Khamis, 19 Ogos 2010

disana pasti (babak 7)



Ika membulat mata dengan soalan yang tak disangka-sangka itu. Sudah lama nama itu keluar dari hidupnya. Tak sangka hari ini kalimat itu akan keluar dari mulut Izzad. Namun kekuatan hati membuatkan Ika pasrah dengan mendung yang pernah hadir dalam hidupnya. Lalu Ika menggeleng perlahan.
Izzad mengumpul kekuatan. Persoalaan yang lama terpendam ingin dihurai hari ini.
"Kenapa Ika clash dengan Amran?"
Soalan yang tak beralas itu terus menerpa gegendang telinga. Huh, dia ni, direct sangat...tapi Izzad tak dihampakan.
"Entahlah Iz..bukan Ika yang mintak semua ni. Gunting dalam lipatan..harapkan kawan tapi kawan makan kawan."
Ika tunduk sayu. Matanya mula mengumpul airmata. Entah mengapa mudah benar hatinya terusik. Ternyata kekuatan yang dibina tak mampu menahan rasa sedih yang membendung diri.
"Ika sayangkan dia..tapi apakan daya,dia lebih cintakan Sara.Tak mungkin ada dua gadis dalam sebuah percintaan. Salah seorang mesti berundur.
Kalau Ika tunggu pun..lambat laun Amran akan tinggalkan Ika juga!"
Sebutir permata menuruni pipi.Hatinya mula sebak mengenangkan kembali kejadian yang menimpa diri.
"Ika, jangan menangis. Ika harus kuat dan tabah hadapi dugaan hidup.Ika harus sedar masih ada orang yang menyayangi diri Ika"
"Sapa lagi yang sayangkan Ika di dunia ni?
Mama dan papa sendiri tak pedulikan Ika.Mereka lebih pentingkan kerja daripada anak sendiri!"
Ika menekup muka dengan kedua belah tangan.Raungannya mula kedengaran.
Izzad diam memerhati. Biarlah dia menangis sepuasnya. Biar hilang segala bebanan yang ditanggung.


Perlahan Ika menyuap nasi ke mulut. Hidangan makan malam begitu meyelerakan. Sayang sekali perutnya dah penuh. Nek Wan terbukti terror memasak.
Mak Odah sendiri tak boleh challenge. Masakan kampung lebih hebat dan berupaya memikat perut sesapa saja.
"Nisha mana Nek?" Izzad menyuap nasi ke mulut.
"Tidur agaknya..letih sangatlah tu!" Nek Wan menoleh ke arah Ika.
"Makanlah Ika,jangan malu-malu!" Dia menyuakan pinggan ikan tilapia kepada Ika.
"Kalau malu alamatnya berkeronconglah perut malam karang!" Izzad mencelah.
"Zad,jangan usik Ika.Nanti dia terus tak nak makan..."Nek Wan menegur.Pantang dapat peluang ,mesti nak usik!
Ika menguis-nguis nasi di pinggan.
"Kenapa, tak sedap ke?" Nek Wan perasan Ika makan sedikit saja.
"Tak adalah Nek, Ika dah kenyang..siang tadi Ika makan buah banyak sangat!"Ika menyahut lembut.
"Tinggal sajalah nasi ni kalau dah tak lalu. Jangan paksa pulak perut tu!" Kesian dia melihat Ika yang masih berusaha menghabiskan nasi di pinggan.
"Nek, Ika naik dulu ya. Nak kemas baju!" Ika minta diri. Entahlah,sejak duduk di sini,cakapnya berubah terus. Nak masuk bilik pun minta permission.Kalau dengan Mak Odah,blah jer..tak bagitahu langsung.
"Yalah. Bas pukul berapa esok?"
"Pukul 11.00!"


Waktu keluar dari bilik sebaik habis mengemas,Ika perhati Izzad tekun menghadap tv. Dia turun ke bawah dan duduk di pangkin bawah pokok rambutan.
Angin malam yang bertiup lembut terasa nyaman menampar muka.Ika leka melayan perasaan.Ingatan tantang peristiwa yang dialaminya bersilih ganti di kotak fikirannya.
" Duduk sorang-sorang, tak takut ke?"
Ika menoleh.Wajah lembaga yang diterangi bahagian muka saja mengejutkannya. Tambah pulak lembaga itu menyeringai.
Eh,macam kenal.Ika terus menepuk lembaga itu. Mujur pelita minyak tanah yang dipegang tak jatuh.
"Ika ni!" Badan Izzad sedikit bergoyang.
"Usik lagi!" Ika tersengih.
"Ada hati nak takutkan kita!"
Izzad mengambil tempat di sisi Ika.
"Kenapa duduk sorang-sorang kat bawah ni?"
"Saja...nak ambil angin malam!"
"Tak baik duduk kat luar rumah malam-malam camni. Nanti hantu culik!"
"Culiklah...Ika tak takut.Lagipun tak ada orang yang kisah kalau Ika hilang!"
"Sapa kata. Iz kisah!"
"Cakap memanglah boleh. Buktikan,itu yang susah!"
Izzad menghulur sesuatu.Ika tergamam. Lama baru dia mengambilnya.Ika bertambah hairan melihat sekuntum bunga ros yang sudah ada di dalam genggamannya.
"Apa ni?"
"Selamat hari jadi Ika!"
Ika tergamam. Bagaimana aku boleh lupa hari jadi aku sendri?
"I do care for you and I mean it!" kata-kata Izzad mengandungi makna yang mendalam.
"Iz,Ika belum bersedia. Maafkan Ika!"
Ika mengunjuk semula bunga ros di genggaman.
"Ika tak sudi menerima cinta Iz?"
"Ika rasa lebih baik Ika menyendiri buat masa ini. Ika tak nak pisang berbuah dua kali. Kegagalan cinta pertama banyak mengajar Ika supaya lebih berhati-hati!"
"Kenapa Ika harus takut menerima kegagalan?Kegagalan tu sebenarnya mengajar kita menjadi lebih matang."
"Entahlah Iz. Mungkin Ika masih belum punya kekuatan untuk terima tu semua," Ika menunduk, tak berani menatap wajah Izzad.
"Kalau Ika dah cakap macam tu,terpulanglah.
Cinta tu tak boleh dipaksa....." perlahan suara izzad,jelas menggambarkan kekecewaan hatinya.Sudah dua kali dia meluah perasaanya, Ika masih tetap begitu.
Kali pertama dia dapat menerimanya tapi kali ni, hatinya bagai terhiris. Gadis yang dipuja tidakmahu membalas cintanya.Tiada apa lagi yang mampu dilakukan.
Izzad melangkah meniggalkan Ika sendirian. Namun yang pasti Izzad masih ingin terus mendampingi Ika.

Just as a friend and be someone who is always there whenever is needed...


~ bersambung ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan