Rabu, 18 Ogos 2010

disana pasti (babak 6)



Termengah-mengah Ika mengejar Nisha yang sudah jauh meninggalkannya. Kerana tidak tahan letih,dia berhenti. Ika mencangkung sementara nafasnya turun naik dengan pantas. Kalau berlari di tanah lapang,jangan harap kau boleh kalahkan aku.Ini,di batas bolehlah kau nak eksyen. Ika sudah tegak berdiri memerhati Nisha,adik Izzat yang nun jauh di sana. Ika menggigit bibir menahan geram bila gadis itu sampai pecah perut ketawakan dia.
"Cepatlah Kak Ika,kata nak makan buah...karang habis!" Nisha melaung.
Ika tak kuasa nak berlari. Baik aku jalan saja,sampai juga. Macamlah boleh habis buah kat atas pokok tu.
Langkah yang diatur penuh hati-hati itu membolehkan Ika menikmati keindahan kampung itu.Pemandangan sawah yang menguning benar-benar menenangkan perasaannya. Bukit-bukau yang menggunung seolah-olah memberi lambaian kedamaian buat Ika. Tidap beberapa depa lagi Ika akan sampai di tempat Nisha menunggunya. Baik juga hati dia nak tunggu aku. Bagai nak rak aku mengejar tadi takut dia tinggalkan aku.
"Kak Ika!"
"Apa dia?"
"Pacat!" Nisha menjerit.
Ika tergamam. Terbayang di ruang mata pacat yang sedang merayap memanjat kkakinya. Pantas Ika melompat. Kakinya tergelincir dan pelepup!
Ika terjatuh ke dalam petak sawah. Sekejap saja air lumpur sudah meresap ke dalam baju. Rambut takusah cerita la,habis basah kuyup. Ika bangun dan duduk di batas sawah.
"Seronok, kak?" Nisha tercegat di sisi Ika.
Melihat Nisha tersengih-sengih,Ika pasti gadis itu telah mempermainkannya.
Jaga kau...nanti aku gelakkan kau puas-puas pulak.Ika membulat mata.
Seronok? Seumur hidup tak pernah bergelumang dengan selut. Kalau mama nampak aku macam ni,panjanglah syarahannya.
Ika tersengih,tp...memang seronok pun.
"Jomlah balik!" Ika mengajak.
"Nak balik macam ni? Teruk Nisha kena marah dengan Nek Wan nanti!"
"Alaa,takkan Nek Wan nakmarah.Jomlah balik!"
Ika membuang selut yang melekat dibajunya.
Sengaja dia ajak balik,untung-untung Nek Wan marah. Baru padan muka dia!
"Dekat sini ada air terjun..Kak Ika nakpergi tak?" Nisha membuat usul.
Mendengar perkataanair terjun,langsung tak jadi mengenakan gadis ini.Laju Ika mengangguk. Best juga,boleh aku cuci rambut aku ni.
"Boleh ikut?" Izzad mencelah dari belakang.
Dah berapa lama dia tercongok di situ,merera tak sedar.
"Tak boleh..sibuk!!" Nisha menarik tangan Ika.
"Nak ikut jugak!" Izzad mengekor.

Bibir Ika terketar-ketar menahan kesejukan. Dari tadi lagi Nisha dah ajak naik tapi Ika menolak. Puas berenang Ika duduk bersandar di batu. Air terjn yang terbit dri celahan batu begitu menyegarkan. Tapi bila dah lama-lama,baru terasa sejuknya. Akhirnya Ika mengalah. Tapak tangannya putih macam tak berdarah.
Perlahan-lahan Ika menyusur batu dan naik ke atas. Mata Ika meliar.
"Mana Izzad?" Baru perasan Izzad tak ada. Tadi sibuk nak ikut.
Nisha menjungkit bahu. Dia sendiri seronok main air hingga lupa tentang abangnya yang turut mandi bersama mereka tadi.
"Jomlah balik!" Nisha ajak.
Masing-masing menyarung selipar.
"Hoi!" satu teriakan mengejutkan mereka.
"Itu suara Abang Zad tu!" Nisha meneka.
"Apa dia nak?"
"Entah..jomlah kita tengok!" Nisha mula mengatur langkah diikuti Ika.
Mereka berhenti betul-betul di bawah pokok manggis. Buah manggis yang sudah masak bertaburan. Nisha mendongak ke atas pokok.
"Abang Zad panggil kenapa?"
"Tu...makanlah.Dah puas berendam,tentu lapar!" suara Izzad jelas dari atas pokok.
Nisha mengangguk. Baru dia nak mempelawa dilihatnya Ika dah bersila menghadap manggis.
Entah dah berapa biji masuk dalam perut. Nisha menggeleng.Tak tolak rezeki betul!
Merasakan sudah banyak buah yang dipetik,Izzad menyusur turun. Dia turut sama menikmati keenakan manggis yang manis itu.
Nisha yang tengah laju mengopek manggis terhenti tiba-tiba. Dia bingkas bangun.
"Kenapa ni?" Izzad hairan.
"Balik....sakit perut!" Nisha lari lintang-pukang.
Ika ketawa panjang.Mulanya Izzad turut gelak sama tapi bila Ika dah lebih-lebih,timbul rasa pelik. Macamnak gelakkan adik aku jer!
"Nisha...Nisha...kecoh memanjang!"Izzad menggeleng melihat kelakuan adiknya itu.
"Sedap?" Izzad cuba mengalih perhatian Ika yang sudah kembalik normal.
Ika mengangguk dan mengangkat ibu jari-best!
"Hingga tak terkata ya..benda free memanglah macam tu. Bagi manggis buruk pun sedap!" Izzad sengih.
'Nakkutuk pun kutuklah..Ika tak kisah!" Ika terus menyumbat isi manggis yang putih melepak ke dalam mulutnya.
Izzad memandang gadis di depannya. lepas sebiji, sebiji manggis mengisi mulut mungil itu. Kalau orang kampung tengok, mesti dia kata budak ni jakun habis.
Ika mengesat tangannya yang merah terkena kulit manggis ke baju.
"kenyang?"
"Tak..boleh isi lagi,banyak kosong lagi ni!" Ika menepuk perutnya.
"Betul ni..Iz nak ambik ni!"Izzad bingkas bangun.
Pantas Ika menarik tangan Izzad,kuat hingga Izzad terduduk di sebelahnya.
"Ika acah jer!" Ika tergelak.
"Pandai ye nak kenakan orang!" Izzad menjeling.

"Ika seronok tinggak di sni?" Izzad memandang Ika.
"Seronok. Suasana di sini tenang dan damai. Lupa segala masalah!"
"Ika ada masalah?" Izzad ingin mendalami hati kecil Ika.
"Setiap orang tak lari dari masalah Iz. Cuma kita perlu pandai mencari jalan untuk menyelesaikannya!"
"Kerana itu Ika pergi ke disko?"
Ika membuang pandang ke depan.Wajahnya jelas nampak muram.
"Mungkin Iz pikir Ika selalu ke sana. Sebenarnya Ika pernah ikut kawan kelas ke sana sekali. Ika rasa tempat tu tak sesuai untuk Ika. Ika tak ke sana lagi selepas itu tapi hari tu Ika rasa tertekan sangat...tak tahulah kuasa apa yang menarik Ika ke sana!" Ika menghurai perkara sebenar kepada Izzad.
Izzad tekun mendengar.
"amran...dia tak call Ika?" Izzad seolah-olah dapat meneka punca sebenar masalah Ika.


~ bersambung ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan