Selasa, 22 November 2011

Sedikit Waktu (babak 2)

“Izati, tolong tengok siapa yang call?”Ujar Izal sambil menghulurkan telefon bimbitnya pada Izati yang duduk di sebelah.

Izati menyambut telefon bimbit itu. “Umi..”jawab Izati selepas melihat nama yang tertera di skrin.

“tolong jawabkan boleh tak? Saya tengah memandu ni.”balas Izal pula.

Izati lantas menjawab panggilan itu.“Assalamualaikum Umi.”lembut Izati memberi salam.

“waalaikumussalam.Ini Izati ya?”kedengan suara Hajah Safiah di hujung talian.

“ya Umi, ini Izati.”

“Izati sihat?”soal Hajah Safiah.

“Sihat Alhamdulillah.Umi?”

“Umi sihat..”

“Umi nak cakap dengan….dengan…..”Izati memandang Izal seketika.

Izal hanya membalas pandangan itu dengan senyuman.

“….dengan Ab….Abang Izal ya….?”teragak-agak untuk dia menggunakan perkataan ‘Abang’ itu.

Izal tersenyum lebar melihat keadaan Izati ketika itu,

“a’ah…dia ada?”soal Hajah Safiah.

“ab…abang Izal tengah memandulah Umi.Nak saya sampaikan pesan?”

“oh…ya ke.Tak apalah, Umi cakap dengan Izati jelah,malam nanti datang rumah Umi ya,dah lama Umi tak makan dengan anak-anak Umi.Iriz pun ada kat sini.”

“oh ya…bila dia balik?”soal Izati kembali.

“baru semalam.Teringin sangat dia nak jumpa dengan kakak ipar dia.”

“oh…ya ke…nanti saya bagi tahu abang Izal.”

“datang ya.Kirim salam Umi dan Abah pada Izal.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”Izati menamatkan perbualan.

Izal memandang Izati menantikan khabar dari Uminya.

“Umi dan Abah kirim salam.”ujar Izati sambil menghulurkan semula telefon bimbit Izal.

“Waalaikumussalam.Tak apa, pegang dulu.Apa lagi Umi cakap?”

“Umi ajak makan malam kat rumah dia malam ni.Iriz dah balik.”

“oh ya?....so, Izati nak pergi tak?”soal Izal.

“saya ikut awak je.Awak pergi, saya pergilah.”jawab Izati ringkas.







Izatisibuk membelek barang yang dipamerkan di pasaraya besar itu. Izal membontoti dari belakang sambil menolak troli.Sedang asyik membelek tiba-tiba Izati terlanggar seseorang.

“maaf mak cik…..”ujar Izati lembut sambil membantu wanita yang berusia separuh abad itu mengutip semula buah tomato yang bertaburan.

“maaf mak cik, saya tak sengaja.Makcik tak apa-apa?”Izati berasa bersalah. Izal menghampiri Izati.

“Mak cik tak apa-apa.”ujar wanita itu lembut.

“kenapa ni?”soal Izal pula.Baru sahaja Izati ingin menjawab soalan Izal itu, matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka.

“mak tak apa-apa?”soal lelaki tadi pada wanita terbabit.

“mak tak apa-apa.sikit je tu.”ujar wanita itu kembali.

Lelaki tadi memandang pula Izati.Dia terpaku seketika. “…Zati…”ujar lelaki itu.Izati masih pegun.Matanya sedikit berkaca.Hampir tiga bulan dia tidak melihat wajah yang pernah mengisi hatinya dulu.

“kenal ke?”soal Izal.Soalan dari Izal itu menyedarkan Izati dari lamunannya.

“…ha….abang kenalkan, ini….ini Shafrin….Shaf, ini suami saya, Izal.” Izal bersalaman dengan Shafrin sambil tersenyum.

“oh ya.Zati, Izal ini mak saya.”Shafrin memperkenalkan ibunya.Giliran Izati bersalaman dengan ibu Shafrin.

“baiklah, Shaf, Mak cik, kami minta diri dulu.”ujar Izati ringkas sambil terus berlalu pergi. Izal membontotinya.

“pergi dulu.”sempat Izal meminta diri sambil tersenyum.Shafrin memandang Izati pergi sehingga susuk tubuk kecil itu hilang disebalik rak-rak besar di pasaraya itu.

“Siapa tu Shaf?”soal wanita tadi pada Shafrin.

“kawan.”ujar Shafrin ringkas.

Izati melangkah laju meninggalkan tempat pertemuannya dengan Shafrin tadi. Izal juga terpaksa berlari-lari anak untuk menyaingi Izati.

“jadi itulah Shafrin? Kacak orangnya.”ujar Izal.Izati memandang Izal. “saya tahu, Shafrin tu kekasih awak sebelum awak terpaksa kahwin dengan saya.kan?”Izati kembali mengalihkan pandangannya kehadapan. “awak tak perlu campak dia jauh-jauh dari hati awak.Bila tiba masanya nanti awak awak akan dapat bersama dengan dia semula.”ujar Izal selamba sambil tersenyum.Izati kembali memandang Izal.Dari awal perkahwianan mereka, Izal asyik menyebut ‘bila tiba masanya nanti’ apa maksud dia?itulah persoalan yang terukir dibenak Izati sejak hari pertama perkahwinan mereka.







Izal berjalan perlahan dari ruang makan menyertai bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Izal duduk di sofa bersebelahan bapanya.

“macam mana, dah tiga bulan dah..”ujar Haji Amin selepas mereka berdua diam seketika. Izal memandang Haji Amin sambil mengerutkan dahi.

“apa yang tiga bulan?”soal Izal.Haji Amin tergelak kecil dengan soalan Izal itu.

“dah tiga bulan kamu kahwin , tak ada apa berita lagi ke?”soal Haji Amin lagi.

“be…berita apa?” Izal semakin keliru.Izati datang ke arah mereka sambil membawa talam berisi seteko kopi panas dan cawan.

“yelah…dah tiga bulan, bila agaknye Abah dengan Umi nak menimang cucu.”terang Haji Amin.Hampir terlepas dulang yang dibawa oleh Izati sebaik terdengar kata-kata dari Haji Amin itu.Lantas Haji Amin dan Izal memandang Izati.Haji Amin tergelak kecil.Begitu juga dengan Izal.

“yelah Zal, Umi pun teringin benar nak menimang cucu.”celah Hajah Safiah pula.Merah padam wajah Izatiketika itu. Izal memandang Wajah bersih Izati seketika.

“tak ada rezeki lagi Umi, Abah.”ujar Izal. ‘macam mana nak ada rezeki, tidur pun bilik lain-lain.’bisik hati Izal.Izati hanya mendiamkan diri dari tadi.

“apalah abang ni, Iriz pun dah teringin nak jadi Mak Su.”celah Iriz Irza pula.

“nanti Iriz kahwin, beranak banyak-banyak.”ujar Izal.

“apa pulak Iriz, Riz ni belajar pun tak habis lagi.”Iriz membela diri.Hajah Safiah dan Haji Amin hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.

“Izati, kamu macam mana? Seronok duduk kat rumah tu?”soal Hajah Safiah pula.

“seronok Alhamdulillah.Cuma tulah, rumah tu besar, bila abang pergi kerja rasa sunyi pulak.”cerita Izati yang duduk di sebelah Iriz.

“tulah Zal, Umi dah kata rumah tu besar sangat untuk korang berdua.Tapi dia nak juga beli rumah tu.”

“alah Umi ni, Izati tak kisah pun.Kan Izati?”sampuk Izal.Izati mengangguk sambil tersenyum.

“Lagipun rumah tu, Zal beli untuk Izati.Senang dia nak ada anak ramai.”ujar Izal lagi.

“wah…untung Kak Izati dapat suami macam abang ni.Dapat hadiah rumah besar macam tu.Jealousnye…”ujar Iriz.

“nanti, Iriz carilah boyfriend yang macam abang Iriz ni.”ujar Izati.

“susah nak cari lelaki macam Abang Zal ni.Abang ni spesis yang hampir pupus.Susah nak jumpa.”Iriz mencebik.Kata-kata Iriz itu mengundang tawa yang lain. Izal turut ketawa.Dia memandang Hajah Safiah dan haji Amin.Mereka benar-benar bahagia dengan perkahwinannya dengan Izati.

“Iriz bila habis belajar, semester akhir kan sekarang ni?”soal Izal.

“Tiga bulan nanti habis la.Ha, nanti Abang dengan kakak ikutlah Umi dengan Abah ambil Iriz kat sana.”ujar Balqis ceria.”

“sana? Jordan?”soal Izal mencari kepastian.

“tak lah, kat Mesir.Apalah abang ni, kat Jordan lah, kat mana pulak lagi.”ujar Iriz Irza.

“kakak ikut ya, nanti Iriz bawa jalan-jalan kat Amman, dengan Kota Petra.”pujuk Iriz.

“Kota Petra? Ohh…yang bangunan yang diukir dekat gunung batu tu ya?”

“a’ah…Iriz pernah pergi sekali dulu dengan kawan-kawan.Nanti nak pergi lagi dengan Umi dan Abah.Kak Izati ikut ya..”

“Akak tak tahu, kena tanya abang.Akak ikut je.”ujar Izati

“dah pukul sebelas dah ni, kami balik dululah Umi, Abah.”ujar Izal sambil memandang jam dinding.Izati turut melirik ke arah jam tangannya.

“lah…nak balik ke?Tidurlah kat sini.”ujar Hajah Safiah.Izati mula panik.Kalau mereka tidur disitu.Itu bermakna dia terpaksa tidur sebilik dengan Izal.

“ha’ah, tidurlah dekat sini, apa nak dikejarkan, esok kan sabtu.”tambah Haji Amin. Izal lantas memandang Izati.Jelas terpancar keresahan diwajah Izati.

“tak apalah Abah, kami baliklah,esok, pagi-pagi Zal ada temujanji dengan pelanggan.” Izal memberi alasan.Lantas Izal bangun dan bersalaman dengan Hajah Safiah dan Haji Amin.Izati turut berbuat begitu.

“balik dulu ya Umi.”ujar Izati lembut sambil bersalaman dengan Hajah Safiah.

“nanti datang lagi ya.”ujar Hajah Safiah.

“Insyaallah.”jawab Izati.Izatidan Izal berjalan beriringan keluar dari rumah dan menuju kekereta mereka yang diparkir diluar kawasan rumah Haji Amin dan Hajah Safiah.Seketika kemudian mereka mula bergerak meninggalkan rumah pasangan itu dan pulang kerumah mereka.





bersambung.....

Sedikit Waktu (babak 1)

Izati duduk berteleku di birai katil.Air matanya jatuh berjuraian dari tadi tidak henti.Pakaian pengantinya masih belum ditanggalkan.Seketika kemudian kedengaran bunyi pintu dikuak. Izati menoleh sekali imbas dan kembali menghalakan pandangannya ke hadapan.Izal masuk dan memerhati sahaja Izati dari pintu.Pintu kembali di tutup. Izal bergerak mendapatkan beg pakaiannya.Segera bajunya ditukar.Izati masih seperti tadi.Kaku menghadap dinding.Selesai menukar baju, Izal duduk dibirai katil membelakangi izati.Masing-masing membisu seketika.Hanya bunyi pusingan kipas yang kedengaran.

“saya minta maaf…” Izal mula berbicara.

Izati masih mendiamkan diri.

“bukan niat saya untuk heret awak masuk dalam masalah ni.”

“bukan niat?! Habis tu kenapa awak kahwin dengan saya?”tempelak Izati.

“saya buat semua ni hanya untuk membahagiakan kedua orang tua saya.Hanya itu yang mampu saya lakukan.”

“membahagiakan kedua orang tua awak dengan menghancurkan kebahagian saya?! Macam tu?!”Izati sedikit meninggikan suara.

Izal menarik nafas panjang.“percayalah.ini semua tak lama.Bila tiba masanya nanti, awak bebas buat apa yang awak suka.Percaya cakap saya.”ujar Izal perlahan.

Izati lantas menoleh kearahnya.

Izal mengambil sebiji bantal dan dicampaknya ke lantai.Kemudian dia menuju kembali ke beg pakaiannya.Sehelai kain pelekat diambil dan dibentangkan di lantai. Izal duduk diatas kain pelekat itu.“dalam tempoh waktu yang tersisa ini, saya berjanji akan membahagiakan awak.Awak tak perlu risau.Saya tak akan sentuh awak.”ujar Izal lagi sebelum merebahkan badannya.

Izati termangu memikirkan kata-kata dari izal tadi.Apa maksudnya?

_____________________________________________________________________

Izati berlari-lari anak masuk ke biliknya.Air matanya turun laju.Hancur hatinya bila mendengar kata-kata ayahnya tadi.Ibunya datang menyusur dari belakang dan duduk disebelah Izati.

Puan Amani membelai lembut belakang badan Izati untuk menenangkannya.

“Izati tak nak kahwin dengan dia bu.Izati dah ada pilihan Izati sendiri.”ujar Izati dalam esak tangisnya.

“Izati, dengar cakap ibu.Tak rugi kamu kahwin dengan izal tu.Orangnya berpelajaran tinggi, gaji besar, kacak lagi.Dah lima tahun dia kerja kat Amerika.Simpanan dia mesti banyak.Tak rugi Izati, kamu kahwin dengan dia.Cerah masa depan kamu nanti.”

“Ibu, Izati tak nak kahwin dengan dia.Izati tak kenal pun dia.Lagipun Shafrin macam mana nanti?”

“Izati, Kamu tak perlu risau.Ibu dengan Abah kenal dengan Izal tu.Kami tahu dia baik orangnya.Tentang Shafrin, biarkanlah dia cari orang lain.Ramai lagi gadis kat luar sana.”

“Abah tak peduli.!Abah dah kenal Haji Amin tu lama.Abah dah janji dengan dia.Mahu tak mahu, suka tak suka kamu tetap kena kahwin dengan Izal.Muktamat”Ujar Encik Syafie lantang yang dari tadi berdiri tegak dipintu.

Izati terdiam seribu bahasa.Dia kenal benar dengan abahnya itu.Kalau putih, putihlah jawapannya.











Perlahan Izal membuka pintu rumahnya. Izal mempelawa Izati masuk.Dia kembali kekereta.Seketika kemudian dia kembali ke dalam rumah sambil membawa bersamanya dua buah beg besar. “maaflah, rumah ni taklah besar mana.Berselerak sikit.Maklumlah rumah bujang.Jom, saya tunjukan bilik.”ujar Izal sambil menjinjing beg mendaki tangga.

‘rumah besar macam ni dia kata kecil?’ Izati bertanya pada dirinya sendiri sambil langkah diatur membontoti suaminya naik ke tingkat atas.

Izal berhenti dihadapan sebuah bilik .“Izati, ini bilik awak.Awak buatlah bilik ni dan rumah ni seperti kepunyaan awak sendiri.Bilik saya yang itu.Kalau ada apa-apa cari saja saya di situ.”ujar Izal sambil menunjukan biliknya.Sempat dia menghadiahkan senyuman untuk isterinya itu.

Izati masuk ke dalam bilik tersebut dan meninjau keadaan sekeliling.Baru dia ingin bertanya dimana arah kiblat, Izal telah menghilangkan diri.Izati tersenyum sendiri.Benar kata ibunya. Izal seorang yang baik.Dia juga telah meradhai perkahwinan ini, namun hatinya masih belum boleh menerima Izal sebagai seorang suami.







“Zati!, apa ni?! Awak kata awak cintakan saya.Kenapa awak buat saya macam ni?”bentak Shafrin.

“Shaf, bukan saya yang nak semua ni.Saya terpaksa.”ujar Izati perlahan.

“terpaksa! Awak boleh tolak kan?”

“awak tak kenal abah saya.Tak ada siapa yang boleh ubah keputusan yang dia buat.”Izati menahan tangis.

Shafrin meraup wajahnya.“Siapa lelaki tu?”Soal Shafrin lembut.

“Izal.Anak kawan abah saya.”

“awak kenal dia”soal Shafrin lagi.

Izati menggeleng perlahan.Masing masing terdiam buat seketika.

Shafrin duduk semula di kerusinya.Matanya di pejam rapat untuk meraih semula semangat.“Zati….saya dah tak Nampak jalan lain, kita terpaksa tamatkan hubungan ini disini.”Ujar Shafrin perlahan.

“tapi Shaf…..saya masih sayangkan awak.”

“habis tu awak nak saya buat apa? Bawak awak lari kahwin kat siam? Macam tu? Awak nak jadi anak derhaka?!”tempelak Shafrin.

Izati tertunduk.Airmatanya mengalir laju.

“sudahlah……mungkin bukan ditakdirkan untuk kita bersama.Awak percaya pada qada’ dan qadar kan? Kita redhakan sahaja atas segalanya.mungkin lelaki itu mampu membahagiakan awak lebih lagi dari saya.”Shafrin memandang sayu wajah Izati. “Selamat tinggal zati.Saya doakan awak bahagia disamping lelaki yang bertuah tu.Assalamualaikum.”ucap Shafrin perlahan dan terus meninggalkan Izati.Airmata lelakinya turut menitis tanpa dapat ditahan.

Izal menyidai sejadah di ampaian.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib.Dia menuju ke almari pakaian.Dia mahu bersiap untuk keluar makan malam.Baru sahaja songkoknya ditanggalkan dia terbau sesuatu dari luar.Perlahan pintu bilik dibuka.Ya benar , memang ada bau dari arah dapur. Izal meninggalkan biliknya dan menuju ke dapur.Sebaik sampai, dia terpaku seketika.Kelihatan Izati sibuk menyiapkan hidangan makan malam.Dia tersenyum sendiri.

“eh…awak dah habis solat.Duduklah dulu.Saya hidangkan makanan sekejap.”ujar Izati lembut.

Izal duduk di meja makan. “awak tak perlu buat semua ni.Saya boleh makan kat luar.”ujar Izal lembut.

Izati datang lalu menghidangkan nasi. “walaupun saya berkahwin dengan awak bukan dengan kerelaan hati.Tak bermakna saya terkecuali dari tanggungjawab saya sebagai seorang isteri.Saya dah diberikan pendidikan yang cukup.Saya tahu tanggungjawab saya.”ujar Izati.

Izal tersenyum senang.

Selesai menyenduk nasi, Izati meninggalkan Izal disitu.

“tak makan sekali?soal Izal.

“saya nak solat dulu.”ujar Izati ringkas dan terus mendaki tangga naik ke bilik.



Izal berjalan perlahan menuju ke balkoni dibiliknya.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Izal merenung langit.Kosong langit malam ni.Pandangannya teralih ke bawah.Terlihat Izati berada di wakaf yang dibina di hadapan rumah banglo dua tingkat itu. Izal tersenyum memandang Izati.Lalu pandangannya kembali teralih ke hadapan.





___________________________________________________________________________________

“kau gila?! Kau sedar tak apa kau cakap ni?! Come on. Izal wake up!!”Fazlan sedikit meninggikan suara.

“aku sedar Lan.Aku tahu apa yang aku buat.”Jawab Izal perlahan.

“habis tu, kenapa kau setuju nak kahwin?”selar Fazlan.

“Lan.Kau kawan baik aku.Tolonglah faham keadaan aku.I have to do it Lan, I have to…”tegas Izal.

Fazlan membisu seketika.Begitu juga dengan Izal. “tapi, kau akan menganiaya gadis tu.Kasihan dia.”

“kau ingat aku suka buat semua ni? Kau tak ada ditempat aku.Kau tak faham perasaan aku.Ini sahaja yang mampu aku buat untuk Umi dan Abah aku.Mereka berharap sangat aku dapat kahwin dengan anak kawan Abah aku tu.Aku tak ada pilihan.Dan aku pun dah tak ada masa.Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan.”

Fazlan terdiam. ada benarnya kata-kata Izal itu. “ok, kalau itu sahaja jalan yang ada.Aku akan sentiasa menyokong kau dari belakang.Tapi kau tahukan apa yang patut dan tak patut kau buat?”

Izal mengangguk perlahan.

Fazlan datang duduk disebelah Izal. “Izal, ingat.Kau dah terpaksa heret gadis tu masuk dalam masalah kau.So, tolong jangan buat hidup dia bermasalah.Layan dia sebaik mungkin.Aku sebagai kawan baik kau akan sentiasa menyokong kau dari belakang.”ujar Fazlan lembut sambil menepuk belakang Izal





Izati masuk semula ke dapur selepas selesai menyidai baju di ampaian.Dia meletak semula bakul pakaian di dalam bilik air.Perlahan dia menuju ke peti ais.Pintu peti ais dibuka dan Izati membelek isinya yang semakin berkurang. “apa aku nak masak ni?...barang semua dah habis.”ujar Izati sendirian.Izati menutup semula pintu peti ais dan duduk di meja makan.Dia memandang keluar dan ternampak kereta BMW milik Izal berada diluar.Dia mengalihkan pula pandangannya ketingkat atas. “terlupa pulak aku Izal ada kat rumah.Nak ajak dia keluar ke?”Izati bertanya pada dirinya sendiri. “ajak ajelah….”Izati nekad.Perlahan tangga didaki dan dia terus menuju kebilik Izal.Teragak-agak tangannya untuk mengetukpintu.Namun dikuatkan semangatnya.

“tuk…tuk…tuk..”Izati mengetuk pintu.

“masuk, pintu tak kunci.”kedengaran suara Izal dari dalam.

Perlahan Izati membuka pintu.Ini pertama kali dia masuk ke bilik ini ketika Izal ada di dalam.

Izal memandang Izati lalu menghadiahkan sebuah senyuman. Izal sedang sibuk meyiapkan pelan bangunan untuk projek terbarunya.

Izati masih tegak di pintu.Tak Berganjak.

Sekali lagi Izal menoleh memandang Izati. “marilah masuk buat apa duduk tercegat kat pintu tu.”ajak Izal.

Izati masuk dan duduk di sofa yang terlatak bersebelahan dengan meja lukis Izal.Dia terpaku disitu. Izal yang memakai baju T putih tanpa kolar dan ber seluar trek biru tua kelihatan ringkas tapi tak tahu kenapa Izati merasa Izal begitu menawan hari ini.

“zati?....zati…” Izal memanggil Izati sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Izati.Izati tersedar dari lamunannya. “awak ok tak? Kenapa ni?”soal Izal.

“tak….tak ada apa-apa, saya ok.”

“kenapa awak datang bilik saya ni?”soal Izal lagi.

“ba..barang dapur dah habis.Dah tak ada apa yang nak dimasak.”ujar Izati sedikit gementar.

Lantas Izal bangun menuju ke almari bajunya.Seketika kemudian dia kembali dan menyerahkan wang tunai RM 100 dan kunci kereta.

Izati mengambil wang dan Kunci kereta itu.

Izal kembali duduk di meja lukisnya dan menyambung lukisannya. “kat sini susah nak dapat bas dan teksi, so…awak bawaklah kereta saya tu.”ujar Izal.

Izati masih duduk tak berganjak dari situ sambil terus memandang Izal.

Izal memandang semula Izati.Lama dia memandang Izati. “awak….awak…..ada…lesen kan?”soal Izal.Perlahan Izati menggeleng. Izal tersenyum.

LU ATAU GUA...BAHAGIAN 8 (finale)

Siulan nakal ketika aku melalui lorong membuatkan aku menyumpah seranah di dalam hati.Aku yakin..pasti siulan tersebut datang daripada kumpulan budak yang hari itu menganggu aku.



“Weh..korang jangan ganggu dia.Nanti bodyguard dia datang belasah korang,baru korang tahu”ucap satu suara.



“Entah!Korang trylah kacau dia.Tak pasal-pasal aje kena hentak free dengan bodyguard dia”.



Aku menghentikan langkah aku.Aku tahu mereka tengah bercakap soal aku.Tapi,siapa bodyguard?Siapa yang kena hentak?Terus aku berpusing dan mengatur langkah ke mereka.Wajah mereka jelas nampak terkejut.



“Sorrylah.Kami gurau-gurau aje.Tak ada niat pun nak kacau akak”ucap seorang lelaki yang agak tinggi dan bersuara agak garau.



Aku mencebik.Sedar pun diri tu muda.Tahu pula nak panggil aku akak.Ingatkan dah tak ada rasa hormat dah dekat orang yang lagi tua.



“Apa yang korang cakap tadi?Bodyguard?Bodyguard apa?”soal aku tidak puas hati.Terus aku straight to the point.Wajah mereka yang kelihatan serba-salah,takut-takut menimbulkan curiga di hati aku.



“Ala..bodyguard akaklah!Lelaki yang bertindik,rambut perang sebelah tu.Dia datang belasah kami hari tu”.



“Belasah korang?”.



“A`ah!Kami tengah sedap-sedap minum dekat tepi lorong ni,dia datang kacau kami.Dahlah penumbuk keras nak mampus”.



Aku terdiam.



“Korang ada pukul dia tak?”.



“Ada!Kami hentak dia dengan botal beer.Bodyguard akak tu kebal ek?Dia tu kuat makan betik ke macam cerita Papaya Man.Hentak tak ada kesan langsung”.



“Sorrylah yea akak sebab kacau akak hari tu.Kami gurau-gurau aje.Saja je nak hilangkan bosan”tutur pula seorang lelaki yang agak pendek dan berisi.



Aku mencebik.



“Lain kali jangan buat lagi.Korang tu kecik lagi.Ada buat kerja tak senonoh macam ni”nasihat aku.Mereka semua tersengih sambil menganggukkan kepala.Aku mengeluh.Sekarang..aku ada masalah besar.Masalah yang sangat besar.Wajah Ren terbayang di fikiran.Oh..adakah aku sudah melakukan satu dosa?



********************************

Aku berdiri di hadapan rumah Ren.Ragu-ragu aku dibuatnya.Fikiran berbelah bahagi samada hendak masuk ataupun tidak.



“Apa lu buat depan rumah gua?”.



Aku tersentak.Aku kalih ke belakang.Kelihatan Ren bermuka serius menatap aku.



“Lu buat apa dekat sini?”.



“Err..”Aku hilang suara.Tidak tahu nak cakap apa.



“Aku nak minta maaf”.



“Minta maaf?”Ren kerut dahi.



“Sebab aku tuduh kau yang bukan-bukan.Aku tak sangka yang kau cari balik budak-budak tu”



“Dah!Gua tak nak dengar apa-apa.Lu blah sekarang!”ucap Ren.



Terpana aku.Aku pandang muka Ren.



“Lu tunggu apa lagi.Gua kata blah..blah lah..”.



Bagaikan dipukau,terus aku mula mengatur langkah,meninggalkan Ren.



“Eh lu!”jerit Ren kuat.Langkah aku termati.Aku pusing ke belakang.



“Apa nama penuh lu?”soal Ren.Aku kerut dahi.



“Nak buat apa?”soal aku pula.



“Gua tanya,lu jawab ajelah”.



Terkejut dengan suara Ren yang agak keras,terus aku menjawab;



“Siti Salha Binti Mohd Salim”.



“Okay..dah!Lu blah sekarang”ucap Ren.Dia membuat isyarat dengan tangannya.Aku berpusing ke hadapan,untuk memulakan kembali langkah.



“Siti Salha Binti Mohd Salim”lagi sekali nama aku dipanggil.Namun,kali ini dengan nama penuh.Belum sempat untuk aku mengatur langkah.Aku pusing balik ke belakang.



“Lu peluk gua sekali..baru gua maafkan lu!”.



Aku mendengus.



“Jangan haraplah weh!”.



Ren ketawa.Dia melangkah menghampiri aku.



“Gua rindu dekat lu.Lu rindu gua tak?”.



Aku gigit bibir.Lu,gua,walaupun itu panggilan yang agak brutal,tapi sekarang..aku rasa panggilan itu sangat comel.



“Salha..”Ren panggil perlahan.Aku pandang Ren.Kelihatan jemarinya ragu-ragu hendak mengenggam jemariku.Akhirnya,tanpa memandang muka aku,terus dia mengenggam jemariku.Aku tersentak.



“Lu tak rindu gua ek?”soal Ren sambil berdehem.Dia alihkan pandangan,memandang muka aku.Kali ini,aku yang tidak berani hendak memandang dia.



Aku gelengkan kepala.Ren senyum.



“Jadi..lu rindu sama gualah..”



Aku angguk kepala juga,walaupun perasaan malu begitu menghambat diri.



“Jom..”ajak Ren.Aku kerut dahi.



“Jom pergi mana?”.



“Jadi awek gua”.



Aku gigit bibir.



“Jom..”ucap aku pula sambil tersenyum.

************************



“Nanti kita balik jumpa mak bapak lu okey”.



“Nak buat apa?”soal aku pelik.



“Gua nak masuk minang lu lah.Takkan gua nak ajak mak bapak lu main poco-poco pula”.



Aku terdiam.Senyuman cuba aku tahan daripada terukir di bibir.Gengaman tangan yang menyatukan jemari aku dan Ren aku pandang sekilas.



“Salha..”



“Hmm…”



“Gua dah tak hisap rokok dah!Gua dah berhenti semalam”.



“Good!”Sungguh aku tak sangka yang dia akan berhenti merokok.



“Gua tak tahu samada gua boleh berhenti ke tak.Tapi,demi lu..gua janji gua akan cuba berhenti.Lu bolehkan tolong gua”.Ren pandang aku.



Aku membalas pandangan mata Ren.Kepala aku anggukkan,tanda yang aku sanggup membantunya.Ren tersenyum panjang.



“Lagi satu..”



“Apa?”



“Semalam gua dah pakai baju kemeja”.



“Yea..”aku sengih.



“Tapi..gua rasa gua macam badut aje bila pakai baju kemeja.Jadi,gua tak nak pakai baju kemeja dah.Lu tak marah kan?”.



“Tak..Aku hormat keputusan kau”.



“Salha..”lagi sekali nama aku dipanggil.



“Apa?”.



“Kita tak payah guna bahasa lu gua,kau aku okey.Lu panggil gua baby..”



Aku kerut dahi.Baby?



“Habis kau nak panggil aku apa?”.



“Bayi..”



Dan serentak dengan itu,kami ketawa bahagia.



“Gua sayang lu..”tutur Ren romantis.Mematikan terus ketawa aku.



Aku diam.Dapat aku rasakan,bagai semua mata sedang memandang aku walaupun ketika itu,tiada siapa pun di padang permainan berhampiran rumah Ren.Senyuman manis aku terukir di bibir.Ren goyangkan tangan aku.Aku angkat kening.



“Lu pulak?”soal Ren tidak puas hati.



Senyuman aku akhirnya bertukar menjadi ketawa kecil.



“Aku sayang kau juga..”tutur aku. 

"Nanti Hari Raya Haji nanti lu cuti yerk" soal Reen sambil tersenyum.

"Kenapa?" tanya aku dengan dahi berkerut.

"Lu xnak bawak gua jumpa bakal bapak in law gua kew?jawab Reen sambil mengangkat kening..



"Okey aku bawak kau tapi kau jangan rompak bapak aku key? aku cakap sambil tersenyum.

"Gua rompak hati die je.. hahaha"..



ermm jadi cmtu la kisah kami memulakan bibit-bibit percintaan...

mungkin banyak yang bercinta dengan memulakan dari nada-nada cinta tapi aku rase kalu hati dah sayang n suke kate-kate tak perlu lagi...dari seorang yg aku benci menjadi seorang yg aku sayang...herm lumrah manusiakan...

xsemestinya yang pakai kemas n bergaye itu baik hati nye...kdg2 die lagi menjengkelkan...

sekian yang membaca kisah ini...

ini cuma rekaan tp percayela ia wujud dalam reality...

LU ATAU GUA...BAHAGIAN 7

Aku pandang jam di dinding.Rasa geram sudah mula menghantui diri aku.Melampau betul manusia yang bernama Azren ni.Kalau yea pun nak keluar,tak reti-reti ke nak bawa kunci rumah?Dah tahu jenis yang suka balik lewat malam,bawaklah kunci rumah.Ni tak..menyusahkan aku aje.



Aku pandang lagi jam di dinding.Sudah pukul 12.30 tengah malam.Aku menguap dan mengeliat.Lenguh rasa satu badan.Dahlah esok aku kena kerja awal pagi.Shift pukul 10.00 pagi pulak tu.



Beberapa jam sebelum itu,aku keluar daripada bilik untuk minum air.Ketika itu,aku terlihat Mak Ati sedang berbaring di atas sofa.Selalunya,Mak Ati akan tidur dalam bilik.Dan dihambat dengan perasaan hairan,terus aku kejutkan Mak Ati.



“Mak cik risau,Ren tak pernah balik selewat ni.Kalau dia balik lewat pun,dia bagitahu mak cik.Dahlah dia tak bawa kunci rumah.Kalau mak cik tidur,macam mana dia nak masuk rumah?”.



Tergiang kembali ayat Mak Ati di telinga aku,bersama dengan riak mukanya yang risau.Dan,terus aku tawarkan diri untuk menunggu Ren.Kesian pada Mak Ati yang aku lihat sudah beberapa kali menguap.



Aku bangun lalu merengangkan otot badan.Langkah aku atur menuju ke tingkap.Langsir yang berwarna kuning itu aku selak perlahan.Tidak nampak tanda-tanda Ren akan pulang.



Aku kembali duduk di atas sofa sambil memeluk bantal kecik yang berbentuk love.Tersentak aku apabila pintu rumah diketuk.Terus aku membuka pintu.Berkerut dahi aku melihat Ren.Bau yang aneh menerjah masuk ke dalam rerongga hidung aku.



“Kau kenapa?”soal aku.



Ren mendiamkan diri.Dia masuk ke dalam rumah dengan muka selamba.Aku tidak berpuas hati.Bau yang aneh,yang mengikuti langkahnya membuatkan aku bengang.



“Kau mabuk ek?”soal aku lalu menarik lengannya.



“Lu kenapa?”.



“Kenapa?Kau tu yang patut aku tanya kenapa?Kau mabuk yea?Kau minum?”soal aku bertalu-talu.Ren mendengus.Dia pandang wajah aku.



“Apa yang gua buat,tak ada kena-mengena dengan lu,okey”.



Hah?Tak ada kena-mengena dengan aku?Tapi..dia kan dah janji dia takkan sentuh benda-benda macam tu?



“Kau dah janji dengan aku,yang kau takkan sentuh benda-benda macam tu.Kau dah janji Ren!Kau tak kesian ke dengan mak kau? ”.Nada suara aku naikkan sedikit.



“Gua tak minumlah.Lu jangan tuduh gua yang bukan-bukan boleh tak?Gua tak minum..maknanya gua tak minumlah.Lu jangan buat bingit dekat sini”.



Aku terdiam.Ren..kenapa kau dah berubah?Kau dah tak macam dulu.



“Kalau kau tak minum,kenapa dekat kau ada bau beer?”. Ren terdiam.



“Apa yang gua buat,itu gua punya pasal.Tak ada kena-mengena dengan lu.Lu tu cuma menumpang aje dekat sini.Lu sedar diri lu sikit..”



Lu tu cuma menumpang aje dekat sini.



Lu sedar diri lu tu sikit.



Aku berundur beberapa tapak ke belakang.Ayat yang dituturkan Ren bagaikan batu besar yang menghempas kepala aku.Aku lupa siapa diri aku.Ini rumahnya.Ini keluarganya.Aku siapa?Hanya orang luar yang dia jumpa di tengah lorong.



Ren yang melihat raut wajah muka aku yang berubah terpana.



“Salha..gua..”



Aku senyum sinis.



“Tak payah!Aku faham..”ucap aku lalu terus menuju masuk ke dalam bilik.Pintu bilik aku tutup perlahan.Ini bukan rumah aku yang aku boleh suka hati nak hempas pintu.Aku bersandar di belakang pintu bilik.Perlahan-lahan,akhirnya lutut aku terasa lembik untuk menampung badan aku,lalu aku jatuh terduduk di lantai bilik.



Walaupun ayat yang dituturkan Ren hanya kedengaran biasa,namun pedih bagi aku.Terasa bagaikan ada pisau potong ayam yang sedang melunyat-lunyat hati aku menjadi keping-keping kecil.Aku pandang beg pakaian aku yang tersimpan elok di atas almari.Tanpa berlenggah,terus beg pakaian tersebut aku capai.



**********************************



Aku rebahkan badan ke atas katil.Sekarang..aku menyewa di rumah rakan sekerja aku.Tepat pada masanya aku keluar daripada rumah Ren.Hujung bulan!Sudah aku ambil keputusan untuk keluar daripada rumah Ren.Pagi tadi,sempat aku bersalaman dengan Mak Ati.Terkejut Mak Ati melihat aku keluar daripada bilik dengan beg pakaian.Tapi Ren?Tak pula aku jumpa.Mungkin dia sudah keluar.Mungkin dia masih tidur.Mungkin dia masih marahkan aku.Mungkin..Atau aku sendiri yang memang berharap tak nak jumpa lagi dengan dia.



“Lu tak ada boyfriend ke?”soal Ren.



Aku ketawa.Wajahnya aku kerling sekilas.



“Boyfriend?Buang masa aku aje”. Ren mencebik.



“Apasal?Lu tak minat sama lelaki?”.



“Bukan..cuma aku tak jumpa lagi dengan orang yang sesuai.Lagipun,aku muda lagilah..”



“Umur dah 25 tahun,lu kata lu muda lagi..”



Aku mencebik.



“Sekurang-kurangnya,aku taklah macam kau.Umur dah 27 tahun pun tak ada aweks”.



“Eh..sape kata gua tak ada aweks?”.



Aku tersentak.



“Kau dah ada aweks?”.



“Adalah!Apa?Ingat muka gua ni tak laku ke?”soal Ren.Aku terdiam.Air liur aku teguk perlahan.Dia dah ada aweks rupanya.Ahh..biarlah kalau dia dah ada aweks pun,apa kena mengena dengan aku?Soal hati kecil aku.



“Sape awek kau?AKu tak pernah nampak pun..”



“Lu lah..”



Ren ketawa kuat apabila dapat mengenakan aku.Aku mendengus,namun aku terasa macam ada satu perasaan lega yang muncul di dalam hati aku.



“Aku kalau nak cari boyfriend,aku takkan cari boyfriend yang panggil aku lu”.



“Habis lu nak gua panggil apa?Darling,ling ling,baby,babe,sayang,muah,manje,bucuk-bucuk.Cakap aje.Gua tak ada hal.Gua universal”.



Aku terdiam.



“Boyfriend aku tak merokok okey”.



“Lepas lu jadi aweks gua,gua henti hisap rokok”.



“Kalau nak berhenti hisap rokok,berhenti sebab diri sendiri.Bukan sebab orang lain”.



“Tapi tak salah kan,kalau gua nak jadikan lu sebab untuk gua berhenti merokok”.



“Aku tak suka boyfriend aku bertindik sana sini”.



“Ini”Ren pegang telinganya.



“Ini kesan dia okey.Gua dah lama dah tak bertindik”.



“Aku nak boyfriend aku boleh bimbing aku ke jalan kebaikan”.



“Pernah ke gua suruh lu buat benda tak elok selama ni?”soal Ren.Aku terdiam sejenak.



“Aku nak boyfriend aku pandai baca doa”.



“Gua pandai baca doa apa.Doa makan!”Ren ketawa.Aku mendengus.Geram mendengar tutur ayat yang keluar daripada mulut Ren.



“Soal agama bukan main-main Ren”ucap aku tegas.Ketawa Ren mati.



“Lu janganlah fikir,gua macam ni,gua tak tahu hukum hakam.Gua tahu,lu pandang hina pada gua.Yelah..gua bertindik,gua pakai macam ni.Lu boleh fikir yang bukan-bukan pasal gua.Tapi,gua kenal diri gua.Kalau lu bagi gua masa,gua yakin gua boleh jadi lelaki yang baik untuk lu.Lagi,apa lagi yang lu tak puas hati pasal gua?



Aku terdiam.Apa lagi yang aku tak puas hati dengannya.Rambutnya?Pakaiannya?Sudah boleh aku terima lama-kelamaan.Malah perangainya itu pun sudah aku boleh terima.Bahasanya?Lu gua..walaupun tipikal,namun aku boleh terima.



“Lu tak bagi hati lu..gua curi”getus Ren tiba-tiba.



Aku ketawa.



“Kau ni memang dasar perompak kan?”.



“Suka hati lu nak cakap apa.Dulu..gua tak dapat apa-apa dari lu.Sekarang..gua nak hati lu.Lu nak bagi ke tak nak bagi ke,gua tak peduli.Yang pasti,hati lu tu dah ada nama gua.Jangan lu gatal-gatal nak bagi dekat lelaki lain”.



Entah kenapa,walaupun baru dua hari aku tak berjumpa dengan Ren,tidak mendengar suaranya,aku sudah mula rindu.Yap!Aku dah mula rindukan dia.Rindukan ayatnya yang kasar.Rindukan wajahnya.Rindukan senyumannya.Rindukan kata sinisnya.



Aku mengeluh.Gila!Aku pasti aku sudah gila!Baik aku pejam mata dan tidur.Itukan lebih baik? ******************************** Aku menolak pintu Starbuck.Terbuntang biji mata aku apabila melihat Ren bertinggung di tepi longkang sambil menghisap rokok.Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan dia.Ren yang melihat aku sudah keluar segera bangun,lalu membuang rokoknya ke tanah sebelum memijaknya.



“Lu rindu gua tak?”soal Ren,memulakan perbualan.Dia cuba menyaingi langkah aku.



“Apa kau nak?”soal aku kasar.Sedikit pun aku tidak memandang mukanya walaupun itu yang paling ingin aku lakukan.Hati!Kuatkanlah dirimu.



“Lu blah dari rumah gua,tak bagitahu gua pun.Gua sedih lu tahu”.



Langkah aku terhenti.Aku pandang wajah Ren dengan renungan yang tajam.



“Bukan kau ke yang cakap dekat aku,yang aku menumpang dekat situ”.



Ren terdiam beberapa saat.Aku kembali mengatur langkah.



“Tapi..gua gurau aje.Takkan itu pun lu nak ambik hati kot.Lu tak kesian dengan mak gua.Mak gua rindu dekat lu,lu tahu..”.



“Kata kat mak kau,aku minta maaf”.



“Kat mak gua aje?Habis gua?Lu ingat gua ni apa?Tugu negara?Ke moscot A&W?Gua pun ada hati dan perasaan juga”.



Aku senyum sinis.



“Aku tak mahu tahu pasal hati dan perasaan kau”.



“Salha..gua tahu gua salah.Gua mintak maaf okey.Takkan lu nak marah gua pasal benda kecik ni?”.



Benda kecik?Langkah aku kembali terhenti.Aku pusing pandang wajah Ren.Anak matanya yang berwarna hitam pekat itu aku pandang.



“Benda kecik yea?Kau khianati janji kau,benda kecik?Kau minum beer,perkara kecik?Memang semua perkara adalah benda kecik bagi kau kan?”.



“Salha..”



“Dahlah Ren!Kau blahlah dari hidup aku.Aku tak nak ada apa-apa dah kaitan dengan kau.Kau blah,boleh tak?Get lost”ucap aku.Entahlah!Hati aku sendiri terasa sakit ketika menuturkan ayat itu.Tambah-tambah apabila melihat muka tenang Ren.



Tidak mahu berlama di situ,aku terus menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu.Biarlah kali ini,duit aku habis sebab menaiki teksi sebab akurasa hati aku sudah tidak mampu hendak bertahan di situ.

LU ATAU GUA...BAHAGIAN 6

“Nah..”Ren hulurkan satu bungkusan kepada aku.Aku terkesima.



“Apa ni?”soal aku pelik.



“Ambik ajelah…”



Bungkusan tersebut tidak aku sambut.Ren mendengus.



“Lu ingat gua nak bagi lu bom ke?”soalnya.



“Manalah tahu…”sinis aku menjawab.



“Kalau lu tak nak,gua buang..”.Dia sudah menuju ke arah sebuah tong sampah yang berwarna hitam.Pantas aku menghalang.Bungkusan tersebut aku ambil.Ren senyum panjang.



“Good girl..”ucapnya.



Aku buka bungkusan tersebut.Bibir aku gigit perlahan.Beg sandang yang berwarna hitam aku keluarkan.Nampak cantik!Nampak elegan!Lagi cantik daripada beg sandang aku yang dulu.Aku kerling sekilas wajah Ren.Dapat aku lihat senyuman kepuasan terukir di bibirnya.



“Untuk aku?”.



“Bukan..untuk mak gua..”



Erk!Berubah raut muka aku.Ren ketawa.



“Untuk lu lah.Takkan mak gua nak pakai beg sandang macam ni.Mahu kena katok gua dengan senduk.Ambiklah..gua bagi dekat lu.Kesian lu dah tak ada beg sandang..”.



Aku cuba sedaya upaya menahan senyuman.Lelaki di hadapan aku ini benar-benar sudah berjaya menjentik sedikit pintu hati aku selepas aku kecewa kerana budak lelaki yang paling macho di dalam sekolah aku sewaktu aku tingkatan dua telah berpindah ke tempat lain.



“Lu suka tak?”soal Ren.



Aku angguk kepala perlahan.



“Terima kasih yea..”.



“Terima kasih aje?”.



Aku kerut dahi.



“Habis?Kau nak apa?”soal aku pelik.Ahh sudah!Takkan sebab beg sandang yang tidak seberapa ni,aku nak tergadai body pula.



Ren sengih gatal.Aku melangkah beberapa tapak ke belakang.Mulutnya dijuihkan ke arah dada aku.Terbuntang biji mata aku.Beg sandang tersebut aku pukul kuat di bahunya.Tindakan yang refleks!



“Kalau yang itu kau nak sebagai balasan,kau ambiklah balik beg sandang kau ni..”marah aku.



“Woi..woi..”Ren cuba elakkan diri daripada menjadi mangsa pukulan beg sandang tersebut.



“Apahal lu ni?Kena sampuk dengan mambang siang?”soalnya geram.Dia mendengus.



“Kau tu yang dah kena sampuk dengan syaitan apa?Gatal!Mintak yang bukan-bukan…”.



“Apa yang gua buat?”.



Apa yang gua buat?Aku meniru kembali ayatnya dengan mimik muka.



“Yang kau juih-juih bibir kau dekat dada aku tu apabenda?Apa lagi yang kau nak sebagai balasan kalau kau dah tunjuk dekat dada aku?”.



Ren yang pada mulanya nampak blurr,akhirnya meletuskan ketawa kuat.Aku terkejut.



“Lu fikir gua nak body lu..?”soalnya,masih lagi ketawa.Dia geleng kepala sambil meraup rambutnya.



“Lu ingat gua ni jahat sangat ke?Gua pun pergi sekolah agamalah.Takkan gua nak minta dekat lu benda yang bukan-bukan”.



Err…aku terkesima sebentar.Aku rasa macam nak jadi invisible aje ketika ini.Aku sudah salah faham rupanya.Aku pandang sekeliling.Nasib tak ada orang.



“Habis..yang kau..”Gagap aku untuk menuturkan ayat.Aku pandang ke bawah.Rasa macam lawa pula jalan raya ni.



“Gua maksudkan hati lu lah!Yang lu fikir lain ni kenapa?Otak kuning betullah lu ni..”runggut Ren.



Hati aku?Adakah dia kata yang dia nak hati aku?Aku pandang tidak berkelip wajah Ren.



“Maksud kau apa?”.



“Laaa..sejak bila lu jadi lambat pick-up ni.Gua nak hati lu lah.Takkan lu tak faham lagi?What I want is,your heart,your love..and your soul”.



Haa?Apa benda yang dia merepek ni?



“Apa kau ni?”soal aku.Muka aku sudah mula merona merah.Ohh..lagi sekali debaran datang tanpa diundang.



“Huh?Lu buat-buat tak faham lagi ya?Tak apa.Gua bagi lu masa.Gua bagi lu ruang.Bila lu rasa lu dah jatuh cinta dekat gua,come to papa..baby”.



Eeee..aku tunjuk muka geli.Ren ketawa.Terus aku melangkah.Meninggalkan Ren yang masih lagi ketawa.



**********************

Aku pandang sekeliling.Mungkin Ren tak datang jemput aku hari ni.Aku pandang lagi sekali.Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam.Akhirnya,selepas lima minit berlalu,aku ambik keputusan untuk pulang sendirian.



Aku lewati lorong dengan perasaan yang seram-sejuk.Yelah!Lalu tepi lorong,pada waktu malam.Cuma lorong itu ajelah satu-satunya jalan untuk cepat sampai ke perhentian bas.



Aku meneguk air liur apabila melihat sekumpulan pemuda sedang asyik bergelak-sakan.Dapat aku lihat mereka semua memandang aku.Suasana yang tadinya meriah menjadi sunyi seketika.Bunyi siulan nakal sudah kedengaran.Ketika aku melintasi mereka,tiba-tiba mereka bangun dan menghadang jalan aku.



“Hello adik manis..nak pergi mana ni malam-malam macam ni?Nak abang-abang yang hensem ni temankan?”soal satu pemuda. Aku mendengus.Adik diaorang panggil aku?Daripada gaya diaorang,aku rasa macam diaorang ni baru aje lepasan SPM.Takpun STPM.



“Eh..korang jangan nak kacau aku ek.Aku jerit karang..”



“Jerit?Alahai..dia nak jeritlah geng!Haa..jeritlah!Jerit kuat-kuat”sakat satu suara lain,diikuti dengan gelak ketawa yang kuat daripada mereka yang lain.



Aku tersentak apabila terasa yang lengan aku ditarik.



“Sinilah adik manis..kita seronok-seronok dulu.Nak balik lagi buat apa?Awal lagi ni”.



“Eh..janganlah!”jerit aku.Terus aku tendang kuat perut lelaki tersebut menyebabkan lelaki tersebut terjatuh tersungku ke jalan.Rakan-rakannya yang lain terkesima sebentar.



“Wallawei..dia main kasarlah geng!Ni yang aku tak boleh nak tahan ni”.



Tersentak aku lagi sekali apabila lengan aku dipegang di kedua-dua belah.Aku meronta sekuat hati sebelum tubuh aku ditolak kuat oleh salah seorang daripada mereka.Namun,belum sempat tubuh aku jatuh menyembam ke tanah,terasa tubuh aku ditahan seseorang.Aku kalihkan muka!Ren!



“Lu okey?”soal Ren perlahan.Dia memegang bahuku.Aku angguk kepala.



“Ni jantan mana pulak interframe ni?”soal mereka kuat.Ren melangkah ke hadapan.Dia menyuruh aku bersembunyi di belakang tubuhnya.



“Lu orang tak ada kerja lain ke haa bai?Tak habis-habis nak kacau orang.Sampah masyarakat betul lu orang ni”.



Aku gigit bibir apabila mendengar bicara Ren.



“Eh bro!Kau jangan nak over.Sekali aku hentak dengan dengan lutut aku ni,mahu ICU kau terus”.



Ren ketawa sinis.



“Lutut lu orang aje lu orang fikir?Habis?Lutut gua ni apa?Tempurung kelapa?Sekali gua hentak lu orang dengan lutut ni,mahu pecah berderai kepala lu orang.Setakat lu orang badan macam ikan bilis ni,gua tak heranlah.Dah!Lu pergi balik rumah.Baca buku!Jangan nak jahanamkan masa depan lu orang okey.Gua tengok lu orang ni muda lagi”.



Aku terasa lengan aku ditarik melewati kumpulan pemuda tersebut.Namun baru beberapa langkah kami menapak,aku ternampak yang seorang pemuda sudah mengangkat tinggi kayu yang entah di mana dikutipnya.Aku menjerit kuat apabila merasa yang bila-bila masa saja,kayu tersebut akan mendarat di muka aku.Namun,Ren tiba-tiba memusingkan badannya dan melindungi muka aku,menyebabkan aku terus tergamam dan hilang kata-kata.



Aku rasakan semuanya berlaku terlalu pantas.Sedar-sedar Ren sudah terbaring di atas jalan raya.Aku terkejut hingga menyebabkan aku langsung tidak dapat berkata apa-apa.Yang keluar pada waktu itu,hanyalah air mata.Air mata aku yang lebih memahami apa yang hati aku rasa. Aku pandang Ren yang terbaring di atas tanah.Pasti belakangnya sakit kerana pukulan kayu tersebut.Pukulan yang tidak disangka tersebut menyebabkan semua mereka terkejut,lalu terus melarikan diri.



“Ren..kau okey ke?”.



“Gua rasa..gua..”Tersekat-sekat suara Ren.



“Ren..kau jangan buat aku takut .Jom kita jumpa doktor..” Ren pegang tangan aku,menghalang aku daripada bangun.



“Gua rasa..gua dah tak…”



Aku geleng kepala.Air mata aku sudah berlinangan.



“Tak..kau jangan cakap macam tu.Kau takkan apa-apa.Kena hentak sikit aje kan”.



“Salha..kalau gua dah tak ada,lu jangan cari boyfriend lain tau”.



Aku yang masih kebingungan hanya mengangguk kepala laju,walaupun aku sendiri pun tidak tahu bila dia jadi boyfriend aku.



“Salha..”.



Jemari aku dia pegang erat.Aku dapat lihat dia menarik nafasnya secara perlahan-lahan.



“Gua..gua..”



“Ren..”Aku goyang jemarinya.



“Lu janji lu takkan cari boyfriend lain kan?”soalnya lagi sekali.Mata aku yang terasa kabur,aku kesat.



“Apa kau merepek ni.Kau akan okeylah..”



“Tapi gua rasa…macam gua..dah..”Ayatnya mati di situ.



“Gua rasa macam gua dah tak boleh nak tahan gelaklah..”Dan serentak dengan itu,ketawa meledak kuat daripada mulutnya.Aku terpingga-pingga melihat dia bangun lalu duduk bersila di hadapan aku.



“Lu nangis?Hahaha..lu sayang juga dekat gua rupanya”.



Tidak berkelip mata aku pandang wajah Ren yang masih ketawa.Kami yang sedang duduk di atas jalan merenung antara satu sama lain.



“Kau..kau..”Aku bengang.Muka Ren yang masih tersenyum sambil mendongkat dagu dengan tangan dan diletakkan di atas kakinya betul-betul membuat aku berasa bengang.



“Lu sayang gua kan?”soal Ren.



Huh!Aku mendengus.Kalau nak diikutkan rasa hati,nak aje aku panggil balik budak-budak pengacau tu,pukul dia sampai pengsan.Tangannya yang masih memegang jemari aku,aku rentap kasar.Aku terus bangun dan memandang dia dengan pandangan yang tajam.



“Ambik kesempatan!”marah aku.Geram aku dengan perangai dia yang menyakitkan hati aku.Pipi aku yang basah,aku kesat.Terus aku melangkah laju,membiarkan Ren masih duduk bersila di atas jalan raya.



“Laa..jawablah dulu soalan gua..”jerit Ren.



“Kau diam sebelum aku sendiri pukul kau dengan kayu”jerit aku kuat.

LU ATAU GUA...( BAHAGIAN 5)

“Mak kau ada cerita dekat aku pasal arwah adik kau,Rissa”tutur aku perlahan ketika aku dan dia sedang menunggu bas.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba buka topik pasal itu.Mungkin sebab rimas dengan suasana sepi yang menyelebungi kami meskipun kami sekarang berada di tepi jalan raya.



Ren hanya mendiamkan diri.Pandangannya jauh merenung kereta yang bergerak pantas di atas jalan raya.Aku gigit bibir.Rasa macam nak tonyoh mulut sebab gatal-gatal bukak topik pasal itu.



“Gua tahu,mak gua sampai sekarang takut gua jadi macam arwah adik gua”.



Aku diam.Wajah Ren yang kelihatan tenang ketika menghisap rokok aku pandang.Ren alihkan pandangannya memandang aku.



“Gua janji dengan lu,gua takkan buat perkara bodoh macam tu.Gua takkan sentuh alcohol dengan dadah ni semua”.



Ren pandang aku dalam,meminta supaya aku percaya akan percakapannya.



“Kau janji kau takkan sentuh benda macam tu?”.



“Gua janji!Gua janji gua takkan sentuh benda tu semua.Lu percaya cakap gua kan?”.



Aku angguk kepala.Ren!Aku percaya dekat kau.Walaupun kita tak berapa kenal,tapi aku yakin kau takkan ambil benda macam tu.Aku yakin dengan kau.

******************************

Beg sandang aku yang berwarna hitam aku usap perlahan.Beg itu,merupakan pemberian emak aku dekat aku masa hari jadi aku yang ke 15.Beg yang menjadi idaman aku.Beg yang selalu aku nampak ketika pergi ke pasar malam di hadapan rumah aku.Sekali lagi beg itu aku usap perlahan.Dan tanpa dijangka,air mata aku menitik perlahan.



Sungguh!Aku rindukan emak dan ayah aku.Dan..aku separuh mati rindukan mereka.Mana boleh aku tak rindukan mereka?Mereka kan emak dan ayah aku.Insan yang telah bersusah-payah membesarkan aku.



Aku mengeluh.Salah aku ke sebab terlalu mengikut perasaan?Apa salahnya kalau aku berkahwin dengan kawan ayah aku?Pasti aku akan bahagia.Dan ketika itu,hati aku yang lagi satu membangkang kuat cadangan tersebut.



Aku tahu,mungkin apa yang aku buat ini salah.Tapi,aku cuma mahukan sedikit keadilan untuk diri aku.Aku tak sanggup hendak habiskan seumur hidup aku dengan lelaki yang boleh aku panggil ayah?Uhh..nak panggil dia ayah pun mungkin aku tak sanggup.



Beg sandang itu aku usap sekali lagi.Aku janii,aku akan kirim gaji pertama aku dekat emak dan ayah di kampung.Aku takkan lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak.



“Oitt!”…



Tersentak aku.Ren yang berada di muka pintu bilik tersengih.Entah bila dia buka pintu tu pun aku tak sedar.Pintu bilik aku hanya kunci bila aku hendak tidur.Tak sangka pula aku yang Ren berani nak buka pintu bilik sebab selama aku berada di dalam rumah dia,tak pernah sekali pun dia berkelakuan macam tu sebab dia jarang ada dekat rumah waktu malam.



“Kau tak reti nak bagi salam ke?”soal aku bengang.Air mata aku kesat kasar.Cuba sembunyikan daripada penglihatannya.



Ren melangkah masuk ke dalam bilik aku.Aku teguk air liur melihat langkahnya yang semakin menghampiri.



“Lu jangan takutlah..gua bukannya nak buat apa-apa”ucapnya lalu duduk di atas lantai menghadap muka aku.



“Lu kenapa?Mak gua kata lu tak keluar makan malam.Lu tak sihat?”soalnya.



Hohoho..mahu rasanya aku ketawa.Prihatin sungguh lelaki di hadapan aku ini.Walaupun pakaiannya menyakitkan mata,namun perangainya memang lekat di jiwa.



“Taklah..aku kenyang”jawab aku.



Aku pandang Ren.Pandangannya jatuh ke arah beg sandang aku.



“Lu punya beg kenapa?”soalnya.



“Kenapa apa?”soal aku.



Ren mendengus.Tali beg sandang aku ditariknya.Dia pandang tali tersebut yang sudah putus.



“Putus?”.



“Tak..terbelah dua”sarkastik aku menjawab.Ren mencebik.



“Dah kau tahu,kenapa tanya lagi?”soa aku geram.



“Eloklah beg lu putus.Beli beg lain.Daripada mula-mula gua jumpa lu,asyik pakai beg ni aje.Sekali pandang,dah nampak macam lu ni kerja konduktor bas lu tahu”ucapnya lalu bangun.



Aku gigit bibir bawah.Kurang asam!Dia kata aku macam konduktor bas.



“Diamlah kau..”.



“Gua cakap yang betul pun lu nak marah..”



Heh!Terus aku tolak kuat badannya supaya keluar daripada bilik tersebut.Ren ketawa kuat melihat aksi aku.Buat beberapa saat,aku buat macam bilik tu aku punya sekejap

LU ATAU GUA...( BAHAGIAN 4)

“Kenapa lu lari dari rumah”soal Ren ketika kami sedang menunggu bas.



“Aku kena jawab ke soalan kau?”.



“Gua tak paksa.Kalau lu nak cerita,lu cerita”.



Aku mendiamkan Ren.Dapat aku lihat dengan ekor mata muka Ren yang tidak puas hati.



“Lu ni memang kan?Suka sangat berahsia dengan gua”.



“Tadi kau juga yang cakap yang kau tak paksa kalau aku tak nak cerita”.



Ren mendengus.



“Ceritalah..gua nak tahu apasal lu lari dari rumah”.



“Sebab bapak aku..”jawab aku malas.



“Bapak lu?Apasal?Dia nak perkosa lu?”.



Aku menjeling wajah Ren yang tersengih.Selisih malaikat 44.



“Mulut kau dengan bau loji sama aje kan?”.



“Habis..dah lu cerita sekerat-sekerat.Gua tembak ajelah.Apasal dengan bapak lu?”.



“Dia paksa aku kahwin”.



“Kahwin?”Ren kerut dahi.



“Yap!Kahwin dengan kawan dia”.



“Kenapa lu tak nak?Kahwin syok apa”.Dan Ren terus ketawa kuat selepas dia menghabiskan ayatnya itu.Dia tersengih penuh gatal ke arah aku.



Aku mendengus.



“Kalau kau ingat kahwin hanya sebab itu aje,aku katok kepala kau dengan sandal aku ni.Gila kau!Kawan bapak aku tu sama usia dengan bapak aku.Macam tu aku nak kahwin.Sorry..aku tak minat.Aku ada cita-cita dan impian walaupun SPM aku hancur”. Ren ketawa.



“Lu umur berapa?”.



“25”.



“Owh..dua tahun lagi muda daripada gualah kalau macam tu”.



“Kau 27?”.



Ren angguk kepala.Aku senyum sinis.



“Umur dah lanjut pun masih lagi nak buat kerja haram”.



“Lu sindir gua?”soalnya sambil mengeluarkan rokok.Aku geleng kepala perlahan.Dalam sehari,agak-agak berapa kali dia ni hisap rokok.



“Bukan!Itu kenyataan.Sampai bila kau nak kerja dekat tengah jalan,ugut orang sana-sini.Daripada kau buat macam tu,lebih baik kau cari pekerjaan yang stabil sikit”.



Ren ketawa.



“Gua memang dah kerja apa”.



“Itu kerja yang haram..”



“Nope..gua serius.Gua dah memang ada kerja.Gua kerja mekanik”.



“Habis..kenapa kau buat kerja haram tu lagi?”.



“Itu first time gua cuba tu.Kawan gualah cakap,buat kerja macam tu seronok.Cepat kaya.Gua trylah..Last-last”Dia ketawa lagi.



Aku mendengus.



“Kau salah pilih mangsalah waktu tu”.



“Yap!Nasib gua jumpa lu.Tapi,gua tak kisah sangat.Gua buat kerja tu cuma suka-suka.Lu kiranya mangsa pertama dan mangsa terakhir gua”.



Rasa macam nak ketawa aje.Patutlah dia baik dengan aku.Pertama kali buat kerja macam ni rupanya.



“Kau ni memang betul sempit akal”kutuk aku.



Ren tersengih.Asap rokok dihembusnya.



“Gua nak tanya lu satu soalan”.



“Apa?”.



“Apasal bila tiap kali gua ushar lu,lu tentang mata sekejap aje dengan gua.Lepas tu lu mesti pandang tempat lain.Kenapa?”.



Aku terdiam.



“Rambut kau tu..buat mata aku sakit.Campur dengan kesan telinga kau yang bertindik”.



“Jadi..lu tak suka dengan penampilan gua?”soalnya.



Hmm.Aku terdiam.Tak suka ke aku dengan penampilan dia?Aku rasa,aku tak adalah benci sangat tengok penampilan dia.Aku rasa,aku dah boleh terima penampilan dia yang sebegitu.Juga dengan bahasanya yang lu gua tu.



***************************



Hari ni hari Sabtu.Aku habiskan masa dengan mengemas rumah.Ren awal pagi lagi sudah lesap.Katanya,dekat bengkel ada banyak kerja.Bingkai gambar yang berwarna coklat itu aku ambil dan aku renung.Gambar seorang perempuan berpelukan penuh mesra dengan seorang lelaki.Lelaki itu aku kenal.Itu Ren!Yang perempuan tu aku tak kenal.



“Itu Rissa..anak perempuan mak cik”.



Aku tersentak.Mak Ati melangkah ke arah aku perlahan.Dia tersenyum sambil memeluk mesra bahu aku.



“Rissa mak cik?Salha tak pernah nampak pun”.



Mak Ati mengeluh.Dia duduk di atas sofa sambil merenung aku.Pandangan matanya penuh kesedihan,kesayuan dan kedukaan.Dapat aku lihat itu daripada anak matanya.



“Mak cik..”tegur aku perlahan.Bingkai gambar itu aku letak kembali ditempatnya sebelum aku melangkah duduk di sebelah Mak Ati.



“Rissa dah tak ada Salha.Dia dah lama meninggal”.



Terpana aku seketika.Aku tidak tahu hendak berkata apa.



“Salha…..”



“Tak apa Salha..tak apa!Mak cik dah boleh terima hakikat yang Rissa dah tak ada.Mak cik dah boleh terima hakikat..”ucap Mak Ati berkali-kali.Disapunya air mata yang mengalir di pipi.Lagi sekali aku terkesima.Apa yang perlu aku lakukan?



“Rissa meninggal sebab overdose.Dia ambil dadah.Entahlah..mungkin semua ni salah mak cik.Salah sebab tak pernah bagi sepenuh perhatian dekat dia.Mak cik berdosa dekat dia.Kalaulah mak cik lebih peka akan diri dia..mesti..”



“Mak cik..”Aku pegang jemari Mak Ati,mematikan terus bicaranya.



“Apa yang berlaku bukan salah mak cik.Semua ni dah ditetapkan.Kita kena terima qada dan qadar walau betapa pedih sekali pun”.



Mak Ati tersenyum hambar.



“Mak cik tahu!Tapi mak cik kesian dengan Ren.Lepas kematian Rissa,dia terus jadi lain.Kalau dulu,Ren bukan macam tu.Mak cik risau,takut-takut kalau dia pun nak jadi macam Rissa.Mak cik tak nak kehilangan dia.Cukuplah mak cik kehilangan seorang anak perempuan mak cik.Mak cik dah tak sanggup hendak melalui kehilangan yang kedua”.



Aku terdiam.Adakah Ren macam tu?Aku yakin,Ren tak macam tu.Cuma pakaiannya aja yang tak senonoh,tapi aku yakin dia takkan lakukan perkara bodoh macam tu.Aku yakin!

***********************************



“Lem..betullah lu ni”runggut Ren.Perkataan ‘bap’tidak dituturkan.Aku mendengus.Beg sandang aku sangkut di bahu.



“Ada aku suruh kau tunggu aku?”.



Ren terdiam.



“Eleh..gua cakap macam tu pun lu dah nak sentap!Manja!”.



Aku jegilkan biji mata.Malas hendak melawan cakapnya,aku terus melangkah laju.



“Tunggulah gua..”jerit Ren kuat.Aku buat pekak badak.



Langkah aku terhenti apabila tiba di satu kedai pakaian.Satu senyuman terukir di bibir aku tiba-tiba.Aku berpusing ke belakang.Kelihatan Ren sedang tercunggap-cunggap mengejar aku.Aku pandang dia sambil berpeluk tubuh.



“Lu ni..na..nak..jadi pelari pecut negara ke?”soal Ren. Aku mencebik.



“Kau ni harap aje lelaki.Tapi taklah gagah mana pun.Dasar lelaki lemah!”.



Ren buntangkan biji mata.



“Bolehlah lu cakap gua lelaki lemah.Gua punya stok tongkat ali dah habislah.Tunggu gua beli stok baru.Jangan kata pelari pecut,lari sambil kendong lu pun gua boleh tau..”.



Aku mendengus mendengar ayatnya.Sungguh kurang sopan!



“Jom..”



“Jom apa?”soal Ren pelik.Sambil tersengih,terus aku tarik lengan bajunya masuk ke dalam kedai pakaian.



“Kalau lu nak shopping..lu pergi dengan mak gualah.Gua tak minatlah shopping-shopping ni semua.Daripada gua shopping,baik gua tolong mak gua mopping lantai rumah.Lagi bagus!”.



Aku menuju ke deretan yang menempatkan seluar lelaki.



“Sejak bila lu jalani pembedahan bina halkum?Lu tak bagitahu gua pun”.



Aku buat muka.



“Kau jangan banyak mulut boleh tak?Aku sumbat karang seluar jeans ni dalam mulut kau”.



“Eh..lu nak sumbat-sumbat gua pula.Lu ingat gua ni apa?Tauhu sumbat?Lu nak buat apa dekat sini?Nak beli untuk siapa? Boyfriend lu?Betul ke lu dah ada boyfriend?Gua baru ingat nak hantar resume dekat lu..”bebel Ren.



Aku buat endah tak endah.Sehelai seluar jeans yang berwarna biru terang aku pamerkan di hadapan Ren.



“Lawa kan?”soal aku.Ren meraup rambutnya.



“Kalau untuk gua,warna ni macam orang yang kerja kilang aje”. Aku mendengus.



“Kau memang..suka sangat pakai warna gelap.Macam berkabung aje”.



“Eh..suka hati gua lah.Badan gua!Bukannya gua pinjam body lu..”



Aku tarik kembali lengan bajunya menuju ke arah deretan baju kemeja.Sehelai kemeja yang berwarna hijau aku ambil.



“Yang ni?”.



Ren tayang muka bosan.



“Dah macam pendatang asing dah gua tengok lu punya taste ni”. Heh!Pendatang asing?Dia bukan pendatang asing ke?Dengan gaya yang macam tu.



“Kau ni banyak commentlah.Habis,kau nak baju yang mana?”.



“Eh..gua tak payahlah baju-baju ni semua.Baju dengan seluar gua berlambak dekat rumah.Seluar kecik pun banyak”.



“Habis,kalau kau dah banyak sangat pakaian,apesal kau suka sangat pakai seluar jeans yang koyak dekat lutut ni?”.



“Biarlah..fesyen!Apa lu tahu.Lu tu buta fesyen”.



Huh!Aku dikatanya buta fesyen?



“Dahlah!Daripada lu buang duit dekat sini,baik lu belanja gua makan roti naan.Lagi sedap.Perut pun kenyang”.



“Bila masa pula aku kata aku nak belanja kau?Aku tolong pilih aje.Kaulah yang bayarkan”.



Ren terkejut.Terus dia tarik beg sandang aku keluar daripada kedai tersebut.



“Perlahanlah sikit..”bentak aku.Beg sandang aku dia lepaskan.Kalau koyak beg sandang aku,aku saman kau.



“Daripada gua bazirkan duit dekat sini,baik gua kumpul duit pergi pinang lu”.



Terkesima sebentar aku.Sudah dua kali dia bercakap mengenai perkara ini.Adakah dia nak main-main dengan aku?Aku pandang muka Ren yang tersenyum bangga.Debaran tiba-tiba datang mengetuk pintu hati aku,dan hati aku terasa seperti deras.Muka aku pula kelihatan hangat tiba-tiba.Aku alihkan pandangan ke tempat lain.



Dapat aku dengar Ren ketawa.Ren memandang tepat ke dalam anak mata aku.Dia tersengih.



“Lu malu ek..”soalnya nakal.



Ya Allah!Aku tidak tahu reakreasi bagaimana yang harus aku tonjolkan.Mukanya yang menghalang muka aku,terasa sungguh mengasyikkan.Pandangan matanya,terus menikam jauh ke dalam hati aku.Bahunya aku tolak kuat.



“Tepilah..”ucap aku kasar,ingin terus membuang jauh-jauh perasaan `aneh`yang datang bertandang. Ren ketawa kuat.



“Cakaplah kalau lu malu.Nak sorok-sorok pula sama gua..”jerit Ren kuat.Aku yang hanya beberapa meter daripadanya hanya mengangkat tinggi tangan yang sudah digenggam menjadi penumbuk.



“Diamlah..”jerit aku juga dan terus berjalan laju tanpa menunggu dia.