Sabtu, 2 Oktober 2010

pengorbanan seorang anak

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabarbetul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggudepan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalamseribu."Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun takboleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni."

Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang..."

"Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang merekabertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendakbekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. BUkan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah."Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.

"Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi...aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.

Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpunabahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya.Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya',mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagibolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi...pegawai Tabung Haji tuminta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan." "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Azkeluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uweiterdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.

"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." Hancurberderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duitpinjaman.""Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baruelok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.

Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa.

Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih llepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutanaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intanberlalu.Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknyaitu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan."Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinyamelihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu."Abah ni... ke situ pulak....""Habis tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamatsebelum berangkat nanti." Intanmemasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kalikecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini punIntan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasratabah.Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerjakilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini musuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernialai bagi abah dan mak kau Intan...,"ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaangembira bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikanMak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap dihati.Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci.Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."

"Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan."Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei."Intan pun tak datang juga ke?" tanyaPakUwei terasa hampa. "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah."Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya.

Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muazmengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi abah rasa macam ada yang takkena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum duluabah, tentu mak haus," ajak Azman.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.Azman dan Muaz hanya berpandangan.

SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan."Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya.

"Kenapa Az...kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. PakUwei duduk di tepi kepalanya."Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita.Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya.Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.

Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya' dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun.Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.

Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak danabah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Khamis, 19 Ogos 2010

sahur


Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

•Menuruti sunnah;

•Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

•Menambah kekuatan untuk beribadat;

•Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

•Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

disana pasti (babak 8)




Yamaha Verago 535cc membelok memasuki perkarangan rumah Datuk Affan. Sebaik ,motor berhenti, Ika melompat turun. Helmet dihulur kepada tuannya.
“Esok Ika tak ada kelas!”
“Tak ada?” Izzad hairan.
“Datin Masyeila cancel kelas!”
“Lecehlah, Iz kena pergi kelas sorang.”
“Macam tak biasa pulak!”
“Dulu bolehlah, sekarang tak biasa! Kalau Ika tak ada,rasa malas pulak nak pergi kelas!”
“Mengada-ngada..macam budak manja. Esok kan last day..lepas tu start cuti semesta. Hari-hari kita boleh jumpa!”
Ika sengih. Gelihati dia dengan perangai Izzad. Sejak balik dari kampung Izzad, Ika membonceng motor Izzad pergi kelas. Bila dikira, dah dekat seminggu. Kalau kelas habis awal, mereka ke librari. Petang, Izzad hantar Ika pulang. Kadang-kadang mereka keluar berjalan-jalan tapi tak pernah melewati jam tujuh malam. Itu syarat yang Izzad kenakan. Sikap Izzad itu membuatkan Ika berasa selamat berada disampingnya.
“Okeylah…tunggu Iz datang tau..Iz balik dulu,ya!”
“Okey!”


Ika berlari-lari anak masuk ke dalam. Dari arah dapur Ika dapat mendengar suara orang berbual. Ika menghampiri dapur dan mencuri dengar perbualan mereka.
“Shaza balik ya malam ni. Mak Odah nak masak hidangan istimewa!”
“Eh,ada apa-apa ke ni?”
“Tak adalah…cuma nak meraikan harijadi Ika,” Mak Odah menjelaskan.
“Eh,bila ya?” Datin Shaza tersentak.
“Dah seminggu tapi tak apalah..yang penting kita sambut!” jelas Mak Odah yang hanya tahu bila entah macam mana Ika buka cerita dia dapat bunga daripada Izzad.
Datin Shaza tepuk dahi.Kenapa aku sampai boleh lupa tarikh penting.Tapi…..
“Malam ni saya ada dinner dengan client. Saya cuba balik. Emm…Datuk dah tahu?”
Mak Odah menggeleng.
“Nantilah saya telefon Datuk suruh dia balik!”
Ika cepat-cepat melarikan diri ke sofa dan menarik majalah. Helaian demi helaian diselak separuh minat. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh lembut. Ika mengangkat muka. Datin Shaza tersenyum kepadanya.
“Mama lupa harijadi Ika. Malam nanti mama balik ya,sayang!” Datin Shaza mengucup mesra dahi Ika.
Ika membatukan diri. Nun di sudut hati, Ika menangis,merintih nasib dirinya. Namun dilindungi agar tidak ketara. Dia cuba untuk tidak ambil hati. Nyata Ika tewas. Sebaik mamanya menghilang,kesuraman terserlah di raut wajahnya.
Mak Odah yang sudah hadir di sisi Ika memujuk.
“Malam ni kita makan sama-sama,ya!”
“Ika nak makan banyak-banyak!”
Wajah yang muram tadi kembali ceria. Mak odah memang pandai memujuk. Dialah penawar kala hati ini gelisah.
“Ika nak tolong tak?”
“Boleh!” Ika bingkas bangun. Menolong Mak Odah sudah menjadi rutin hidupnya kini. Mulanya Mak Odah terkejut juga tapi sekarang ni dah lali. Ika sudah berubah. Desa Izzad yang permai telah mengubah corak hidupnya.
Smbil menyiang lobak merah, Ika tersenyum senang. Fikirannya menerawang jauh mengingati Izzad.
Ika akui hatinya mula menyukai Izzad lebih dari seorang kawan. Walaupun sedetik Ika tak mampu melenyapkan bayangan wajah Izzad. Ika kini mencari masa yang sesuai untuk mengkhabarkannya kepada Izzad. Haa…cuti semesta ni boleh juga..Ika berkira-kira.


Ika yang duduk di sofa menghadap jam dinding sekilas. Dah pukul 9.30. Lama ditunggu,bunyi kereta enjin mama tak kedengaran lagi. Papa? Ah,tak payahlah tunggu. Petang tadi dah berlepas ke Singapura,ada urusan penting. Semua urusan penting kecuali aku!!!
Anak tunggal yang sentiasa menanti dan mencari kasih sayang yang kian hari kian ketandusan. Ika membaling kusyen kecil yang menghiasi sofa. Kuat hingga bergegar frame gambar di dinding yang tepat mengenanya.
Ring! Ika tersentak. Manalah tahu...nak bagitau mama tak dapat balik..Ika makanlah dengan Mak Odah. Okey...bye sayang...
Ika mengulang kata-kata yang akan diucap ibunya. Telefon dibiarkan berdering tanpa niat untuk mengangkatnya. Seketika telefon itu diam. Ika terus memejam mata melayan perasaan. Biar mama tahu betapa sakitnya hati aku ni. Dan telefon itu kembali berdering. Seakan faham perasaan Ika. Mak Odah mengangkat.
"Ika, telefon untuk Ika!"
"Ika tak nak cakap dengan mama!"
"Bukan mama Ika!"
Tanpa bertanya lebih lanjut Ika pantas berlari. Mesti Izzad!
"Hello!" riang Ika menjawab panggilan.
"Ika!"
Suara perempuan mematikan kegembiraan Ika.
"Siapa ni?"
"Saya Nani!"
"Nani?" Ika kerut dahi.
"Mungkin saudari tak kenal saya tapi saya Nani. Saya kekasih Izzad dan mungkin kami akan mengikat tali pertunangan tak lama lagi!"
Bagai dihempap benda yang berat,Ika terduduk di lantai. Kenyataan itu terlalu direct! Gagang telefon hampir terhempas.
"Saya tengok Ika semakin rapat dengan Izzad sejak akhir-akhir ni. Kita sama-sama perempuan..saya harap Ika mengerti perasaan saya bila kekasih dirampas orang."
si gadis menyambung dengan rayuan yang amat pilu. Ika makin tergamam. Dugaan apa yang Tuhan turunkan untuk aku. Lepas satu,satu dugaan mendatang.
"Hello! Ika, Ika!" gadis itu memanggil lagi bila Ika menyepikan diri.
Ika bagaikan tersedar.
"Ya,ya,saya dengar. Saya minta maaf kerana melukakan hati saudari. Kami memang mesra tapi sebagai kawan saja..tak lebih dari tu. Tak pernah terlintas di hati saya nak merampas Izzad dari tangan saudari. Maafkan saya!"
Ika menangis sebak di dada. Nada suaranya cuba dikawal.
"Saya harap Ika bercakap benar. Saya tak mahu dipermainkan!"
"Saya faham!" Klik. Ika tak mampu mendengar ungkapan seterusnya. Hatinya hiba. Izzad, apalah nasib malang diriku. Izzad,kenapa aku harus mengenali dan menyintaimu?


Telefon berdering lagi. Ika mengumpul kekuatan untuk mengangkatnya. Mungkin mama...
"Hello!"
"Hello! Ika ke tu?" suara Izzad jelas di pendengaran.
Papp! Telefon dihempas. Telefon berdering lagi. Ika merentap wayar penymbung agar bunyi telefon tidak menggangu hatinya.
"Siapa Ika?" Mak Odah menyoal bila melihat gelagat Ika.
"Orang gila!" Dengan wajah yang masih mencuka,Ika mendaki anak tangga ke atas. Mak Odah hanya mampu menggeleng. Apa lagilah budak ni. Baru nak reda,dah mendung balik.


~ bersambung ~

disana pasti (babak 7)



Ika membulat mata dengan soalan yang tak disangka-sangka itu. Sudah lama nama itu keluar dari hidupnya. Tak sangka hari ini kalimat itu akan keluar dari mulut Izzad. Namun kekuatan hati membuatkan Ika pasrah dengan mendung yang pernah hadir dalam hidupnya. Lalu Ika menggeleng perlahan.
Izzad mengumpul kekuatan. Persoalaan yang lama terpendam ingin dihurai hari ini.
"Kenapa Ika clash dengan Amran?"
Soalan yang tak beralas itu terus menerpa gegendang telinga. Huh, dia ni, direct sangat...tapi Izzad tak dihampakan.
"Entahlah Iz..bukan Ika yang mintak semua ni. Gunting dalam lipatan..harapkan kawan tapi kawan makan kawan."
Ika tunduk sayu. Matanya mula mengumpul airmata. Entah mengapa mudah benar hatinya terusik. Ternyata kekuatan yang dibina tak mampu menahan rasa sedih yang membendung diri.
"Ika sayangkan dia..tapi apakan daya,dia lebih cintakan Sara.Tak mungkin ada dua gadis dalam sebuah percintaan. Salah seorang mesti berundur.
Kalau Ika tunggu pun..lambat laun Amran akan tinggalkan Ika juga!"
Sebutir permata menuruni pipi.Hatinya mula sebak mengenangkan kembali kejadian yang menimpa diri.
"Ika, jangan menangis. Ika harus kuat dan tabah hadapi dugaan hidup.Ika harus sedar masih ada orang yang menyayangi diri Ika"
"Sapa lagi yang sayangkan Ika di dunia ni?
Mama dan papa sendiri tak pedulikan Ika.Mereka lebih pentingkan kerja daripada anak sendiri!"
Ika menekup muka dengan kedua belah tangan.Raungannya mula kedengaran.
Izzad diam memerhati. Biarlah dia menangis sepuasnya. Biar hilang segala bebanan yang ditanggung.


Perlahan Ika menyuap nasi ke mulut. Hidangan makan malam begitu meyelerakan. Sayang sekali perutnya dah penuh. Nek Wan terbukti terror memasak.
Mak Odah sendiri tak boleh challenge. Masakan kampung lebih hebat dan berupaya memikat perut sesapa saja.
"Nisha mana Nek?" Izzad menyuap nasi ke mulut.
"Tidur agaknya..letih sangatlah tu!" Nek Wan menoleh ke arah Ika.
"Makanlah Ika,jangan malu-malu!" Dia menyuakan pinggan ikan tilapia kepada Ika.
"Kalau malu alamatnya berkeronconglah perut malam karang!" Izzad mencelah.
"Zad,jangan usik Ika.Nanti dia terus tak nak makan..."Nek Wan menegur.Pantang dapat peluang ,mesti nak usik!
Ika menguis-nguis nasi di pinggan.
"Kenapa, tak sedap ke?" Nek Wan perasan Ika makan sedikit saja.
"Tak adalah Nek, Ika dah kenyang..siang tadi Ika makan buah banyak sangat!"Ika menyahut lembut.
"Tinggal sajalah nasi ni kalau dah tak lalu. Jangan paksa pulak perut tu!" Kesian dia melihat Ika yang masih berusaha menghabiskan nasi di pinggan.
"Nek, Ika naik dulu ya. Nak kemas baju!" Ika minta diri. Entahlah,sejak duduk di sini,cakapnya berubah terus. Nak masuk bilik pun minta permission.Kalau dengan Mak Odah,blah jer..tak bagitahu langsung.
"Yalah. Bas pukul berapa esok?"
"Pukul 11.00!"


Waktu keluar dari bilik sebaik habis mengemas,Ika perhati Izzad tekun menghadap tv. Dia turun ke bawah dan duduk di pangkin bawah pokok rambutan.
Angin malam yang bertiup lembut terasa nyaman menampar muka.Ika leka melayan perasaan.Ingatan tantang peristiwa yang dialaminya bersilih ganti di kotak fikirannya.
" Duduk sorang-sorang, tak takut ke?"
Ika menoleh.Wajah lembaga yang diterangi bahagian muka saja mengejutkannya. Tambah pulak lembaga itu menyeringai.
Eh,macam kenal.Ika terus menepuk lembaga itu. Mujur pelita minyak tanah yang dipegang tak jatuh.
"Ika ni!" Badan Izzad sedikit bergoyang.
"Usik lagi!" Ika tersengih.
"Ada hati nak takutkan kita!"
Izzad mengambil tempat di sisi Ika.
"Kenapa duduk sorang-sorang kat bawah ni?"
"Saja...nak ambil angin malam!"
"Tak baik duduk kat luar rumah malam-malam camni. Nanti hantu culik!"
"Culiklah...Ika tak takut.Lagipun tak ada orang yang kisah kalau Ika hilang!"
"Sapa kata. Iz kisah!"
"Cakap memanglah boleh. Buktikan,itu yang susah!"
Izzad menghulur sesuatu.Ika tergamam. Lama baru dia mengambilnya.Ika bertambah hairan melihat sekuntum bunga ros yang sudah ada di dalam genggamannya.
"Apa ni?"
"Selamat hari jadi Ika!"
Ika tergamam. Bagaimana aku boleh lupa hari jadi aku sendri?
"I do care for you and I mean it!" kata-kata Izzad mengandungi makna yang mendalam.
"Iz,Ika belum bersedia. Maafkan Ika!"
Ika mengunjuk semula bunga ros di genggaman.
"Ika tak sudi menerima cinta Iz?"
"Ika rasa lebih baik Ika menyendiri buat masa ini. Ika tak nak pisang berbuah dua kali. Kegagalan cinta pertama banyak mengajar Ika supaya lebih berhati-hati!"
"Kenapa Ika harus takut menerima kegagalan?Kegagalan tu sebenarnya mengajar kita menjadi lebih matang."
"Entahlah Iz. Mungkin Ika masih belum punya kekuatan untuk terima tu semua," Ika menunduk, tak berani menatap wajah Izzad.
"Kalau Ika dah cakap macam tu,terpulanglah.
Cinta tu tak boleh dipaksa....." perlahan suara izzad,jelas menggambarkan kekecewaan hatinya.Sudah dua kali dia meluah perasaanya, Ika masih tetap begitu.
Kali pertama dia dapat menerimanya tapi kali ni, hatinya bagai terhiris. Gadis yang dipuja tidakmahu membalas cintanya.Tiada apa lagi yang mampu dilakukan.
Izzad melangkah meniggalkan Ika sendirian. Namun yang pasti Izzad masih ingin terus mendampingi Ika.

Just as a friend and be someone who is always there whenever is needed...


~ bersambung ~

Rabu, 18 Ogos 2010

Aku dan kau berbeza…..aku dan kau istimewa






LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Hal tafham ya shabaab? Yajibu antum an tahfazu jayyidan lana.......

disana pasti (babak 6)



Termengah-mengah Ika mengejar Nisha yang sudah jauh meninggalkannya. Kerana tidak tahan letih,dia berhenti. Ika mencangkung sementara nafasnya turun naik dengan pantas. Kalau berlari di tanah lapang,jangan harap kau boleh kalahkan aku.Ini,di batas bolehlah kau nak eksyen. Ika sudah tegak berdiri memerhati Nisha,adik Izzat yang nun jauh di sana. Ika menggigit bibir menahan geram bila gadis itu sampai pecah perut ketawakan dia.
"Cepatlah Kak Ika,kata nak makan buah...karang habis!" Nisha melaung.
Ika tak kuasa nak berlari. Baik aku jalan saja,sampai juga. Macamlah boleh habis buah kat atas pokok tu.
Langkah yang diatur penuh hati-hati itu membolehkan Ika menikmati keindahan kampung itu.Pemandangan sawah yang menguning benar-benar menenangkan perasaannya. Bukit-bukau yang menggunung seolah-olah memberi lambaian kedamaian buat Ika. Tidap beberapa depa lagi Ika akan sampai di tempat Nisha menunggunya. Baik juga hati dia nak tunggu aku. Bagai nak rak aku mengejar tadi takut dia tinggalkan aku.
"Kak Ika!"
"Apa dia?"
"Pacat!" Nisha menjerit.
Ika tergamam. Terbayang di ruang mata pacat yang sedang merayap memanjat kkakinya. Pantas Ika melompat. Kakinya tergelincir dan pelepup!
Ika terjatuh ke dalam petak sawah. Sekejap saja air lumpur sudah meresap ke dalam baju. Rambut takusah cerita la,habis basah kuyup. Ika bangun dan duduk di batas sawah.
"Seronok, kak?" Nisha tercegat di sisi Ika.
Melihat Nisha tersengih-sengih,Ika pasti gadis itu telah mempermainkannya.
Jaga kau...nanti aku gelakkan kau puas-puas pulak.Ika membulat mata.
Seronok? Seumur hidup tak pernah bergelumang dengan selut. Kalau mama nampak aku macam ni,panjanglah syarahannya.
Ika tersengih,tp...memang seronok pun.
"Jomlah balik!" Ika mengajak.
"Nak balik macam ni? Teruk Nisha kena marah dengan Nek Wan nanti!"
"Alaa,takkan Nek Wan nakmarah.Jomlah balik!"
Ika membuang selut yang melekat dibajunya.
Sengaja dia ajak balik,untung-untung Nek Wan marah. Baru padan muka dia!
"Dekat sini ada air terjun..Kak Ika nakpergi tak?" Nisha membuat usul.
Mendengar perkataanair terjun,langsung tak jadi mengenakan gadis ini.Laju Ika mengangguk. Best juga,boleh aku cuci rambut aku ni.
"Boleh ikut?" Izzad mencelah dari belakang.
Dah berapa lama dia tercongok di situ,merera tak sedar.
"Tak boleh..sibuk!!" Nisha menarik tangan Ika.
"Nak ikut jugak!" Izzad mengekor.

Bibir Ika terketar-ketar menahan kesejukan. Dari tadi lagi Nisha dah ajak naik tapi Ika menolak. Puas berenang Ika duduk bersandar di batu. Air terjn yang terbit dri celahan batu begitu menyegarkan. Tapi bila dah lama-lama,baru terasa sejuknya. Akhirnya Ika mengalah. Tapak tangannya putih macam tak berdarah.
Perlahan-lahan Ika menyusur batu dan naik ke atas. Mata Ika meliar.
"Mana Izzad?" Baru perasan Izzad tak ada. Tadi sibuk nak ikut.
Nisha menjungkit bahu. Dia sendiri seronok main air hingga lupa tentang abangnya yang turut mandi bersama mereka tadi.
"Jomlah balik!" Nisha ajak.
Masing-masing menyarung selipar.
"Hoi!" satu teriakan mengejutkan mereka.
"Itu suara Abang Zad tu!" Nisha meneka.
"Apa dia nak?"
"Entah..jomlah kita tengok!" Nisha mula mengatur langkah diikuti Ika.
Mereka berhenti betul-betul di bawah pokok manggis. Buah manggis yang sudah masak bertaburan. Nisha mendongak ke atas pokok.
"Abang Zad panggil kenapa?"
"Tu...makanlah.Dah puas berendam,tentu lapar!" suara Izzad jelas dari atas pokok.
Nisha mengangguk. Baru dia nak mempelawa dilihatnya Ika dah bersila menghadap manggis.
Entah dah berapa biji masuk dalam perut. Nisha menggeleng.Tak tolak rezeki betul!
Merasakan sudah banyak buah yang dipetik,Izzad menyusur turun. Dia turut sama menikmati keenakan manggis yang manis itu.
Nisha yang tengah laju mengopek manggis terhenti tiba-tiba. Dia bingkas bangun.
"Kenapa ni?" Izzad hairan.
"Balik....sakit perut!" Nisha lari lintang-pukang.
Ika ketawa panjang.Mulanya Izzad turut gelak sama tapi bila Ika dah lebih-lebih,timbul rasa pelik. Macamnak gelakkan adik aku jer!
"Nisha...Nisha...kecoh memanjang!"Izzad menggeleng melihat kelakuan adiknya itu.
"Sedap?" Izzad cuba mengalih perhatian Ika yang sudah kembalik normal.
Ika mengangguk dan mengangkat ibu jari-best!
"Hingga tak terkata ya..benda free memanglah macam tu. Bagi manggis buruk pun sedap!" Izzad sengih.
'Nakkutuk pun kutuklah..Ika tak kisah!" Ika terus menyumbat isi manggis yang putih melepak ke dalam mulutnya.
Izzad memandang gadis di depannya. lepas sebiji, sebiji manggis mengisi mulut mungil itu. Kalau orang kampung tengok, mesti dia kata budak ni jakun habis.
Ika mengesat tangannya yang merah terkena kulit manggis ke baju.
"kenyang?"
"Tak..boleh isi lagi,banyak kosong lagi ni!" Ika menepuk perutnya.
"Betul ni..Iz nak ambik ni!"Izzad bingkas bangun.
Pantas Ika menarik tangan Izzad,kuat hingga Izzad terduduk di sebelahnya.
"Ika acah jer!" Ika tergelak.
"Pandai ye nak kenakan orang!" Izzad menjeling.

"Ika seronok tinggak di sni?" Izzad memandang Ika.
"Seronok. Suasana di sini tenang dan damai. Lupa segala masalah!"
"Ika ada masalah?" Izzad ingin mendalami hati kecil Ika.
"Setiap orang tak lari dari masalah Iz. Cuma kita perlu pandai mencari jalan untuk menyelesaikannya!"
"Kerana itu Ika pergi ke disko?"
Ika membuang pandang ke depan.Wajahnya jelas nampak muram.
"Mungkin Iz pikir Ika selalu ke sana. Sebenarnya Ika pernah ikut kawan kelas ke sana sekali. Ika rasa tempat tu tak sesuai untuk Ika. Ika tak ke sana lagi selepas itu tapi hari tu Ika rasa tertekan sangat...tak tahulah kuasa apa yang menarik Ika ke sana!" Ika menghurai perkara sebenar kepada Izzad.
Izzad tekun mendengar.
"amran...dia tak call Ika?" Izzad seolah-olah dapat meneka punca sebenar masalah Ika.


~ bersambung ~

Selasa, 17 Ogos 2010

disana pasti (babak 5)

Perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam sampai juga ke destinasinya. Ika yang terlena sewaktu bas membelok ke perhentian bas,tersedar bila dikejutkan Izzad. Ika membetulkan rambut dan baju kurungnya yang berkedut . Izzad sudah berdiri dan mengambil beg yang diletakkan di bahagian atas kepala.
Sampai di luar bas, Ika terus mengikut langkah Izzad yang dihala ke satu bahagian lain dipenuhi bas. Izzad melompat naik bas berjalur kuning dan merah. Ika turut sama dan mengambil tempat di sisi Izzad. Tak lama menunggu,drive dan konduktor mengambil tempat.

"Kampung Gunung. dua!" beritahu Izzad.
Tiket dan syiling bertukar tangan.
"Jauh ke?" Mulut bertanya sedangkan mata Ika menjenguk ke dalam tas tangan mencari sesuatu. Mana klip rambut ni.
"Tak jauh sangat!" Izzad menjawab tanpa memandang Ika. Dalam hati Izzad rasa berdebar-debar.Bagaimana penerimaan ika nanti?
Tiupan angin yang kuat dari tingkap bas membuatkan Ika kurang selesa. Ika melurut rambut ke belakang dan disepit dengan klip. Ha,baru selesa. Tadinya Ika kasihan melihat Izzad yang terpaksa menolak rambut Ika yang mengerbang ditiup angin dan singgah ke mukanya.Kadang-kadang tu izzad terpaksa menoleh ke arah lain. Ika menunggu juga Izzad merungut tapi sepatah kata pun tak keluar dari mulut lelaki tu. Tak membebel pulak dia ni...hairan.
Dari Seremban lagi izzad tak banyak bicara dengannya. Ika akur,Izzad masih marah dengannya.
Izzad menekan loceng. Ika tergamam dari khayalannya. Dah sampai?

Ika pula yang jadi berdebar. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung. Swjak lahir hingga deasa,dia cuma hidup dalam rumah batu yang serba mewah.
Tapi nanti...kaki ni akan memijak lumpur,pacat, lintah...Ika jadi tak tentu arah. Nak menyahut cabaran izzad dia sanggup ketepikan semua itu. Nak tunjuk terror konon. Dalam debar Ika melangkah turun dari bas.
"Kita kena jalan sikit!" izzad menunjuk jalan merah yang kelihatan berdebu.
Ika hanya mengangguk. Dalam terik panas negini,kenapalah aku tak teringat nak bawa payung...Langkah diatur laju.
Mereka akhirnya tiba di sebuah rumah kayu yang nampak usang. Walaupun begitu.sejuk mata memandang lamannya yang bersih dan dilindungi pokok buah-buahan dari bahang panas. Ika yang sudah lenguh kaki terus melabuh duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Dia mengarah pandangan ke atas,wow... buah rambutan tengah masak ranum. Mukanya yang merah dan berpeluh itu sudah membuah senyum ceria.
Izzad meletak beg di sisi Ika.
"Inilah rumah nenek Iz.Rumah kampung..tentulah tak setanding dengan rumah Ika di bandar," Izzad menjeling ke arah Ika.
Ika mula panas. Dia ni nak cari pasal lagi ke.
"Haahlah..kecik. Berbeza betul dengan rumah banglo Ika- " namun Ika tak sempat nak terus meninggi diri kerana diganggu dengan suara yang begitu mesra.
"Zad..kenapa tercegat di situ. Ajaklah kawannya masuk,"seorang wanita yang sudah jelas kedut di muka dan uban outih di kepala melaung dari pintu rumah yanh ternganga.

Izzad mendahului Ika di muka pintu. Kepalanya tunduk menyalami Nek Wan.
"Nek,inilah kawan yang Zad cakap tu..Ika nama dia!"Izzad menunjuk Ika.
"Naiklah Ika..panas duduk di luar ni!"
Ika menurut. Dia senyum menyalami Nek Wan. Kaki melangkah masuk membontoti Izzad. Ruang tamu yang agak luas dengan perabot tersusun kemas menjamah pandangannya kini. Nek Wan ni tentu kuat bekerja orangnya. Tak padan dengan umur,rumah bersih tanpa secalit habuk pun. Dalam diam Ika memuji tuan punya rumah.
Izzad yang masih di bawah memanjangkan leher.
"Nek,Zad nak pergi tengok dusun kejap!" laung Izzad dari bawah. Sekejap saja,tubuhnya lesap.
"Macam tulah dia kalau sampai je di sini...tak sabar-sabar nak ke dusun.Jakun betul..macam tak pernah tengok pokok," Nek Wan menggeleng dengan gelagat cucunya itu.
Ika turut sama tersenyum. Tentu izzad cucu kesayangan. Meriah hidup kau, Izzad.Ada orang yang menyayangi..tak macam aku.Ika menyesali suratan hidupnya.
"mari Ika,kita ke bilik Nisha. Ika mandilah dulu..lepas tu Ika boleh berehat!"
Nisha? Siapa gadis tu? Ika menurut dari belakang.
"Eh,lupa pulak..Ika dah makan ke?" Nek Wan berhenti di pintu bilik.
Laju Ika mengangguk.
"Emm..kalau macam tu..Ika mandilah dulu!" Nek Wan meninggalkan Ika setelah menunjukkan bilik untuk tetamu istimewanya itu.


Ika membuka zip beg. Tuala dan kain dikeluarkan dari perut beg. Satu masalah lagi ni..Ika mula berkira-kira dalam hati. Tengok pada rumah ni,sure mandi kat telaga. Macam manalah aku nak ceduk air. Silap haribulan aku pulak yang terpelanting kat bawah. Ika rasa seram sejuk. Takkanlah Nek Wan yang nak tolong cedukkan air untuk aku,buat malu je.
Nak suruh izzad,dia kan lelaki? Tengok aku berkemban,dia pulak yang syok nanti.
"Ika..nak mandi ke tak?"
Ika terpisat-pisat bila mendengar laungan Nek Wan. Macam mana ni...dalam sedar Ika mengayun langkah keluar.
"Bilik air mana nek?" Ika sudah tercegat di dapur.
"Di belakang sana!"Nek Wan yang sedang mengopek pisang untuk dibuat pengat bagi sajian petang ini menjuih bibir ke luar.
Ika melangkah beberapa tapak dan berhenti. Dia berpatah balik lalu menhadap betul-betul di depan Nek Wan.
"Kenapa Ika?" Nek Wan terhenti dari kerjanya. Nyata dia hairan dengan perlakuan gadis ini. Apa pulak yang tak kena.
"Emm..saya tak pandai ceduk air dari telaga!" muka Ika merah menahan malu.Wajah tertunduk memandang lantai.
"Mana ada telaga..bilik air tu ada paip!" Nek Wan kalut dengan pertanyaan Ika.
Sepantas kilat Ika menghilangkan diri. Hanya deruman air mencurah-curah yang terdengar setelah beberapa ketika. Ika tersenyum sendiri meningat kebodohan diri. Sekarang ni zaman dah moden.
Di kampung pun sudah ada kemudahan. Itulah tak pernah jenguk kampung seumur hidup. Ika menyabun badan sambil membayangkan perkara lain yang akan dialaminya sepanjang berada di sini.Setelah selesai mandi..ika terus di tunjukkan bilik Nisha. Dalam hati ika masih tertanya-tanya siapa Nisha itu. Sedang sibuk menyiapkan diri ika terdengar orang member salam..”assalamualaikum.” dgn pantas izzad menjawab salam itu. Lantas terdengar suare gadis itu memanggil abang iz. Ika cuba meninjau dari muka pintu untuk memerhatikan sape gadis itu.sedang asyik melihat gadis itu izzad menegur ika…”ika kenalkan ini adik izz ,Nisha.”ika terus tersenyum dan senyuman itu disambut dengan salam.sedang ika dan nisha berjabat tangan izzad terus menanyakan pada nisha ”Nak ikut abang pergi dusun tak?”.ika hanye memerhatikan nisha.”baik tp tunggu la nisha mandi dulu” jawab Nisha.


~ bersambung ~

disana pasti (babak 4)


“ Minum dulu,Ika , Izzad!”
Suara Mak Odah mengejutkan lamunan singkat Izzad. Dilihatnya Ika masih tertancap kepalanya menghadap buku.
Dia atas meja sudah terhidang dua gelas fresh orange dan sepiring kek pandan.
Perlahan-lahan Ika mengangkat kepala.
“Terima kasih Mak Odah. Kalau macam ni barulah ada semangat nak study,” Ika mencapai gelas dan meneguk rakus.
Petang-petang macam ni cepat sangat tekak kering.Padahal sebelum Izzad datang tadi dah sebotol air mineral dia sental.
“Kalau tak cukup,tambah lagi tu….”Mak Odah menjuih bibir pada sejag penuh frsh orange yang menanti untuk dihabiskan.
“Kembunglah perut nanti Mak Odah,” Izzad menyampuk.
“Dahlah…..melayan kamu berdua ni,tak jadi kerjalah jawabnya!” Mak Odah berlalu ke dapur.
Bibirnya mengukir senyum, gembira dengan perubahan anak majikannya.Setiap masa terluang dihabiskan di rumah. Elok juga dia berkawan dengan Izzad,taklah merambu ke sana sini.
Kalau ada depan mata,kuranglah sikit risau di hati. Mak Odah lega kerana tugasnya makin senang. Tak payah bersoal jawab dengan datin ke mana Ika pergi.
Datin nie pun satu, balik jenguk anak pun tak nak. Asyik telefon saja.Bila ditanya ke mana Ika pergi,senang je jawapannya – Ika tengah belajar dengan kawan sekuliahnya.


Izzad meletak gelas ke meja. Matanya memandang wajah gadis di depannya.
“Assignment dah siap?”
“Assignment yang mana?” Banyak juga assignment yang belum siap,kalau dikira,tak cukup tangan.
“Assignment Puan Maimunah.Kata dulu susah sangat nak dapat bahan,” Izzad bersandar pada bangku putih yang menampung berat badannya.
“Ooo..yang tu. Dah settle!” Ika angguk.
Baru teringat assignment subjek Management yang memeningkan kepalanya. Kes study yang perlu diselesaikan agak merumitkan.Ika hamper putus asa. Pada Izzadlah dia melemparkan tension. Dia tahu Izzad tak mampu membantu kerana mereka berlainan bidang.
Izzad lebih arif dalam bidang perundangan manakala Ika mengambil Association of Bussiness Excecutive. Mujur temannya itu memahami.
Tak lokek masa menemani Ika ke lebrary. Tak cukup dengan itu, sering beri nasihat agar Ika terus berusaha dan tidak cepat mengaku kalah.

“Nak balik ker?” Ika yang perasan perlakuan Izzad menegur.
Izzad menggeleng.
“Tak boleh nak baca dah..kepala ni dah tak boleh terima!”
“Haahlah. Ika pun penat…” Ika menarik penanda buku dan diletakkan pada halaman terakhir yang dibacanya.
“Kalau penat,kita kena bercuti…rehatkan fikiran,” Izzad bersuara.
Ika angkat kening. Apahal dia ni…cakap benda yang tak ada kene mengena. Setakat penat baca buku,takkanlah sampai nak bercuti.Dapat tidur sejam dua, hilanglah penat.
Tapi,betul juga….


“Ika nak ikut tak?’
“Ke mana?”
“Pergi rumah nenek Iz hujung minggu ni,” ajak Izzad sungguh-sungguh. Hajat di hati biarlah gadis ni setuju.
“Best ke kampong Iz tu?”
“Tak tahulah best macam mana yang Ika nak…kalau nak berkenalan dengan pacat dan lintah..anytime..” Izzad gelak besar,gelihati dengan soalan Ika.
Ika melontar buku ke arah Izzad. Bila Izzad pandang,sempat dia jelir lidah. Marah disakat konon.
“Alaaa…usik sikit takkan tak boleh! Emm..macam mana,nak ikut tak?” Izzad buat muka serius.
“Tengoklah dulu. Kalau ada mood!”
“Eh, janganlah macam tu. Ika cakap betul-betul sebab Iz nak booking tiket!”
Ika berfikir sejenak. “Tak naklah!”
“Kenapa?”
“Sebab….Ika tak biasa duduk rumah kampong.Aircond sure takde…panas..Ika rimaslah. Nyamuk banyak..kulit Ika ni sensitive. Lagi apa ya – “ Ika berkira-kira untuk menambahkan senarai alasan yang logik.
Izzad bingkas bangun.
“Kalau inilah alasannya..lupakan sajalah pelawaan Iz ni!”
“Aik..tadi beria nak ajak kita pergi..sekarang tak bagi pulak. Tak baik tau..macam apa tu orang kata..buruk siku!”
Izzad tegak berdiri. “Ika tak payahlah pergi!”
“Eh,ikut suka oranglah. Kalau Ika kata nak pergi juga,Iz nak buat apa?”Ika bangun dan bercekak pinggang.


Izzad geleng kepala. Menyesal aku ajak kau. Izzad capai bukunya dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Tanpa sepatah kata, Izzad berlalu ke arah motornya dan menghidupkan enjin. Ika hanyan menghantar dengan mata motor Izzad yang menderum pergi.
Ika terpinga-pinga. Cakap macam tu pun nak marah…


Ika tersedar dari tidurnya awal dari hari-hari biasa.Selesai menunaikan solat subuh,Ika mengenakan sepasang baju kurung Johor berwarna kuning air.Warna baju itu memang kena dengan kulitnya yang cerah dan lembut.
Ika yang siap berpakaian turun tangga dengan menjinjit beg pakaian sederhana besar.Malam tadi dia dah mengemaskan beberapa helai baju yang sesuai.Ika terus ke dapur bila melihat cahaya terang benderang di situ.
Menyedari ada orang dibelakangnya,Mak odah menoleh.
"Eh,Ika nak ke mana ni?" Mak Odah hairan melihat Ika memakai baju kurung.Takkanlah duduk di rumah pakai macam ni. Selalunya tak macam ni. Entah hantu apalah ynag merasuk budak ni.Mak Odah alih pula pandangan pada beg Ika di pintu dapur.Budak ni.....Mak pdah teringat sesuatu.
"Siap dengan beg baju ni..Ika...Ika nak lari ke?" Mak odah tahu masalah Ika dengan kedua orang tuanya tapi takkanlah sampai begini tindakan Ika. Jangan-jangan Ika dan izzad sengaja tunjuk baik di depan dia. Dada Mak odah membuak-buak marah.
Terburai ketawa Ika.Tak sangka Mak odah akan berfikiran sejauh itu.
"Mak odah,Ika cuma nak ke kampung izzad..bukannya lari dari rumah!" ujar Ika setelah ketawanya reda.
"Yalah,Mak odah faham!" Mak odah mengagguk. Tanpa belaian kasih sayang...siapalah kita di dunia ini. Biarlah Ika membawa diri seketika.Moga di kampung Izzad,ika akan bertemu sinar. Biarlah datin marah.Dia nak kata aku bersubahat ,tak halang Ika,aku tak peduli.Biarlah....demi Ika,Mak odah mengambil keputusan pasti.
"Ika pergi dulu Mak Odah!" Ika bersalaman dengan mak odah.


~ bersambung daaaaa ~

Isnin, 16 Ogos 2010

disana pasti (babak 3)



Rasah Jaya!" Izzad memandang pemandu teksi." Bolehlah,dua-dua satu jalan." Izzad terus ambil tempat di sebelahIka. Teksi meluncur laju. Penumpang di dalam perut teksi buat-buat taknampak,masing-masing melayan perasaan.Sampai di destinasi,teksi berhenti. Memandangkan mereka turun di tempat yangsama,tambang teksi dibahagi dua. Ika kemudiannya terpaksa berjalan pantas untukmengatasi langkah panjang Izzad yang sudah pun jauh ke hadapan. Dia perluberbicara dengan anak muda itu."Izzad!" Ika akhirnya melaung.Izzad tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti. Suara Ika lenyap dibawaangin. Ika menghentikan langkahnya."Izzad,saya nak mintak maaf pasal hari tu. Saya tak berniat nak sakitkan hatiawak," Ika menelan liur.Amat payah kalimat itu hendak diucapkan.Izzad yang berdiri di bahu jalan untuk melintas masih buat tidak tahu.Ika naik angin apabila kata-katanya tidak dipedulikan. Berlagak nak mampus. Dahkita mintak maaf dia nak jual mahal pulak."Hei....awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" Ika meninggi suara mengatasideruman enjin kereta yang baru saja lalu. Namun Izzad tetap begitu. Macam orangbodoh lagaknya.Ika yang berdiri di belakang tidak ada pilihan lain. Dia menarik lengan Izzad."Saya nak mintak maaf ni!"Izzad memandang tepat ke dalam bola mata Ika.Ika lemas menerima tenungan itu.Akhirnya pegangan tangan dilepaskan perlahan-lahan.Izzad tersenyum, menampakkan lesung pipit yang menawan di kedua belah pipinya.Tanpa sepatah kata dia mengalih semula ke arah jalan sambil bibirnya mengukirsenyum – dapat juga dia mempermainkan gadis ini! Dalam asyik melayan fikirannyayang berjaya mengenakan Ika,Izzad terus membuka langkah dan melintas tanpamenoleh ke kiri dan kanan."Izzad!" Ika menjerit ketika sebuah kereta meluncur jauh ke arah Izzad.Izzad yang mendengar jeritan itu sempat mengelak. Dia melontarkan badannya kebahu jalan lalu jatuh tersembam.Pemandu kereta itu memberhentikan keretanya dan meluru keluar untuk melihatkeadaan Izzad."Bagaimana keadaan dia?" dia bertanya pada Ika yang sudah meluru mendapatkanIzzad."Saya tak apa-apa...Cuma luka ringan saja!"" Boleh saya tolong apa-apa yang patut?' pemuda itu tampak cemas.Ika melihat tangan Izzad yang luka."Tolong hantar kami ke rumah saya di sana," Ika menuding ke jari ke sebuahbanglo putih di hujung jalan.

"Mak Odah! Mak Odah!"Terkocoh-kocoh Mak odah datang membuka pintu."Ya Allah...kenapa ni?" muka Mak odah nampak cemas."Kawan Ika kemalangan. Mak Odah tolong ambil kotak first aids dalam bili mamaye!" Ika mengarah sambil membantu Izzad duduk.Mak Odah patuh. Ika pula bergegas ke dapur dan kembali semula dengan sebesenair suam. Seketika Mak Odah kelam-kabut muncul dengan kotak putih yang dimintaIka."Ada apa-apa yang Mak odah boleh tolong?""Tak apalah Mak odah..Ika boleh uruskan sendiri,"Ika senyum pandang Mak odahsekejap sebelum pandangan di arah kembali pada Izzad yang nampak keruh di mukamenahan sakit."Kalau macam tu, biar Mak odah ke dapurlah ye."Ika angguk. Mak odah berlalu pergi.Ika membasahkan tuala kecil lalu membersihkan luka pada lengan Izzad. Denganberhati-hati dia menyapu ubat dan membalut luka Izzad. Dalam pada itu Izzad pulaleka menatap dengan penuh minat seraut wajah yang berada di hadapannya."Dah siap. Macam mana rasa sekarang?" Ika mengemas kotak first aids."Kalau gadis secantik Ika yang merawat tentulah sakitnya tak terasa," Izzadberseloroh."Sakit-sakit pun boleh bergurau lagi.Kita ni punyalah risaukan dia...." Ikamemasamkan muka."Ika risau? Dulukan Ika bencikan saya?" Izzad menduga."Haaa,pasal malam tu...saya mintak maaf. Sya terlalu ikutkan perasaan waktu tu,"Ika kembali mengingat permasalahan yang belum selesai."Dah lama saya maafkan.""Betul ni?""Betul!" Izzad tersengih.

"Amboi..rancaknya berbual!"tegur Mak Odah dari belakang.Dah puas berbual..marikita makan," Mak Odah mengajak."Emm....tak payahlah. Saya nak mintak diri..nanti sepupu saya ternanti-nanti pulak,"Izzad menolak pelawaan untuk makan tengahari."Sepupu?" Ika menyoal kembali.Izzad mengangguk.Namun Mak odah tetap mengajak. Izzad akhirnya akur untuk mejamu selera di rumahIka.Selesai makan, Izzad meminta diri setelah mengucapkan terima kasih kepada Makodah."Biar saya hantar awak!" Ika menawar khidmat."Tak payahlah.Rumah sepupu saya bukannya jauh sangat...biar saya berjalansaja,"sekali lagi Izzad menolak."Let me take you there. Lagipun tangan awakkan luka lagi.." Ika terus mencapaikunci kereta."Kaki yang berjalan,bukannya tangan!" Izzad sengih.Ika menjeling dan memasamkan muka.

"Thanks a lot!" Izzad berbahasa."Don't mention it!" Ika tersenyum.Izzad masih membatu di dalam kereta.Ada sesuatu yang ingin diberitahu tapientah kenapa kerongkongnya rasa tersekat.Ah,aku lelaki....mesti berani.Izzadberpaling memandang Ika."Can I be your friend?" Izzad telan air liur. Betul ke aku telah ucapkannya?"Yeah...we're friends!" Ika engguk."I mean.....""Jangan teruskan kata-kata awak tu. Saya belum bersedia..."Ika memutuskan.Memang hatinya menyukai Izzad tapi masih terlalu awal untuk serius. Lukaberpisah dengan Amran sendiri belum terubat,masakan dia boleh mencaripengganti."Saya faham..saya akan tunggu hingga tiba saat tu. Bukan baru hari ini sayaperhatikan awak..sudah lama!" Izzad terus membuka pintu kereta dan melangkahkeluar.Ika terpaku.Pantas ingatannya menerawang mata yang memandangnya di kafe. Siapalagi kalau bukan Izzad. Dia tidak tahu Izzad ada maksud lain di sebalikrenungan itu tapi apakan daya...hatinya telah diserahkan kepada Amran,jejaka yangberjaya menghancurkan hatinya.Ika memejam mata.Adakah ini ujian dariMu,ya tuhanku!

Izzad begitu faham keengganan Ika menjadi teman istimewanya. Soal hati danperasaan mana boleh dipaksa.Bermula dari saat itu mereka berkawan biasa tapi Izzad sering mengharapakan Ikaakan berubah hati dan menerimanya.Sudah sekian lama dipendamkan hasratnya untuk mendampingi gadis itu tapi diamenghindar diri apabila melihat Amran terlebih dahulu berjaya mendekati gadis itu.Sekarang keadaan sudah berbeza kerana mereka tidak lagi bersama. Sebabnya,Izzadtidak tahu. Yang pasti dia mendekati Ika bukan kerana mengambilkesempatan.Andai gadis itu tidak dapat menerima dirinya,Izzad bersedia untukmengundur diri.Izzad tidak akan mendesak. Bukan itu prinsipnya tapi dia tak akan berhentimencuba.

~ bersambung daaaa ~

5 rahsia imej lelaki yang perlu wanita ketahui






.LELAKI ADALAH PEMIMPIN : Seharusnya dia melindungi, mendidik dan menyelamatkan wanita – bukannya mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita ATAU menunggu serta memilih wanita hebat sahaja untuk dimiliki.

2. Lelaki yang mengakui cintanya suci dan sejati adalah lelaki yang menghormati dan menjaga maruah teman wanita atau kekasihnya – Seharusnya lelaki ini bertimbang rasa dan berusaha membahagiakan wanita yang dicintainya bukanya menguasai dan menggunakan kuasa `VETO" sebagai lelaki.

3. Lelaki yang benar-benar jatuh cinta kepada seorang wanita: Dia akan menerima siapa sahaja wanita itu seadanya, bukannya menyiasat dan menilai wanita yang macamana yang harus dicintai atau dijadikan teman hidup.

4. Lelaki yang bergelar suami adalah pemimpin dalam rumahtangga: Sebarang masalah yang bergolak atau kepincangan dalam rumahtangga adalah tanggungjawab suami bukannya meletakan segala punca masalah atas kerana isteri atau anak-anak – Ianya berpuca daripada kelemahan kepimpinan suami.

5. Lelaki perlu bijaksana dalam setiap urusan dan tindakan. Jangan sesekali menyalahkan orang lain atau menuding jari atas setiap kegagalan hidup yang dilalui.

disana pasti (babak 2)





Ika jadi tergamam memandang lelaki tampan yang hadir untuk membantunya. Izzad menghampiri mereka dengan wajah yang bengis. Lelaki yang sedang memegang pergelangan tangan Ika,dengan segera melepaskan Ika.
"Sorry brother! Ingatkan awek single tadi," terketar-ketar mulut lelaki biadap itu memohon maaf.
"Lain kali tengok oranglah dulu!" tempikan kuat Izzad membuatkan banyak pasang mata yang ada di dalam disko itu menoleh ke arah mereka bertiga.
"Okey! Okey!" lelaki itu angkat kedua-dua belah tangannya dan cepat-cepat berlalu.
Badan Ika terasa seram sejuk.Kepalanya nak berpusing dan tubuhnya lemah hingga tak mampu berdiri.Akhirnya Ika rebah. Mujurlah Izzad cepat menyambut.
Ika dipimpin ke sofa.Setelah berehat seketika, Ika menyedut perlahan minuman yang diberikan Izzad. Dia menarik nafas. Walaupun tidak pulih sepenuhnya,Ika rasa badannya segar sedikit.Dia bingkas bangun.
"Are you okey now?"Izzad kerut dahi melihat Ika bangun.
Ika tak mengendahkan pertanyaan Izzad.Peristiwa yang baru menimpanya tadi membuatkan hatinya tak tenteram. Dia meluru keluar tanpa mengucapkan terima kasih kepada Izzad Yusri yang telah membantunya.


"Syafika....tunggu sekejap!"
Ika terdengar orang memanggil namanya ketika die sudah menghampiri keretanya. Dia menoleh. Izzad berlari-lari anak mendapatkannya.
"Nah! Beg awak tertinggal kat dalam tadi," Izzad menghulurkan tas tangan kepada Ika.
Ika merenggutnya dengan kasar. Dia terus membuka beg dan mengeluarkan kunci kereta.
"Maafkan saya. Saya harap awak tak marah kalau saya cakap sesuatu," Izzad masih mampu berlembut walaupun dilayan dengan kasar.
Ika tak jadi masuk ke dalam kereta.Dia memandang Izzad dengan ekor matanya sambil mengerutkan kening. " Apa dia?" Dia meninggikan suaranya.
"Sya rasa tak elok gadis seperti awak masuk ke tempat seperti ini. Lagipun cara awak berpakaian lebih menggalakkan lagi lelaki menggangu awak."
Ika rasa tercabar. Kemarahannya makin meluap-luap. "Hei! What I do in my life is my own business. Siapa you nak menasihatkan I? Tolong jangan jaga tepi kain orang lain...."
"Look lady! Saya cuma nak menolong awak. Kalau awak tak sudi nak tolong diri awak sendiri,terpulanglah!" Izzad jadi berang dengan kelakuan Ika yang langsung tak mengenang budi.
"Kalau you rasa diri you tu malaikat,buat apa you pun masuk sama ke dalam disko tu,"sindir Ika,tajam.
"Bila masa pulak saya kata saya ni malaikat?Untuk pengetahuan awak,saya masuk sebab nak jumpa seseorang."
"Alasan!" Ika mencebik.
"Saya rasa awaklah perempuan paling ego yang pernah saya jumpa.Kalau tahu jadi macam ni,tak teringin saya tolong awak tadi!" Izzad berpusing dan melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
Ika masih tercegat di ditu.Hatinya berperang antara rasa geram dan kesal.Tak patut aku buat dia macam tu.Susah payah dia tolong aku.But.... ah..go to hell with him.
Ika masuk ke dalam perut kereta dan menghempas kuat pintu,seakan melepas geram.


Di kolej, Ika cuba berlagak seperti biasa biarpun hatinya luka apabila terpandang Amran dan Sara yang asyik berkepit ke hul ke hilir. Sejak Ika tahu tentang perhubungan mereka,pasangan itu tidak lagi berjumpa secara sembunyi-sembunyi seperti dulu.
Habis kuliah,Ika cepat-cepat mengemas bukunya.Dia ingin segera keluar dari kelas.Dia tak mahu terserempak dengan Sara,Amran apatah lagi.Dia merasakan dirinya bagaikan dipanahi halilintar apabila berhadapan dengan mereka.
Sara rapat ke meje temannya. "Ika!'
Ika tak mempedulikan.Dia terus menghayun langkah keluar.Entah mengapa,hatinya jadi sebak.Sara mengekor dan berjalan beriringan dengan Ika.
"I tahu you marahkan I kan. I'm sorry.Takkanlah you nak putuskan hubungan persahabatan kita hanya kerana perkara kecil ni?"
Langkah Ika terhenti.Muka Sara ditenung.
"Perkara kecil? Hei...dengar sini! Aku tak perlukan seorang kawan yang pandai bermuka-muka tapi menikan dari belakang.One more thing..don't you ever talk to me again..." Ika menarik nafas panjang sebelum berlalu dengan pantas.

Di belakang bangunan,Ika menekup muka ke lutut.Ika menahan tangis bagi melepaskan sebak di dada.
Maafkan aku Sra! Aku tak dapat meneruskan persahabatankita yang telah lama terjalin.Aku tak dapat terima kenyataan ini.Kau telah mengkhianati aku!
Seketika,Ika mengangkat muka dengan esak tangis yang masih bersisa.Kelibat seorang jejaka menangkap deria pandangnya.Ah,dia ni....benci aku tengok muka seposen ni.Tak sedar diri..nak bagi nasihat konon.
Ika cepat-cepat mengesat air matanya.Dia menundukkan wajah agar tidak dilihat.Izzad berlalu tanpa menghiraukan Ika.Ika menarik nafas lega.Bertemankan hati yang parah,Ika meneruskan perjalanan pulang,Dia cuba melupakan kenangan semalam tapi pertemuan dengan Sara menyebabkan kedukaan itu menerpa kembali.

"Ika... Ika..."sayup-sayup terdengar suara Lia melaung.Ika berpaling dan menghadiahkan senyum untuk Lia yang semakin menghampirinya.
"Dah nak balik ke?' Lia tercungap-cungap berlari mendapatkan Ika.
"Ha'ah..aku dah tak ada kelas.Kau ada kelas lagi ke?"
"Aku pun dah habis.Jomlah balik sama-sama!"
Mereka beriringan ke tempat menunggu bas.
"Ika,kalau aku tanya,kau jangan marah ya!"Lia seakan meminta kebenaran untuk tidak menyiggung temannya.
"Depends...if it isn't too sensitive!"
"Emm... I don't think so!"
"So,what's up?"
"Malam semalam kau jumpa Izzad kan?"
"Ha'ah...kenapa?"
"Izzad ada cerita kat aku apa yang terjadi sebab dia tahu aku nir kawan kau.Aku rasa kau tak patut buat dia macam tu!"
"Oh...Izzad mengadu kat kau la ye!"Ika senyum sinis.
"Bukan begitu tujuan dia.Dia cume nak lahirkan rasa kecewa dengan sikap kau.Kau langsung tak menghargai pertolongan dia.Aku harap kau pikirlah masak-masak perkara ni.Ika..cuba kau letak diri kau di tempat dia,apa perasaan kau?"
"Aku sendri tak tahu kenapa aku buat macam tu semalam," Ika melepaskan keluhan.

"Eh Ika,bas aku dah sampai la.Aku balik dulu ya..bye!"Lia berlari-lari nanak mendapatkan basnya.
Ika menoleh sekilas pergelangan tangan.Lambatnya bas ni,dia merungut dalam hati.Pandangan Ika terarah pada sebuah teksi yang sedang menghalanya.Dia bingkas bangun dan menahan.Teksi berhenti dan Ika segera masuk.
"Rasah Jaya!" dia memberitahu sebaik berada dalam perut teksi.
Belum sempat teksi berlalu,seorang jejaka menahannya.Teksi berhenti. Sebaik pintu dibuka...mata Ika terbeliak. Izzad Yusri??

~bersambung~

disana pasti (babak 1)



Ika termenung di jendela. Fikirannya benar-benar kusut. Ah! Persetankan itu semua. Untuk apa aku harus menderita di atas kebahagiaan orang lain. Biarlah mereka dengan dunia mereka sendiri dan aku akan meneruskan kehidupan dalam duniaku sendiri.
Ika berjalan menghampiri meja solek. Ika merenung wajahnya di cermin. Pantulan sesusuk tubuh jelas menunjukkan matanya mula membengkak kesan tangisan yang terlalu lama. Badannya sudah mulai susut. Muka pula pucat. Akibat terlalu runsing, Ika tidak dapat menguruskan dirinya dengan sempurna.
Untuk apa aku terus merintih dalam tangisan?
Mengharap pada yang tak sudi. Aku harus bangkit dari kekusutan hidup selama ini. Amran, aku akan buktikan aku mampu mengharungi hidup ini walaupun tanpa kau di sisi....

Ika bangun perlahan-lahan menghampiri katil. Dia terus menghempaskan tubuh langsingnya ke tilam empuk. Perlahan-lahan dia memejam mata. Kedinginan dan keheningan petang menyebabkan dia terlena dalam kesedihan....

Ika tersedar semula bila pintu biliknya diketuk berkali-kali. Di luar kedengaran suara Mak Odah melaung namanya. Ika mengerling jan di dinding. Dah pukul enam setengah. Ika melangkah malas ke pintu lalu tombol dipulas perlahan.
" Tidur ke?" Mak Odah menegur anak tunggal majikannya.
Ika angguk lemah.
"Ada panggilan telefon untuk Ika."
"Siapa?" Ika nampak kurang minat. Mulutnya ternganga,menguap.
"Mak Odah tak tahu siapa yang telefon. Cepatlah,kawan Ika tengah tunggu tu!" Mak Odah terus berlalu.
Tiba di meja telefon,gagang dicapai. "Helo!"
"Helo...Ika ya?"
Berderau darah Ika. Suara itu amat dikenalinya.
"Buat apa you telefon I lagi?"
"Ika, please...dengar dulu penjelasan I-"
" Cut the crap, Amran! I tak nak dengar apa-apa lagi!"
Terdengar keluhan berat daripada mulut Amran.
"Ika...I tak berniat nak menyakiti hati you. I mula rapat dengan Sara sejak you tak hiraukan I lagi.You asyik sibuk dengan tugas you...I,you ketepikan!"
"Jadi selama ini you membohongi I. Kononnya you hanya cintakan I seorang!" herdik Ika.
"I'm sorry Ika.I betul-betul menyesal kerana membohongi you. Tapi kalau I diamkan diri, seolah-olah I membohongi diri I sendiri. Ika, semua ini berpunca dari you!"
"Jangan cakap ikut sedap mulut, Amran! I tak pernah harapkan ini semua terjadi! Anyway, kenapa you tak ajak I berbincang dulu! You yang ambil tindakan melulu.Bila dah jadi begini, senang-senang you nak salahkan I!" bagaikan petir Ika melepaskan perasaanya.
"Ika please.Tolonglah mengerti perasaan I."
"Amran, I mengerti perasaan you...malah lebih daripada itu. I harap you dan Sara berbahagia hingga ke akhir hayat!"
"Ika, I harap you tak marahkan Sara dalam perkara ni. I yang bersalah!"
"I don't give a damn bout that and please,don't bother to call me again......Pengkhianat!!!!!"

Pap! Gagang dihempas.Serentak dengan itu air matanya terhambur keluar tanpa dapat dibendung lagi. Hatinya terlalu sayu melepaskan orang yang amat disayangi keluar dari hidupnya
Dia tekad untuk mencekalkan hatinya.
Ika bingkas bangun dan menghala ke dapur.Mak Odah sedang menyiapkan hidangan makan malam.
"Mana mama, Mak Odah?" Ika menarik kerusi lalu duduk memerhati Mak Odah bekerja.
"Belum balik lagi...agaknya ada banyak kerja di pejabat." Suara lembut Mak Odah seakan memujuk Ika.Dia sudah masak dengan perangai anak gadis ini yang mudah tersentuh hatinya. Mungkin dia benar-benar rindu mama dan papanya yang sudah dua minggu tak bersua muka.Mak Odah simpati dengan keadaannya.Sering ditinggalkan sendirian dan tidak dihiraukan oleh mama dan papanya yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat.

" Mama dan papa selalu tak ada kat rumah. Agaknya mereka dah tak sayangkan Ika lagi. Ika bencilah! Semua orang dah tak sayang Ika!" Mata Ika mula berkaca. Wajahnya kian sugul.
" Ika, tak baik cakap macam tu. Papa dan mama Ika kan sibuk. Lagipun Mak Odah kan ada...Mak Odah sayangkan Ika," Mak Odah sudah beralih ke tepi Ika dan membelai rambut lembut anak gadis itu.
"Tapi Ika rindukan mama dan papa!" Ika meluru ke kamarnya.Matanya yang masih berkaca ditala ke siling.Rasa bosan dan sunyi menyelinap di sanubarinya. Kalau dulu, Amran ada untuk menemaninya tiap kali ruang hatinya kosong.Tapi kini...
Ah, dia lagi! Tak boleh jadi ni....

Ika melompat bangun. Dia menuju ke almari dan mengeluarkan sepasang gaun biru paras paha. Dia senyum. Tak tunggu lagi,baju segara disarung.
Ika menayang tubuh di cermin. Dia senyum lagi. Puas dengan ketrampilan diri yang anggun dan menawan setelah mengenakan baju yang amat sesuai dengan potongan badannya yang langsing.Rambut yang melepasi bahu dubiarkan terurai.Selesai, Ika mencapai kunci kereta di dalam laci almari dan meninggalklan bilik.
" Ika nak ke mana?" Mak Odah kebetulan baru keluar dari dapur nampak Ika menuju ke pintu besar.
"Ika nak keluar."
"Habis, siapa yang nak makan lauk yang Mak Odah masak ni?"
"Mak Odah ajelah yang makan..Ika tak ada selera," Ika terus capai kasut dan melangkah keluar.Mak Odah tak dapat menghalang. Biarlah Ika keluar mengubati hatinya yang lara. Menderum enjin kereta sport milik Ika keluar dari perkarangan banglo do pinggir bukit itu.

Setelah puas berlegar-legar tanpa haluan,akhirnya kereta Ika berhenti di sebuah disko.Ika melangkah masuk dan memilih untuk duduk di suatu sudut.Setelah memesan minuman,Ika menumpukan perhatiannya ke dance floor.Dia leka menonton gelagat anak muda yang melonjakkan badan mengikut rentak muzik rap yang menjadi kegemaran muda-mudi sekarang.Segala kepahitan dan kelukaan hidupnya dilupa seketika.
"Hai! Sorang je?' sapa seorang jejaka yang tak dikenali.
"Mmm...." balas Ika tanpa memandang.
"Boleh I ajak you menari?"
"Sorry,I tak berminat." Ika menolak lembut.
" Come on, buat apa datang disko kalau setakat nak duduk saja!"
"I'm very sorry.I'm not interested," Ika masih mampu mengawal suara walaupun timbul rasa geram dengan sikap lelaki miang itu.
"Gadis secantik you ni tak layak duduk di sini seorang diri..."lelaki itu terus menarik tangan Ika.
"Let go of me!!" bentak Ika,marah.
Malangnya lelaki yang tak reti bahasa itu tak melepaskan tangan Ika. "Come on,let's have fun!" Ika cuba melawan tapi dia tidak mampu.Ika meronta-ronta.
"Lepaskan tangan dia!" jerkah seorang lelaki.
Ika menoleh ke arah lelaki yang bersuara itu.Dia lega kerana masih ada insan yang sudi membantunya di saat genting ini.
Tapi lelaki itu...........Izzad Yusri,teman sekolej!


~ bersambung ~

antara maruah dan duit

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

"Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.
Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.
Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.


Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

Jubah Untuk IBU

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau
degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak
menyusahkan aku?", marah ibu.. Along hanya membungkam. Tidak menjawab
sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau
ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam
Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang
hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan
diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia
melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya.
Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak
memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh
tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya
bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak
menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang
mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang
nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu.sakit..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi..Bu, jangan
pukul bu.sakit bu." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak
merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?"
Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along
yang kurus itu. "Bu.ampunkan Along bu.bukan Along yang mulakan.bukan
Along..bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat
menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf
daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya
mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana
sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya
setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap
mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat
dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.
Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu
sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di
sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua,
Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan
untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya
seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak
bersalah dalam hal ini.. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih
bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak
sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan
ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa
pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along
merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal
dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan
kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan
sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along
sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu
tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi
anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin
resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap
juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya.
Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu
kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang
ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian
mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong..
Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum
sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada
mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung
di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya
Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang
pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah
menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang
telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti
dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu.
Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si
ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya
perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya.' bisik hati kecil
Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum
berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm
bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni
pun?"... Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu
apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan
Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang
si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal
Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa
sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu
ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak
Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah
ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu,
Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata
tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di
rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana
marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat
Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu
kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang
jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.
'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni..' Dia bermonolog sendiri. Along
melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu
Fariz, sahabatnya. "La.kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin
tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku.. Kau
pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak
tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur.
"waa.bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%.
Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni
Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik
aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku
kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along
agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik
dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya
menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu.
Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau
ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin
membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan
dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit
pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu
baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk
senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah
tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang
rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka
seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana
sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan
diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama
sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil
ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu
ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu
tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam
pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik
rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir
senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di
sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along
ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan
pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil
jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la.
Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk
Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini
kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap
mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat
mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak
tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti
ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan
tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah
selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai
solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi
pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar
menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program
sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari
ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu
tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus
ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari
itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel
membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa
bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli
jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu
sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga
berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak
tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan
kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap
Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang
luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan
Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah
k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah
hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.
"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu.
Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga
kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe
segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?"
Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar
membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi
ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba
menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak.ataupun impian ker.?"
Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa
dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar
nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku.atau.."
Along menggeleng-gelengka n kepala. "semua tak.Cuma satu je, saya nak mati
dalam pangkuan ibu saya.." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe
melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya
itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya..saya nak bawa ibu saya ke
Mekah dan.saya..saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya
namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum
mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang
anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu
namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak
seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin
terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni,
saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari
ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang
sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya
anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along
memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak
sebak.. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat
rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi.
"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal
Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya
tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan
tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk
adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli
jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus
ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu
mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz
setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh
menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak
bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara
dah berlalu..lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar
tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok,
kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak
apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam...kau
ni..." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan
ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih
tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek,
jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan
sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem.tapi, mana kau dapat duit?
Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.
Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel
motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas
Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah
ni kat mak kau bila?" "Hari ni la. " balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau
hari ni ek?" "Bukan, minggu depan." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu
depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk
aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku
lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak
sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil
menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima
hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di
simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba
mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh
Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat
itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di
kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan
tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus
mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba
mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat
cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin
membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat,
pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam
keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya
sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia
juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin
lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang
masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah..untuk. .ibu..." ucapnya sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya.. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan
lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa
ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam
pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama
Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang
hampir relai dari beg tangannya.. Sekeping kad berwarna merah jambu
bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat
dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan
hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji
tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya.
Selamat hari lahir ibu. dan terimalah hadiah ini...UNTUKMU IBU!' Kad itu
dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing
berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini
disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul.
Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang
dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak
bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam
dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja
cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam.
Lepas tu, dia ejek-ejek Azam... Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam
seorang pembunuh dan . dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila."
cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di
ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk
Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya
dengan sedu sedan. "Sebab...dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali
peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang.walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke
hospital sakit jiwa semula......" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana
dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya
menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa
sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap
derhaka