Khamis, 19 Ogos 2010

disana pasti (babak 8)




Yamaha Verago 535cc membelok memasuki perkarangan rumah Datuk Affan. Sebaik ,motor berhenti, Ika melompat turun. Helmet dihulur kepada tuannya.
“Esok Ika tak ada kelas!”
“Tak ada?” Izzad hairan.
“Datin Masyeila cancel kelas!”
“Lecehlah, Iz kena pergi kelas sorang.”
“Macam tak biasa pulak!”
“Dulu bolehlah, sekarang tak biasa! Kalau Ika tak ada,rasa malas pulak nak pergi kelas!”
“Mengada-ngada..macam budak manja. Esok kan last day..lepas tu start cuti semesta. Hari-hari kita boleh jumpa!”
Ika sengih. Gelihati dia dengan perangai Izzad. Sejak balik dari kampung Izzad, Ika membonceng motor Izzad pergi kelas. Bila dikira, dah dekat seminggu. Kalau kelas habis awal, mereka ke librari. Petang, Izzad hantar Ika pulang. Kadang-kadang mereka keluar berjalan-jalan tapi tak pernah melewati jam tujuh malam. Itu syarat yang Izzad kenakan. Sikap Izzad itu membuatkan Ika berasa selamat berada disampingnya.
“Okeylah…tunggu Iz datang tau..Iz balik dulu,ya!”
“Okey!”


Ika berlari-lari anak masuk ke dalam. Dari arah dapur Ika dapat mendengar suara orang berbual. Ika menghampiri dapur dan mencuri dengar perbualan mereka.
“Shaza balik ya malam ni. Mak Odah nak masak hidangan istimewa!”
“Eh,ada apa-apa ke ni?”
“Tak adalah…cuma nak meraikan harijadi Ika,” Mak Odah menjelaskan.
“Eh,bila ya?” Datin Shaza tersentak.
“Dah seminggu tapi tak apalah..yang penting kita sambut!” jelas Mak Odah yang hanya tahu bila entah macam mana Ika buka cerita dia dapat bunga daripada Izzad.
Datin Shaza tepuk dahi.Kenapa aku sampai boleh lupa tarikh penting.Tapi…..
“Malam ni saya ada dinner dengan client. Saya cuba balik. Emm…Datuk dah tahu?”
Mak Odah menggeleng.
“Nantilah saya telefon Datuk suruh dia balik!”
Ika cepat-cepat melarikan diri ke sofa dan menarik majalah. Helaian demi helaian diselak separuh minat. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh lembut. Ika mengangkat muka. Datin Shaza tersenyum kepadanya.
“Mama lupa harijadi Ika. Malam nanti mama balik ya,sayang!” Datin Shaza mengucup mesra dahi Ika.
Ika membatukan diri. Nun di sudut hati, Ika menangis,merintih nasib dirinya. Namun dilindungi agar tidak ketara. Dia cuba untuk tidak ambil hati. Nyata Ika tewas. Sebaik mamanya menghilang,kesuraman terserlah di raut wajahnya.
Mak Odah yang sudah hadir di sisi Ika memujuk.
“Malam ni kita makan sama-sama,ya!”
“Ika nak makan banyak-banyak!”
Wajah yang muram tadi kembali ceria. Mak odah memang pandai memujuk. Dialah penawar kala hati ini gelisah.
“Ika nak tolong tak?”
“Boleh!” Ika bingkas bangun. Menolong Mak Odah sudah menjadi rutin hidupnya kini. Mulanya Mak Odah terkejut juga tapi sekarang ni dah lali. Ika sudah berubah. Desa Izzad yang permai telah mengubah corak hidupnya.
Smbil menyiang lobak merah, Ika tersenyum senang. Fikirannya menerawang jauh mengingati Izzad.
Ika akui hatinya mula menyukai Izzad lebih dari seorang kawan. Walaupun sedetik Ika tak mampu melenyapkan bayangan wajah Izzad. Ika kini mencari masa yang sesuai untuk mengkhabarkannya kepada Izzad. Haa…cuti semesta ni boleh juga..Ika berkira-kira.


Ika yang duduk di sofa menghadap jam dinding sekilas. Dah pukul 9.30. Lama ditunggu,bunyi kereta enjin mama tak kedengaran lagi. Papa? Ah,tak payahlah tunggu. Petang tadi dah berlepas ke Singapura,ada urusan penting. Semua urusan penting kecuali aku!!!
Anak tunggal yang sentiasa menanti dan mencari kasih sayang yang kian hari kian ketandusan. Ika membaling kusyen kecil yang menghiasi sofa. Kuat hingga bergegar frame gambar di dinding yang tepat mengenanya.
Ring! Ika tersentak. Manalah tahu...nak bagitau mama tak dapat balik..Ika makanlah dengan Mak Odah. Okey...bye sayang...
Ika mengulang kata-kata yang akan diucap ibunya. Telefon dibiarkan berdering tanpa niat untuk mengangkatnya. Seketika telefon itu diam. Ika terus memejam mata melayan perasaan. Biar mama tahu betapa sakitnya hati aku ni. Dan telefon itu kembali berdering. Seakan faham perasaan Ika. Mak Odah mengangkat.
"Ika, telefon untuk Ika!"
"Ika tak nak cakap dengan mama!"
"Bukan mama Ika!"
Tanpa bertanya lebih lanjut Ika pantas berlari. Mesti Izzad!
"Hello!" riang Ika menjawab panggilan.
"Ika!"
Suara perempuan mematikan kegembiraan Ika.
"Siapa ni?"
"Saya Nani!"
"Nani?" Ika kerut dahi.
"Mungkin saudari tak kenal saya tapi saya Nani. Saya kekasih Izzad dan mungkin kami akan mengikat tali pertunangan tak lama lagi!"
Bagai dihempap benda yang berat,Ika terduduk di lantai. Kenyataan itu terlalu direct! Gagang telefon hampir terhempas.
"Saya tengok Ika semakin rapat dengan Izzad sejak akhir-akhir ni. Kita sama-sama perempuan..saya harap Ika mengerti perasaan saya bila kekasih dirampas orang."
si gadis menyambung dengan rayuan yang amat pilu. Ika makin tergamam. Dugaan apa yang Tuhan turunkan untuk aku. Lepas satu,satu dugaan mendatang.
"Hello! Ika, Ika!" gadis itu memanggil lagi bila Ika menyepikan diri.
Ika bagaikan tersedar.
"Ya,ya,saya dengar. Saya minta maaf kerana melukakan hati saudari. Kami memang mesra tapi sebagai kawan saja..tak lebih dari tu. Tak pernah terlintas di hati saya nak merampas Izzad dari tangan saudari. Maafkan saya!"
Ika menangis sebak di dada. Nada suaranya cuba dikawal.
"Saya harap Ika bercakap benar. Saya tak mahu dipermainkan!"
"Saya faham!" Klik. Ika tak mampu mendengar ungkapan seterusnya. Hatinya hiba. Izzad, apalah nasib malang diriku. Izzad,kenapa aku harus mengenali dan menyintaimu?


Telefon berdering lagi. Ika mengumpul kekuatan untuk mengangkatnya. Mungkin mama...
"Hello!"
"Hello! Ika ke tu?" suara Izzad jelas di pendengaran.
Papp! Telefon dihempas. Telefon berdering lagi. Ika merentap wayar penymbung agar bunyi telefon tidak menggangu hatinya.
"Siapa Ika?" Mak Odah menyoal bila melihat gelagat Ika.
"Orang gila!" Dengan wajah yang masih mencuka,Ika mendaki anak tangga ke atas. Mak Odah hanya mampu menggeleng. Apa lagilah budak ni. Baru nak reda,dah mendung balik.


~ bersambung ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan