Khamis, 19 Ogos 2010

sahur


Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

•Menuruti sunnah;

•Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

•Menambah kekuatan untuk beribadat;

•Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

•Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

disana pasti (babak 8)




Yamaha Verago 535cc membelok memasuki perkarangan rumah Datuk Affan. Sebaik ,motor berhenti, Ika melompat turun. Helmet dihulur kepada tuannya.
“Esok Ika tak ada kelas!”
“Tak ada?” Izzad hairan.
“Datin Masyeila cancel kelas!”
“Lecehlah, Iz kena pergi kelas sorang.”
“Macam tak biasa pulak!”
“Dulu bolehlah, sekarang tak biasa! Kalau Ika tak ada,rasa malas pulak nak pergi kelas!”
“Mengada-ngada..macam budak manja. Esok kan last day..lepas tu start cuti semesta. Hari-hari kita boleh jumpa!”
Ika sengih. Gelihati dia dengan perangai Izzad. Sejak balik dari kampung Izzad, Ika membonceng motor Izzad pergi kelas. Bila dikira, dah dekat seminggu. Kalau kelas habis awal, mereka ke librari. Petang, Izzad hantar Ika pulang. Kadang-kadang mereka keluar berjalan-jalan tapi tak pernah melewati jam tujuh malam. Itu syarat yang Izzad kenakan. Sikap Izzad itu membuatkan Ika berasa selamat berada disampingnya.
“Okeylah…tunggu Iz datang tau..Iz balik dulu,ya!”
“Okey!”


Ika berlari-lari anak masuk ke dalam. Dari arah dapur Ika dapat mendengar suara orang berbual. Ika menghampiri dapur dan mencuri dengar perbualan mereka.
“Shaza balik ya malam ni. Mak Odah nak masak hidangan istimewa!”
“Eh,ada apa-apa ke ni?”
“Tak adalah…cuma nak meraikan harijadi Ika,” Mak Odah menjelaskan.
“Eh,bila ya?” Datin Shaza tersentak.
“Dah seminggu tapi tak apalah..yang penting kita sambut!” jelas Mak Odah yang hanya tahu bila entah macam mana Ika buka cerita dia dapat bunga daripada Izzad.
Datin Shaza tepuk dahi.Kenapa aku sampai boleh lupa tarikh penting.Tapi…..
“Malam ni saya ada dinner dengan client. Saya cuba balik. Emm…Datuk dah tahu?”
Mak Odah menggeleng.
“Nantilah saya telefon Datuk suruh dia balik!”
Ika cepat-cepat melarikan diri ke sofa dan menarik majalah. Helaian demi helaian diselak separuh minat. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh lembut. Ika mengangkat muka. Datin Shaza tersenyum kepadanya.
“Mama lupa harijadi Ika. Malam nanti mama balik ya,sayang!” Datin Shaza mengucup mesra dahi Ika.
Ika membatukan diri. Nun di sudut hati, Ika menangis,merintih nasib dirinya. Namun dilindungi agar tidak ketara. Dia cuba untuk tidak ambil hati. Nyata Ika tewas. Sebaik mamanya menghilang,kesuraman terserlah di raut wajahnya.
Mak Odah yang sudah hadir di sisi Ika memujuk.
“Malam ni kita makan sama-sama,ya!”
“Ika nak makan banyak-banyak!”
Wajah yang muram tadi kembali ceria. Mak odah memang pandai memujuk. Dialah penawar kala hati ini gelisah.
“Ika nak tolong tak?”
“Boleh!” Ika bingkas bangun. Menolong Mak Odah sudah menjadi rutin hidupnya kini. Mulanya Mak Odah terkejut juga tapi sekarang ni dah lali. Ika sudah berubah. Desa Izzad yang permai telah mengubah corak hidupnya.
Smbil menyiang lobak merah, Ika tersenyum senang. Fikirannya menerawang jauh mengingati Izzad.
Ika akui hatinya mula menyukai Izzad lebih dari seorang kawan. Walaupun sedetik Ika tak mampu melenyapkan bayangan wajah Izzad. Ika kini mencari masa yang sesuai untuk mengkhabarkannya kepada Izzad. Haa…cuti semesta ni boleh juga..Ika berkira-kira.


Ika yang duduk di sofa menghadap jam dinding sekilas. Dah pukul 9.30. Lama ditunggu,bunyi kereta enjin mama tak kedengaran lagi. Papa? Ah,tak payahlah tunggu. Petang tadi dah berlepas ke Singapura,ada urusan penting. Semua urusan penting kecuali aku!!!
Anak tunggal yang sentiasa menanti dan mencari kasih sayang yang kian hari kian ketandusan. Ika membaling kusyen kecil yang menghiasi sofa. Kuat hingga bergegar frame gambar di dinding yang tepat mengenanya.
Ring! Ika tersentak. Manalah tahu...nak bagitau mama tak dapat balik..Ika makanlah dengan Mak Odah. Okey...bye sayang...
Ika mengulang kata-kata yang akan diucap ibunya. Telefon dibiarkan berdering tanpa niat untuk mengangkatnya. Seketika telefon itu diam. Ika terus memejam mata melayan perasaan. Biar mama tahu betapa sakitnya hati aku ni. Dan telefon itu kembali berdering. Seakan faham perasaan Ika. Mak Odah mengangkat.
"Ika, telefon untuk Ika!"
"Ika tak nak cakap dengan mama!"
"Bukan mama Ika!"
Tanpa bertanya lebih lanjut Ika pantas berlari. Mesti Izzad!
"Hello!" riang Ika menjawab panggilan.
"Ika!"
Suara perempuan mematikan kegembiraan Ika.
"Siapa ni?"
"Saya Nani!"
"Nani?" Ika kerut dahi.
"Mungkin saudari tak kenal saya tapi saya Nani. Saya kekasih Izzad dan mungkin kami akan mengikat tali pertunangan tak lama lagi!"
Bagai dihempap benda yang berat,Ika terduduk di lantai. Kenyataan itu terlalu direct! Gagang telefon hampir terhempas.
"Saya tengok Ika semakin rapat dengan Izzad sejak akhir-akhir ni. Kita sama-sama perempuan..saya harap Ika mengerti perasaan saya bila kekasih dirampas orang."
si gadis menyambung dengan rayuan yang amat pilu. Ika makin tergamam. Dugaan apa yang Tuhan turunkan untuk aku. Lepas satu,satu dugaan mendatang.
"Hello! Ika, Ika!" gadis itu memanggil lagi bila Ika menyepikan diri.
Ika bagaikan tersedar.
"Ya,ya,saya dengar. Saya minta maaf kerana melukakan hati saudari. Kami memang mesra tapi sebagai kawan saja..tak lebih dari tu. Tak pernah terlintas di hati saya nak merampas Izzad dari tangan saudari. Maafkan saya!"
Ika menangis sebak di dada. Nada suaranya cuba dikawal.
"Saya harap Ika bercakap benar. Saya tak mahu dipermainkan!"
"Saya faham!" Klik. Ika tak mampu mendengar ungkapan seterusnya. Hatinya hiba. Izzad, apalah nasib malang diriku. Izzad,kenapa aku harus mengenali dan menyintaimu?


Telefon berdering lagi. Ika mengumpul kekuatan untuk mengangkatnya. Mungkin mama...
"Hello!"
"Hello! Ika ke tu?" suara Izzad jelas di pendengaran.
Papp! Telefon dihempas. Telefon berdering lagi. Ika merentap wayar penymbung agar bunyi telefon tidak menggangu hatinya.
"Siapa Ika?" Mak Odah menyoal bila melihat gelagat Ika.
"Orang gila!" Dengan wajah yang masih mencuka,Ika mendaki anak tangga ke atas. Mak Odah hanya mampu menggeleng. Apa lagilah budak ni. Baru nak reda,dah mendung balik.


~ bersambung ~

disana pasti (babak 7)



Ika membulat mata dengan soalan yang tak disangka-sangka itu. Sudah lama nama itu keluar dari hidupnya. Tak sangka hari ini kalimat itu akan keluar dari mulut Izzad. Namun kekuatan hati membuatkan Ika pasrah dengan mendung yang pernah hadir dalam hidupnya. Lalu Ika menggeleng perlahan.
Izzad mengumpul kekuatan. Persoalaan yang lama terpendam ingin dihurai hari ini.
"Kenapa Ika clash dengan Amran?"
Soalan yang tak beralas itu terus menerpa gegendang telinga. Huh, dia ni, direct sangat...tapi Izzad tak dihampakan.
"Entahlah Iz..bukan Ika yang mintak semua ni. Gunting dalam lipatan..harapkan kawan tapi kawan makan kawan."
Ika tunduk sayu. Matanya mula mengumpul airmata. Entah mengapa mudah benar hatinya terusik. Ternyata kekuatan yang dibina tak mampu menahan rasa sedih yang membendung diri.
"Ika sayangkan dia..tapi apakan daya,dia lebih cintakan Sara.Tak mungkin ada dua gadis dalam sebuah percintaan. Salah seorang mesti berundur.
Kalau Ika tunggu pun..lambat laun Amran akan tinggalkan Ika juga!"
Sebutir permata menuruni pipi.Hatinya mula sebak mengenangkan kembali kejadian yang menimpa diri.
"Ika, jangan menangis. Ika harus kuat dan tabah hadapi dugaan hidup.Ika harus sedar masih ada orang yang menyayangi diri Ika"
"Sapa lagi yang sayangkan Ika di dunia ni?
Mama dan papa sendiri tak pedulikan Ika.Mereka lebih pentingkan kerja daripada anak sendiri!"
Ika menekup muka dengan kedua belah tangan.Raungannya mula kedengaran.
Izzad diam memerhati. Biarlah dia menangis sepuasnya. Biar hilang segala bebanan yang ditanggung.


Perlahan Ika menyuap nasi ke mulut. Hidangan makan malam begitu meyelerakan. Sayang sekali perutnya dah penuh. Nek Wan terbukti terror memasak.
Mak Odah sendiri tak boleh challenge. Masakan kampung lebih hebat dan berupaya memikat perut sesapa saja.
"Nisha mana Nek?" Izzad menyuap nasi ke mulut.
"Tidur agaknya..letih sangatlah tu!" Nek Wan menoleh ke arah Ika.
"Makanlah Ika,jangan malu-malu!" Dia menyuakan pinggan ikan tilapia kepada Ika.
"Kalau malu alamatnya berkeronconglah perut malam karang!" Izzad mencelah.
"Zad,jangan usik Ika.Nanti dia terus tak nak makan..."Nek Wan menegur.Pantang dapat peluang ,mesti nak usik!
Ika menguis-nguis nasi di pinggan.
"Kenapa, tak sedap ke?" Nek Wan perasan Ika makan sedikit saja.
"Tak adalah Nek, Ika dah kenyang..siang tadi Ika makan buah banyak sangat!"Ika menyahut lembut.
"Tinggal sajalah nasi ni kalau dah tak lalu. Jangan paksa pulak perut tu!" Kesian dia melihat Ika yang masih berusaha menghabiskan nasi di pinggan.
"Nek, Ika naik dulu ya. Nak kemas baju!" Ika minta diri. Entahlah,sejak duduk di sini,cakapnya berubah terus. Nak masuk bilik pun minta permission.Kalau dengan Mak Odah,blah jer..tak bagitahu langsung.
"Yalah. Bas pukul berapa esok?"
"Pukul 11.00!"


Waktu keluar dari bilik sebaik habis mengemas,Ika perhati Izzad tekun menghadap tv. Dia turun ke bawah dan duduk di pangkin bawah pokok rambutan.
Angin malam yang bertiup lembut terasa nyaman menampar muka.Ika leka melayan perasaan.Ingatan tantang peristiwa yang dialaminya bersilih ganti di kotak fikirannya.
" Duduk sorang-sorang, tak takut ke?"
Ika menoleh.Wajah lembaga yang diterangi bahagian muka saja mengejutkannya. Tambah pulak lembaga itu menyeringai.
Eh,macam kenal.Ika terus menepuk lembaga itu. Mujur pelita minyak tanah yang dipegang tak jatuh.
"Ika ni!" Badan Izzad sedikit bergoyang.
"Usik lagi!" Ika tersengih.
"Ada hati nak takutkan kita!"
Izzad mengambil tempat di sisi Ika.
"Kenapa duduk sorang-sorang kat bawah ni?"
"Saja...nak ambil angin malam!"
"Tak baik duduk kat luar rumah malam-malam camni. Nanti hantu culik!"
"Culiklah...Ika tak takut.Lagipun tak ada orang yang kisah kalau Ika hilang!"
"Sapa kata. Iz kisah!"
"Cakap memanglah boleh. Buktikan,itu yang susah!"
Izzad menghulur sesuatu.Ika tergamam. Lama baru dia mengambilnya.Ika bertambah hairan melihat sekuntum bunga ros yang sudah ada di dalam genggamannya.
"Apa ni?"
"Selamat hari jadi Ika!"
Ika tergamam. Bagaimana aku boleh lupa hari jadi aku sendri?
"I do care for you and I mean it!" kata-kata Izzad mengandungi makna yang mendalam.
"Iz,Ika belum bersedia. Maafkan Ika!"
Ika mengunjuk semula bunga ros di genggaman.
"Ika tak sudi menerima cinta Iz?"
"Ika rasa lebih baik Ika menyendiri buat masa ini. Ika tak nak pisang berbuah dua kali. Kegagalan cinta pertama banyak mengajar Ika supaya lebih berhati-hati!"
"Kenapa Ika harus takut menerima kegagalan?Kegagalan tu sebenarnya mengajar kita menjadi lebih matang."
"Entahlah Iz. Mungkin Ika masih belum punya kekuatan untuk terima tu semua," Ika menunduk, tak berani menatap wajah Izzad.
"Kalau Ika dah cakap macam tu,terpulanglah.
Cinta tu tak boleh dipaksa....." perlahan suara izzad,jelas menggambarkan kekecewaan hatinya.Sudah dua kali dia meluah perasaanya, Ika masih tetap begitu.
Kali pertama dia dapat menerimanya tapi kali ni, hatinya bagai terhiris. Gadis yang dipuja tidakmahu membalas cintanya.Tiada apa lagi yang mampu dilakukan.
Izzad melangkah meniggalkan Ika sendirian. Namun yang pasti Izzad masih ingin terus mendampingi Ika.

Just as a friend and be someone who is always there whenever is needed...


~ bersambung ~

Rabu, 18 Ogos 2010

Aku dan kau berbeza…..aku dan kau istimewa






LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Hal tafham ya shabaab? Yajibu antum an tahfazu jayyidan lana.......

disana pasti (babak 6)



Termengah-mengah Ika mengejar Nisha yang sudah jauh meninggalkannya. Kerana tidak tahan letih,dia berhenti. Ika mencangkung sementara nafasnya turun naik dengan pantas. Kalau berlari di tanah lapang,jangan harap kau boleh kalahkan aku.Ini,di batas bolehlah kau nak eksyen. Ika sudah tegak berdiri memerhati Nisha,adik Izzat yang nun jauh di sana. Ika menggigit bibir menahan geram bila gadis itu sampai pecah perut ketawakan dia.
"Cepatlah Kak Ika,kata nak makan buah...karang habis!" Nisha melaung.
Ika tak kuasa nak berlari. Baik aku jalan saja,sampai juga. Macamlah boleh habis buah kat atas pokok tu.
Langkah yang diatur penuh hati-hati itu membolehkan Ika menikmati keindahan kampung itu.Pemandangan sawah yang menguning benar-benar menenangkan perasaannya. Bukit-bukau yang menggunung seolah-olah memberi lambaian kedamaian buat Ika. Tidap beberapa depa lagi Ika akan sampai di tempat Nisha menunggunya. Baik juga hati dia nak tunggu aku. Bagai nak rak aku mengejar tadi takut dia tinggalkan aku.
"Kak Ika!"
"Apa dia?"
"Pacat!" Nisha menjerit.
Ika tergamam. Terbayang di ruang mata pacat yang sedang merayap memanjat kkakinya. Pantas Ika melompat. Kakinya tergelincir dan pelepup!
Ika terjatuh ke dalam petak sawah. Sekejap saja air lumpur sudah meresap ke dalam baju. Rambut takusah cerita la,habis basah kuyup. Ika bangun dan duduk di batas sawah.
"Seronok, kak?" Nisha tercegat di sisi Ika.
Melihat Nisha tersengih-sengih,Ika pasti gadis itu telah mempermainkannya.
Jaga kau...nanti aku gelakkan kau puas-puas pulak.Ika membulat mata.
Seronok? Seumur hidup tak pernah bergelumang dengan selut. Kalau mama nampak aku macam ni,panjanglah syarahannya.
Ika tersengih,tp...memang seronok pun.
"Jomlah balik!" Ika mengajak.
"Nak balik macam ni? Teruk Nisha kena marah dengan Nek Wan nanti!"
"Alaa,takkan Nek Wan nakmarah.Jomlah balik!"
Ika membuang selut yang melekat dibajunya.
Sengaja dia ajak balik,untung-untung Nek Wan marah. Baru padan muka dia!
"Dekat sini ada air terjun..Kak Ika nakpergi tak?" Nisha membuat usul.
Mendengar perkataanair terjun,langsung tak jadi mengenakan gadis ini.Laju Ika mengangguk. Best juga,boleh aku cuci rambut aku ni.
"Boleh ikut?" Izzad mencelah dari belakang.
Dah berapa lama dia tercongok di situ,merera tak sedar.
"Tak boleh..sibuk!!" Nisha menarik tangan Ika.
"Nak ikut jugak!" Izzad mengekor.

Bibir Ika terketar-ketar menahan kesejukan. Dari tadi lagi Nisha dah ajak naik tapi Ika menolak. Puas berenang Ika duduk bersandar di batu. Air terjn yang terbit dri celahan batu begitu menyegarkan. Tapi bila dah lama-lama,baru terasa sejuknya. Akhirnya Ika mengalah. Tapak tangannya putih macam tak berdarah.
Perlahan-lahan Ika menyusur batu dan naik ke atas. Mata Ika meliar.
"Mana Izzad?" Baru perasan Izzad tak ada. Tadi sibuk nak ikut.
Nisha menjungkit bahu. Dia sendiri seronok main air hingga lupa tentang abangnya yang turut mandi bersama mereka tadi.
"Jomlah balik!" Nisha ajak.
Masing-masing menyarung selipar.
"Hoi!" satu teriakan mengejutkan mereka.
"Itu suara Abang Zad tu!" Nisha meneka.
"Apa dia nak?"
"Entah..jomlah kita tengok!" Nisha mula mengatur langkah diikuti Ika.
Mereka berhenti betul-betul di bawah pokok manggis. Buah manggis yang sudah masak bertaburan. Nisha mendongak ke atas pokok.
"Abang Zad panggil kenapa?"
"Tu...makanlah.Dah puas berendam,tentu lapar!" suara Izzad jelas dari atas pokok.
Nisha mengangguk. Baru dia nak mempelawa dilihatnya Ika dah bersila menghadap manggis.
Entah dah berapa biji masuk dalam perut. Nisha menggeleng.Tak tolak rezeki betul!
Merasakan sudah banyak buah yang dipetik,Izzad menyusur turun. Dia turut sama menikmati keenakan manggis yang manis itu.
Nisha yang tengah laju mengopek manggis terhenti tiba-tiba. Dia bingkas bangun.
"Kenapa ni?" Izzad hairan.
"Balik....sakit perut!" Nisha lari lintang-pukang.
Ika ketawa panjang.Mulanya Izzad turut gelak sama tapi bila Ika dah lebih-lebih,timbul rasa pelik. Macamnak gelakkan adik aku jer!
"Nisha...Nisha...kecoh memanjang!"Izzad menggeleng melihat kelakuan adiknya itu.
"Sedap?" Izzad cuba mengalih perhatian Ika yang sudah kembalik normal.
Ika mengangguk dan mengangkat ibu jari-best!
"Hingga tak terkata ya..benda free memanglah macam tu. Bagi manggis buruk pun sedap!" Izzad sengih.
'Nakkutuk pun kutuklah..Ika tak kisah!" Ika terus menyumbat isi manggis yang putih melepak ke dalam mulutnya.
Izzad memandang gadis di depannya. lepas sebiji, sebiji manggis mengisi mulut mungil itu. Kalau orang kampung tengok, mesti dia kata budak ni jakun habis.
Ika mengesat tangannya yang merah terkena kulit manggis ke baju.
"kenyang?"
"Tak..boleh isi lagi,banyak kosong lagi ni!" Ika menepuk perutnya.
"Betul ni..Iz nak ambik ni!"Izzad bingkas bangun.
Pantas Ika menarik tangan Izzad,kuat hingga Izzad terduduk di sebelahnya.
"Ika acah jer!" Ika tergelak.
"Pandai ye nak kenakan orang!" Izzad menjeling.

"Ika seronok tinggak di sni?" Izzad memandang Ika.
"Seronok. Suasana di sini tenang dan damai. Lupa segala masalah!"
"Ika ada masalah?" Izzad ingin mendalami hati kecil Ika.
"Setiap orang tak lari dari masalah Iz. Cuma kita perlu pandai mencari jalan untuk menyelesaikannya!"
"Kerana itu Ika pergi ke disko?"
Ika membuang pandang ke depan.Wajahnya jelas nampak muram.
"Mungkin Iz pikir Ika selalu ke sana. Sebenarnya Ika pernah ikut kawan kelas ke sana sekali. Ika rasa tempat tu tak sesuai untuk Ika. Ika tak ke sana lagi selepas itu tapi hari tu Ika rasa tertekan sangat...tak tahulah kuasa apa yang menarik Ika ke sana!" Ika menghurai perkara sebenar kepada Izzad.
Izzad tekun mendengar.
"amran...dia tak call Ika?" Izzad seolah-olah dapat meneka punca sebenar masalah Ika.


~ bersambung ~

Selasa, 17 Ogos 2010

disana pasti (babak 5)

Perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam sampai juga ke destinasinya. Ika yang terlena sewaktu bas membelok ke perhentian bas,tersedar bila dikejutkan Izzad. Ika membetulkan rambut dan baju kurungnya yang berkedut . Izzad sudah berdiri dan mengambil beg yang diletakkan di bahagian atas kepala.
Sampai di luar bas, Ika terus mengikut langkah Izzad yang dihala ke satu bahagian lain dipenuhi bas. Izzad melompat naik bas berjalur kuning dan merah. Ika turut sama dan mengambil tempat di sisi Izzad. Tak lama menunggu,drive dan konduktor mengambil tempat.

"Kampung Gunung. dua!" beritahu Izzad.
Tiket dan syiling bertukar tangan.
"Jauh ke?" Mulut bertanya sedangkan mata Ika menjenguk ke dalam tas tangan mencari sesuatu. Mana klip rambut ni.
"Tak jauh sangat!" Izzad menjawab tanpa memandang Ika. Dalam hati Izzad rasa berdebar-debar.Bagaimana penerimaan ika nanti?
Tiupan angin yang kuat dari tingkap bas membuatkan Ika kurang selesa. Ika melurut rambut ke belakang dan disepit dengan klip. Ha,baru selesa. Tadinya Ika kasihan melihat Izzad yang terpaksa menolak rambut Ika yang mengerbang ditiup angin dan singgah ke mukanya.Kadang-kadang tu izzad terpaksa menoleh ke arah lain. Ika menunggu juga Izzad merungut tapi sepatah kata pun tak keluar dari mulut lelaki tu. Tak membebel pulak dia ni...hairan.
Dari Seremban lagi izzad tak banyak bicara dengannya. Ika akur,Izzad masih marah dengannya.
Izzad menekan loceng. Ika tergamam dari khayalannya. Dah sampai?

Ika pula yang jadi berdebar. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung. Swjak lahir hingga deasa,dia cuma hidup dalam rumah batu yang serba mewah.
Tapi nanti...kaki ni akan memijak lumpur,pacat, lintah...Ika jadi tak tentu arah. Nak menyahut cabaran izzad dia sanggup ketepikan semua itu. Nak tunjuk terror konon. Dalam debar Ika melangkah turun dari bas.
"Kita kena jalan sikit!" izzad menunjuk jalan merah yang kelihatan berdebu.
Ika hanya mengangguk. Dalam terik panas negini,kenapalah aku tak teringat nak bawa payung...Langkah diatur laju.
Mereka akhirnya tiba di sebuah rumah kayu yang nampak usang. Walaupun begitu.sejuk mata memandang lamannya yang bersih dan dilindungi pokok buah-buahan dari bahang panas. Ika yang sudah lenguh kaki terus melabuh duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Dia mengarah pandangan ke atas,wow... buah rambutan tengah masak ranum. Mukanya yang merah dan berpeluh itu sudah membuah senyum ceria.
Izzad meletak beg di sisi Ika.
"Inilah rumah nenek Iz.Rumah kampung..tentulah tak setanding dengan rumah Ika di bandar," Izzad menjeling ke arah Ika.
Ika mula panas. Dia ni nak cari pasal lagi ke.
"Haahlah..kecik. Berbeza betul dengan rumah banglo Ika- " namun Ika tak sempat nak terus meninggi diri kerana diganggu dengan suara yang begitu mesra.
"Zad..kenapa tercegat di situ. Ajaklah kawannya masuk,"seorang wanita yang sudah jelas kedut di muka dan uban outih di kepala melaung dari pintu rumah yanh ternganga.

Izzad mendahului Ika di muka pintu. Kepalanya tunduk menyalami Nek Wan.
"Nek,inilah kawan yang Zad cakap tu..Ika nama dia!"Izzad menunjuk Ika.
"Naiklah Ika..panas duduk di luar ni!"
Ika menurut. Dia senyum menyalami Nek Wan. Kaki melangkah masuk membontoti Izzad. Ruang tamu yang agak luas dengan perabot tersusun kemas menjamah pandangannya kini. Nek Wan ni tentu kuat bekerja orangnya. Tak padan dengan umur,rumah bersih tanpa secalit habuk pun. Dalam diam Ika memuji tuan punya rumah.
Izzad yang masih di bawah memanjangkan leher.
"Nek,Zad nak pergi tengok dusun kejap!" laung Izzad dari bawah. Sekejap saja,tubuhnya lesap.
"Macam tulah dia kalau sampai je di sini...tak sabar-sabar nak ke dusun.Jakun betul..macam tak pernah tengok pokok," Nek Wan menggeleng dengan gelagat cucunya itu.
Ika turut sama tersenyum. Tentu izzad cucu kesayangan. Meriah hidup kau, Izzad.Ada orang yang menyayangi..tak macam aku.Ika menyesali suratan hidupnya.
"mari Ika,kita ke bilik Nisha. Ika mandilah dulu..lepas tu Ika boleh berehat!"
Nisha? Siapa gadis tu? Ika menurut dari belakang.
"Eh,lupa pulak..Ika dah makan ke?" Nek Wan berhenti di pintu bilik.
Laju Ika mengangguk.
"Emm..kalau macam tu..Ika mandilah dulu!" Nek Wan meninggalkan Ika setelah menunjukkan bilik untuk tetamu istimewanya itu.


Ika membuka zip beg. Tuala dan kain dikeluarkan dari perut beg. Satu masalah lagi ni..Ika mula berkira-kira dalam hati. Tengok pada rumah ni,sure mandi kat telaga. Macam manalah aku nak ceduk air. Silap haribulan aku pulak yang terpelanting kat bawah. Ika rasa seram sejuk. Takkanlah Nek Wan yang nak tolong cedukkan air untuk aku,buat malu je.
Nak suruh izzad,dia kan lelaki? Tengok aku berkemban,dia pulak yang syok nanti.
"Ika..nak mandi ke tak?"
Ika terpisat-pisat bila mendengar laungan Nek Wan. Macam mana ni...dalam sedar Ika mengayun langkah keluar.
"Bilik air mana nek?" Ika sudah tercegat di dapur.
"Di belakang sana!"Nek Wan yang sedang mengopek pisang untuk dibuat pengat bagi sajian petang ini menjuih bibir ke luar.
Ika melangkah beberapa tapak dan berhenti. Dia berpatah balik lalu menhadap betul-betul di depan Nek Wan.
"Kenapa Ika?" Nek Wan terhenti dari kerjanya. Nyata dia hairan dengan perlakuan gadis ini. Apa pulak yang tak kena.
"Emm..saya tak pandai ceduk air dari telaga!" muka Ika merah menahan malu.Wajah tertunduk memandang lantai.
"Mana ada telaga..bilik air tu ada paip!" Nek Wan kalut dengan pertanyaan Ika.
Sepantas kilat Ika menghilangkan diri. Hanya deruman air mencurah-curah yang terdengar setelah beberapa ketika. Ika tersenyum sendiri meningat kebodohan diri. Sekarang ni zaman dah moden.
Di kampung pun sudah ada kemudahan. Itulah tak pernah jenguk kampung seumur hidup. Ika menyabun badan sambil membayangkan perkara lain yang akan dialaminya sepanjang berada di sini.Setelah selesai mandi..ika terus di tunjukkan bilik Nisha. Dalam hati ika masih tertanya-tanya siapa Nisha itu. Sedang sibuk menyiapkan diri ika terdengar orang member salam..”assalamualaikum.” dgn pantas izzad menjawab salam itu. Lantas terdengar suare gadis itu memanggil abang iz. Ika cuba meninjau dari muka pintu untuk memerhatikan sape gadis itu.sedang asyik melihat gadis itu izzad menegur ika…”ika kenalkan ini adik izz ,Nisha.”ika terus tersenyum dan senyuman itu disambut dengan salam.sedang ika dan nisha berjabat tangan izzad terus menanyakan pada nisha ”Nak ikut abang pergi dusun tak?”.ika hanye memerhatikan nisha.”baik tp tunggu la nisha mandi dulu” jawab Nisha.


~ bersambung ~

disana pasti (babak 4)


“ Minum dulu,Ika , Izzad!”
Suara Mak Odah mengejutkan lamunan singkat Izzad. Dilihatnya Ika masih tertancap kepalanya menghadap buku.
Dia atas meja sudah terhidang dua gelas fresh orange dan sepiring kek pandan.
Perlahan-lahan Ika mengangkat kepala.
“Terima kasih Mak Odah. Kalau macam ni barulah ada semangat nak study,” Ika mencapai gelas dan meneguk rakus.
Petang-petang macam ni cepat sangat tekak kering.Padahal sebelum Izzad datang tadi dah sebotol air mineral dia sental.
“Kalau tak cukup,tambah lagi tu….”Mak Odah menjuih bibir pada sejag penuh frsh orange yang menanti untuk dihabiskan.
“Kembunglah perut nanti Mak Odah,” Izzad menyampuk.
“Dahlah…..melayan kamu berdua ni,tak jadi kerjalah jawabnya!” Mak Odah berlalu ke dapur.
Bibirnya mengukir senyum, gembira dengan perubahan anak majikannya.Setiap masa terluang dihabiskan di rumah. Elok juga dia berkawan dengan Izzad,taklah merambu ke sana sini.
Kalau ada depan mata,kuranglah sikit risau di hati. Mak Odah lega kerana tugasnya makin senang. Tak payah bersoal jawab dengan datin ke mana Ika pergi.
Datin nie pun satu, balik jenguk anak pun tak nak. Asyik telefon saja.Bila ditanya ke mana Ika pergi,senang je jawapannya – Ika tengah belajar dengan kawan sekuliahnya.


Izzad meletak gelas ke meja. Matanya memandang wajah gadis di depannya.
“Assignment dah siap?”
“Assignment yang mana?” Banyak juga assignment yang belum siap,kalau dikira,tak cukup tangan.
“Assignment Puan Maimunah.Kata dulu susah sangat nak dapat bahan,” Izzad bersandar pada bangku putih yang menampung berat badannya.
“Ooo..yang tu. Dah settle!” Ika angguk.
Baru teringat assignment subjek Management yang memeningkan kepalanya. Kes study yang perlu diselesaikan agak merumitkan.Ika hamper putus asa. Pada Izzadlah dia melemparkan tension. Dia tahu Izzad tak mampu membantu kerana mereka berlainan bidang.
Izzad lebih arif dalam bidang perundangan manakala Ika mengambil Association of Bussiness Excecutive. Mujur temannya itu memahami.
Tak lokek masa menemani Ika ke lebrary. Tak cukup dengan itu, sering beri nasihat agar Ika terus berusaha dan tidak cepat mengaku kalah.

“Nak balik ker?” Ika yang perasan perlakuan Izzad menegur.
Izzad menggeleng.
“Tak boleh nak baca dah..kepala ni dah tak boleh terima!”
“Haahlah. Ika pun penat…” Ika menarik penanda buku dan diletakkan pada halaman terakhir yang dibacanya.
“Kalau penat,kita kena bercuti…rehatkan fikiran,” Izzad bersuara.
Ika angkat kening. Apahal dia ni…cakap benda yang tak ada kene mengena. Setakat penat baca buku,takkanlah sampai nak bercuti.Dapat tidur sejam dua, hilanglah penat.
Tapi,betul juga….


“Ika nak ikut tak?’
“Ke mana?”
“Pergi rumah nenek Iz hujung minggu ni,” ajak Izzad sungguh-sungguh. Hajat di hati biarlah gadis ni setuju.
“Best ke kampong Iz tu?”
“Tak tahulah best macam mana yang Ika nak…kalau nak berkenalan dengan pacat dan lintah..anytime..” Izzad gelak besar,gelihati dengan soalan Ika.
Ika melontar buku ke arah Izzad. Bila Izzad pandang,sempat dia jelir lidah. Marah disakat konon.
“Alaaa…usik sikit takkan tak boleh! Emm..macam mana,nak ikut tak?” Izzad buat muka serius.
“Tengoklah dulu. Kalau ada mood!”
“Eh, janganlah macam tu. Ika cakap betul-betul sebab Iz nak booking tiket!”
Ika berfikir sejenak. “Tak naklah!”
“Kenapa?”
“Sebab….Ika tak biasa duduk rumah kampong.Aircond sure takde…panas..Ika rimaslah. Nyamuk banyak..kulit Ika ni sensitive. Lagi apa ya – “ Ika berkira-kira untuk menambahkan senarai alasan yang logik.
Izzad bingkas bangun.
“Kalau inilah alasannya..lupakan sajalah pelawaan Iz ni!”
“Aik..tadi beria nak ajak kita pergi..sekarang tak bagi pulak. Tak baik tau..macam apa tu orang kata..buruk siku!”
Izzad tegak berdiri. “Ika tak payahlah pergi!”
“Eh,ikut suka oranglah. Kalau Ika kata nak pergi juga,Iz nak buat apa?”Ika bangun dan bercekak pinggang.


Izzad geleng kepala. Menyesal aku ajak kau. Izzad capai bukunya dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Tanpa sepatah kata, Izzad berlalu ke arah motornya dan menghidupkan enjin. Ika hanyan menghantar dengan mata motor Izzad yang menderum pergi.
Ika terpinga-pinga. Cakap macam tu pun nak marah…


Ika tersedar dari tidurnya awal dari hari-hari biasa.Selesai menunaikan solat subuh,Ika mengenakan sepasang baju kurung Johor berwarna kuning air.Warna baju itu memang kena dengan kulitnya yang cerah dan lembut.
Ika yang siap berpakaian turun tangga dengan menjinjit beg pakaian sederhana besar.Malam tadi dia dah mengemaskan beberapa helai baju yang sesuai.Ika terus ke dapur bila melihat cahaya terang benderang di situ.
Menyedari ada orang dibelakangnya,Mak odah menoleh.
"Eh,Ika nak ke mana ni?" Mak Odah hairan melihat Ika memakai baju kurung.Takkanlah duduk di rumah pakai macam ni. Selalunya tak macam ni. Entah hantu apalah ynag merasuk budak ni.Mak Odah alih pula pandangan pada beg Ika di pintu dapur.Budak ni.....Mak pdah teringat sesuatu.
"Siap dengan beg baju ni..Ika...Ika nak lari ke?" Mak odah tahu masalah Ika dengan kedua orang tuanya tapi takkanlah sampai begini tindakan Ika. Jangan-jangan Ika dan izzad sengaja tunjuk baik di depan dia. Dada Mak odah membuak-buak marah.
Terburai ketawa Ika.Tak sangka Mak odah akan berfikiran sejauh itu.
"Mak odah,Ika cuma nak ke kampung izzad..bukannya lari dari rumah!" ujar Ika setelah ketawanya reda.
"Yalah,Mak odah faham!" Mak odah mengagguk. Tanpa belaian kasih sayang...siapalah kita di dunia ini. Biarlah Ika membawa diri seketika.Moga di kampung Izzad,ika akan bertemu sinar. Biarlah datin marah.Dia nak kata aku bersubahat ,tak halang Ika,aku tak peduli.Biarlah....demi Ika,Mak odah mengambil keputusan pasti.
"Ika pergi dulu Mak Odah!" Ika bersalaman dengan mak odah.


~ bersambung daaaaa ~