Selasa, 17 Ogos 2010

disana pasti (babak 5)

Perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam sampai juga ke destinasinya. Ika yang terlena sewaktu bas membelok ke perhentian bas,tersedar bila dikejutkan Izzad. Ika membetulkan rambut dan baju kurungnya yang berkedut . Izzad sudah berdiri dan mengambil beg yang diletakkan di bahagian atas kepala.
Sampai di luar bas, Ika terus mengikut langkah Izzad yang dihala ke satu bahagian lain dipenuhi bas. Izzad melompat naik bas berjalur kuning dan merah. Ika turut sama dan mengambil tempat di sisi Izzad. Tak lama menunggu,drive dan konduktor mengambil tempat.

"Kampung Gunung. dua!" beritahu Izzad.
Tiket dan syiling bertukar tangan.
"Jauh ke?" Mulut bertanya sedangkan mata Ika menjenguk ke dalam tas tangan mencari sesuatu. Mana klip rambut ni.
"Tak jauh sangat!" Izzad menjawab tanpa memandang Ika. Dalam hati Izzad rasa berdebar-debar.Bagaimana penerimaan ika nanti?
Tiupan angin yang kuat dari tingkap bas membuatkan Ika kurang selesa. Ika melurut rambut ke belakang dan disepit dengan klip. Ha,baru selesa. Tadinya Ika kasihan melihat Izzad yang terpaksa menolak rambut Ika yang mengerbang ditiup angin dan singgah ke mukanya.Kadang-kadang tu izzad terpaksa menoleh ke arah lain. Ika menunggu juga Izzad merungut tapi sepatah kata pun tak keluar dari mulut lelaki tu. Tak membebel pulak dia ni...hairan.
Dari Seremban lagi izzad tak banyak bicara dengannya. Ika akur,Izzad masih marah dengannya.
Izzad menekan loceng. Ika tergamam dari khayalannya. Dah sampai?

Ika pula yang jadi berdebar. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung. Swjak lahir hingga deasa,dia cuma hidup dalam rumah batu yang serba mewah.
Tapi nanti...kaki ni akan memijak lumpur,pacat, lintah...Ika jadi tak tentu arah. Nak menyahut cabaran izzad dia sanggup ketepikan semua itu. Nak tunjuk terror konon. Dalam debar Ika melangkah turun dari bas.
"Kita kena jalan sikit!" izzad menunjuk jalan merah yang kelihatan berdebu.
Ika hanya mengangguk. Dalam terik panas negini,kenapalah aku tak teringat nak bawa payung...Langkah diatur laju.
Mereka akhirnya tiba di sebuah rumah kayu yang nampak usang. Walaupun begitu.sejuk mata memandang lamannya yang bersih dan dilindungi pokok buah-buahan dari bahang panas. Ika yang sudah lenguh kaki terus melabuh duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Dia mengarah pandangan ke atas,wow... buah rambutan tengah masak ranum. Mukanya yang merah dan berpeluh itu sudah membuah senyum ceria.
Izzad meletak beg di sisi Ika.
"Inilah rumah nenek Iz.Rumah kampung..tentulah tak setanding dengan rumah Ika di bandar," Izzad menjeling ke arah Ika.
Ika mula panas. Dia ni nak cari pasal lagi ke.
"Haahlah..kecik. Berbeza betul dengan rumah banglo Ika- " namun Ika tak sempat nak terus meninggi diri kerana diganggu dengan suara yang begitu mesra.
"Zad..kenapa tercegat di situ. Ajaklah kawannya masuk,"seorang wanita yang sudah jelas kedut di muka dan uban outih di kepala melaung dari pintu rumah yanh ternganga.

Izzad mendahului Ika di muka pintu. Kepalanya tunduk menyalami Nek Wan.
"Nek,inilah kawan yang Zad cakap tu..Ika nama dia!"Izzad menunjuk Ika.
"Naiklah Ika..panas duduk di luar ni!"
Ika menurut. Dia senyum menyalami Nek Wan. Kaki melangkah masuk membontoti Izzad. Ruang tamu yang agak luas dengan perabot tersusun kemas menjamah pandangannya kini. Nek Wan ni tentu kuat bekerja orangnya. Tak padan dengan umur,rumah bersih tanpa secalit habuk pun. Dalam diam Ika memuji tuan punya rumah.
Izzad yang masih di bawah memanjangkan leher.
"Nek,Zad nak pergi tengok dusun kejap!" laung Izzad dari bawah. Sekejap saja,tubuhnya lesap.
"Macam tulah dia kalau sampai je di sini...tak sabar-sabar nak ke dusun.Jakun betul..macam tak pernah tengok pokok," Nek Wan menggeleng dengan gelagat cucunya itu.
Ika turut sama tersenyum. Tentu izzad cucu kesayangan. Meriah hidup kau, Izzad.Ada orang yang menyayangi..tak macam aku.Ika menyesali suratan hidupnya.
"mari Ika,kita ke bilik Nisha. Ika mandilah dulu..lepas tu Ika boleh berehat!"
Nisha? Siapa gadis tu? Ika menurut dari belakang.
"Eh,lupa pulak..Ika dah makan ke?" Nek Wan berhenti di pintu bilik.
Laju Ika mengangguk.
"Emm..kalau macam tu..Ika mandilah dulu!" Nek Wan meninggalkan Ika setelah menunjukkan bilik untuk tetamu istimewanya itu.


Ika membuka zip beg. Tuala dan kain dikeluarkan dari perut beg. Satu masalah lagi ni..Ika mula berkira-kira dalam hati. Tengok pada rumah ni,sure mandi kat telaga. Macam manalah aku nak ceduk air. Silap haribulan aku pulak yang terpelanting kat bawah. Ika rasa seram sejuk. Takkanlah Nek Wan yang nak tolong cedukkan air untuk aku,buat malu je.
Nak suruh izzad,dia kan lelaki? Tengok aku berkemban,dia pulak yang syok nanti.
"Ika..nak mandi ke tak?"
Ika terpisat-pisat bila mendengar laungan Nek Wan. Macam mana ni...dalam sedar Ika mengayun langkah keluar.
"Bilik air mana nek?" Ika sudah tercegat di dapur.
"Di belakang sana!"Nek Wan yang sedang mengopek pisang untuk dibuat pengat bagi sajian petang ini menjuih bibir ke luar.
Ika melangkah beberapa tapak dan berhenti. Dia berpatah balik lalu menhadap betul-betul di depan Nek Wan.
"Kenapa Ika?" Nek Wan terhenti dari kerjanya. Nyata dia hairan dengan perlakuan gadis ini. Apa pulak yang tak kena.
"Emm..saya tak pandai ceduk air dari telaga!" muka Ika merah menahan malu.Wajah tertunduk memandang lantai.
"Mana ada telaga..bilik air tu ada paip!" Nek Wan kalut dengan pertanyaan Ika.
Sepantas kilat Ika menghilangkan diri. Hanya deruman air mencurah-curah yang terdengar setelah beberapa ketika. Ika tersenyum sendiri meningat kebodohan diri. Sekarang ni zaman dah moden.
Di kampung pun sudah ada kemudahan. Itulah tak pernah jenguk kampung seumur hidup. Ika menyabun badan sambil membayangkan perkara lain yang akan dialaminya sepanjang berada di sini.Setelah selesai mandi..ika terus di tunjukkan bilik Nisha. Dalam hati ika masih tertanya-tanya siapa Nisha itu. Sedang sibuk menyiapkan diri ika terdengar orang member salam..”assalamualaikum.” dgn pantas izzad menjawab salam itu. Lantas terdengar suare gadis itu memanggil abang iz. Ika cuba meninjau dari muka pintu untuk memerhatikan sape gadis itu.sedang asyik melihat gadis itu izzad menegur ika…”ika kenalkan ini adik izz ,Nisha.”ika terus tersenyum dan senyuman itu disambut dengan salam.sedang ika dan nisha berjabat tangan izzad terus menanyakan pada nisha ”Nak ikut abang pergi dusun tak?”.ika hanye memerhatikan nisha.”baik tp tunggu la nisha mandi dulu” jawab Nisha.


~ bersambung ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan