Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu pegawai itu lagi.
"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabarbetul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggudepan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalamseribu."Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun takboleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni."
Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
"Tapi bang..."
"Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.
"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.
Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang merekabertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendakbekerja kilang.
"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.
"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. BUkan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah."Intan cuba membuat abahnya faham.
"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!"
"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.
"Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi...aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.
Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpunabahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya.Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya',mereka duduk berborak di ruang tamu.
"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.
"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagibolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
"Tapi...pegawai Tabung Haji tuminta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan." "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Azkeluarkan," jawab Muaz serba salah.
"Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.
"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uweiterdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.
"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." Hancurberderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duitpinjaman.""Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baruelok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.
Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.
"Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa.
Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.
"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.
"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.
"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih llepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutanaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
"Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intanberlalu.Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknyaitu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan."Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.
Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinyamelihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu."Abah ni... ke situ pulak....""Habis tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamatsebelum berangkat nanti." Intanmemasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kalikecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini punIntan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasratabah.Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerjakilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini musuhinya.
"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."
"Pemberian kau ni terlalu bernialai bagi abah dan mak kau Intan...,"ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
"Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaangembira bercampur hiba.
"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikanMak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"
"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap dihati.Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci.Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
"Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
"Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
"Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan."Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei."Intan pun tak datang juga ke?" tanyaPakUwei terasa hampa. "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah."Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya.
Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.
"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muazmengerling Azman yang sedang memandu.
"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
"Tapi abah rasa macam ada yang takkena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum duluabah, tentu mak haus," ajak Azman.
"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.Azman dan Muaz hanya berpandangan.
SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.
"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan."Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
"Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya.
"Kenapa Az...kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. PakUwei duduk di tepi kepalanya."Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita.Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya.Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.
"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah.
"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.
Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya' dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun.Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak danabah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."
Sabtu, 2 Oktober 2010
Khamis, 19 Ogos 2010
sahur

Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim
Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.
Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
•Menuruti sunnah;
•Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
•Menambah kekuatan untuk beribadat;
•Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
•Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
disana pasti (babak 8)

Yamaha Verago 535cc membelok memasuki perkarangan rumah Datuk Affan. Sebaik ,motor berhenti, Ika melompat turun. Helmet dihulur kepada tuannya.
“Esok Ika tak ada kelas!”
“Tak ada?” Izzad hairan.
“Datin Masyeila cancel kelas!”
“Lecehlah, Iz kena pergi kelas sorang.”
“Macam tak biasa pulak!”
“Dulu bolehlah, sekarang tak biasa! Kalau Ika tak ada,rasa malas pulak nak pergi kelas!”
“Mengada-ngada..macam budak manja. Esok kan last day..lepas tu start cuti semesta. Hari-hari kita boleh jumpa!”
Ika sengih. Gelihati dia dengan perangai Izzad. Sejak balik dari kampung Izzad, Ika membonceng motor Izzad pergi kelas. Bila dikira, dah dekat seminggu. Kalau kelas habis awal, mereka ke librari. Petang, Izzad hantar Ika pulang. Kadang-kadang mereka keluar berjalan-jalan tapi tak pernah melewati jam tujuh malam. Itu syarat yang Izzad kenakan. Sikap Izzad itu membuatkan Ika berasa selamat berada disampingnya.
“Okeylah…tunggu Iz datang tau..Iz balik dulu,ya!”
“Okey!”
Ika berlari-lari anak masuk ke dalam. Dari arah dapur Ika dapat mendengar suara orang berbual. Ika menghampiri dapur dan mencuri dengar perbualan mereka.
“Shaza balik ya malam ni. Mak Odah nak masak hidangan istimewa!”
“Eh,ada apa-apa ke ni?”
“Tak adalah…cuma nak meraikan harijadi Ika,” Mak Odah menjelaskan.
“Eh,bila ya?” Datin Shaza tersentak.
“Dah seminggu tapi tak apalah..yang penting kita sambut!” jelas Mak Odah yang hanya tahu bila entah macam mana Ika buka cerita dia dapat bunga daripada Izzad.
Datin Shaza tepuk dahi.Kenapa aku sampai boleh lupa tarikh penting.Tapi…..
“Malam ni saya ada dinner dengan client. Saya cuba balik. Emm…Datuk dah tahu?”
Mak Odah menggeleng.
“Nantilah saya telefon Datuk suruh dia balik!”
Ika cepat-cepat melarikan diri ke sofa dan menarik majalah. Helaian demi helaian diselak separuh minat. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh lembut. Ika mengangkat muka. Datin Shaza tersenyum kepadanya.
“Mama lupa harijadi Ika. Malam nanti mama balik ya,sayang!” Datin Shaza mengucup mesra dahi Ika.
Ika membatukan diri. Nun di sudut hati, Ika menangis,merintih nasib dirinya. Namun dilindungi agar tidak ketara. Dia cuba untuk tidak ambil hati. Nyata Ika tewas. Sebaik mamanya menghilang,kesuraman terserlah di raut wajahnya.
Mak Odah yang sudah hadir di sisi Ika memujuk.
“Malam ni kita makan sama-sama,ya!”
“Ika nak makan banyak-banyak!”
Wajah yang muram tadi kembali ceria. Mak odah memang pandai memujuk. Dialah penawar kala hati ini gelisah.
“Ika nak tolong tak?”
“Boleh!” Ika bingkas bangun. Menolong Mak Odah sudah menjadi rutin hidupnya kini. Mulanya Mak Odah terkejut juga tapi sekarang ni dah lali. Ika sudah berubah. Desa Izzad yang permai telah mengubah corak hidupnya.
Smbil menyiang lobak merah, Ika tersenyum senang. Fikirannya menerawang jauh mengingati Izzad.
Ika akui hatinya mula menyukai Izzad lebih dari seorang kawan. Walaupun sedetik Ika tak mampu melenyapkan bayangan wajah Izzad. Ika kini mencari masa yang sesuai untuk mengkhabarkannya kepada Izzad. Haa…cuti semesta ni boleh juga..Ika berkira-kira.
Ika yang duduk di sofa menghadap jam dinding sekilas. Dah pukul 9.30. Lama ditunggu,bunyi kereta enjin mama tak kedengaran lagi. Papa? Ah,tak payahlah tunggu. Petang tadi dah berlepas ke Singapura,ada urusan penting. Semua urusan penting kecuali aku!!!
Anak tunggal yang sentiasa menanti dan mencari kasih sayang yang kian hari kian ketandusan. Ika membaling kusyen kecil yang menghiasi sofa. Kuat hingga bergegar frame gambar di dinding yang tepat mengenanya.
Ring! Ika tersentak. Manalah tahu...nak bagitau mama tak dapat balik..Ika makanlah dengan Mak Odah. Okey...bye sayang...
Ika mengulang kata-kata yang akan diucap ibunya. Telefon dibiarkan berdering tanpa niat untuk mengangkatnya. Seketika telefon itu diam. Ika terus memejam mata melayan perasaan. Biar mama tahu betapa sakitnya hati aku ni. Dan telefon itu kembali berdering. Seakan faham perasaan Ika. Mak Odah mengangkat.
"Ika, telefon untuk Ika!"
"Ika tak nak cakap dengan mama!"
"Bukan mama Ika!"
Tanpa bertanya lebih lanjut Ika pantas berlari. Mesti Izzad!
"Hello!" riang Ika menjawab panggilan.
"Ika!"
Suara perempuan mematikan kegembiraan Ika.
"Siapa ni?"
"Saya Nani!"
"Nani?" Ika kerut dahi.
"Mungkin saudari tak kenal saya tapi saya Nani. Saya kekasih Izzad dan mungkin kami akan mengikat tali pertunangan tak lama lagi!"
Bagai dihempap benda yang berat,Ika terduduk di lantai. Kenyataan itu terlalu direct! Gagang telefon hampir terhempas.
"Saya tengok Ika semakin rapat dengan Izzad sejak akhir-akhir ni. Kita sama-sama perempuan..saya harap Ika mengerti perasaan saya bila kekasih dirampas orang."
si gadis menyambung dengan rayuan yang amat pilu. Ika makin tergamam. Dugaan apa yang Tuhan turunkan untuk aku. Lepas satu,satu dugaan mendatang.
"Hello! Ika, Ika!" gadis itu memanggil lagi bila Ika menyepikan diri.
Ika bagaikan tersedar.
"Ya,ya,saya dengar. Saya minta maaf kerana melukakan hati saudari. Kami memang mesra tapi sebagai kawan saja..tak lebih dari tu. Tak pernah terlintas di hati saya nak merampas Izzad dari tangan saudari. Maafkan saya!"
Ika menangis sebak di dada. Nada suaranya cuba dikawal.
"Saya harap Ika bercakap benar. Saya tak mahu dipermainkan!"
"Saya faham!" Klik. Ika tak mampu mendengar ungkapan seterusnya. Hatinya hiba. Izzad, apalah nasib malang diriku. Izzad,kenapa aku harus mengenali dan menyintaimu?
Telefon berdering lagi. Ika mengumpul kekuatan untuk mengangkatnya. Mungkin mama...
"Hello!"
"Hello! Ika ke tu?" suara Izzad jelas di pendengaran.
Papp! Telefon dihempas. Telefon berdering lagi. Ika merentap wayar penymbung agar bunyi telefon tidak menggangu hatinya.
"Siapa Ika?" Mak Odah menyoal bila melihat gelagat Ika.
"Orang gila!" Dengan wajah yang masih mencuka,Ika mendaki anak tangga ke atas. Mak Odah hanya mampu menggeleng. Apa lagilah budak ni. Baru nak reda,dah mendung balik.
~ bersambung ~
disana pasti (babak 7)

Ika membulat mata dengan soalan yang tak disangka-sangka itu. Sudah lama nama itu keluar dari hidupnya. Tak sangka hari ini kalimat itu akan keluar dari mulut Izzad. Namun kekuatan hati membuatkan Ika pasrah dengan mendung yang pernah hadir dalam hidupnya. Lalu Ika menggeleng perlahan.
Izzad mengumpul kekuatan. Persoalaan yang lama terpendam ingin dihurai hari ini.
"Kenapa Ika clash dengan Amran?"
Soalan yang tak beralas itu terus menerpa gegendang telinga. Huh, dia ni, direct sangat...tapi Izzad tak dihampakan.
"Entahlah Iz..bukan Ika yang mintak semua ni. Gunting dalam lipatan..harapkan kawan tapi kawan makan kawan."
Ika tunduk sayu. Matanya mula mengumpul airmata. Entah mengapa mudah benar hatinya terusik. Ternyata kekuatan yang dibina tak mampu menahan rasa sedih yang membendung diri.
"Ika sayangkan dia..tapi apakan daya,dia lebih cintakan Sara.Tak mungkin ada dua gadis dalam sebuah percintaan. Salah seorang mesti berundur.
Kalau Ika tunggu pun..lambat laun Amran akan tinggalkan Ika juga!"
Sebutir permata menuruni pipi.Hatinya mula sebak mengenangkan kembali kejadian yang menimpa diri.
"Ika, jangan menangis. Ika harus kuat dan tabah hadapi dugaan hidup.Ika harus sedar masih ada orang yang menyayangi diri Ika"
"Sapa lagi yang sayangkan Ika di dunia ni?
Mama dan papa sendiri tak pedulikan Ika.Mereka lebih pentingkan kerja daripada anak sendiri!"
Ika menekup muka dengan kedua belah tangan.Raungannya mula kedengaran.
Izzad diam memerhati. Biarlah dia menangis sepuasnya. Biar hilang segala bebanan yang ditanggung.
Perlahan Ika menyuap nasi ke mulut. Hidangan makan malam begitu meyelerakan. Sayang sekali perutnya dah penuh. Nek Wan terbukti terror memasak.
Mak Odah sendiri tak boleh challenge. Masakan kampung lebih hebat dan berupaya memikat perut sesapa saja.
"Nisha mana Nek?" Izzad menyuap nasi ke mulut.
"Tidur agaknya..letih sangatlah tu!" Nek Wan menoleh ke arah Ika.
"Makanlah Ika,jangan malu-malu!" Dia menyuakan pinggan ikan tilapia kepada Ika.
"Kalau malu alamatnya berkeronconglah perut malam karang!" Izzad mencelah.
"Zad,jangan usik Ika.Nanti dia terus tak nak makan..."Nek Wan menegur.Pantang dapat peluang ,mesti nak usik!
Ika menguis-nguis nasi di pinggan.
"Kenapa, tak sedap ke?" Nek Wan perasan Ika makan sedikit saja.
"Tak adalah Nek, Ika dah kenyang..siang tadi Ika makan buah banyak sangat!"Ika menyahut lembut.
"Tinggal sajalah nasi ni kalau dah tak lalu. Jangan paksa pulak perut tu!" Kesian dia melihat Ika yang masih berusaha menghabiskan nasi di pinggan.
"Nek, Ika naik dulu ya. Nak kemas baju!" Ika minta diri. Entahlah,sejak duduk di sini,cakapnya berubah terus. Nak masuk bilik pun minta permission.Kalau dengan Mak Odah,blah jer..tak bagitahu langsung.
"Yalah. Bas pukul berapa esok?"
"Pukul 11.00!"
Waktu keluar dari bilik sebaik habis mengemas,Ika perhati Izzad tekun menghadap tv. Dia turun ke bawah dan duduk di pangkin bawah pokok rambutan.
Angin malam yang bertiup lembut terasa nyaman menampar muka.Ika leka melayan perasaan.Ingatan tantang peristiwa yang dialaminya bersilih ganti di kotak fikirannya.
" Duduk sorang-sorang, tak takut ke?"
Ika menoleh.Wajah lembaga yang diterangi bahagian muka saja mengejutkannya. Tambah pulak lembaga itu menyeringai.
Eh,macam kenal.Ika terus menepuk lembaga itu. Mujur pelita minyak tanah yang dipegang tak jatuh.
"Ika ni!" Badan Izzad sedikit bergoyang.
"Usik lagi!" Ika tersengih.
"Ada hati nak takutkan kita!"
Izzad mengambil tempat di sisi Ika.
"Kenapa duduk sorang-sorang kat bawah ni?"
"Saja...nak ambil angin malam!"
"Tak baik duduk kat luar rumah malam-malam camni. Nanti hantu culik!"
"Culiklah...Ika tak takut.Lagipun tak ada orang yang kisah kalau Ika hilang!"
"Sapa kata. Iz kisah!"
"Cakap memanglah boleh. Buktikan,itu yang susah!"
Izzad menghulur sesuatu.Ika tergamam. Lama baru dia mengambilnya.Ika bertambah hairan melihat sekuntum bunga ros yang sudah ada di dalam genggamannya.
"Apa ni?"
"Selamat hari jadi Ika!"
Ika tergamam. Bagaimana aku boleh lupa hari jadi aku sendri?
"I do care for you and I mean it!" kata-kata Izzad mengandungi makna yang mendalam.
"Iz,Ika belum bersedia. Maafkan Ika!"
Ika mengunjuk semula bunga ros di genggaman.
"Ika tak sudi menerima cinta Iz?"
"Ika rasa lebih baik Ika menyendiri buat masa ini. Ika tak nak pisang berbuah dua kali. Kegagalan cinta pertama banyak mengajar Ika supaya lebih berhati-hati!"
"Kenapa Ika harus takut menerima kegagalan?Kegagalan tu sebenarnya mengajar kita menjadi lebih matang."
"Entahlah Iz. Mungkin Ika masih belum punya kekuatan untuk terima tu semua," Ika menunduk, tak berani menatap wajah Izzad.
"Kalau Ika dah cakap macam tu,terpulanglah.
Cinta tu tak boleh dipaksa....." perlahan suara izzad,jelas menggambarkan kekecewaan hatinya.Sudah dua kali dia meluah perasaanya, Ika masih tetap begitu.
Kali pertama dia dapat menerimanya tapi kali ni, hatinya bagai terhiris. Gadis yang dipuja tidakmahu membalas cintanya.Tiada apa lagi yang mampu dilakukan.
Izzad melangkah meniggalkan Ika sendirian. Namun yang pasti Izzad masih ingin terus mendampingi Ika.
Just as a friend and be someone who is always there whenever is needed...
~ bersambung ~
Rabu, 18 Ogos 2010
Aku dan kau berbeza…..aku dan kau istimewa

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Hal tafham ya shabaab? Yajibu antum an tahfazu jayyidan lana.......
disana pasti (babak 6)

Termengah-mengah Ika mengejar Nisha yang sudah jauh meninggalkannya. Kerana tidak tahan letih,dia berhenti. Ika mencangkung sementara nafasnya turun naik dengan pantas. Kalau berlari di tanah lapang,jangan harap kau boleh kalahkan aku.Ini,di batas bolehlah kau nak eksyen. Ika sudah tegak berdiri memerhati Nisha,adik Izzat yang nun jauh di sana. Ika menggigit bibir menahan geram bila gadis itu sampai pecah perut ketawakan dia.
"Cepatlah Kak Ika,kata nak makan buah...karang habis!" Nisha melaung.
Ika tak kuasa nak berlari. Baik aku jalan saja,sampai juga. Macamlah boleh habis buah kat atas pokok tu.
Langkah yang diatur penuh hati-hati itu membolehkan Ika menikmati keindahan kampung itu.Pemandangan sawah yang menguning benar-benar menenangkan perasaannya. Bukit-bukau yang menggunung seolah-olah memberi lambaian kedamaian buat Ika. Tidap beberapa depa lagi Ika akan sampai di tempat Nisha menunggunya. Baik juga hati dia nak tunggu aku. Bagai nak rak aku mengejar tadi takut dia tinggalkan aku.
"Kak Ika!"
"Apa dia?"
"Pacat!" Nisha menjerit.
Ika tergamam. Terbayang di ruang mata pacat yang sedang merayap memanjat kkakinya. Pantas Ika melompat. Kakinya tergelincir dan pelepup!
Ika terjatuh ke dalam petak sawah. Sekejap saja air lumpur sudah meresap ke dalam baju. Rambut takusah cerita la,habis basah kuyup. Ika bangun dan duduk di batas sawah.
"Seronok, kak?" Nisha tercegat di sisi Ika.
Melihat Nisha tersengih-sengih,Ika pasti gadis itu telah mempermainkannya.
Jaga kau...nanti aku gelakkan kau puas-puas pulak.Ika membulat mata.
Seronok? Seumur hidup tak pernah bergelumang dengan selut. Kalau mama nampak aku macam ni,panjanglah syarahannya.
Ika tersengih,tp...memang seronok pun.
"Jomlah balik!" Ika mengajak.
"Nak balik macam ni? Teruk Nisha kena marah dengan Nek Wan nanti!"
"Alaa,takkan Nek Wan nakmarah.Jomlah balik!"
Ika membuang selut yang melekat dibajunya.
Sengaja dia ajak balik,untung-untung Nek Wan marah. Baru padan muka dia!
"Dekat sini ada air terjun..Kak Ika nakpergi tak?" Nisha membuat usul.
Mendengar perkataanair terjun,langsung tak jadi mengenakan gadis ini.Laju Ika mengangguk. Best juga,boleh aku cuci rambut aku ni.
"Boleh ikut?" Izzad mencelah dari belakang.
Dah berapa lama dia tercongok di situ,merera tak sedar.
"Tak boleh..sibuk!!" Nisha menarik tangan Ika.
"Nak ikut jugak!" Izzad mengekor.
Bibir Ika terketar-ketar menahan kesejukan. Dari tadi lagi Nisha dah ajak naik tapi Ika menolak. Puas berenang Ika duduk bersandar di batu. Air terjn yang terbit dri celahan batu begitu menyegarkan. Tapi bila dah lama-lama,baru terasa sejuknya. Akhirnya Ika mengalah. Tapak tangannya putih macam tak berdarah.
Perlahan-lahan Ika menyusur batu dan naik ke atas. Mata Ika meliar.
"Mana Izzad?" Baru perasan Izzad tak ada. Tadi sibuk nak ikut.
Nisha menjungkit bahu. Dia sendiri seronok main air hingga lupa tentang abangnya yang turut mandi bersama mereka tadi.
"Jomlah balik!" Nisha ajak.
Masing-masing menyarung selipar.
"Hoi!" satu teriakan mengejutkan mereka.
"Itu suara Abang Zad tu!" Nisha meneka.
"Apa dia nak?"
"Entah..jomlah kita tengok!" Nisha mula mengatur langkah diikuti Ika.
Mereka berhenti betul-betul di bawah pokok manggis. Buah manggis yang sudah masak bertaburan. Nisha mendongak ke atas pokok.
"Abang Zad panggil kenapa?"
"Tu...makanlah.Dah puas berendam,tentu lapar!" suara Izzad jelas dari atas pokok.
Nisha mengangguk. Baru dia nak mempelawa dilihatnya Ika dah bersila menghadap manggis.
Entah dah berapa biji masuk dalam perut. Nisha menggeleng.Tak tolak rezeki betul!
Merasakan sudah banyak buah yang dipetik,Izzad menyusur turun. Dia turut sama menikmati keenakan manggis yang manis itu.
Nisha yang tengah laju mengopek manggis terhenti tiba-tiba. Dia bingkas bangun.
"Kenapa ni?" Izzad hairan.
"Balik....sakit perut!" Nisha lari lintang-pukang.
Ika ketawa panjang.Mulanya Izzad turut gelak sama tapi bila Ika dah lebih-lebih,timbul rasa pelik. Macamnak gelakkan adik aku jer!
"Nisha...Nisha...kecoh memanjang!"Izzad menggeleng melihat kelakuan adiknya itu.
"Sedap?" Izzad cuba mengalih perhatian Ika yang sudah kembalik normal.
Ika mengangguk dan mengangkat ibu jari-best!
"Hingga tak terkata ya..benda free memanglah macam tu. Bagi manggis buruk pun sedap!" Izzad sengih.
'Nakkutuk pun kutuklah..Ika tak kisah!" Ika terus menyumbat isi manggis yang putih melepak ke dalam mulutnya.
Izzad memandang gadis di depannya. lepas sebiji, sebiji manggis mengisi mulut mungil itu. Kalau orang kampung tengok, mesti dia kata budak ni jakun habis.
Ika mengesat tangannya yang merah terkena kulit manggis ke baju.
"kenyang?"
"Tak..boleh isi lagi,banyak kosong lagi ni!" Ika menepuk perutnya.
"Betul ni..Iz nak ambik ni!"Izzad bingkas bangun.
Pantas Ika menarik tangan Izzad,kuat hingga Izzad terduduk di sebelahnya.
"Ika acah jer!" Ika tergelak.
"Pandai ye nak kenakan orang!" Izzad menjeling.
"Ika seronok tinggak di sni?" Izzad memandang Ika.
"Seronok. Suasana di sini tenang dan damai. Lupa segala masalah!"
"Ika ada masalah?" Izzad ingin mendalami hati kecil Ika.
"Setiap orang tak lari dari masalah Iz. Cuma kita perlu pandai mencari jalan untuk menyelesaikannya!"
"Kerana itu Ika pergi ke disko?"
Ika membuang pandang ke depan.Wajahnya jelas nampak muram.
"Mungkin Iz pikir Ika selalu ke sana. Sebenarnya Ika pernah ikut kawan kelas ke sana sekali. Ika rasa tempat tu tak sesuai untuk Ika. Ika tak ke sana lagi selepas itu tapi hari tu Ika rasa tertekan sangat...tak tahulah kuasa apa yang menarik Ika ke sana!" Ika menghurai perkara sebenar kepada Izzad.
Izzad tekun mendengar.
"amran...dia tak call Ika?" Izzad seolah-olah dapat meneka punca sebenar masalah Ika.
~ bersambung ~
Selasa, 17 Ogos 2010
disana pasti (babak 5)
Perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam sampai juga ke destinasinya. Ika yang terlena sewaktu bas membelok ke perhentian bas,tersedar bila dikejutkan Izzad. Ika membetulkan rambut dan baju kurungnya yang berkedut . Izzad sudah berdiri dan mengambil beg yang diletakkan di bahagian atas kepala.
Sampai di luar bas, Ika terus mengikut langkah Izzad yang dihala ke satu bahagian lain dipenuhi bas. Izzad melompat naik bas berjalur kuning dan merah. Ika turut sama dan mengambil tempat di sisi Izzad. Tak lama menunggu,drive dan konduktor mengambil tempat.
"Kampung Gunung. dua!" beritahu Izzad.
Tiket dan syiling bertukar tangan.
"Jauh ke?" Mulut bertanya sedangkan mata Ika menjenguk ke dalam tas tangan mencari sesuatu. Mana klip rambut ni.
"Tak jauh sangat!" Izzad menjawab tanpa memandang Ika. Dalam hati Izzad rasa berdebar-debar.Bagaimana penerimaan ika nanti?
Tiupan angin yang kuat dari tingkap bas membuatkan Ika kurang selesa. Ika melurut rambut ke belakang dan disepit dengan klip. Ha,baru selesa. Tadinya Ika kasihan melihat Izzad yang terpaksa menolak rambut Ika yang mengerbang ditiup angin dan singgah ke mukanya.Kadang-kadang tu izzad terpaksa menoleh ke arah lain. Ika menunggu juga Izzad merungut tapi sepatah kata pun tak keluar dari mulut lelaki tu. Tak membebel pulak dia ni...hairan.
Dari Seremban lagi izzad tak banyak bicara dengannya. Ika akur,Izzad masih marah dengannya.
Izzad menekan loceng. Ika tergamam dari khayalannya. Dah sampai?
Ika pula yang jadi berdebar. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung. Swjak lahir hingga deasa,dia cuma hidup dalam rumah batu yang serba mewah.
Tapi nanti...kaki ni akan memijak lumpur,pacat, lintah...Ika jadi tak tentu arah. Nak menyahut cabaran izzad dia sanggup ketepikan semua itu. Nak tunjuk terror konon. Dalam debar Ika melangkah turun dari bas.
"Kita kena jalan sikit!" izzad menunjuk jalan merah yang kelihatan berdebu.
Ika hanya mengangguk. Dalam terik panas negini,kenapalah aku tak teringat nak bawa payung...Langkah diatur laju.
Mereka akhirnya tiba di sebuah rumah kayu yang nampak usang. Walaupun begitu.sejuk mata memandang lamannya yang bersih dan dilindungi pokok buah-buahan dari bahang panas. Ika yang sudah lenguh kaki terus melabuh duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Dia mengarah pandangan ke atas,wow... buah rambutan tengah masak ranum. Mukanya yang merah dan berpeluh itu sudah membuah senyum ceria.
Izzad meletak beg di sisi Ika.
"Inilah rumah nenek Iz.Rumah kampung..tentulah tak setanding dengan rumah Ika di bandar," Izzad menjeling ke arah Ika.
Ika mula panas. Dia ni nak cari pasal lagi ke.
"Haahlah..kecik. Berbeza betul dengan rumah banglo Ika- " namun Ika tak sempat nak terus meninggi diri kerana diganggu dengan suara yang begitu mesra.
"Zad..kenapa tercegat di situ. Ajaklah kawannya masuk,"seorang wanita yang sudah jelas kedut di muka dan uban outih di kepala melaung dari pintu rumah yanh ternganga.
Izzad mendahului Ika di muka pintu. Kepalanya tunduk menyalami Nek Wan.
"Nek,inilah kawan yang Zad cakap tu..Ika nama dia!"Izzad menunjuk Ika.
"Naiklah Ika..panas duduk di luar ni!"
Ika menurut. Dia senyum menyalami Nek Wan. Kaki melangkah masuk membontoti Izzad. Ruang tamu yang agak luas dengan perabot tersusun kemas menjamah pandangannya kini. Nek Wan ni tentu kuat bekerja orangnya. Tak padan dengan umur,rumah bersih tanpa secalit habuk pun. Dalam diam Ika memuji tuan punya rumah.
Izzad yang masih di bawah memanjangkan leher.
"Nek,Zad nak pergi tengok dusun kejap!" laung Izzad dari bawah. Sekejap saja,tubuhnya lesap.
"Macam tulah dia kalau sampai je di sini...tak sabar-sabar nak ke dusun.Jakun betul..macam tak pernah tengok pokok," Nek Wan menggeleng dengan gelagat cucunya itu.
Ika turut sama tersenyum. Tentu izzad cucu kesayangan. Meriah hidup kau, Izzad.Ada orang yang menyayangi..tak macam aku.Ika menyesali suratan hidupnya.
"mari Ika,kita ke bilik Nisha. Ika mandilah dulu..lepas tu Ika boleh berehat!"
Nisha? Siapa gadis tu? Ika menurut dari belakang.
"Eh,lupa pulak..Ika dah makan ke?" Nek Wan berhenti di pintu bilik.
Laju Ika mengangguk.
"Emm..kalau macam tu..Ika mandilah dulu!" Nek Wan meninggalkan Ika setelah menunjukkan bilik untuk tetamu istimewanya itu.
Ika membuka zip beg. Tuala dan kain dikeluarkan dari perut beg. Satu masalah lagi ni..Ika mula berkira-kira dalam hati. Tengok pada rumah ni,sure mandi kat telaga. Macam manalah aku nak ceduk air. Silap haribulan aku pulak yang terpelanting kat bawah. Ika rasa seram sejuk. Takkanlah Nek Wan yang nak tolong cedukkan air untuk aku,buat malu je.
Nak suruh izzad,dia kan lelaki? Tengok aku berkemban,dia pulak yang syok nanti.
"Ika..nak mandi ke tak?"
Ika terpisat-pisat bila mendengar laungan Nek Wan. Macam mana ni...dalam sedar Ika mengayun langkah keluar.
"Bilik air mana nek?" Ika sudah tercegat di dapur.
"Di belakang sana!"Nek Wan yang sedang mengopek pisang untuk dibuat pengat bagi sajian petang ini menjuih bibir ke luar.
Ika melangkah beberapa tapak dan berhenti. Dia berpatah balik lalu menhadap betul-betul di depan Nek Wan.
"Kenapa Ika?" Nek Wan terhenti dari kerjanya. Nyata dia hairan dengan perlakuan gadis ini. Apa pulak yang tak kena.
"Emm..saya tak pandai ceduk air dari telaga!" muka Ika merah menahan malu.Wajah tertunduk memandang lantai.
"Mana ada telaga..bilik air tu ada paip!" Nek Wan kalut dengan pertanyaan Ika.
Sepantas kilat Ika menghilangkan diri. Hanya deruman air mencurah-curah yang terdengar setelah beberapa ketika. Ika tersenyum sendiri meningat kebodohan diri. Sekarang ni zaman dah moden.
Di kampung pun sudah ada kemudahan. Itulah tak pernah jenguk kampung seumur hidup. Ika menyabun badan sambil membayangkan perkara lain yang akan dialaminya sepanjang berada di sini.Setelah selesai mandi..ika terus di tunjukkan bilik Nisha. Dalam hati ika masih tertanya-tanya siapa Nisha itu. Sedang sibuk menyiapkan diri ika terdengar orang member salam..”assalamualaikum.” dgn pantas izzad menjawab salam itu. Lantas terdengar suare gadis itu memanggil abang iz. Ika cuba meninjau dari muka pintu untuk memerhatikan sape gadis itu.sedang asyik melihat gadis itu izzad menegur ika…”ika kenalkan ini adik izz ,Nisha.”ika terus tersenyum dan senyuman itu disambut dengan salam.sedang ika dan nisha berjabat tangan izzad terus menanyakan pada nisha ”Nak ikut abang pergi dusun tak?”.ika hanye memerhatikan nisha.”baik tp tunggu la nisha mandi dulu” jawab Nisha.
~ bersambung ~
Sampai di luar bas, Ika terus mengikut langkah Izzad yang dihala ke satu bahagian lain dipenuhi bas. Izzad melompat naik bas berjalur kuning dan merah. Ika turut sama dan mengambil tempat di sisi Izzad. Tak lama menunggu,drive dan konduktor mengambil tempat.
"Kampung Gunung. dua!" beritahu Izzad.
Tiket dan syiling bertukar tangan.
"Jauh ke?" Mulut bertanya sedangkan mata Ika menjenguk ke dalam tas tangan mencari sesuatu. Mana klip rambut ni.
"Tak jauh sangat!" Izzad menjawab tanpa memandang Ika. Dalam hati Izzad rasa berdebar-debar.Bagaimana penerimaan ika nanti?
Tiupan angin yang kuat dari tingkap bas membuatkan Ika kurang selesa. Ika melurut rambut ke belakang dan disepit dengan klip. Ha,baru selesa. Tadinya Ika kasihan melihat Izzad yang terpaksa menolak rambut Ika yang mengerbang ditiup angin dan singgah ke mukanya.Kadang-kadang tu izzad terpaksa menoleh ke arah lain. Ika menunggu juga Izzad merungut tapi sepatah kata pun tak keluar dari mulut lelaki tu. Tak membebel pulak dia ni...hairan.
Dari Seremban lagi izzad tak banyak bicara dengannya. Ika akur,Izzad masih marah dengannya.
Izzad menekan loceng. Ika tergamam dari khayalannya. Dah sampai?
Ika pula yang jadi berdebar. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung. Swjak lahir hingga deasa,dia cuma hidup dalam rumah batu yang serba mewah.
Tapi nanti...kaki ni akan memijak lumpur,pacat, lintah...Ika jadi tak tentu arah. Nak menyahut cabaran izzad dia sanggup ketepikan semua itu. Nak tunjuk terror konon. Dalam debar Ika melangkah turun dari bas.
"Kita kena jalan sikit!" izzad menunjuk jalan merah yang kelihatan berdebu.
Ika hanya mengangguk. Dalam terik panas negini,kenapalah aku tak teringat nak bawa payung...Langkah diatur laju.
Mereka akhirnya tiba di sebuah rumah kayu yang nampak usang. Walaupun begitu.sejuk mata memandang lamannya yang bersih dan dilindungi pokok buah-buahan dari bahang panas. Ika yang sudah lenguh kaki terus melabuh duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Dia mengarah pandangan ke atas,wow... buah rambutan tengah masak ranum. Mukanya yang merah dan berpeluh itu sudah membuah senyum ceria.
Izzad meletak beg di sisi Ika.
"Inilah rumah nenek Iz.Rumah kampung..tentulah tak setanding dengan rumah Ika di bandar," Izzad menjeling ke arah Ika.
Ika mula panas. Dia ni nak cari pasal lagi ke.
"Haahlah..kecik. Berbeza betul dengan rumah banglo Ika- " namun Ika tak sempat nak terus meninggi diri kerana diganggu dengan suara yang begitu mesra.
"Zad..kenapa tercegat di situ. Ajaklah kawannya masuk,"seorang wanita yang sudah jelas kedut di muka dan uban outih di kepala melaung dari pintu rumah yanh ternganga.
Izzad mendahului Ika di muka pintu. Kepalanya tunduk menyalami Nek Wan.
"Nek,inilah kawan yang Zad cakap tu..Ika nama dia!"Izzad menunjuk Ika.
"Naiklah Ika..panas duduk di luar ni!"
Ika menurut. Dia senyum menyalami Nek Wan. Kaki melangkah masuk membontoti Izzad. Ruang tamu yang agak luas dengan perabot tersusun kemas menjamah pandangannya kini. Nek Wan ni tentu kuat bekerja orangnya. Tak padan dengan umur,rumah bersih tanpa secalit habuk pun. Dalam diam Ika memuji tuan punya rumah.
Izzad yang masih di bawah memanjangkan leher.
"Nek,Zad nak pergi tengok dusun kejap!" laung Izzad dari bawah. Sekejap saja,tubuhnya lesap.
"Macam tulah dia kalau sampai je di sini...tak sabar-sabar nak ke dusun.Jakun betul..macam tak pernah tengok pokok," Nek Wan menggeleng dengan gelagat cucunya itu.
Ika turut sama tersenyum. Tentu izzad cucu kesayangan. Meriah hidup kau, Izzad.Ada orang yang menyayangi..tak macam aku.Ika menyesali suratan hidupnya.
"mari Ika,kita ke bilik Nisha. Ika mandilah dulu..lepas tu Ika boleh berehat!"
Nisha? Siapa gadis tu? Ika menurut dari belakang.
"Eh,lupa pulak..Ika dah makan ke?" Nek Wan berhenti di pintu bilik.
Laju Ika mengangguk.
"Emm..kalau macam tu..Ika mandilah dulu!" Nek Wan meninggalkan Ika setelah menunjukkan bilik untuk tetamu istimewanya itu.
Ika membuka zip beg. Tuala dan kain dikeluarkan dari perut beg. Satu masalah lagi ni..Ika mula berkira-kira dalam hati. Tengok pada rumah ni,sure mandi kat telaga. Macam manalah aku nak ceduk air. Silap haribulan aku pulak yang terpelanting kat bawah. Ika rasa seram sejuk. Takkanlah Nek Wan yang nak tolong cedukkan air untuk aku,buat malu je.
Nak suruh izzad,dia kan lelaki? Tengok aku berkemban,dia pulak yang syok nanti.
"Ika..nak mandi ke tak?"
Ika terpisat-pisat bila mendengar laungan Nek Wan. Macam mana ni...dalam sedar Ika mengayun langkah keluar.
"Bilik air mana nek?" Ika sudah tercegat di dapur.
"Di belakang sana!"Nek Wan yang sedang mengopek pisang untuk dibuat pengat bagi sajian petang ini menjuih bibir ke luar.
Ika melangkah beberapa tapak dan berhenti. Dia berpatah balik lalu menhadap betul-betul di depan Nek Wan.
"Kenapa Ika?" Nek Wan terhenti dari kerjanya. Nyata dia hairan dengan perlakuan gadis ini. Apa pulak yang tak kena.
"Emm..saya tak pandai ceduk air dari telaga!" muka Ika merah menahan malu.Wajah tertunduk memandang lantai.
"Mana ada telaga..bilik air tu ada paip!" Nek Wan kalut dengan pertanyaan Ika.
Sepantas kilat Ika menghilangkan diri. Hanya deruman air mencurah-curah yang terdengar setelah beberapa ketika. Ika tersenyum sendiri meningat kebodohan diri. Sekarang ni zaman dah moden.
Di kampung pun sudah ada kemudahan. Itulah tak pernah jenguk kampung seumur hidup. Ika menyabun badan sambil membayangkan perkara lain yang akan dialaminya sepanjang berada di sini.Setelah selesai mandi..ika terus di tunjukkan bilik Nisha. Dalam hati ika masih tertanya-tanya siapa Nisha itu. Sedang sibuk menyiapkan diri ika terdengar orang member salam..”assalamualaikum.” dgn pantas izzad menjawab salam itu. Lantas terdengar suare gadis itu memanggil abang iz. Ika cuba meninjau dari muka pintu untuk memerhatikan sape gadis itu.sedang asyik melihat gadis itu izzad menegur ika…”ika kenalkan ini adik izz ,Nisha.”ika terus tersenyum dan senyuman itu disambut dengan salam.sedang ika dan nisha berjabat tangan izzad terus menanyakan pada nisha ”Nak ikut abang pergi dusun tak?”.ika hanye memerhatikan nisha.”baik tp tunggu la nisha mandi dulu” jawab Nisha.
~ bersambung ~
Langgan:
Catatan (Atom)