.
“Mak cik..”tegur aku perlahan.Bingkai gambar itu aku letak kembali ditempatnya sebelum aku melangkah duduk di sebelah Mak Ati.
“Rissa dah tak ada Salha.Dia dah lama meninggal”.
Terpana aku seketika.Aku tidak tahu hendak berkata apa.
“Salha…..”
“Tak apa Salha..tak apa!Mak cik dah boleh terima hakikat yang Rissa dah tak ada.Mak cik dah boleh terima hakikat..”ucap Mak Ati berkali-kali.Disapunya air mata yang mengalir di pipi.Lagi sekali aku terkesima.Apa yang perlu aku lakukan?
“Rissa meninggal sebab overdose.Dia ambil dadah.Entahlah..mungkin semua ni salah mak cik.Salah sebab tak pernah bagi sepenuh perhatian dekat dia.Mak cik berdosa dekat dia.Kalaulah mak cik lebih peka akan diri dia..mesti..”
“Mak cik..”Aku pegang jemari Mak Ati,mematikan terus bicaranya.
“Apa yang berlaku bukan salah mak cik.Semua ni dah ditetapkan.Kita kena terima qada dan qadar walau betapa pedih sekali pun”.
Mak Ati tersenyum hambar.
“Mak cik tahu!Tapi mak cik kesian dengan Ren.Lepas kematian Rissa,dia terus jadi lain.Kalau dulu,Ren bukan macam tu.Mak cik risau,takut-takut kalau dia pun nak jadi macam Rissa.Mak cik tak nak kehilangan dia.Cukuplah mak cik kehilangan seorang anak perempuan mak cik.Mak cik dah tak sanggup hendak melalui kehilangan yang kedua”.
Aku terdiam.Adakah Ren macam tu?Aku yakin,Ren tak macam tu.Cuma pakaiannya aja yang tak senonoh,tapi aku yakin dia takkan lakukan perkara bodoh macam tu.Aku yakin!
***********************************
“Lem..betullah lu ni”runggut Ren.Perkataan ‘bap’tidak dituturkan.Aku mendengus.Beg sandang aku sangkut di bahu.
“Ada aku suruh kau tunggu aku?”.
Ren terdiam.
“Eleh..gua cakap macam tu pun lu dah nak sentap!Manja!”.
Aku jegilkan biji mata.Malas hendak melawan cakapnya,aku terus melangkah laju.
“Tunggulah gua..”jerit Ren kuat.Aku buat pekak badak.
Langkah aku terhenti apabila tiba di satu kedai pakaian.Satu senyuman terukir di bibir aku tiba-tiba.Aku berpusing ke belakang.Kelihatan Ren sedang tercunggap-cunggap mengejar aku.Aku pandang dia sambil berpeluk tubuh.
“Lu ni..na..nak..jadi pelari pecut negara ke?”soal Ren. Aku mencebik.
“Kau ni harap aje lelaki.Tapi taklah gagah mana pun.Dasar lelaki lemah!”.
Ren buntangkan biji mata.
“Bolehlah lu cakap gua lelaki lemah.Gua punya stok tongkat ali dah habislah.Tunggu gua beli stok baru.Jangan kata pelari pecut,lari sambil kendong lu pun gua boleh tau..”.
Aku mendengus mendengar ayatnya.Sungguh kurang sopan!
“Jom..”
“Jom apa?”soal Ren pelik.Sambil tersengih,terus aku tarik lengan bajunya masuk ke dalam kedai pakaian.
“Kalau lu nak shopping..lu pergi dengan mak gualah.Gua tak minatlah shopping-shopping ni semua.Daripada gua shopping,baik gua tolong mak gua mopping lantai rumah.Lagi bagus!”.
Aku menuju ke deretan yang menempatkan seluar lelaki.
“Sejak bila lu jalani pembedahan bina halkum?Lu tak bagitahu gua pun”.
Aku buat muka.
“Kau jangan banyak mulut boleh tak?Aku sumbat karang seluar jeans ni dalam mulut kau”.
“Eh..lu nak sumbat-sumbat gua pula.Lu ingat gua ni apa?Tauhu sumbat?Lu nak buat apa dekat sini?Nak beli untuk siapa? Boyfriend lu?Betul ke lu dah ada boyfriend?Gua baru ingat nak hantar resume dekat lu..”bebel Ren.
Aku buat endah tak endah.Sehelai seluar jeans yang berwarna biru terang aku pamerkan di hadapan Ren.
“Lawa kan?”soal aku.Ren meraup rambutnya.
“Kalau untuk gua,warna ni macam orang yang kerja kilang aje”. Aku mendengus.
“Kau memang..suka sangat pakai warna gelap.Macam berkabung aje”.
“Eh..suka hati gua lah.Badan gua!Bukannya gua pinjam body lu..”
Aku tarik kembali lengan bajunya menuju ke arah deretan baju kemeja.Sehelai kemeja yang berwarna hijau aku ambil.
“Yang ni?”.
Ren tayang muka bosan.
“Dah macam pendatang asing dah gua tengok lu punya taste ni”. Heh!Pendatang asing?Dia bukan pendatang asing ke?Dengan gaya yang macam tu.
“Kau ni banyak commentlah.Habis,kau nak baju yang mana?”.
“Eh..gua tak payahlah baju-baju ni semua.Baju dengan seluar gua berlambak dekat rumah.Seluar kecik pun banyak”.
“Habis,kalau kau dah banyak sangat pakaian,apesal kau suka sangat pakai seluar jeans yang koyak dekat lutut ni?”.
“Biarlah..fesyen!Apa lu tahu.Lu tu buta fesyen”.
Huh!Aku dikatanya buta fesyen?
“Dahlah!Daripada lu buang duit dekat sini,baik lu belanja gua makan roti naan.Lagi sedap.Perut pun kenyang”.
“Bila masa pula aku kata aku nak belanja kau?Aku tolong pilih aje.Kaulah yang bayarkan”.
Ren terkejut.Terus dia tarik beg sandang aku keluar daripada kedai tersebut.
“Perlahanlah sikit..”bentak aku.Beg sandang aku dia lepaskan.Kalau koyak beg sandang aku,aku saman kau.
“Daripada gua bazirkan duit dekat sini,baik gua kumpul duit pergi pinang lu”.
Terkesima sebentar aku.Sudah dua kali dia bercakap mengenai perkara ini.Adakah dia nak main-main dengan aku?Aku pandang muka Ren yang tersenyum bangga.Debaran tiba-tiba datang mengetuk pintu hati aku,dan hati aku terasa seperti deras.Muka aku pula kelihatan hangat tiba-tiba.Aku alihkan pandangan ke tempat lain.
Dapat aku dengar Ren ketawa.Ren memandang tepat ke dalam anak mata aku.Dia tersengih.
“Lu malu ek..”soalnya nakal.
Ya Allah!Aku tidak tahu reakreasi bagaimana yang harus aku tonjolkan.Mukanya yang menghalang muka aku,terasa sungguh mengasyikkan.Pandangan matanya,terus menikam jauh ke dalam hati aku.Bahunya aku tolak kuat.
“Tepilah..”ucap aku kasar,ingin terus membuang jauh-jauh perasaan `aneh`yang datang bertandang. Ren ketawa kuat.
“Cakaplah kalau lu malu.Nak sorok-sorok pula sama gua..”jerit Ren kuat.Aku yang hanya beberapa meter daripadanya hanya mengangkat tinggi tangan yang sudah digenggam menjadi penumbuk.
“Diamlah..”jerit aku juga dan terus berjalan laju tanpa menunggu dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan