Selasa, 22 November 2011

LU ATAU GUA...( BAHAGIAN 1)

Aku menyusuri jalan di sebuah lorong yang sunyi dengan linangan air mata.Air mata yang mengalir di pipi aku kesat kasar.Aku benci akan air mata yang sedang mengalir tanpa henti.Beg pakaian yang aku bawa,aku alihkan pula ke tangan sebelah kanan.Rasa lenguh yang sudah mula mencengkam tangan kiri membuatkan aku mengeluh.Dihambat pula dengan rasa penat,beserta dengan rasa keliru untuk memikirkan di mana aku hendak tidur pada malam ini.



“Kalau lu nak selamat,serahkan semua barang-barang lu..”jerkah satu suara lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapan aku sambil memegang sebilah pisau lipat.Aku tercenggang seketika.



“Hoi!Lu tak dengar ke apa gua cakap.Gua cakap..kalau lu nak selamat,lu serahkan semua barang-barang lu..”.



Aku gigit bibir.Rasa bengang sudah mula aku rasai.Kalau selalu adengan itu aku lihat dalam drama di televisyen,kini aku sendiri sudah mengalaminya.Bravo!Tahniah pada diri aku yang memang bijak sebab lalu di lorong jalan.



Beg sandang yang tersangkut elok di tubuh aku,aku tanggalkan dan aku lemparkan tepat di hadapan lelaki tersebut.



“Kurang ajar betul lu.Main lempar-lempar pula.Mak bapak lu tak ajar hormat orang ke?”runggut lelaki tersebut.Dia membongkak mengutip beg sandang aku yang berwarna hitam itu.



Aku hanya perhatikan sahaja tingkah-laku lelaki yang sedang menyelongkar beg sandang aku.Sedikit pun aku tidak halang ataupun berbuat apa-apa.Lelaki tersebut memandang aku.



“Lu jangan jerit.Kalau lu jerit..siap lu”ugut lelaki tersebut.



“Kau ada dengar ke aku menjerit?”soal aku pula.Kali ini,aku betul-betul bengang dengan ugutan lelaki tersebut.Dahlah merompak..lepas tu nak main ugut-ugut aku pula.Sekali aku jerit betul-betul karang.



“Gua kasi ingatan aje.Itu pun lu nak marah ke?”.



Aku buat muka.Lelaki yang berada di hadapan aku ni,aku agak usianya baru dalam lingkungan 20-an.Mungkin sama dengan aku.Mungkin juga nak menghampiri ke usia 30-an.Dengan seluar jeansnya yang terkoyak di bahagian lutut,dan baju t-shirt hitamnya yang memaparkan gambar tengkorak di hadapan.Oh ya..dengan kesan telinganya yang bertindik,dan juga dengan rambutnya yang sekerat hitam dan sekerat perang.Dengan rambut yang terpacak yang mengalahkan duri landak.Dan juga,dengan chewing gum yang daripada tadi aku lihat asyik dikunyahnya.Mungkin dia nak tiru cara artis Barat tapi tak jadi.Aksesori gelengnya yang berwarna hitam di kedua-dua belah tangan,dan cincin tengkorak yang aku lihat terdapat di jari hantunya.



“Apa ni?Seringgit aje yang lu ada?”soal dia sambil menayangkan not seringgit.Aku tersentak dan kembali memandang dia.



“Ambiklah..itu pun duit juga,bukannya daun pisang”ucap aku selamba.



Tersentak aku apabila melihat dia mendekati aku.Air liur aku teguk perlahan.Ahh..nilah padahnya kalau mulut bau macam longkang.



Lelaki tersebut berdiri berhadapan dengan aku,dan merenung aku tajam.



“Eh!Gua ni perompak lu tahu.Perompak!Bukannya bai jual karpet.Lu tak takut sama gua ke hah?Boleh lu buat muka selamba badak macam ni depan gua”.



Kus semangat..aku ingat tadi dia nak toreh pisau belit tu kat muka aku.



“Takut?Buat apa aku nak takut sama kau?Sebelum kau rompak aku,aku dah terlebih dahulu kena rompak dengan orang lain.Setakat muka kau yang macam penjual air cendol depan rumah aku ni,aku tak hairanlah..”



Yap!Itu kebenarannya.Sebelum aku berjumpa dengan lelaki ni,aku sudah pun dirompak oleh hamba Allah yang lain.Habis semua duit simpanan aku dikebas.Yang ditinggalkan,hanyalah not seringgit.Itu pun mungkin perompak itu tinggalkan sebab kesian tengok aku.Mungkin..



Lelaki tersebut membuntangkan biji matanya.Dia pandang aku,sebelum menjatuhkan pandangannya pada beg pakaian aku yang berada di tepi kaki.



“Lu dah kena rompak ke?”.



Aku angguk kepala.



“Bila?”.



“Setengah jam tadi.Sebelum aku lalu lorong ni”jelas aku.



“Itulah lu..Lu tahu tak?Ni KL.Kejahatan lelaki.Dekat sini memang banyak orang yang jahat-jahat”.



“Macam kaulah..?”soal aku sinis.



“Gua tak adalah jahat sangat macam diaorang tu.Nah!Lu ambik baliklah beg sandang lu ni.Harap beg sandang aje yang besar,duitnya cuma seringgit.Banyak lagi duit gua”.



“Kalau duit banyak pun,haram nak buat apa”perli aku selamba.Beg sandang yang dihulurkan aku capai.Huhuhu..ringan betul beg aku.



“Lu lari dari rumah yea?”soalnya lagi.Aku terdiam sejenak.



“Muka aku ada nampak macam muka lari dari rumah ke?”.



Dia pula terdiam.Kotak rokok dikeluarkan daripada poketnya.Rokok diambilnya sebatang,sebelum menyalakan dengan lighter.Aku memandang dengan penuh meluat.Meluat melihat ketenangan dirinya ketika menghembus asap rokok tersebut.



“Gua nampak muka lu macam lari dari rumah”.



“Memang aku lari dari rumah pun”ucap aku lalu terus mengangkat beg pakaian.



“Lu nak pergi mana ni?”jerit dia kuat,mematikan langkah aku.



“Kenapa?”soal aku.



“Yelah..gua saja tanya.Lu nampak muka macam budak kampung.Lepas tu,dahlah lari daripada rumah.Konfem pertama kali datang KL ni kan?Dengan duit seringgit,lu nak pergi mana?”.



Aku terdiam.Tidak tahu untuk berkata apa.Betul kata dia.Mana aku nak pergi?Aku bukannya ada sape-sape pun dekat KL ni.



Lelaki tersebut mengeluh.



“Jomlah!Lu ikut gua.Gua kasi perlindungan dekat lu.Lu nak merayau sorang-sorang dekat KL ni bahaya.Ikut gua okey”ajaknya.



Aku kerut dahi.Lelaki tersebut aku pandang ke atas dan ke bawah.Boleh percaya ke ni?



“Kenapa?Lu tak percaya sama gua?”soalnya.



Aku angguk kepala.Lelaki tersebut ketawa.



“Lu ni memang jujurlah.Gua tak buat apa-apa dekat lu.Gua cuma kesian aje.Lu nak ikut ke tak ni?”soalnya sekali lagi.



Aku berfikir-fikir.Nak ikut ke tak?Gaya lelaki ni NAMPAK macam baik.Mungkin dia boleh dipercayai.Mungkin juga tak.Apa-apa pun,tawakal sudahlah.



Aku angguk kepala.Lelaki tersebut tersengih.Beg pakaian aku dicapai dan dipegangnya.



“Jom!Ikut gua.Nama gua Azren.Tapi,lu boleh panggil gua Ren.Lu?”soalnya.



“Salha”jawab aku pendek.

Jawapan Untuk Statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.



1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.



2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.



3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.



4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.



5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?



6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.



7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.



8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?



Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!



"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)



“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Di Sana Pasti (babak 16) finale

Izzad,Maafkan Ika sekiranya mata pena ini mengukir luahan perasaan ini. Ika telahcuba mengawal emosi ini agar tidak membinna cinta di hati. Namun apakan daya,Ika hanya manusia biasa yang ingin mencintai dan dicintai. Sudah puas Ikamembohongi diri tapi akhirnya Ika terpaksa baralah. Sudikah kiranya kaumendengar...Izzad, aku terlalu menyayangi dirimu!Syafika

Izzad menggenggam surat yang sudah berulang kali dibacanya. Malam tadi tidurIzzad terganggu. Hingga ke subuh, Izzad tidak dapat melelapkan mata. Ingatannyahanya pada Ika. Sebaik membaca warkah itu,Izzad bergegas mencari Ika tapi gadisitu telah pulang. Izzad batalkan hasrat untuk menghubungi Ika. Dia tidak mahumenganggu gadis itu selagi keputusan belum dibuat. Izzad perlu berbincangsebelum memilih gadis yang layak di sampingnya.Ingatan pada permintaan ibu bersilih ganti.

"Umi...kenapa umi nak Zad khawin sekarang?" Izzad serba salah denganpermintaan yang dikemukakan ibunya."Umi dah tua. Umi takut tak sempat trengok Zad naik pelamin nanti!""Umi ni...ke situ pulak!"Hajah Majildha menyentuh mesra tangan Izzad."Zad,Umi nak tukarkan wasiat ayah kau bila kau sudah berumahtanggananti!" Hajah Majildha penuh mengharap.Izzad tidak sampai hati ingin menghampakan harapan ibunya yang bersusah payahmembesarkannya sejak ketiadaan ayah."Nantilah Zad fikirkan!""Jangan lama sangat...gadis tu sedang menunggu!"Izzad pelik mendengar kata-kata ibunya. Gadis yang mana satu yang dimaksudkan?Ibu sudah tahu tentang Ika? Ezwan sudah ceritakan segala-galanya ataua Nisha..."Zad, umi sudah ada pilihan untuk Zad. Umi pasti Zad suka kerana pilihanorang tua adalah yang terbaik untuk anaknya!" Hajah Majildha menutupbicara dengan harapan berbunga.Kata-kata terakhir itulah yang telah diberitahu pada Ika. Izzad tiada pilihanlain. Dia tidak mahu mengharap pada yang tak sudi. Biarlah dia mengikutkemahuan ibunya daripada berputih mata menunggu buah yang tak akan gugr. Tikatekadnya sampai ke kemuncak, Ika mampir menghulurkan cinta.

"Kenapa ni?" Hajah Majildha menghampiri Izzad yang sedang termenungdi jendela rumah."Zad ada hal nak bincang dengan umi!"Hajah Majildha menarik anak bujangnya ke sofa kerana pasti ada sesuatu yangsedang mengganggu fikirannya."Zad harap umi tak marah!"Hajah Majildha semakin pelik."Cakaplah kalau ada perkara yang merunsingkan Zad. Umi tak marah!"dengan penuh kasih sayang,Hajah Majildha membelai rambut Izzad."Zad....Zad-""Kenapa ni...terus teranglah dengan umi!" Hajah Majildha lembutmemujuk.Izzad telan air liur."Zad dah jumpa gadis yang benar-beanr berjaya menakluki hati Zad. Pleaseumi...jangan biarkan anak umi ni menderita!" Izzad menggenggam kuatkedua-dua tangan ibunya.Tersentuh hati keibuan Hajah Majildha mendengar pengakuan anaknya. Hajah Majildha menarik Izzad ke dalam dakapannya."Suka hati Zadlah kalau ini boleh membahagiakan Zad. Umi tumpangbahagia!""Terima kasih umi!" Izzad merangkul kemas ibunya.

Izzad memecut motor dengan laju. Ika, akan ku sunting dikau menjadi permaisurihatiku. Akan ku bina mahligai indah buat kau,sayangku. Sabarlah Ika,aku akansegara menemuimu. Motor membelok ke kawasan perumahan ika. Hatinyatertanya-tanya apabila melihat orang ramai berkeliaran di luar kediaman Ika.Izzad cuma mengagak ada majlis dan satu jawapan yang merimaskan diri menerpa.Mungkin Ika bersetuju menerima lelaki kerana kecewa dengan aku. Dan majlis tuberlangsung hari ni.Ika,tunggu dulu apa yang nak Iz katakan. Jangan ambil tindakan melulu ini.Izzad jadi kelam kabut dan berlari turn dari motor."Anak ni siapa?" Datuk Affan menegur apabila melihat muka Izzad yangdibasahi peluh."Saya Izzad...kawan Ika. Boleh saya jumpa dia,pak cik? Saya ada halpenting nak bagitahu dia!""Ika....-" lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-kata. Air matanya bercucran laju. Tanpa segan silu dia menangis di hadapan Izzad.Di waktu yang sama hidung Izzad dapat mencium bau kemenyan dan telinganya dapatmenangkap suara orang membaca yassin."Tak.....tak mungkin...tak mungkin Ika...."Izzad berundur beberapa tapak ke belakang."Benar Izzad! Ika kemalangan sewaktu balik dari jamuan malam tadi. Ikadimasukkan ke ICU dan pagi tadi Ika menghembuskan nafas terakhir!" Datuk Affanmelarikan matanya yang mula merah. Hatinya sebak kerana langsung tidakberkesempatan mendengar kata-kata terakhir anak gadisnya. Kecederaan Ikaterlalu parah hingga tiada harapan untuknya hidup lagi. Biarlah Ika pergikerana pasti Allah tahu itulah yang terbaik untuk Ika.Allahmenyayanngimu,nak..."Kalau nak menatap wajah Ika buat kali teraakhir,masuklahnak..."pelawa Datuk Affan pada Izzad yang langsung tidak berganjak.Izzad mengangguk tapi tidak terus masuk ke dalam rumah. Dia mencari sudut yangsunyi dan terjelepuk duduk. Tubuh yang mulai lesu disandarkan ke dinding.Maafkan aku Ika.Maafkan keterlewatan aku mengucapkan kata cinta buatmu...Aku tidak bermaksud melukai hatimu.Aku tahu kau kecewa dengan pengakuanku.Tapi apakan daya,Ika..kau sering menolak cintaku.Maafkan aku kerana tidak dapat membaca isi hartimu malam tadi. Aku tahu akulahpunca segala-galanya. Jika aku tidak memberitahumu pasti aku dapat melihatsenyuman manismu hari iin.Maafkan aku....maafkan aku!Izzad memejam mata. Dialah punca kematian Ika! Dia yang timbulkan keresahan dihati gadis itu semalam!Ya Allah...bagaimana harus ku tebus kesalahan ini!

Ika disana pasti kita bersama...Dia merintih,tapi sayang...rintihannya langsung tidak bermakna bagi sekujurtubuh yang sudah kaku dan beku.

========== TAMAT ===========

Di sana Pasti (Babak 15)

Izzad menunggu Ika di pintu masuk dewan. Matanya tidak lepas memandang Ika yang baru menuruni kereta. Ah, cantiknya kau malam ni, Ika.Malangnya aku tak dapat memilikimu, bisik Izzad di dalam hati."Mari kita ke sana!" arah Izzad sebaik Ika menghampirinya.Ika menurut langkah izzad ke sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan. Ika diperkenalkan kepada kawan-kawan Izzad. Walaupun Ika berasa kekok berada dalam kumpulan pelajar undang-undang itu,Ika berlagak biasa demi menjaga hati Izzad."Wow...pandai pilih awek...cantik!" seorang teman Izzad yang berwajah seperti orang Pakistan mengusik."You ni!" Gadis di sebelah mencubit perlahan teman Izzad tadi. Mukanya sengaja dimasamkan seolah-olah cemburu.Pecah ketawa Izzad dan teman-teman lain. Ika tidak terkecuali tapi dadanya berdebar kencang ketika bertemu pandang dengan Izzad. Berlainan sekali."Ini bukan awek I la. Dia kawan karib I!" Izzad akhirnya membuat pengakuan."Kalau macam tu,bolehlah I offer jadi awek I!" seloroh teman Izzad yang lain pula.Kini giliran teman wanitanya pula mencubit. Kali ini cubitannya agak kuat hingga si jejaka mengaduh."Ha...itulah. Lain kali jangan nak menggatal lagi. Dah ada awek ...buatlah cara dah ada awek!" Izzad menyindir dalam tawa."Eh,muzik dah start tu...jom kita menari!" kata-kata seorang teman mematikan gurauan mereka.

Izzad menghulur tangan dan Ika menyambut. Mereka beriringan ke tengah ruang legar. Muzik perlahan itu begitu sesuai dengan suasana malam yang tenang dan damai.Pandangan mata Ika dan Izzad bertaut. Ika dapat merasakan dialah gadis yang paling gembira dan bertuah sekali malam ni. Dia rasa bahagia berada di samping orang yang disayang. Tiba satu ketika hati Ika resah mengingatkan warkah biru yang dikarangnya. Ika melarikan pandangannya dan melepaskan rangkulan Izzad."Kenapa?" Izzad bertanya lembut."Ika penat...mari kita minum!"Izzad menurut kemahuan Ika."Ika duduk di sini kejap,ya. Iz nak ambil minuman. Ika nak minum apa?""Apa-apa pun boleh!"Izzad berlalu. Ika mengalih pandangan ke dewan menari. Ramai pelajar sedangmenari dengan pasangan masing-masing. Ika terasa ada orang cuba mencuit bahunya. Ika memalingkan muka."Patutlah you tak sudi I terima lagi. Rupa-rupanya you dah ada pengganti!"Amran mencuka."Please Am, leave me alone!" Ika menahan marah."Ika , you sangat cantik malam ni!" Amran berbisik ke telinga Ika.Ika dapat merasakan tubuh Amran terlalu hampir dengannya. Kalau dulu Ika sukabila dirinya berada di samping Amran tapi sekarang tidak lagi. Ika terus bangundan mencari Izzad. Ika menarik tangan Izzad yang sedang rancak berbual. Merekakeluar dari kelompok orang ramai."Ika, Iz baru nak ambil minuman!" Izzad terpinga-pinga."Tak apalah. Ika lemas duduk dekat dalam...panas!" Ika memberi alasan, cuba melindungiperkara sebenar.

Masing-masing membungkam sepi. Tiada bicara lanjut menyelubungi. Desiran anginmalam sesekali bertiup dan menampar tubuh pasangan itu."Iz!" Ika mencecah suasana."Hmm!""Ika ada berita gembira nak disampaikan pada Iz!""Iya? Iz pun sama jugak!""Iz ni sibuklah. Bila Ika nak cakap,dia pun sibuk nak cakap jugak!" Ika menarikmuka masam."Janganlah merajuk. Okey...Ika cakap dulu!" Izzad cuba memujuk."Tadi masa Ika nak keluar,mama dan papa Ika ada. Ika rasa mereka dah mula ambilberat tentang diri Ika...""Alhamdulillah!" Izzad memanjat kesyukuran."Ada lagi satu-""Sampai dua sekali?" Izzad membeliakkan biji mata."Haah,tapi Ika nak dengar berita gembira Iz dulu!" pinta Ika dengan suaramanja."Ini adalah berita baik untuk keluarga Iz..Emm...Iz akan ditunangkan dengan gadispilihan ibu Iz!"Berderau darah Ika mendengar ungkapan Izzad. Serasa bagai ada duri menusuk didalam, sungguh memedihkan. Luka lama berdarah kembali. Kebahagiaan yang barudirasakan diragut kasar. Bunga-bunga cinta yang mula berkembang kini tunduklayu. Dirinya dibaluti awan hitam yang tak sedikit pun memancarkan sinarkebahagiaan.Ika meramas kejap tas tangan seakan menggenggam warkah biru yang diciptabait-bait indah untuk Izzad."Ika, kenapa ni?" Izzad gelisah melihat Ika yang tiba-tiba bertukar wajah daririang menjadi muram."Er...tak ada apa-apa!" Ika cuba melindungi kepahitan yang terpaksa ditelan."Kenapa Iz tak pilih sendri teman hidup Iz? Bagaimana kalau gadis pilihan ibuIz tidak menepati kehendak Iz?""Pilihan orang tua adalah yang terbaik buat kita, Ika. Iz yakin ibu Iz akanmemilih gadis yang baik!"Ika Cuma mengangguk lemah."Ada lagi satu berita gembira kan? Apa dia?" Izzas menuntut."Ika lupalah. Nantilah bila dah ingat ika bagitau kat Iz!""Tak apalah tapi Iz ada satu permintaan,boleh?""Apa dia?""Ika mesti datang hari Iz bertunang nanti!""Tengoklah!"Ika kurang berminat."Eh,mana boleh.Ika tetamu istimewa Iz tau!"Ika rasa makin terhiris dengan kata-kata Izzad. Dadanya sakit menahan sebak.Kalau boleh ingin saja Ika meraung meluahkan segala yang terbuku di hati."Ika masuk dalam dulu!""Ika belum jawab soalan Iz lagi. Ika datang ya!""Tengoklah!" Ika menyahut lemah."Iz akan pastikan Ika datang!" Izzad tersenyum lebar.Ika membalas hambar."Surat ni untuk Iz!"Ika telah mengeluarkan warkah biru. Dengan tangan terketar-ketar Ikamenyampaikan warkah itu dan terus berlalu.

~ bersambung...pas ni last episod daa!!! ~ daa siap da tggu nk post je ni

Disana Pasti (babak 14)

" Lia.....aku...aku-""Aku apa?" Lia jadi tak sabar."Aku dah jatuh cinta!" Ika tunduk malu selepas meluah apa yang terpendam."What? Kau jatuh cinta? Wow...ini berita hebat ni...jangan bagitau orangnya..akuboleh agak.. Izzad kan?""Mmmm..." Ika tersipu-sipu."Izzad tahu?"Ika geleng."Aku tak tahu macam mana nak bagitau dia. Bila diingat-ingat,rasa segan pulak.Dulu masa dia nak, bukan main lagi aku menolak!""Kita orang perempuan ni mestilah jual mahal,tak boleh nak terus terimaaje.Lagi-""Asyik dengar kau membebel jer,sampai bila pun masalah aku tak settle. Bagilahidea!" Ika mencelah kerana tidak mahu mendengar Lia mencecah lebih panjang." Senang jer...kan next week kita ada party meraikan pelajar-pelajar yang akantamat pengajian tahun ni. Kau ambillah peluang ni untuk berjumpa dengan Izzaddan luahkan apa yang terbuku di hati kau!""Em..aku malulah!""Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih,Ika. Kalau kau malu,aku takutjejaka idaman kau melepas ke tangan orang lain. Masa tu menyesal tak guna dah!"Lia menimbulkan cemburu di hati Ika."Tapi macam mana?""Mmm..macam nilah. Kalau kau malu,kau tuliskan di atas sekeping kertas. Luahkansegala isi hati kau,bagi dia baca..habis cerita!""Okey jugak tu...I'll try that!" Ika senyum.Berderai ketawa mereka bila kata putus sudah dicapai. Ika merasakan impiannyauntuk memiliki Izzad hamper tercapai.

Pap! Selesai sudah novel cinta yang Ika telah baca. Setitis mutiara berlarimenuruni pipi. Tersayat hatinya membaca novel itu yang berakhir dengan kematiansi gadis yang lebih sanggup nyawanya diambil daripada diseksa dirinya keranacinta yang terhalang."Pemergian aku buat selama-lamanya adalah kerana cinta.Aku tidak ingin dipisahkan dari kau dan disatukan dengan orang lain.Demi cinta,aku rela mengorbankan diriku!"Ika tak mungkin dapat melupakan kata-kata terakhir si gadis sebelummenghembuskan nafasnya yang terakhir.Ika mengerling jam di kepala katil. Bingkas bangun dan ke bilik air. Selesaimandi dan solat Maghrib,dia berhias diri. Ika anggun dengan gaun labuh parasbuku lali. Gaun dari baldu hitam itu diserikan manik dan labuci yangberkilauan. Warkah biru bertulis tangan dilipat kemas dan dimasukkan ke dalamtas tangan. Ika menutup suis dan bergegas keluar.Langkah Ika terhenti. Dia terpaku melihat mama dan papanya menunggu di ruangtamu."Ika nak ke mana ni?" Datin Shaza memula bicara."Err...err...Ika ada dinner di kolej!" Ika memberitahu dengan suara teragak-agak.Takut dia tidak dibenarkan pergi."Okey,enjoy your day!" Datuk Affan membuah senyum."Cantik anak mama!" Datin Shaza mencium dahi Ika."Thanks mama,papa!" Ika tidak dapat menahan perasaan. Air mata mengalir lajukerana terharu dengan perhatian yang tidak dialami sekian lama. Ika dapatmerasakan sinar kebahagiaan kini memancarkan cahaya ke dalam keluarganya.Datuk Affan dan Datin Shaza menghantar dengan senyuman yang tidak lekang daribibir.

Sport merah yang dipandu baru seratus meter meninggalkan rumah. Secaratiba-tiba sebuah motosikal memintas kereta Ika dan beriring di sebelahnya. Ikabetul-betul terperanjat hingga sukar mengawal keretanya. Mujur Ika tidakterbabas. Pemandu motosikal tersebut member isyarat supaya Ika berhenti. Ikakeluar dari kereta dengan perasaan marah yang meluap-luap."Hei! Are you out of your mind? I hampir accident,you tahu tak!" Ika bertempikkuat macam nak keluar anak tekak."I..I'm sorry ,Ika. I cuma nak jumpa you!" Amran tertunduk malu."Untuk apa? I tak pernah mengimpikan pertemuan dengan you dan I tak perlukanpertemuan ni!" Ika melepas geram. Kenangan lampau mengimbau ingatannya. Ikamelangkah untuk pergi tapi dihalang."Ika,at least give me a chance!" Amran terus merayu.Ika membatukan diri sambil berpeluk tubuh. Kepalanya tertunduk,tak teringin nakpandang muka Amran."I masih sayangkan you. Percayalah! I mahu you kembali ke pangkuan I. I...I missyou so much!" Amran rapat ke tempat Ika berdiri.Ika menolak tubuh Amran."Go to hell! You ingat I ni apa? Oh...bila you suka,you layan I. Bila dah adaorang lain...you campak I. You langsung tak paham perasaan I masa tu. Dansekarang,dengan mudah you nak I kembali! Maaf Am...you salah orang.Dulu memang Igentar tapi sekarang you bukan berhadapan dengan Ika yang dulu. I bukanpengemis cinta...I ada maruah diri!" Ika membela diri,tegas."Tapi Ika, I masih menyintai you!" Amran bagaikan tak reti bahasa."Give me a break! Takkanlah gadis secantik, selincah dan seseksi Sara tak mampumengubah you pada I!" Ika menyindir tajam."Ika, please understand! I menyesal dengan perbuatan I yang lepas. I sedarkasih sayang I hanya untuk you. Sara tak macam you...besides you're my firstlove. I janji lepas ni you're the only girl in my life!" bersungguh-sungguhAmran merayu.Ika terdiam mencari kata-kata lanjut agar jejaka di hadapannya mengerti pintuhatinya sudah tertutup rapat."Masa tu dah berlalu,Am. I dah beri you kesempatan itu tapi you sia-siakannya!Tolonglah jangan ganggu I dan lupakanlah I..kita tak mungkin akan bersamalagi!" Ika menarik nafas, lega. Cepat-cepat Ika meninggalkan Amran yangtermangu-mangu . Ika tak mahu mendengar Amran mengungkit kisah lalu mereka. Danyang pastinya, Ika takut dia akan berubah hati. Menerima Amran sedangkanhatinya sudah diberikan kepada Izzad. Malam ini akan terhurai semuanya.Amran tidak dapat menghalang lagi. Pergilah jika itu boleh membahagiakandirimu. Namun dengarlah...dengan keikhlasan dan ketulusan hatiku ini,kau tetap kucinta. Mulut Amran terasa berat dengan ungkapan hatinya sendiri.

~ bersambung ~

Di sana pasti (babak 13)

"Susah payah Iz bantu Ika tapi Ika -" Izzad takboleh melanjut bicara. Hatinya masih sakit dengan tindakan Ika. Mudahmemaafkkan orang lain."Maafkan Ika,Iz. Sebenarnya Iz salah paham!" Ika agak gementar.Izzad tidak sedikitpun memandang ke arah Ika. Matanya memandang ke hadapantanpa mempedulikan Ika yang berada di sebelahnya."Ika tahu dia bersalah. Bukannya Ika sengaja nak menyelamatkan Wan tapiIka dapat rasakan dia tak bermaksud hendak melakukan semua itu. Ika yakin diaakan menyesal selepas ni. Berilah dia peluang memperbaiki dirinya, Iz. Orangseperti Wan tak harus meringkuk dalampenjara." suara Ika lembut memujuk.Puntung rokok dilontarkan jauh. Izzad berpaling dan menatap wajah Ika. Darisinar matanya,jelas api kemarahan Izzad telah lenyap ditelan limpahankata-kataIka yang sejuk bagaikan salju."Iz tak sangka Ika akan berfikiran jauh camni. Iz cuma takut dendamnya keatas Ika tak berkesudahan." Izzad masih menyimpan rasa curiga." Iz tak perlu risau..Ika yakin dia takkan menyimpan dendam. Dia cumasalah sangka...ada ke dia kata kita ni pasangan kekasih!" Ika ketawakecil."Tak betul ke?" Izzad pandang dengan seribu harapan agar hati gadisini akan cair."Iz...please!" redup sinar mata Ika mengharap pengertian. Dia belumbersedia untuk membicarakan soal hati dan perasaan."Okey, okey! Iz mintak maaf...we won't talk bout this anymore!" Izzadmemberi jaminan. DAn Izzad sudah tekad, Ika bukan miliknya."Emm...Ika nak tanya satu perkara,boleh?""Apa dia?""Macam mana Iz tahu Ika ada di pejabat Zam?"Izzad cuma tersenyum. Tak menjawab pertanyaan Ika. Langkah diatur menyusuripasir pantai yang memutih. Difikirannya tergambar kembali tentang peristiwasemalam hingga membawa dia ke tempat petaka itu terjadi.

Izzad bergegas mendaki anak tangga ke bilik. Ada beberapa buah buku rujukanperlu diambil. Langkah Izzad terhenti di hadapan pintu bilik. izzad melekaptelinga ke pintu. Kedengaran bunyi bising di dalam biliknya. Izzad terpikirseketika siapakah yang mungkin berada di dalam biliknya tapi tak menemuijawapan. Mungkin Nisha...begitulah tekanya dalam hati. Izzad menerpa masuk kedalam biliknya dan terperanjat melihat Ezwan berada di situ."Wan ,apa kau buat ni. kenapa kau selongkar barang-barang aku!" Izzadberang melihat buku-bukunya bersepah di sekitar bilik.Ezwan yang sedang membongkok membaca diari Ezwan berpaling dan terus melontardiari di tangan. Izzad sempat mengelak dan diari terpelanting di dinding.Kuat!"Eh,kenapa ni..marah tak tentu pasal!" izzad mengutip diari yanghampir terburai isinya."Kau tak ada hak untuk baca diari aku!" Izzad menjeling tajam."Kenapa rahsiakan hubungan kau dengan Ika ha! Kau sengaja nak sakitkanhati aku. Kau..kau pengkhianat!" Ezwan mengetap bibir menahan marah."Memang aku ada hati kat dia tapi aku cuma bertepuk sebelah tangan. Ikabelum bersedia untuk serius dengan sesiapa pun.Kami cuma berkawan -""Ah,sudahlah!" Ezwan menepis kata-kata Izzad dengan api kemarahanyang meluap-luap.Izzad cuma mampu memerhati tanpa membantah."Ingat,aku akan pastikan Ika menjadi milik aku!" Ezwan sempatbersuara di muka pintu sebelum menghempasnya dengan kuat.

Izzad mula merasa tidak sedap hati tapi ditolak kemungkinan buruk yang akanterjadi. Balik dari discussion,Izzad terus telefon Ika tapi masih belum pulang.Izzad terus mengikut kata hatinya dan menuju ke stesen bas. Resahnya makinmenjadi kerana Ika tiada di situ dan dia kehilangan arah untuk mencari. Mujurdia teringat sesuatu dan bertawakal krpada Allah, Izzad meluru ke pejabat Ezwan.Nyata nasib menyebelahinya...Izzad datang tepat pada waktunya.

Ika menyinggung lengan Izzad hingga jejaka itu tersentak dari lamunanpendeknya."Iz ni..Ika tanya tak jawab pun!" Ika mencebik bibrnya,marah."Ika tanya apa tadi?" Izzad mengulang soalan."Macam mana Iz tahu Ika ada di tempat Ezwan!"Izzad menyorongkan kepalanya dan mendekatkan bibirnya ke telinga Ika laluberbisik, "Iz pasang spy!"Ika terus menolak badan Izzad."Ika tanya betul-betul,dia main-main pulak!""Bagaimana keadaan Wan sekarang?" topik perbualan beralih arah."Beransur baik. Mujur doktor sampai cepat...baik hati Ika ye,tolongpanggilkan doktor!" nada suara Izzad mengandungi makna tersirat."Entahlah,Ika kesian tengok Wan ari tu!""Ooo...Iz yang lebam-lebam muka, Ika tak nak panggil doktor!""Buat apa panggil doktor,Ika kan boleh tolong ubatkan Iz!""Betul?"Ika angguk."Ubatkanlah Iz!" Iz berdiri menghadap Ika dan memejam mata.Izzad menyeringa. Cubitan kuat Ika terasa meresap hingga ke urat nadi. Izzadmembuka mata."Hoiii...itu bukannya nak mengubat,nak membunuh tu!" Izzad terjerit.Ika sudah jauh meninggalkan Izzad sambil ketawa.

~ bersambung....sikit je lgik! sabo yeee.. ~

Disana pasti ( babak 12)

"Mari Wan hantar Ika balik!" Ezwan mengajak."Tak apalah. Ika boleh balik sendiri!" Ika terus memandang ke arahbas yang membawa Nisha semakin hilang dari pandangan."Janganlah macam tu..marilah!" Ezwan beriya-iya hingga Ika tak mampumenolak.Perjalanan mereka sepi tanpa bicara, hanya ditemani lagu-lagu putaran Hot FM .Ika berpaling memandang Ezwan tetapijejaka itu tekun memandu. Hajat Ika untuk berbual dimatikan. Dia tak mahumengganggu Ezwan. Lagu Enggan nyanyian Fauziah Latiff begitu mendayu-dayuhingga membuatkan Ika terlelap. Ezwan di sisi tesenyum dan membelok kereta,menyimpang dari laluan rumah Ika.

Ika membuka mata denganpantas kerana terkejut mendengar bunyi pintu dihempasdengan kuat. Ika membuka mata besar-besar untuk mengenalpasti tempat dia beradakini namun gagal. Tempat ini terlalu asing.Krek! Pintu kereta dibuka. Ezwan menarik Ika keluar."Wan,kenapa ni? Kenapa bawak Ika kat sini?" Ika semakin cemas."Jangan cakap banyak, ikut saja!" Ezwan menarik tangan Ika kasar.Ika cuba melawan tetapi gagal. Sebaliknya lengan Ika pula tambah sakit keranacengkaman ksar dari tangan sasa Ezwan. Ika menurut langkah Ezwan hingga tiba kesebuah bilik. Ezwan menolak tubuh Ika ke sofa."Wan..Wan nak buat apa ni?"

badan Ika seram sejukdan suaranya terketar-ketar melihat Ezwan membuka kemejanya."Aku hanya ingin memilikimu!""Apa maksud Wan?" Ika seperti hendak menangis.Pantas Ika menolak badan Ezwan dan berlari ke pintu. Digoncang-goncang tombolpintu tapi tidakterbuka."Kenapa Ika...kau takut?" Ezwan bersuara lantang.Ika tergamam. Peluh mula memercik di dahi dan badan. Ika takut mengenangkemungkinan yang akan Ezwan lakukan padanya. Musnahlah hidupnya andai perkarayang amat ditakuti itu terjadi. Ika hanya berserah kepada Allah...Zap! Tangan Ika direntap dari belakang. Ika kini berada dalam dakapan Ezwan."Tolonglah Wan..lepaskan aku!" Ika meminta simpati Ezwan"Tolonglah!!!" esak tangis Ika makin jelas kedengaran. Airmata tumpahtanpa dapat ditahan lagi."Diam!!!" Ezwan bertempik. Dengan kuat Ezwan menolak tubuh Ika hinggaterjatuh ke lantai. Kepala Ika terhantuk pada bangku kecil yang ada di situ.Serta merta kepala Ika terasa berpinar-pinar.Ezwan memandang Ika dengan bengis."Kau tolak cinta aku kerana kau dah jatuh cinta pada Izzad. Kononnya kautak mahu bercinta lagi tapi dalam diam-diam kau berkawan dengan dia!!!""Ika tak tahu Izzad sepupu Wan. Lagipun ka..ka..kami cuma berkawan. Ikajumpa Izzad semata-mata kerana berbincang tentang pelajaran!"Ezwan tersenyum sinis."Berbincang? Sampai pergi kampung? Jauhnya...." Ezwan trus terusanmenyindir."Please Wan..kau salah faham. Ika tak ada apa-apa hunbungan denganIzzad!" Ika cuba meredakan suasana."Cukup Ika. Kau tahu aku cintakan kau tapi kau persiakan aku..Hanya dengancara ini aku akan dapat apa yang aku hajati..Jangan salahkan aku Ika,kau yangpilih cara ini. Kalau dari dulu lagi kau beritahu kau sudah berpunya,semua nitakkan terjadi. Aku rasa dipermainkan,kau tahu tak!!!" Ezwan membentakkuat melepaskan dendam yang mula bersarang.

Dam!!! Satu tendangan tepat mengena perut Ezwan."Argghh!!!" Ezwan bangun dan merenung anak mata Izzad."Wan,lebih baik kau lepaskan Ika!" Izzad membentak kuat."Buat apa kau datang sini?" Ezwan kelihatan tercabar dengan kehadiranIzzad yang mengganggu."Ini bukan caranya. Wanita tak suka pada kekerasan!" Izzad cubamenasihati Ezwan."Hah,tak payah nak ajar aku! Kau tu...kau yang jadi penghalangnya!!" Ezwanmenuding jari ke arah Izzad.Ezwan menjerit kuat lalu meluru ke arah Izzad. Izzad tergamam dan tidak dapatberbuat apa-apa. Satu tendangan tepat mengena perut izzad hingga dia jatuhtersungkur. Ezwan yang semakin ganas cuba menyerang lagi tapi izzad sempatmengelak. Izzad bingkas bangun dan terjadi pergelutan antara dua lelaki itu.Ezwan dan Izzad tersandar lemah untuk mengambil nafas. izzad mengesat darahyang mengalir di bibirnya. Keadaan Ezwan lebih teruk lagi. Darah mengalirkeluar dari bibir dan hidung Ezwan Seketika,rasa marah Ezwan menyelinap semula.Ezwan mara ke hadapan. Izzad mengelak dan membalas semula dengan tumbukan yangkuat. Ezwan tidak dapat mengawal badannya lalu rebah. Izzad bersedia untukmemijak perut Ezwan tetapi dihalang."Izzad,jangan!" Ika berteriak.

Izzad membatalkan niatnya dan beralih ke meja telefon. Izzad mencapai gagangdan mula mendial. Dengan pantas Ika mencabut wayar telefon. izzad tersentak."kenapa ni Ika?"Ika hanya menggelengkan kepalanya melarang Izzad menghubungi pihak polis."Kita tak patot biarkan dia, Ika. Cubaan merogol kesalahan yangberat!" Izzad melahir kekesalan terhadap Ika."Tapi dia sepupu Iz,kan?""Yang bersalah harus menerima hukuman...tak kira walau dia saudarasendiri. Undang-undang tak mengira siapa yan bersalah!" izzad masih inginmenegakkan keputusannya."Ika tahu dia bersalah tapi berilah kesempatan untuk Ezwan mengenalidirnya dan kembali ke pangkal jalan. Ika yakin dia tak bermaksud begitu..diamungkin keliru dan terlalu mengikut perasaan. Maafkanlah dia,Iz...Ika pasti Wantakkan ulangi perkara ni lagi!" Ika melahir simpati.Izzad melepaskan keluhan berat mendengar ungkapan Ika. Dia tidak mengertimengapa Ika begitu menyebelahi Ezwan sedangkan baru tadi Ezwan cubamembinasakan dirinya."Suka hati kaulah!" Izzad tidak berpaling lagi lalu meninggalkanbilik itu."Izzad! Tunggu!" Ika menjerit dan cuba bangun. Dalam kepayahan Ikamengenakan semula wayar telefon dan mula mendial. Seketika,terdengar diaberbual dengan seseorang.Dari jauh Ika bersuara."Wan...Ika telah berikan peluang untuk Wan kembali ke pangkal jalan. Ikayakin bukan niat Wan untuk melakukan perkara tu ke atas Ika. Tak mungkinseorang yang berpendidikan seperti n akan bertindak menurut nafsu. Fikirlahsecara waras. kau harus terima kenyataan walau sepahit manapun!"Sebaik Ika habis berkata-kata, Ezwan memandang tepat ke wajahnya. Wajah Ezwanjelas menunjukkan kekesalan. Ezwan ingin bersuara tapi tak berdaya keranakecederaan di mulut membuatkan Ezwan berasa sakit ketika ingin bercaakap.Ika merenung Ezwan."Ika dah panggilkan doktor..sekejap lagi dia datang.Ika balik dulu!"Ezwan menghantar dengan ekor mata. Terima kasih Ika kerana tidak mendendamiaku.Aku berjanji tidak akan mengganggu kau lagi. Ezwan memejam mata, inginmelupakan segala yang terjadi.

~ sabar taw hehehe?? ~ tinggal cikit jew lg nk hbs ni